Deno Dan CAPD - Dayang Deno

13.6.12

Deno Dan CAPD


Apakah CAPD?

Untuk pengetahuan semua, deno mengidap SLE sejak berusia 10 tahun dan didiagnosis dengan SLE Lupus Nephritis class IV. SLE telah menyebabkan kedua-dua buah pinggang deno mengalami keradangan yang teruk dan deno terpaksa melakukan rawatan dialisis CAPD untuk menggantikan fungsi buah pinggang yang telah rosak.

Image result for capd"

CAPD adalah salah satu kaedah dialisis. Kaedah ini memerlukan cecair dialisis dimasukkan ke dalam rongga peritoneal di ruang abdomen melalui tiub khas (Tiub tenckhoff) yang dimasukkan secara kekal melalui prosidur pembedahan kecil. Selaput atau membran yang menyelaputi abdomen (peritoneum) membolehkan bahan kumuh dan cecair yang berlebihan menyerap daripada darah ke dalam cecair dialisis. Cecair ini kemudiannya dibuang dari badan secara berkala.

Contohnya, (bagi orang yang sihat) segala toksik dan air di dalam badan dibuang melalui urine dan semuanya diproses oleh buah pinggang. Tapi apabila buah pinggang telah rosak, pesakit perlu melakukan rawatan dialisis untuk membantu proses pembuangan bahan kumuh.

Image result for capd"

Bagi pesakit yang melakukan rawatan CAPD, sejenis cecair (dialysate) akan dimasukkan ke dalam rongga perut, kemudian akan dikeluarkan balik selepas beberapa jam.

Contoh:
Masukkan cecair dialysate melaui tiub : 1000ml
Selepas 6 jam
Keluarkan cecair dialysate tadi dan ia dah jadi waste fluid : 1500ml

**Sewaktu cecair dialysate di dalam rongga perut, pesakit boleh lakukan apa sahaja aktiviti harian. Tetapi pesakit perlu buat rawatan CAPD mengikut masa yang telah ditetapkan (4 kali setiap hari)

Korang mesti pelik kan kenapa mula-mula dialysate fluid masuk :1000ml. Kemudian keluar waste fluid keluar :1500ml? Fungsi cecair (dialysate fluid) adalah untuk "menarik air" daam badan. Lebihan 500ml tu ialah air dalam badan yang berjaya ditarik oleh cecair tu.. korang yang sihat mudah je, melalui urine.

Setiap kali nak buat rawatan CAPD, deno akan pastikan semua alatan dan kelengkapan tersedia dengan baik. Tempat rawatan juga mestilah bersih. Sebelum rawatan, kita wajib pakai mask, cuci tangan mengikut step selama 5 minit, minicap perlu ditukar setiap sesi dan rawatan CAPD ini perlu dilakukan 4 kali setiap hari (pagi, tengahari, petang dan malam). 


Image result for capd"

Letih juga.. 4 kali setiap hari. Kita perlu rajin dan disiplin. Kadang-kadang ada juga rasa malas tapi mesti pujuk diri sendiri. Kalau malas kita juga yang sakit kan? Deno mula dengan rawatan CAPD ni pada tahun 2001 sehinggalah sekarang. Alhamdulillah syukur rezeki Allah berikan tiub yang berfungsi dengan baik bersama deno. Mula-mula dulu sakit dan tak selesa juga, tapi lama-kelamaan deno biasa.. dah tak sakit. Alhamdulilah :)


p/s: SLE is invisible


24 comments:

  1. eRR KK , tak tahu nak cakap mcm mana betapa peritnya kesakitan tuh...
    bila baca pun dah seram , apa lagi kak deno yg merasakan..

    *Yang tabah kak Deno ! Fighting ! :)

    ReplyDelete
  2. mnakutkan la deno

    xmo sakit da

    serik

    ReplyDelete
  3. tabah tol deno ni..akak tabik la..
    akak baca pun dh rasa ngilu2 ni..

    ReplyDelete
  4. Deno moga tabah dengan dugaan Allah yang satu nie ya? akak doakan satu hari nanti deno akan sihat semula dengan semangat yang ada pada deno.. be strong dear..

    ReplyDelete
  5. takut pulak akak tengok.. apa2 pun akak doakan yg tebaik utk deno.. deno jaga diri tau..

    ReplyDelete
  6. cm seram~

    tp sakit tu kan penghapus dosa kecil =)

    smoga deno tabah =)

    ReplyDelete
  7. terharu gilerr dgr citew deno nih , deno memang kuat , chaiyok !

    ReplyDelete
  8. hishhh. risau lak bila baca ni. hurmmm

    ReplyDelete
  9. sakit adalah ujian dari Allah..
    semoga deno tabah menghadapi semua dugaan..

    ReplyDelete
  10. simpati..moga tabah ye...berapa kos sekali buat ni

    ReplyDelete
  11. bahu yg memikul lbih brat dr mata yg memandangkan..;-)..tabah ya dear...

    ReplyDelete
  12. alahai.. mama ucapkan tahniah kpd deno sebab sgt tabah.. insya allah besar ganjarannya di sana

    ReplyDelete
  13. tabahnya dino...kalau akak..hmmm xthu la...moga dino sentiasa sihat

    ReplyDelete
  14. Salam deno syg..
    bole akak tau ats sbb ape ye xbole APD tu..APD tu mesin dialisis yg mcm dkt dialisis centre tu kan?

    ReplyDelete
  15. Semoga awak tabah menghadapi ujian hidup.

    ReplyDelete
  16. be strong dear :D bykkan mengingati Allah.

    ReplyDelete
  17. Deno sgt kuat...hope trus kuat n a miracle happen to you..

    ReplyDelete
  18. Ouh baru phm.selalunya selesai wt capd dlm berapa minit kak? lama x?

    ReplyDelete
  19. ok saya dah baca dan paham...... :)

    ReplyDelete
  20. Akak yg baca ni pun terasa beratnya apa yg dipikul deno, tp akak tau Deno mmg kuat

    ReplyDelete
  21. salam deno..

    akak ni tengah buat claim utk client akak yg ada SLE nephiritis mcm deno..trus cari pacik google to know more detail about this,...

    deno memang terror..survival skill yg tinggi..akak tabik spring...dulu arwah atok akak pun buat CAPD ni..tp dia disebabkan batu karang..so akak tahu mcm mana hassle nyer CAPD tue...insya ALLAH..org kuat ni ALLAH sayang...tu tanda Dia sayang DINO..

    good luck adik...
    u can find me @ iza waliza on pesbok

    ReplyDelete
  22. Kuatnya deno! :(
    Semoga deno terus tabah!

    ReplyDelete
  23. salam.. bersabar.. ada ganjaran untuk awak k.. abah sy sepatutnya buat CAPD tp dia tak mau.. biasa laa org tua.. b4 ni buat dialysis tp central vein block kat abdomen so fistula kene rest.. dlm proses nak pujuk sekarang ni.. harapnya semua okay.. doakan k.. TQ.. :)

    ReplyDelete