Raya Di Hospital

Apa Yang Best Dan Tak Best Raya Di Hospital

July 31, 2012,18 Comments

Selamat petang semua:)

Haaaa...... korang dah fikir ke nak makan apa berbuka nanti? deno cadangkan pada ma buat mi rebus.. ma cakap boleh jugak.. emmm.. nyum2! "terbayang mi rebus"

tadi kan, deno duk chat2 dengan rakan2 SLE kat facebook.. memang ada group untuk patient SLE.. kitaorang berbual-bual pasal sambut raya kat hospital ni.. macam ni la nasib kita-kita yang ada SLE ni, bila "dia" nak menyerang, memang tak ikut masa... time nak raya pun boleh... hihik :)


rupa-rupanya ramai juga yang pernah beraya di hospital... sebenarnya ada juga perkara best raya kat hospital..hihik :p

Best Raya Di Hospital

Dapat hamper besar dari pihak hospital

VVIP datang melawat dan dapat hamper lagi

Dapat lebih banyak duit raya bila saudara datang melawat


Tak Best Raya Di Hospital

Tak dapat sembahyang raya

Tak dapat pergi beraya rumah saudara-mara

Tak dapat makan-makan yang sedap-sedap macam nasi minyak, satey, nasi himpit, nasi dagang, nasi tomato... pergh... best2

Tak boleh makan kuih raya yang ada banyak kat rumah



kesimpulannya raya kat hospital memang sangat tak best!!!



p/s: semua orang tak suka raya di hospital kan? :)


18 SLE Supporters :):

INFO

Tak Tahu Nak Kata

July 31, 2012,15 Comments

Selamat tengahari semua:)

Deno balik awal dari kelas hari ni sebab bulan puasa kelas mula awal dan habis pun awal.. hoyey!!

tadi kan, sementara tunggu abah datang amik kat kampus, baca surat khabar jap.. deno terjumpa la satu tajuk tentang kedai2 makan yang jual makanan kepada orang tak puasa.. ish3..

 

kedai-kedai tersebut telah diserbu.. kedai nampak macam tutup tapi sebenarnya bukak.. jual nasi senyap-senyap.. depan tutup belakang bukak.. hasil serbuan ada banyak nasi dan lauk yang telah siap dibungkus.. tunggu untuk dibeli je..

yang memalukan tu, semua yang beli tu dah dewasa dan tua bangka.., selamba je beli macam tak ada apa-apa.. bulan ramadhan ni macam takde makna apa-apa kat diaorang.. memalukan betul!

apa punya orang islam la.. islam hanya pada nama, perkara wajib tak buat.. geram betul deno ngan orang macam ni! tak takut agaknya dengan balasan allah nanti.. lapar sikit tak boleh tahan.. budak kecik umur 5 tahun pun boleh puasa.. yang jual tu pun sama.. dapat dosa sebab menggalakkan orang jadi tak puasa.. vangang betol la..

apa nak jadi la... tak ada agama agaknya orang nih..tak tahu nak kata la orang macam ni! tak faham la! grrrr



p/s: laksanakan perkara wajib tuntutan agama kita.. jangan islam hanya pada nama


15 SLE Supporters :):

Sahur

Sahur oh sahur

July 31, 2012,25 Comments

Selamat malam semua :)

Hai korang... malam ni deno nak cakap2 pasal sahur..

emmm.. deno kalau tak sahur lembik badan macam pisang penyek dah... korang senang tak bangun sahur?

deno? boleh la... tapi tak la senang sangat... liat la jugak... hihik:)
tetiba teringat zaman budak-budak.. mula-mula belajar nak puasa.. memang susah nak bangun.. sampai tertidur kat meja..

