Intubation

Deno Dan INTUBATION

June 07, 2012,38 Comments

Selamat malam semua :)

Hari ni deno nak berkongsi pengalaman deno dan INTUBATION. Kenangan pada tahun lepas. Sebenarnya dah lama deno nak kongsi pengalaman ni tapi asyik tertangguh. Hmmm.. Deno kena tarik nafas dalam-dalam dulu sebelum mula sebab biasanya deno rasa macam sesak nafas bila nak imbas balik kenangan pahit tu.. My mum cakap mungkin deno trauma.. Ermm entah la mungkin betul.

Untuk pengetahuan semua, intubation ini dibuat untuk memasukkan tiub dan belon bagi menggantikan fungsi jantung. Maksudnya macam ni, seseorang itu akan di'intube' apabila jantung gagal berfungsi dan hidupnya pada ketika itu adalah kerana mesin bantuan pernafasan dan kuasa Allah swt.

.................


Emm deno takkan pernah lupa apabila semuanya sakit, paling sakit bila nak bernafas. Seperti ada sesuatu yang menghalang untuk deno bernafas, kesakitan yang tak tertanggung rasanya.. Allahuakhbar! Deno ingat nak mati dah masa tu, sebab terlampau sakit. Allah... Sebak bila ingat balik, betapa doktor cuba selamatkan deno. Yang deno ingat ramai sangat doktor di sekeliling katil. Doktor juga minta izin untuk masukkan tiub. Masa tu deno redha sahaja sebab terlampau sakit. Sakit tak dapat bernafas, dada macam nak pecah. Tak lama lepas tu deno dah tak ingat apa-apa.. Deno lemah sangat then terus tak sedar a.k.a koma ~~
proses intubation
sebagaian alatan intubation
Ma cakap deno tak sedar 2 hari... Bila deno sedar, deno tak boleh bercakap sebab tiub ada di mulut. Tiub tersebut disambung ke mesin bantuan pernafasan hayat. Waya-wayar pula, berserabut di kedua-dua tangan dan badan deno. Deno tak dapat bercakap dan bergerak kerana dalam mulut dan salur pernafasan dipenuhi tiub.. Bila ingat balik, macam sedar dalam tak sedar. Semua putih sahaja.

Di dalam ICU, deno juga tak dapat makan atau minum sebab tiub dalam mulut.  Ryle tube dimasukkan oleh doktor ke dalam hidung hingga ke ruang perut untuk saluran susu. Yang deno ingat nurse berikan deno susu melalui salur tersebut. Deno kenyang dengan sendirinya dengan susu  yang disalurkan melalui ryle tube tu.  Tapi deno tak ingat bila  doktor masukkan ryle tube tu sebab masa tu deno dah tak sedar.

ryle tube
kedudukan ryle tube yang telah dimasukkan

Yang paling deno tak boleh lupa bila nak keluar ICU. Masa tu kan deno dah makin stabil dan nak pindah ke wad biasa.. Tiub pernafasan dalam mulut dan ryle tube tu perlu dikeluarkan. Pengalaman yang takkan dilupakan samapi bila-bila. 

First, nurse keluarkan ryle tube..\ Masa mula-mula nurse tarik dari hidung memang rasa pedih sebab nurse buat perlahan. Rasa tak selesa....

Then, nak keluarkan tiub dalam mulut ni.. Fuhh sakit! Nurse suruh tarik nafas dalam-dalam kemudian dia tarik perlahan-lahan macam tarik ryle tube juga.Rasa pedih dan sangat sakit! Sampai terbatuk-batuk deno bila tiub tu habis dikeluarkan. Dah la sakit, korang boleh bayang tak? Bila menelan pun sakit, rasa pedih kesan intubate. Dalam 2-3 hari juga deno tak makan. Just minum air sebab sakit. Doktor cakap sakit tu sebab luka kat dalam tu.

