Nasi Air Adik - Dayang Deno

10.7.12

Nasi Air Adik

Selamat malam semua:)

Dah hampir lewat malam.. deno baru sahaja menghabiskan nasi air atau pun bubur nasi.. kat terengganu orang panggil nasi air!

lama tak makan nasi air, tiba-tiba hari ni mengidam... bukan orang pregnant je tau, kita-kita ni pun boleh mengidam kan? kalau tak dapat makan sampai termimpi-mimpi.. deno selalu macam tu, sampai mimpi! teruk betul!haha.. :p

cerita pasal nasi air, deno nak cerita pasal nasi air adik.. di bandar KT kan, ada satu kedai makan masakan panas yang ada nasi air terbaik! nama kedai tu Muara Tomyam. bila order baru tukang masak buat.. tak macam kedai makan  biasa, masak nasi lembik siap-siap, then letak sup.. memang tak best.


haaa... ni la nasi air tu.. nampak tak warna yang putih lagi suci murni ni?(sori gambar gelap sebab guna henpon je... low quality) hihi.. sebenarnya deno dah biasa ke kedai tu sejak deno mula-mula dapat SLE.. bila admit wad, hari-hari rasa nak nasi air ini.. yang terbaik di terengganu!

ia digelar nasi air adik sebab ia special! takde garam, takde ajinamoto, takde ikan bilis, takde telur masin.. hanya nasi lembut, ayam dan daun bawang.. nasi air adik je macam ni, tuan kedai dah tahu deno sakit.. 



kedai makan tu berhampiran hospital, jadi kalau deno nak masa dalam wad tu, senang la dapat... abah la biasa tolong belikan. sebut je..."nasi air adik satu". tuan kedai terus inform tukang masak! tawar pun sedap! makan panas-panas berasap sampai boleh habis semangkuk!

tu la tadi... tiba-tiba rasa nak nasi air... alhamdulillah tercapai hasrat dan kenyang pun.. hihik ^_^



p/s: nasi air/bubur nasi ni bukan hanya untuk orang sakit.. kita kita pun boleh makan :)


8 comments:

  1. Di tempat saya tak pernah dengar nasi air, bubur nasi adalah, tapi kesedapan bubur nasi ialah kerana campuran "bahan beracun" yg terdiri daripada ajinomoto, garam dll.

    ReplyDelete
  2. NAL suka bubur nasi ni..kalau kat Langkawi, kite sebut MOI..

    ReplyDelete
  3. CP pown suke makan bubur even tak saket , hehehe

    ReplyDelete
  4. bg akak kan, ns air trg lah yg paling sedap... maybe sbb akak ni org trg so, tekak pun dah tekak trg.. hihii

    ReplyDelete
  5. sedapnya..lapar ni
    dya kalau mengidam pun sampai termimpi2..haha

    ReplyDelete
  6. dulu my masuk hospital penah kena bg bubur tp my tak makan byk sbb tawar hehehee

    ReplyDelete
  7. hihihi kat ganu memang panggil nasi air..

    ReplyDelete