yang deno sendiri pelik, macam mana la deno boleh lena kat meja tu sampai termimpi-mimpi.. bila ma kejut sekali lagi rasa pelik.. nape aku kat meja makan ni.. kan kat katil.. tak sedar bila berjalan ke meja.. teruk betul

tapi tu kan masa budak.. baru nak belajar puasa... puasa pun setengah hari masa tu... deno sempat puasa penuh untuk beberapa tahun.. lepas tu deno sakit.. mula2 sakit masa umur 10 tahun sebulan tak puasa.. masa tu memang sakit teruk sebab baru dapat SLE.. raya pun kat hospital... hihik.. korang pernah raya kat spital? memang tak best! ^_^



p/s: sahur jangan tak sahur... :)


25 SLE Supporters :):

Kad Raya

Kad Raya VS SMS

July 30, 2012,15 Comments

Selamat petang semua :)

Hari ni dah 10 ramdhan pun.. sekejap je masa berlalu kan... nanti raya.. kemudian deno ada final exam... nampaknya deno raya+study skali.. hihik

bila dah nak raya kan.. korang biasanya ucap selamat untuk raya kat kawan-kawan dengan kad raya atau SMS?

 

atau

  

mana pilihan korang?

deno sejak zaman budak-budak suka hantar kad raya... sampai sekrang still suka bagi kawan-kawan kad raya.. berhabis sikit pun tak kisah.. bila dah pakai henpon, deno buat dua-dua.. hantar kad raya dan SMS.. :)

seronok!!!beli kad raya banyak2.. tulis sikit2 then dah boleh pegi pos... biasanya deno akan list dulu nak hantar kat siapa.. deno hantar kat kawan rapat, kawan lama zaman budak-budak, ke wad2 yang deno biasa tinggal di hospital terengganu dan ke wad KK1 di institut pediatrik, HKL.. 

deno beri kad raya tak harap orang balas...deno harap orang yang terima kad raya tu akan gembira... seronok hantar kad raya ni sebenranya! tapi ada jugak sesetengah orang cakap membazir.. tapi tak kisah la apa orang nak cakap, memang deno suka hantar kad raya! 

korang macam mana?


p/s: semoden mana pun.. nostalgia kad raya tetap deno ingat dan deno laksanakan.. hihik... :)


15 SLE Supporters :):

Game

Platipates

July 30, 2012,10 Comments

Selamat petang semua :)

Hmmm.. tadi bengang sebab kertas project financial accounting bleh hilang.. hadoiii.. dah cari satu bilik tak jumpa, agaknya bunian amik.. tapi mengarut pulak kan..kalau tak jumpa jugak kena fotostat yang lain pulak. dah la next week nak kena present.. dugaann...

okeh, sebenarnya nak cerita pasal adam.. hihik.. :p

 tadi masa deno duk main game Perry ni...

  

adam pun menyebokkan diri nak main jugak.. tapi dia pelik sebab game ni lain daripada yang biasa dia main... kali ni deno main yang Perry si platypus...

adam tanya :

adam khaleef: cikcu main apa?

deno : main game perry

adam khaleef: perry tu apa?

deno : perry tu platypus.. alaa... perry yang dalam kartun khaleef slalu tengok tu.. ni macam game buaya yang khaleef main tuuu.. tapi yang ni plytypus..

adam : apa cikcu?

deno : platypus

adam : oooo... platipates..

deno : bukan.. platypus...

adam : platipates

deno : platypus

adam : platepates

deno : platypus la..

adam : ye la.. caliph sebut platipates la ni!

deno : salah... platypus la..

adam : ya... platipates..

deno : platypus

adam : platipates

deno : ok dengar cikcu sebut.... platy... pus... platypus!

adam : plati.. pus... platipates!

deno : hadoiiii... takpe la.. platipates pun takpe la.....



p/s: kadang2 budak2 ni kan ada perkataan yang dia tak dapat sebut dengan betul lagi....


