Apakah Yang Menyebabkan SLE? - Dayang Deno

3.5.12

Apakah Yang Menyebabkan SLE?

Selamat pagi!^^

Deno ingin berkongsi lagi info tentang SLE!Kalau korang tertinggal info-info yang lepas boleh klik SINI ya :) Deno tahu ramai juga yang tertanya-tanya, bagaimana boleh dapat SLE? Apakah penyebabnya?


Kajian menyarankan ada beberapa “gene” mungkin boleh menentukan kebarangkalian seseorang itu diserang SLE. Gen ini juga dapat menentukan sama ada tisu atau organ yang terlibat serta tahap seriusnya penyakit SLE yang dialami. 

Bagaimana pun gen sahaja tidak sepenuhnya memainkan peranan. Sebaliknya para saintis sedang mengkaji faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada punca SLE. Antara sebab-sebabnya ialah sinaran cahaya matahari, tekanan emosi, pengambilan ubat-ubat tertentu, dan juga kuman virus.

SLE merupakan penyakit auto-imun yang terjadi apabila sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri. Puncanya tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan faktor-faktor keturunan, alam sekitar, serta hormon.

Ia berlaku melalui pengeluaran auto-antibodi yang melawan sel-sel normal seseorang. Itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.
 Jenis antibodi yang lazim didapati dalam pengidap SLE dipanggil antibodi antinuklear (antinuclear antibody) kerana ia bertindakbalas dengan bahagian nukleus sel. 

Para saintis masih belum dapat memahami semua faktor yang menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu dalam penyakit SLE. 



*Apa-apa pun, semuanya adalah rahsia Allah...
Untuk semua pesakit pula, janganlah putus asa ya? :)



18 comments:

  1. terima kasih deno atas perkongsian ni.. :) semoga deno terus sihat selalu.. amin.. :)

    ReplyDelete
  2. baru2 ni zera disahkan suspek kidney failure. penat ye check up. semoga deno cepat sembuh yaa. zera doakan deno. aminn.

    ReplyDelete
  3. nice info.. baru taw pasal ni.. ara harap deno cpt baik :)

    ReplyDelete
  4. sejujurnya nasie tak tau apa itu sle ni. tapi dgn info ni faham lah sikit. thanks deno...

    ReplyDelete
  5. dya baru tahu pasal sle..huhuh

    ReplyDelete
  6. first time jugak tau pasal SLE..sebelum ni adik kepada kawan ada penyakit yg rare jugak..penyakit multiple sclerosis (MS)..

    harap terus sihat..insyaAllah..

    ReplyDelete
  7. da lme bukak blog ni..tp bru arini bce psl SLE nih...smuge kamu cpt sembuh ya deno..take care

    ReplyDelete
  8. salam deno,

    hi, salam perkenalan.

    rsa excited nak baca blog deno sbb deno tabah orgnya.suka cra deno share story mengenai sakit SLE yg dihadapi. scra xlnsgung rmai yg thu mengenai SLE . so jgn putus untuk share story k, we always support u !

    sy ada jumpa bberapa pesakit SLE kt hospital , diorang mmg tabah orgnya.

    ReplyDelete
  9. baru tahu hari ni psl SLE.. deno, tk care ye :D

    ReplyDelete
  10. Thanx deno..adk sye suspect SLE ..skrg masih menunggu ujian darah..harap2 deno dan adik sye cpt sembuh

    ReplyDelete
  11. baru berpeluang baca entri ni...sy doakan deno baik2 sahaja...

    ReplyDelete
  12. susah juga nak kesan punca utama sle ni..uhuhu..tapi kalau kuman tu mmg menakutkan.. harap Deno sihat sentiasa ya..

    ReplyDelete
  13. you kuat ok sis..happy selalu..insyakallah.. =)

    ReplyDelete
  14. Info yang bagus

    ReplyDelete
  15. Trima kasih deno..berkongsi maklumat pasal penyakit sle..akak doakn deno cpt sembuh ye..

    ReplyDelete