Ibu-Ibu Aneh Di Dunia | Dayang Deno

May 14, 2012

Ibu-Ibu Aneh Di Dunia



Ibu Berusia Lima Tahun


Siapa sangka kanak-kanak yang berusia lima tahun mampu melahirkan anak. Percaya atau tidak itulah yang terjadi kepada Lina Medina. Kepelikan iru menjadikan dia ibu paling muda di dunia. Mengikut rekod rekod sejarah perubatan dunia, kanak-kanak berusia lima tahun tidak boleh melahirkan anak.

Namun kes Medina membuktikan sebaliknya. Pada awalnya, ibu bapa kanak-kanak itu menyangka anak mereka mengidap kanser selepas perutnya membesar secara tiba-tiba. Oleh kerana bimbang, mereka membawanya ke sebuah hospital di Ticrapo, Peru. Selepas membuat pemeriksaan, Dr. Gerardo Lozada, mengesahkan kanak-kanak itu sedang hamil tujuh bulan. Kemudian pada 14 Mei 1939, dia melahirkan anak lelaki melalui pembedahan.Walaupun perkara ini sudah lebih 70 tahun berlaku, saintis belum ada jawapan macam mana kanak-kanak berusia lima tahun mampu melahirkan anak.


Ibu Lahirkan Kembar Lapan

 

Wanita ini digelar 'octoman' kerana dia berjaya melahirkan anak kembar lapan dengan semuanya hidup. Setakat ini wanita yang bernama Nadya Denise Doud-Suleman seorang saja yang berjaya melakukannya. Kembar lapan dengan semuanya hidup bukanlah satu kehamilah yang mudah. 

Ini kerana sejarah perubatan tidak pernah merekodkan mengenai kejayaan kelahiran sebegini sebelum ini.Meskipun Nadya seorang ibu tunggal dan tidak bekerja, tetapi dia tetap berusaha membesarkan semua anaknya. Sebelum kelahiran kembar lapan ini, nadya telah pun mempunyai anak dan dia adalah seorang ibu tunggal. Berita kelahiran kembar lapan pada tahun 2009 melonjakkan populariti Nadya.


Ibu Di Usia 70 Tahun

  
Keinginan untuk mendapatkan anak bagi menyambung warisan keluarga menyebabkan Rajo Devi Lohan terus berusaha mendapatkan anak. Sealam lebih seratus tahun lalu, kajian sains membuktikan wanita mempunyai had dalam proses kesuburan. Poses monopous dijangka saintis berlaku pada wanita yang mencecah usia 50-an dan tak boleh mengandung lagi. Bagaimanapun, Rajo Devi, wanita di usia warga emas masih boleh melahirkan anak kemabra tiga. Pada bulan November 2008, Rajo Devi melahirkan seorang bayi perempuan bernama Naveen.


Lelaki Pertama Lahirkan Anak

 

Perkara ini berlaku apabila Thomas Beatie, suami kepada seorang isteri yang mengidap Histerektomi. Penyakit itu menyebabkan isteri Thomas bernama Nancy tidak boleh mengandung sepanjang hayatnya. Justeru, untuk membolehkan mereka mendapat anak, Thomas Beatie memutuskan untuk mengandungkan sendiri anaknya. Pada peringkat awal, perkara ini nampak macam sesuatu yang mustahil kerana belum pernah ada lelaki yang mengandung. Namun, setelah doktor mengkaji latar belakang Thomas, mereka dapati Thomas mempunyai rahim dan mampu mengandung. Melalui Kaedah inseminasi, Thomas berjaya mengandung dan melahirkan anak dengan selamat.


Ibu Terkecil Di Dunia

  

Stacey Herald hanya setinggi dua kaki empat inci, keinginannya untuk menjadi ibu membuatkan dia sanggup berdepan sebarang komplikasi asalkan mempunyai anak. Sewaktu mengandung, doktor mengandaikan Stacey akan berdepan masalah. Ini kerana Stacey mempunyai penyakit tulang rapuh sejak kecil. Jadi, keadaan itu menyebabkan dia tidak membesarkan seperti orang lain.. Walaubagaimanapun, Stacey berjaya melahirkan anak pertamanya  dan anak yang seterusnya.


sumber : infiniti



p/s : kalau rajin tolong deno klik sini ye... hehe


11 comments:

  1. semuanya berlaku luar jangkaan kita .

    ReplyDelete
  2. wah !! besarnya kuasa tuhan ..

    ReplyDelete
  3. Kuasa Allah siapa yg tahu :)

    ReplyDelete
  4. Subhanallah!!! Semua itu kuasa Allah...Doktor dan ahli sains hanya mengkaji dan memberi pendapat mereka sahaja...memang ajaib...

    ReplyDelete
  5. sume ni kuasa Allah.. subhanallah..

    ReplyDelete
  6. kuasa Tuhan kan.. :-)

    p/s : maksud deno dgn gambar ngam2cantik dkt blog tu camne yer?.. akak kurang paham...

    ReplyDelete
  7. wah ada yg sis baru tau ni ..nice sharing :)

    ReplyDelete
  8. tu lah kebesaran allah...subahaallah...

    ReplyDelete
  9. Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui kan kak.. kebetulan iha TERnampak entri ni, Stacey Herald memang idola iha sebab fizikal dia lagi 'rendah' dari iha.. rasanya skrg dia dah ada 3 orang anak kot.. :)

    ReplyDelete

© 2010-2014 DAYANGDENO. All Right Reserved.This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not involve any other parties. The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog.Any action without permission is strictly prohibited.