10 SLE Supporters :):

Kuih Puteri Mandi

Puteri Mandi

July 30, 2012,17 Comments

Selamat malam semua :)

Hmm.. sebenarnya sejak satu ramadhan lagi nak cerita pasal puteri mandi ni.. tapi ke'busy'an yang membuatkan deno lupa...

okeh... korang kenal tak puteri mandi? haaa... puteri mandi ni sebenarnya nama sejenis kuih tradisi yang terkenal kat terengganu ni... kalau tak caya tanya kak ina.. hihik...

bila tiba bulan puasa, kuih puteri mandi ni memang banyak sangat dijual, hampir setiap gerai ada.. ia boleh didapati macam-macam warna .. biasanya ma buat yang warna hijau dan kuning... best... manis.. ia digaul bersama kelapa yang manis2...


haa... ni la kuih puteri mandi yang tak macam puteri pun sebenarnya...
hehehe.. yang ni ma buat warna hijau pandan

 yang baru siap dibulat-bulatkan... lepas tu penyek sikit..
deno pun tolong ma buat tau... senang je :)

tadaaa... yang ni dah siap digaul bersama kelapa manis!

korang pernah makan tak? sedap tau... manis2 gitu.... memang sesuai makan masa nak berbuka.. kalau takde kurma boleh ganti kuih ni...

tiga hari ramadhan, tak beli kuih pun kat bazar sebab ma buat sendiri kuih puteri mandi ni...kuih ni senang je nak buat.. guna tepung pulut, air, garam, dan sedikit pewarna...

siapa pernah makan kuih puteri mandi?



p/s: macam2 nama kuih tradisi yang pelik2...


17 SLE Supporters :):

Hikmah Ramadhan

Keajaiban Ramadhan

July 30, 2012,8 Comments

Selamat malam semua :)

Deno baru je siap buat CAPD.. lewat pulak malam ni..malam2 layan movie best jugak kan... lagi2 kalau citer harry potter... tengok banyak kali pun tak bosan.. hihi:p

eh2, lari topik pulak.. sebenarnya deno nak share ngan korang.. kenapa ramdhan tu ajaib?

haaaa... first of all deno nak kenalkan korang dengan BP.. korang tahu tak apa itu BP? BP tu ialah blood pressure.. sebenarnya sejak deno dapat SLE, tekanan darah deno sangat tinggi.. biasanya dalam average 150/110 macam tu la... kadang2 sampai 180/130.. tapi deno dah biasa.. kalau orang normal BP dalam 120/80.. bila deno jumpa doc selalunya dapat ceramah free la sebab high BP!

  
 BP deno memang selalu tinggi, sampai ubat pun banyak... bertambah banyak ngan ubat-ubat SLE tuh! tapi kan, bila tiba je bulan ramadhan.. BP deno terus jadi normal! macam orang sihat! semalam dah drop jadi 110/70... amazing kan? bukan senang BP deno nak jadi senormal tu...

hanya pada bulan ramadhan BP deno normal... bulan ramdhan memang sangat ajaib! bulan yang penuh hikmah dan barakah.... syukur... :)



p/s: habis bulan ramadhan confirm BP deno naik lagi... sabar je la...


8 SLE Supporters :):

Hemoglobin

HB oh HB

July 29, 2012,12 Comments

Selamat petang semua :)

Hari ni lebih bersemangat manaip.. entah la, badan deno sebenarnya letih tapi bila ngadap laptop bulat pulak mata ni.. hihik :p

ok, berbalik kepada tajuk entry deno.. "HB" .. tahu tak apa itu HB? Hb ialah singkatan bagi hemoglobin iaitu sel darah merah kita.. nilai normal HB ialah 11.65 hingga 16.5..

penting tau HB ni.. kalau tak cukup kita akan mudah rasa letih dan penat, sakit dada atau sesak nafas..