Deno syukur sangat2 Allah bagi deno peluang hidup lagi.. Deno pun berharap takkan lalui semua tu lagi.. Seksa sungguh rasanya, minta dijauhkan dari Tuhan.. In syaa Allah amin.. :)

video procedure intubation




p/s: deno taknak laluinya lagi.. sakitttt!!


You Might Also Like

38 comments:

  1. kesiannya deno.. tapi deno kalau tak buat intubate sampai sekarang takpasti deno ada lagi kat dunia ni ke tak.. tu semua untuk membantu menyelamatkan deno untuk terus kekal hidup.. syukur la deno selamat..

    ReplyDelete
  2. err iffh tiub kencing pon da terseksa

    ni plak tiub cmni

    errr xmola sakit lg T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. intubation untuk org koma ja.....klau koma kan xsedar mesti xsakit

      Delete
  3. Salam.

    merasa ryles tube pun dah seksa..berdarah hidung. intubate.. err.. bila rasa sendiri, baru la tau sakit jadi pesakit. saya kerja jaga orang sakit je, tapi tak tau camne rasa.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...mujur da ok....hope deno tabah and kuatkan semangat k......

    ReplyDelete
  5. dya baca kisah deno pun dya boleh byg kan sakit tu..tpi skrg alhamdulillah..deno dah sihat kan?
    =)

    ReplyDelete
  6. @Azizah:ha'ah.. doktor mmg terpaksa buat sebab deno mmg teruk masa tu.. nak bernafas sendiri pun tk boleh.. tapi sebelum buat procedure tu, doktor minta kebenaran deno dulu.. masa tu deno angguk2 je sbb tak boleh bercakap.. tengah sakit sangat... alhamdulillah deno tak lama di ICU :)

    ReplyDelete
  7. @iffah: memang seksa terpaksa melalui procedure intubation ni.. huhu.. tapi deno tak pernah guna tiub kencing..:p

    ReplyDelete
  8. ........cP~: hmm.. ryle tube tu mmg tak selesa bila dah ada dlm hidung.. mujur masa doktor masukkan ryle tube tu deno tak sedar..

    ReplyDelete
  9. @Siti Fatimah Fuzz: alhamdulillah.. mujur deno tak lama dalam ICU.. sekarang deno makin sihat.. harap kekal la sihat ni.. insyallah amin:)

    ReplyDelete
  10. @dyabunga:skrg deno makin sihat.. deno harap SLE tak aktif dah sbb bila SLE aktif mesti deno sakit teruk sampai masuk hospital.. dah jemu duk hospital lama2.. hehe :)

    ReplyDelete
  11. tak dapat nak bayangkan apa yang deno rasa masa tu..harap deno bertambah sihat ye :)

    ReplyDelete
  12. PENGALAMAN yang memang mengerikan... sungguh tabah kak deno menghadapi segala situasi getir.. semoga kak deno semakin pulih dan pulih...

    *Alhamdulillah , Bersyukur dapat bernafas sehingga sekarang,.. sungguh besar nikmat yang Allah pinjamkan.. ^^ *

    ReplyDelete
  13. sedihnya kak tengok..kak ita masuk kemera dari hidung ke tekak pun dah sakit sangat ne..lagi lah sakit..bersabar lah ya..deno terus kuat....

    ReplyDelete
  14. aida yang baca nie pun dah dapat bayangkan sakitnya.. tapi kalau tidak kerana itu deno tak sihat macam sekarang kan.. Alhamdulillah Allah masih beri peluang istimewa buat deno menghargai setiap penafasan yang ada nie :)

    ReplyDelete
  15. akak doakan adik sentiasa sht ye syg...sem last kan ?

    ReplyDelete
  16. nyilunyaa..sakit pe dik? hope dikuatkan semangat yee...

    ReplyDelete
  17. nyilunyaa..sakit pe dik? hope dikuatkan semangat yee...

    ReplyDelete
  18. Assalammualaikum ...

