Cara Betul Menegur Suami - Dayang Deno

25.6.12

Cara Betul Menegur Suami

Selamat petang semua :)

Tetiba nak buat entry pasal rumahtangga.. hikhik.. okeh kakak-kakak sekalian yang punya suami, cik abang, mr hubby, mr kacak dan macam-macam lagi panggilan manis kan.. deno ada sikit cara betul nak tegur suami.. hihihi.... kenapa tetiba cerita rumahtangga ni? hehe

 

Menyuruh suami membuang sampah
SALAH : Asyik ngadap tv, baca suratkhabar.. blablabla.. tengok sampah tu dah menimbun! bukan nak tolong ke apa.. ingat saya orang gaji ke apa kat rumah ni?
BETUL : Boleh tolong buangkan sampah?

Mengajak sumai makan di luar
SALAH : Tengok laki orang lain, seronok je bawak anak bini makan kat luar sekali-sekala..Nak harapkan awak ni... habuk puk takde.. kedekut!
BETUL : Hujung minggu ni boleh abang bawa saya dan anak-anak makan di luar?

Mengajak suami pergi bercuti
SALAH : Bila la agaknya dapat pergi bercuti...entah apa la malangnya nasib saya ni... tak macam isteri orang lain..
BETUL : Kita pergi bercuti nak tak bang? bawak anak-anak makan angin?

Menyuruh suami menebas lalang dan rumput sekeliling rumah
SALAH : Saya rasa agaknya rimau pun dah ada dalam semak lalang tu.. ular jangan cakaplah, siap bertelur.. tunggu masa je nak masuk rumah ni.. takkan saya nak kena buat.. prihatin la sikit abang oiii..
BETUL : Kalau abang ada masa lapang, abang tolong tebas rumput lalang sekeliling rumah ni ya bang.. dapat juga keluarkan peluh, sihat bdan..

Minta suami masak
SALAH : Asyik saya je... mana nak layan anak lagi, nak kemas rumah lagi.. penat-penat nak kena masak pulak...
BETUL: : Rindunya saya dengan  sambal udang yang abang masak dulu.. gembiranya kalau dapat makan hari ni..




p/s: deno ke hospital lagi petang nanti


16 comments:

  1. haha, ayat ' ingat saya ni org gaji sini?' akak penah guna...

    sejak memboyot ni suami rajin kemas rumah, hati dh senang, xpyh nk jeling2...

    ReplyDelete
  2. bagos entry ni! :)

    take care dik..

    ReplyDelete
  3. kadang-kadang saya ni pon terbuat perangai cakap macam ni..hehe. kalau cakap lembut2 mesti suami dengar cakap kan

    ReplyDelete
  4. kelakar la Deno! tiba2 post pasal suami..hehehehe

    ReplyDelete
  5. ckp lembut2 insyaallah rajin je suami tu g buat kan..hehe :D

    ReplyDelete
  6. Deno kena belajar ni sebelum kawen..he..he..

    ReplyDelete
  7. cara yg sopan x menyakitkan hati suami kan =)

    ReplyDelete
  8. wahh deno open isu rumah tangga ni., hhihi

    ReplyDelete
  9. betoi tu tp kadang2 terguna jugak yg salah tu.. hihii

    ReplyDelete
  10. Memang betul tu..komunikasi lembut adalah paling berkesan utk melenturkan hati seseorang. Ini kerana hati manusia bukan besi, besi boleh dilenturkan dengan api, tapi hati jika dilenturkan menggunakan api (bahasa kesat), silap2 haribulan penampar naik ke muka jawapnya..

    ReplyDelete
  11. hehe...nanti lepas QC dah kawin leh la pratikkan...^_^

    ReplyDelete
  12. wahhh info bagus ni,,leh apply nanti,,;)

    ReplyDelete
  13. haha, ayat ' ingat saya ni org gaji ke?' akak penah guna...hihihi kalau akak penat mengemas rumah bunyi camtulah...

    ReplyDelete
  14. mamadiana selalu guna perkataan 'tolong'...sedap telinga suami mendengarnya, lagipun tu bukan sifat memerintah...seuatu yg pantang bg lelaki yg bergelar suami adalah perlakuan berbentuk arahan.

    ReplyDelete
  15. sweettt. sumenye pakai psiko. ;)

    ReplyDelete