 

hmmm.. deno ni tak tahu nak buat macam mana.. HB deno rendah sejak dulu lagi.. bulan lepas masa jumpa doc, doc cakap HB deno low sangat... tahu tak berapa? 7.2 sahaja.

deno setiap minggu kena cucuk untuk tingkatkan HB ni, tapi sel tak naik-naik pun.. entah-entah yang deno asyik rasa penat ni sebab HB deno yang rendah ni.. kalau makin rendah, mesti kena masuk darah ni... adoooiiii.. tak suka betul!

siapa ada petua nak tambahkan HB?



p/s: bulan depan jumpa doc, malasnyaaaaaa.... mesti kena dengar ceramah free sebab HB rendah



12 SLE Supporters :):

Sarah Aina

Jari Oh Jari

July 29, 2012,2 Comments

Selamat petang semua :)

Hari ni lega sikit sebab test dah berlalu.. tinggal presentation je next week... hihik^_^

emmm... beberapa hari tak datang sini, sunyi je blog deno... maaf ya, nanti deno menggulingkan diri di blog korang eh?

haaa... sebenarnya deno ada cerita ni... cerita pasal anak buah yang di johor.. lets see what happend..


 x-ray jari sarah aina

nampak tak ada apa dalam tu...? punya la dalam tertusuk ubat stapler tu... doktor beritahu terkena tulang sikit... nasib baik tak teruk...

tapi deno yang tengok pula rasa sakit, macam mana la boleh masuk sedalam tu... deno pernah kena jugak dulu tapi tak la dalam, luka kecik je.. sarah ni sampai ke tulang.. kenapa la main stapler sarah oiii...

cuba korang fikir macam mana doktor keluarkan.. erk.. sakitnya...



p/s: pesan my kaklong via fB: "to my dear frens, please extra alert if ur child might take stapler "secretly" with them to school.."



2 SLE Supporters :):

Demam

Demam

July 26, 2012,12 Comments

Selamat awal pagi semua :)

Entry kedua awal pagi.. sebenarnya hari ni deno demam, entah mungkin sebab kena panas..

ceritanya deno ke hospital dalam pukul 3 petang untuk ambil stok ubat.. ubat dah tinggal ciput, bulan depan baru jumpa doktor.. on the way balik abah singgah ke bazar ramadhan.. mulanya abah tak bagi ikut sebab panas.

hihi.. cuaca panas tapi nak ikut jugak.. bukan apa, excited tengok banyak makanan.. jadi bermandikan panas la deno ni... balik je rumah badan dah panas.. rasa tak bermaya...


rupa-rupanya demam... sangat tak larat, takde tenaga.. adam khaleef ajak main pun tak larat... deno bangun tengok dah pukul 11.. terus la buat CAPD.. 

rasa tak larat tapi nak sambung study la..  ahad ini ada common test.. risau betul.. harap demam tak lama.. :)


p/s: maaf sangat2 sebab belum sempat balas jejak korang.. free2 deno pegi eh? sori.. deno sekarang baru nak makan penadol... fuuuu ~


12 SLE Supporters :):

Art Trade

Art Trade From Azzah :)

July 26, 2012,3 Comments

Selamat awal pagi semua :)

Emm... da 4 hari tak ke sini.. rindu! hihik :) okeh, sebenarnya deno nak tunjuk art dari azzah untuk deno... hari tu kan, deno join art trade with azzah.. ingat tak?

deno punya art trade biasa je, azzah punya beri kat deno.. tersangatlah comel dan cantik sampai terlompat deno di pagi-pagi buta waktu orang sedang membuta ni.. hihi ^_^

jom tengok!
  

  


haaaa..... cantik kan? cantik kan? sememangnya super duper awesome!

sweet sangat doodle bunga dan budak perempuan kat atas ni... bunga tu mengingat deno time deno di wad.. kakak deno empat orang tu .. (kaklong, kakngah,kakObi, kakNa) selalu bawak bunga kat deno..... indahnya kenangan tu.... :)

TERIMA KASIH  azzah... deno suka sangat! love ya....!^_^




p/s: deno punya biasa tapi azzah bagi sangat cantik... sori azzah


3 SLE Supporters :):

Personal

Tak Sahur?