    Ya Allah dik .. Rasa sakit yang akak tak dapat nak gambarkan ... Rasa ngeri je bila bayangkan sebesar-besar tiub tu dimasukkan ke dalam saluran pernafasan deno ...

    Tapi, Alhamdulillah .. Segala2nya sudah berlalu dan deno dapat menempuhinya dengan jaya. Semoga sentiasa tabah dalam menjalani hidup ye deno ^^

    ReplyDelete
  19. ya allah. banyak dugaan hidup deno rupanya, sabar ye. penyakit kan mencuci dosa. orang lain tak rasa nikmat yang allah beri macam deno rasa. deno jadi lebih kuat dan tabah. itu tandanya allah saya deno. allah beri dugaan semampu deno menghadapinya :)

    ReplyDelete
  20. maap. memang tak dapat nak teruskan baca sebab tak mampu nak bayangkan betapa sakitnya deno time tuu. kuat sayang !

    ReplyDelete
  21. ya Allah deno. Saya baca pun dah rasa sakit tu. Awak kuat dapat tempuh semua tu. Sabar ye awak :(

    ReplyDelete
  22. thanks deno utk info ni..harap2 deno tak kena lagi mcmtu.. mesti sakit kn?

    ReplyDelete
  23. Semoga Allah berikan Deno kekuatan, semangat dan kesabaran untuk mengharungi ujian ini...

    ReplyDelete
  24. ya Allah, sedih m baca entry ni..:(

    sis deno! u r so strong.. m kagum dgn sis deno yang tabah melawan sakit...
    may Allah always bless u and give u all the happiness...:')

    ReplyDelete
  25. moga deno xperlu laluinya kagi... akak yg baca ni pun rasa sakit.. akak siap tgk lg video tu...

    deno jg diri yer

    ReplyDelete
  26. Allahu akbar!!..awk kuat sgt..alhamdulillah Allah bg semngt kat awk..nak nangis sy baca..terasa sakitnya..semoga awak sentiasa dlm perlindungn Allah..InsyaAllah.aamiin Ya Allah.

    ReplyDelete
  27. peritnya . kuatnye semangat awak .

    ReplyDelete
  28. salam deno.. :) jangan sedih2 ye kawan.. Allah kan ada.. km smua sentiasa mendoakan deno.. kuatkan semangatmu sayang.. insya Allah.. everything will be fine ! :)

    ReplyDelete
  29. Deno memang tabah..sangat tabah bagi sesiapa yg rasa endotracheal tube tu..akak pon penah rase.time nak masuk tu memang menggelupur x hengat..lapan orang nurse mai pegang..ganas x..haha..taim nak cabut tu memang berdarah satu katil..semoga deno x lalui lagi pengalaaman yg perit tu

    ReplyDelete
  30. salam deno,

    smoga Allah swt tabahkan hati awak dlm hidup ini.

    1st time baca prasaan pt kena intubate ! slama ni tgok doktor buat je. awk mmg sgt tabah dan kuat ! teruskan yea .

    ReplyDelete
  31. YA ALLAH,MMG NGERI TENGOK..NAUZUBILLAH..X SANGGUP NK TENGOK VIDEO TU...

    ReplyDelete
  32. harap tak de yang perlu melalui proses ini lagi,,

    ReplyDelete
  33. Ya Allah sis pernah kena intubation jugak ke.. kesiannya.. harap tak kena lagi lepas ni.. iha faham macam mana rasanya.. :(

    ReplyDelete
  34. SALAM..
    SY PON PNH MGALAMINYA...
    MMG AMAT MYAKITKAN.HANYA TUHAN Y TAHU..
    MALAH SAYA DAH BERKALI-KALI DI INTUBATE..

    ReplyDelete
  35. salam.. sye pon penah alami cm ni...mse 2 thun 2011.. mmg perit...

    ReplyDelete
  36. salam...sye pon prnah kna mcm ni.. skit sgt,,,mse 2 thun 2011..skolah ag...

    ReplyDelete