Itulah Permulaan - Dayang Deno

13.7.12

Itulah Permulaan

Selamat malam semua :)

Siapa kat sini suka main basikal? maksud deno kayuh basikal la.. hihik.. deno pun suka.. zaman budak-budak basikal la kenderaan deno bila pegi mengaji.. syok kan kayuh basikal ngan kawan-kawan... lalu tepi sungai dan sawah padi... memang best!


tapi itu tinggal kenangan... bila deno sakit, deno terpaksa lupakan semua keseronokan yang kanak-kanak biasa lakukan...semua dilarang.. semua tak boleh.. apa yang deno buat hanya duduk di dalam rumah, memerhati kawan-kawan bermain dari jauh.. sebak... sedih. pilu... semualah!

tapi itu hanya sementara, mungkin masa tu deno masih budak.. selalu nangis, selalu marah-marah.. tapi ma cakap banyak perkara dalam rumah yang menyeronokkan yang deno boleh buat.. ma ajak deno melukis.. mewarna.. ma belikan buku lukisan, pensil warna, water colour.. ma berikan deno semangat! sakit tak bererti kita tak boleh gembira kan?

deno still ingat semasa mula-mula deno dapat SLE, deno admit wad selama 4 bulan.. tak boleh balik, raya di hospital.. bila dah terlalu lama di hospital, ma belikan set melukis untuk deno.. jadi masa tu dalam wad KK1 di Institut Pediatrik, penuh dengan lukisan deno di dinding.. nurse dan doc selau minta deno lukis.. memang deno akan ingat sampai bila-bila kenangan tu.. (terharu...) T_T

sejak itu deno mula minat melukis.. selalu masuk pertandingan melukis.. masa spm pun deno ambil subjek tambahan seni lukis... sebenarnya.. dengan cara melukis, kita boleh release stress,,, kita boleh luahkan apa kita rasa atas kertas lukisan..kan?:)




p/s: pesakit SLE perlu mengelakkan cahaya matahari... sebab tu ada program WAP untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa pesakit mesti mengelak dari matahari... :')


12 comments:

  1. Untung tau sebenarnya ade sakit.. Tu maknanya tuhan sayang kat kita, nak uji kita.. Saidina Ali dulu pernah berdoa kat Allah agar dierikan kesusahan sebab 2 hari dia rasa seronok.. Dia takut kalau kalau tuhan tak sayang dia lgi.. Dan sya baru tau SLE tu spe

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Allah ambil sesuatu dari kita, Dia beri kita yang lain. Deno, fighting!

    ReplyDelete
  3. ahaa ! rindu nak naek basikal ...
    hhi
    http://myhuhuhabuu.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Smpai skrang saya suka kayuh basikal, just for exercise...Rasa bersyukur krn Allah masih mmberi kesihatan yg baik utk saya, masih boleh berbasikal & berjoging selalu. Bagi mereka yg tak sihat hrp bersabar dgn dugaan Allah, setiap kesakitan pasti ada hikmahnya....

    ReplyDelete
  5. jaga diri baik2 deno. ;) Allah sdg uji deno. ingat Allah selalu k ;)

    saya dah lama follow awak dah. kikikiki

    ReplyDelete
  6. comel, mcm puteri lilin yg deno :) ape2 pon, main basikal dlm rumah pon boleh, tp jd mcm sy.. dpt cop mohor kat pipi.. haha

    ReplyDelete
  7. minat melukis ye...sama cam ank sulung pcl.,
    Penghidap SLE xleh kena panas sangat ea...baru tahu ttg ni.

    ReplyDelete
  8. let the picture tells a story..baru tahu pesakit SLE tak bole kena cahaya matahari..

    ReplyDelete
  9. patutlah sume doodle comey2....bakat dah diasah dari kecik. hehe

    ReplyDelete
  10. baru tau penyakit SLE..

    Moga tabah..
    ia bukan halangan utk mencapai kejayaan.

    ReplyDelete
  11. akhirnya bakat melukis deno beralih kepada bakat membuat doodle :)

    ReplyDelete
  12. pandai deno lukis.. mesti nurse n doc pun rindukan deno :)

    ReplyDelete