July 23, 2012,13 Comments

Selamat petang semua :)

Emm.. rindunya kat blog.. hihik... baru 3 hari tak blogging... datang jugak nak update tentang diri sendiri yang tak sedar diri.. hihik :p

Hari ni badan rasa sangat lesu dan tak bermaya.. muka pucat.. sebab apa? TAK SAHUR! ini la penangan orang sakit tapi tak sahur... "padan muka"

  

pagi tadi dah bangun sahur tapi takde selera nak makan.. so deno just minum milo panas, air suam dan makan ubat... balik kelas 10am tadi tidur je.. tengahari baru bangun.. lesu betul rasa badan, abah cakap muka deno pucat.. 

ma tanya.."adik boleh tak puasa ni..?"

deno nak teruskan je puasa ni.. rasa rugi sangat kalau lepaskan.. alaaaa... tak sampai 5 jam lagi, penat pun penatlah, pucat pun pucatlah... sabar sabar...


p/s: wajib sahur :p


13 SLE Supporters :):

Salam Ramadhan

Salam Ramdhan :)

July 20, 2012,19 Comments

Selamat tengahari semua :)

Salam jumaat semua... apa khabar?

Hmm.. pejam celik pejam celik.. kita dah nak menyambut bulan ramadhan esok.. di sini, deno ingin ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurna di bulan puasa yang penuh barakah :)




p/s: esok dah puasa.. malam ni dah boleh mula solat terawih.. :) semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa... for all LUPUS fighter, jaga kesihatan tau, jangan main panas dan jangan lupa ubat semasa sahur ya... harap kekal sihat dalam menjalani ibadah puasa.. insyallah... selamat berpuasa semua!!! :)


19 SLE Supporters :):

Pau

Sementara Waktu...

July 18, 2012,12 Comments

Selamat malam semua :)

entry laju2
jom rehat sekejap sambil makan pau :)

p/s: dua tiga minggu ni deno sangat busy.. mungkin blog ini akan jarang ber'update' buat sementara waktu... final sem ini sangat memenatkan dan deno memang kena struggle.. doakan deno kekal sihat dan berjaya menamatkan final sem ni ya... insyaallah nanti kita jumpa lagi eh? banyak perkara deno nak kongsi ngan korang.. :)


12 SLE Supporters :):

Personal

CAK!

July 15, 2012,17 Comments

Selamat malam semua :)

Laju-laju taip sebab nanti nak sambung kerja.. (sempat lagi ni.. ish3..) heheh.. topik hari ni ialah  "ummmm... cak!!!"
kenapa ya kalau kita nak buat baby ketawa kita buat macam ni..."ummm.... cak!!"

sejak deno kecil, siapa-siapa saja yang main ngan baby mesti buat macam tu.. tutup muka dengan tangan then alih tangan.. sebut..."ummm... cak!!!"..  baby mesti ketawa.. zaman-berzaman sampai sekarang.. deno pun main ngan anak saudara macam tu jugak masa diorang baby.. hihi:p

yang bestnya bila buat macam tu, mesti baby ketawa.. buat la banyak kali pun mesti baby senyum dan ketawa.. kita pun rasa seronok bila tengok kan.. selalu macam tu... "ummm... cak!!" baby itu pasti ketawa!! hihik :)


p/s: ummm... cak! ^_^


17 SLE Supporters :):

Personal

adehhh

July 14, 2012,9 Comments

Selamat petang semua :)


assignment yang menggunung

adehhhhh...

nanti la blogging...  

tata... ^_^



p/s: terima kasih sudi baca.. hihik :)



9 SLE Supporters :):

Muhasabah Diri

Bila Kita Sakit

July 14, 2012,5 Comments

Selamt petang semua :)

"bila kita rasa sakit dan perit.. sabarlah....
ada orang lebih sakit daripada kita di luar sana...."
thats my mum always told me :')

 




p/s: bila deno sakit dan terlantar di hospital, deno cuba untuk kuat.. sebab deno tahu di luar sana ada orang lebih teruk sakitnya daripada deno... bersyukur dengan segala nikmat yang telah allah kurniakan.. 



