Deno dan Cyclophosphamide | Dayang Deno

June 23, 2012

Deno dan Cyclophosphamide

http://www.emocutez.com

Selamat malam semua :)

Terlewat pula deno buat entry malam ni.. hihi.. bukan apa asyik sangat tengok filen ToothFairy @ TV3 tadi... okeh, sebenarnya deno nak berkongsi pengalaman deno dan cyclo dengan korang... pengalaman deno buat rawatan chemo.. ubat chemo tu namanya cyclophosphamide. 

 

Ketika mula-mula deno didignose mengidap SLE Lupus Nephritis (LN) class IV, deno perlu menjalani rawatan chemo pada setiap bulan... bagi pesakit SLE yang ada masalah LN (masalah buah pinggang yang kronik) macam deno, rawatan yang perlu dibuat ialah chemo... rawatan chemo ini penting untuk mengurangkan keradangan buah pinggang.. masa tu deno berumur 11 tahun dan SLE selalu saja aktif! deno pun jarang pergi sekolah..

deno memang takkan lupa kenagan deno dan chemo... bila ubat dah mula masuk, deno rasa tak selesa... kemudian, rasa loya datang dan deno akan muntah.. muntah yang sangat banyak sampai kosong perut... walaupun nurse dah suntik ubat tahan muntah, deno terus muntah sampai badan lembik.. lesu sangat macam pisang penyek dah rasanya.. nak ke tandas pun tak boleh.. badan tak ada tenaga langsung. 

 

makan pun tak boleh.. semua yang masuk mesti keluar balik. lidah rasa sakit, tekak pula rasa perit. bila deno menelan pun sakit... suara pun jadi serak-serak... bila dah jadi macam tu, badan lama-kelamaan jadi menggigil sebab demam.. bila dah sakit sangat, mula la demam. kepala pun sakit... kesan chemo ni pun buat rambut deno pun banyak gugur... sampai hampir botak! masa tu yang deno tahu menangis je la.. nasib baik ma ada pujuk.. hihi.. lama jugak menangis, bila ingat-ingat balik malu pulak rasanya.. tapi masa tu deno umur 11 tahun, kanak-kanak ribena lagi.. hihi :p

biasanya bila buat chemo deno admit wad 3 hari je.. bila keadaan deno okey doc bagi balik.. sebenarnya rawatan chemo ni bergantung kepada patient juga... ada kawan deno buat chemo sehari je then boleh balik sebab kesan chemo tak teruk.. mungkin badan deno tak kuat, sebab tu selalu kena stay wad lebih dari 2 hari... deno kuat nangis jugak.. heeee ^^

tapi.................. SLE tu lebih kuat dan aktif! walaupun dah buat chemo, SLE menang.. ubat chemo cyclophosphamide kalah. deno sakit makin teruk! selepas chemo ke 12 kali, doc stopkan sebab buah pinggang deno makin teruk.. SLE buat serangan yang paling dasyat dan akibatnya......... kedua-dua buah pinggang deno gagal berfungsi. hmm... tanggal 21 jun 2001, deno menjalani pembedahan untuk memasang tiub "thankoff" untuk CAPD (Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis) iaitu tiub untuk dialisis bagi menggantikan buah pinggang deno yang rosak... dan tiub itu masih selamat bersama deno sampai sekarang....  


p/s : related entry - Deno Dan CAPD
                            - Deno Dan INTUBATION
 

15 comments:

  1. cik siti harap deno banyak2 sabar ya.....mmg la orang cakap senang...tp diri sendiri yg tanggung.....tp apa2 pun, walaupun tak boleh sembuh, cik siti doakan deno sihat walaupun tak sihat sepenuhnya, asalkan boleh bercakap...berjalan, beribadah semua da cukup syukur.....=)

    ReplyDelete
  2. This sounds scary. Whatever it is you're a strong person deno. Alhamdulillah everything is ok now. Nana doakan deno sihat sentiasa *hugs

    ReplyDelete
  3. semoga deno diberi kekuatan untuk hadapi dugaan ni dan sis doakan deno sentiasa sihat dan ceria :)

    ReplyDelete
  4. Banyakkan bersabar ye Deno..
    Kuatkan semangat dan ceria selalu :)

    ReplyDelete
  5. bila baca entry deno.. nampak deno sangat tabah.. tapi hakikatnya deno dan tuhan je yang tahu.. sis harap deno tabah mengahdapinya ea.. :) senyum2 selalu..

    ReplyDelete
  6. Teringat mesti masuk ubat ni dulu..rasa camtula..tp tk teruk sgt kut..dah tak bpe igt sbnrnyer...

    ReplyDelete
  7. cian deno.muntah tu yang tak larat tu..

    ReplyDelete
  8. Tabahnya kak Deno melawan penyakit..

    *Harap2 Nurrul akan setabah kak Deno menjalani liku2 kehidupan.. :)

    Yang kuat kak Deno !

    ReplyDelete
  9. eerkk bunyi nya mcm mengerikan.

    lebih kurang rawatan utk kanser kan deno?

    tabahkan hati ye! insyaALlah deno sihat2.

    ReplyDelete
  10. oo buah pinggang deno dh rosak yer... siannya deno.. moga deno tabah hadapi semua duggan yer..

    ReplyDelete
  11. harapnya deno ekkal tabah ye.

    ReplyDelete
  12. Semoga Deno terus tabah menghadapi saat2 seperti tue ya sayang...

    ReplyDelete
  13. Rasa sungguh terharu dengan entry ni.... semoga deno tabah menghadapi semuanya ..sy doakan deno sentiasa ceria dan bahagia..

    ReplyDelete
  14. sy kena amek kemo ni masa form 1 sampai form 3 tak silap...punya seksa bila masuk kemo ni..skang ni bila tgk ubat tu pun rasa nak uweeekkk...hohoooo

    ReplyDelete

© 2010-2014 DAYANGDENO. All Right Reserved.This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not involve any other parties. The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog.Any action without permission is strictly prohibited.