Luahan Seorang Anak - Dayang Deno

12.7.12

Luahan Seorang Anak

Selamat malam semua.. maaf.. malam ini deno beremosi..
         Melihat kepada satu artikel.. hati ini dipukul rasa sebak, pilu, sedih.... perasaanku bercampur-campur.. emosi ini tiba-tiba datang sendiri.. aku bukanlah siapa-siapa dan aku juga tak berpihak kepada sesiapa pun.. namun aku juga punya perasaan, aku punya suara hati yang aku rasa bukan semua orang boleh faham..

         Aku adalah anak seorang anggota polis.. seorang bekas polis.. abah dah lama bersara.. aku sangat sayangkan abah! tanpa abah, tak mungkin aku di sini dan bernafas di bumi allah ini.. tugas polis seperti abah menjaga keamanan negara.. berkorban untuk rakyat dan negara.. bertugas tanpa mengira penat lelah.. mengorbankan masa tidurnya untuk tugas dan amanah yang diberikan kepadanya.. apabila aku kenangkan semua yang telah abah buat dan korbankan untuk aku, adik-beradik dan mak aku..aku jadi makin sebak.. air mata semakin laju mengalir apabila ada orang menggelarkan polis sebagai anjing kerajaan. jadi siapakah anak polis ini? siapakah adik-beradikku? anjingkah kami ini? air mata ini semakin laju... hanya nila setitik, rosak susu sebelanga.. seorang berbuat jahat, habis semua terlibat.. bukan sahaja digelar anjing kerajaan, malah lebih banyak cacian, kejian dan tuduhan yang sangat dasyat sampai tak sanggupku nyatakan di sini.. ada lebih teruk dari itu..ada juga polis dipukul, diterajang, dibelasah! Cuba bayangkan jika korang di tempat aku.. apa perasaan jika bapa kita yang kita kasihi dan kita sayangi dicaci, dihina... pasti kita turut rasa sakit bukan? mujurlah abah telah bersara.. jika tidak aku tak tahu sama ada abah boleh pulang ke rumah dengan selamat selepas bertugas.. aku takut jika abah dicederakan... aku takut melihat keganasan sekarang...

aku sangat bangga dengan abah kerana tugasnya yang bergadai nyawa untuk keselamtan negara... deno sayang abah!!!!!



p/s : apa kata kerajaan bagi semua polis di seluruh malaysia cuti seminggu, paling kurang dua hari.. semua polis cuti dan dihantar ke oversea.. kiranya tak ada seorang polis pun di malaysia... deno pasti.. setiap saat ada rumah kena rompak.. setiap saat ada orang kena bunuh.. setiap saat ada orang kena culik.. setiap saat ada orang kena rogol dan macam-macam jenayah lagi! sebabnya... tak ada pihak keselamatan dan semua orang boleh buat apa2 sesuka hati... masa tu barulah nak sedar diri pentingnya pasukan keselamatan seperti polis.


14 comments:

  1. orang yang berfikiran cetek memang selalu cakap macam-macam. Memang tak dinafikan sikap segelintir pols yang telah mencemarkan imej polis. Tapi, ramai lagi polis yang keje dengan jujur. Orang yang mengata polis macam-macam pun sebenarnya akan ke balai polis kalau rumah dia masuk pencuri!!!!!

    ReplyDelete
  2. dorang xbersyukur dgn apa yg ada.. pak long sy pn polis.. kalau xda polis..hancus malaysia....

    ReplyDelete
  3. sabar ya..mulut org kita tak boleh tutup..tanpa polis, tak aman dunia kita..

    ReplyDelete
  4. btul tu... Bukan semuanya jahat... Ade gak mber terasa bila digwlar mcmtu...

    ReplyDelete
  5. hihihi. Deno sayang. sebenarnya, jujur eh, Ety dah baca entry ni tadi, tapi bila dah bacab tu Ety jadi speechless pula. so, niat nak komen tertangguh jap.

    Ety faha sgt2 apa yg Deno rasa. Kadang2 kita ni yg tak sanggup bila org mengata ayah kita. walaupun mengata profession dia sekalipun. ayah mungkin nampak lek je, tpi kita yg sakit hati dengar.

    ayah Ety dulu askar. hihihi. menjaga keamanan negara juga.

    sabar ya Deno., tak mau sedih2. yg nak mengata tu, kita pekakkan telinga je. lambatl laun diorang penat mengata, diamlah mulut mereka tu. yg penting kita tahu, baik buruk profession ayah kita.

    dan dan, nnti juga cepat atau lmbt yg sakan dok cakap bukan2 tu akan sedar kepentingan polis dlm negara ni.

    cheer up sayang.

    ehh sorry2, komen terpanjang. idea terkumpul ni. hahahaha :D

    ReplyDelete
  6. yang baik susah orang nak nampak tapi yang buruk sekecil zarah sekali pon boleh diingat sampai mati wooo, yang penting kita buat kerja tu halal

    ReplyDelete
  7. hanya segelintir je..tak de polis,ada kita tido lena setiap malam?

    ReplyDelete
  8. hanay org yg tak waras jer berkata begitu.... hormatilah org lain sebagaimana org menghormati kita......
    kerana emosi , kita terlupa diri......

    ReplyDelete
  9. yang cakap tu tak puas hati dengan kerajaan. tak semua orang perfect. semua kena ingat tu.


    syaz folow sini syg. :)

    ReplyDelete
  10. tanpa polis, siapalah negara kita ini kan deno..

    ReplyDelete
  11. mereka x pernah rase n xpernah faham selagi mereka sendiri x duduk tempat polis tu atau anak polis tu atau family polis tu.. once diorg da rase, tahulah pengorbanan seorg polis tu jage keamanan negare mmg xterbalas~~ :)

    ReplyDelete
  12. sebagai seorang yg pernah terlibat ngan dunia polis slma 3 tahun(wlpun sekadar kokurikulum di universiti) sy pun terkesan bila ada yg mnggelar mcm tu.. sgt terguris hati...:(

    ReplyDelete
  13. betul. ade yg suka menuding jari kat org lain. xendhakkan perasaan org lain. kalau xde polis, entah apa rupa negara kita ni..

    ReplyDelete
  14. dorang tau ckp jak...tp cuba letakkan dri drg tempat org yg dihina..

    ReplyDelete