5 SLE Supporters :):

Personal

Itulah Permulaan

July 13, 2012,12 Comments

Selamat malam semua :)

Siapa kat sini suka main basikal? maksud deno kayuh basikal la.. hihik.. deno pun suka.. zaman budak-budak basikal la kenderaan deno bila pegi mengaji.. syok kan kayuh basikal ngan kawan-kawan... lalu tepi sungai dan sawah padi... memang best!


tapi itu tinggal kenangan... bila deno sakit, deno terpaksa lupakan semua keseronokan yang kanak-kanak biasa lakukan...semua dilarang.. semua tak boleh.. apa yang deno buat hanya duduk di dalam rumah, memerhati kawan-kawan bermain dari jauh.. sebak... sedih. pilu... semualah!

tapi itu hanya sementara, mungkin masa tu deno masih budak.. selalu nangis, selalu marah-marah.. tapi ma cakap banyak perkara dalam rumah yang menyeronokkan yang deno boleh buat.. ma ajak deno melukis.. mewarna.. ma belikan buku lukisan, pensil warna, water colour.. ma berikan deno semangat! sakit tak bererti kita tak boleh gembira kan?

deno still ingat semasa mula-mula deno dapat SLE, deno admit wad selama 4 bulan.. tak boleh balik, raya di hospital.. bila dah terlalu lama di hospital, ma belikan set melukis untuk deno.. jadi masa tu dalam wad KK1 di Institut Pediatrik, penuh dengan lukisan deno di dinding.. nurse dan doc selau minta deno lukis.. memang deno akan ingat sampai bila-bila kenangan tu.. (terharu...) T_T

sejak itu deno mula minat melukis.. selalu masuk pertandingan melukis.. masa spm pun deno ambil subjek tambahan seni lukis... sebenarnya.. dengan cara melukis, kita boleh release stress,,, kita boleh luahkan apa kita rasa atas kertas lukisan..kan?:)




p/s: pesakit SLE perlu mengelakkan cahaya matahari... sebab tu ada program WAP untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa pesakit mesti mengelak dari matahari... :')


12 SLE Supporters :):

Blogger

Papa Blogger

July 13, 2012,12 Comments

Selamat pagi semua :)

Hari ni tiba-tiba rajin nak melukis.. dan lama tak buat vector.. tapi apit punye lagi superduper awesome!.. deno pun baru-baru blaja.. sekarang edicted dengan doodles!!! hihik..:p

okeh, kali ni deno try lukis papa blogger.. "sori papa amik gambar papa"


tapi tak la serupa sangat
iras-iras ada la kot.. hihik..

jom!
kita guling-guling di blog Papa Blogger!



p/s: nak lihat deno punya vector collection tak? klik SINI :)


12 SLE Supporters :):

Hargai Jasa Polis

Luahan Seorang Anak

July 12, 2012,14 Comments

Selamat malam semua.. maaf.. malam ini deno beremosi..
         Melihat kepada satu artikel.. hati ini dipukul rasa sebak, pilu, sedih.... perasaanku bercampur-campur.. emosi ini tiba-tiba datang sendiri.. aku bukanlah siapa-siapa dan aku juga tak berpihak kepada sesiapa pun.. namun aku juga punya perasaan, aku punya suara hati yang aku rasa bukan semua orang boleh faham..

         Aku adalah anak seorang anggota polis.. seorang bekas polis.. abah dah lama bersara.. aku sangat sayangkan abah! tanpa abah, tak mungkin aku di sini dan bernafas di bumi allah ini.. tugas polis seperti abah menjaga keamanan negara.. berkorban untuk rakyat dan negara.. bertugas tanpa mengira penat lelah.. mengorbankan masa tidurnya untuk tugas dan amanah yang diberikan kepadanya.. apabila aku kenangkan semua yang telah abah buat dan korbankan untuk aku, adik-beradik dan mak aku..aku jadi makin sebak.. air mata semakin laju mengalir apabila ada orang menggelarkan polis sebagai anjing kerajaan. jadi siapakah anak polis ini? siapakah adik-beradikku? anjingkah kami ini? air mata ini semakin laju... hanya nila setitik, rosak susu sebelanga.. seorang berbuat jahat, habis semua terlibat.. bukan sahaja digelar anjing kerajaan, malah lebih banyak cacian, kejian dan tuduhan yang sangat dasyat sampai tak sanggupku nyatakan di sini.. ada lebih teruk dari itu..ada juga polis dipukul, diterajang, dibelasah! Cuba bayangkan jika korang di tempat aku.. apa perasaan jika bapa kita yang kita kasihi dan kita sayangi dicaci, dihina... pasti kita turut rasa sakit bukan? mujurlah abah telah bersara.. jika tidak aku tak tahu sama ada abah boleh pulang ke rumah dengan selamat selepas bertugas.. aku takut jika abah dicederakan... aku takut melihat keganasan sekarang...

aku sangat bangga dengan abah kerana tugasnya yang bergadai nyawa untuk keselamtan negara... deno sayang abah!!!!!



p/s : apa kata kerajaan bagi semua polis di seluruh malaysia cuti seminggu, paling kurang dua hari.. semua polis cuti dan dihantar ke oversea.. kiranya tak ada seorang polis pun di malaysia... deno pasti.. setiap saat ada rumah kena rompak.. setiap saat ada orang kena bunuh.. setiap saat ada orang kena culik.. setiap saat ada orang kena rogol dan macam-macam jenayah lagi! sebabnya... tak ada pihak keselamatan dan semua orang boleh buat apa2 sesuka hati... masa tu barulah nak sedar diri pentingnya pasukan keselamatan seperti polis.


14 SLE Supporters :):

Makan-Makan

Nasi Daun Pisang

July 12, 2012,13 Comments

 Selamat petang semua :)

Pernah makan nasi daun pisang tak? kita makan nasi atas daun pisang, tak makan atas pinggan.. orang cakap bila makan atas daun pisang, aroma nasi dan lauk jadi lebih sedap.. ye kot tapi deno rasa biasa saja...

baru-baru ni balik dari hospital abah ajak makan tengahari di sebuah restoran... Naj d'Leaf nama restoran tu.. ia banyak sediakan masakan india macam ala-ala nasi kandar... boleh tahan ramai orang ke restoran tu...
 
ini deno punya :)
 tapi deno tak berapa gemar kari.. deno just amik nasi separuh, ayam madu, sayur, acar timun dan petola.. total yang deno punya ni RM 7.50.. deno rasa kalau amik ikan atau apa-apa lagi mesti lebih mahal.

deno rasa harga deno punya ni sangat mahal .. tapi nasib baik sedap, makan pun puas hati.. biasanya kalau makan kat restoran lain, cakap je ada nasi daun pisang.. tapi tak guna daun pisang, guna pinggan bentuk daun pisang!




p/s: pisang goreng atau goreng pisang? :p


13 SLE Supporters :):

Bermain Doh

Doh

July 12, 2012,7 Comments

Selamat  petang semua :)

Hari ini bersama adam khaleef lagi! pengasuh biasa adam bercuti, jadi adam tinggal bersama cikcu, nena dan tok abah dia la... hihik.. macam biasa kalau dengan deno mesti nak ajak main.. ye la kan, adam belum ada adik.. jadi deno la jadi teman bermain dia... :)

hari ni adam main doh ngan deno.. apa nama dah lupa.. zaman deno kecik-kecik dan sekolah rendah dulu selalu jugak main doh ni.. yang lagi elok jenama Play-Doh tu, yang ni biasa je.. tapi sangat seronok buat bentuk-betuk! tiba-tiba rindu zaman sekolah pulak... huhu

doh sepuluh warna.. kecik je..

bukan main seronok adam.. suka sangat penyek-penyek doh ni.. yang dia pandai buat bentuk bulat dan buat ulat.. yang bulat katanya buat bumi dan planet...

adam punya

bila adam main, deno punya la excited main jugak! hahaha... macam kanak-kanak pulak! maklum la, dah lama tak jumpa doh ni... fikir punya fikir nak buat apa... then terhasil la kartun ni..

katun dari doh.. hihik



p/s: korang pernah tak main ni?
 

7 SLE Supporters :):

Blogger

IEQAH Blog Gajah

July 11, 2012,16 Comments

Selamat pagi semua :)

Ingat tak entry ini? deno dapat komen positive! terima kasih korang kerana support deno..!! tiba-tiba kan... deno terbaca komen dari ieqah :


haaa... ieqah berminat la...  jadi deno cuba buat untuk ieqah... 
tapi simple je la.. ni pun cuba-cuba..
deno harap ieqah suka eh?  jom !!!!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

IEQAH Blog Gajah


 p/s:jom terjah blog ieqah!:)



16 SLE Supporters :):

Makan-Makan

Nasi Air Adik

July 10, 2012,8 Comments

Selamat malam semua:)

Dah hampir lewat malam.. deno baru sahaja menghabiskan nasi air atau pun bubur nasi.. kat terengganu orang panggil nasi air!

lama tak makan nasi air, tiba-tiba hari ni mengidam... bukan orang pregnant je tau, kita-kita ni pun boleh mengidam kan? kalau tak dapat makan sampai termimpi-mimpi.. deno selalu macam tu, sampai mimpi! teruk betul!haha.. :p

cerita pasal nasi air, deno nak cerita pasal nasi air adik.. di bandar KT kan, ada satu kedai makan masakan panas yang ada nasi air terbaik! nama kedai tu Muara Tomyam. bila order baru tukang masak buat.. tak macam kedai makan  biasa, masak nasi lembik siap-siap, then letak sup.. memang tak best.


haaa... ni la nasi air tu.. nampak tak warna yang putih lagi suci murni ni?(sori gambar gelap sebab guna henpon je... low quality) hihi.. sebenarnya deno dah biasa ke kedai tu sejak deno mula-mula dapat SLE.. bila admit wad, hari-hari rasa nak nasi air ini.. yang terbaik di terengganu!

ia digelar nasi air adik sebab ia special! takde garam, takde ajinamoto, takde ikan bilis, takde telur masin.. hanya nasi lembut, ayam dan daun bawang.. nasi air adik je macam ni, tuan kedai dah tahu deno sakit.. 



kedai makan tu berhampiran hospital, jadi kalau deno nak masa dalam wad tu, senang la dapat... abah la biasa tolong belikan. sebut je..."nasi air adik satu". tuan kedai terus inform tukang masak! tawar pun sedap! makan panas-panas berasap sampai boleh habis semangkuk!

tu la tadi... tiba-tiba rasa nak nasi air... alhamdulillah tercapai hasrat dan kenyang pun.. hihik ^_^



p/s: nasi air/bubur nasi ni bukan hanya untuk orang sakit.. kita kita pun boleh makan :)


8 SLE Supporters :):

Personal

My first gif :)

July 10, 2012,13 Comments

Selamat malam semua :)


Apa khabar hari ini? maaf ya semenjak dua menjak dan bermenjak ni kan deno sibuk dengan assignment.. nak guling lama-lama kat blog korang pun tak boleh... tapi sekarang deno free sikit lepas siap assignment costing dari puan linda.. 

online je terus bukak blog azzah sebab semalam azzah beritahu nak share tutor gif... sepanjang deno blogging kan, tak pernah buat gif.. tak pandai! baca pun tak faham sangat...

tapi azzah buat tutor yang simple dah mudah faham! suka sangat! kalau doodle yang bergerak-gerak kan comel... jadi deno cuba la...

dan hasilnya.......

tadaaaa!!!


yes! berjaya!!!
tapi simple sahaja sebab deno baru lagi.. hihik :)
apa kata korang cuba buat? jom ramai-ramai ke blog azzah



p/s: terima kasih azzah! :)



13 SLE Supporters :):