Motivasi

If You Think...

August 30, 2012,14 Comments


Selamat petang semua :)

hari di kampus ada ceramah kerjaya

dan hari ini juga

deno dapat satu pelajaran baru

"IF YOU THINK STUDY IS TOUGH...
WAIT UNTIL YOU WORK"

 



p/s: cuba elakkan stress ketika belajar :)

14 SLE Supporters :):

Personal

Final Exam

August 29, 2012,12 Comments

Assalamualaikum semua! :)


lama tak update blog
sejak nak dekat final ni, tersangtlah busy..
tak sampai dua bulan
nanti deno ada final exam

blog deno mungkin akan menyepi dalam sebulan ni...
maaf ya... nanti lepas final
deno akan kembali aktif macam biasa
nanti bleh guling2 kat blog korang lagi
doakan deno eh? :)


p/s: thanks sebab selalu support deno. sayang korang! :)

12 SLE Supporters :):

Lupus

Sejarah Deno Dan SLE

August 25, 2012,22 Comments

Selamat pagi semua :)

Alhamdulillah setelah 4 hari demam, hari ni demam deno beransur baik.

Korang, cerita deno bersama SLE sepanjang 13 tahun ni.... terpilih ke Buletin SLE Magazine untuk next chapter! Jadi deno nak berkongsi cerita deno dan SLE dengan korang.. Ayatnya agak skema.. hehe... ^^

Bagaimana deno dan SLE 'berkenalan' dan 'berkawan'?


Jom baca

DENO DAN LUPUS


  
Segalanya bermula pada November 1999. Ketika itu saya berusia 10 tahun. Pada awalnya, saya mengalami demam panas berpanjangan. Ibu dan ayah tidak mengesyaki perkara yang serius dan hanya membawa saya ke klinik. Saya hanya diberi ubat demam biasa dan sehinggalah pada suatu hari, kaki saya menjadi sangat bengkak.  Saya dibawa sekali lagi oleh ibu ayah ke klinik dan hasil ujian menunjukkan terdapat protein  di dalam air kencing. Saya kemudiannya dirujuk ke Hospital Besar Kuala Terengganu. Saya ditahan di wad selama sebulan. Ujian darah dibuat setiap hari namun penyakit saya tidak juga dapat dikenal pasti dan keadaan saya  semakin serius. Akhirnya doktor pakar kanak-kanak ketika itu, Dr Jimmy Lee Kok Foo mencadangkan agar saya mendapatkan rawatan di Hospital Kubang Kerian atau Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur kerana ketiadaan pakar di Terengganu. Ibu dan ayah membuat keputusan untuk saya mendapatkan rawatan di Institut Pediatrik, HKL. Pada 9 Disember 1999, bermulalah hospital sebagai rumah kedua saya. Hampir 2 minggu saya ditahan, namun penyakit saya  masih tidak dapat diketahui  dan sehinggalah pada 17 Disember 1999, saya telah menjalani satu procedure yang dipanggil renal biopsy iaitu pembedahan kecil untuk mengambil sedikit tisu buah pinggang untuk dianalisis. Hasil biopsy tersebut menunjukkan saya mengidap sejenis penyakit Lupus iaitu Systemic Lupus Erythematosus (SLE) Lupus Nephritis class IV.  Ketika itu, perkataan SLE begitu asing sehinggalah ia diketahui umum pada tahun 2005. Doktor pakar kanak-kanak di Inst Pediatrik ketika itu, Dr Lim Yan Ngo menerangkan kepada ibu dan ayah saya tentang SLE.

Ianya ialah sejenis penyakit kronik auto imun iaitu anti bodi di dalam tubuh pesakit sepatutnya melindungi badan untuk melawan penyakit tetapi tiba-tiba berubah dengan menyerang sel badan atau organ manusia dan penyakit SLE ini sangat jarang dihidapi oleh orang ramai.  Di dalam kes saya, SLE telah menyerang buah pinggang saya dan menyebabkan ia mengalami keradangan. Pelbagai rawatan yang telah saya lalui. Antaranya ialah saya menjalani rawatan hemodialisis untuk membuang segala toksik dan kotoran (urea, creatinine) di dalam darah  di mana buah pinggang saya gagal melakukannya. Saya juga terpaksa mengambil steroid sebagai sebahagian rawatan penyakit SLE ini. Saya turut mengambil 12 biji steroid sebgai permulaan dan kesan steroid membuatkan muka saya menjadi sangat bulat! Sepanjang dalam rawatan, SLE juga telah menyerang otak saya dan menyebabkan saya diserang sawan yang teruk dan terus dimasukkan ke wad ICU kanak-kanak.  Setelah 4 bulan mendapat rawatan di hospital, keadaan saya semakin pulih dan SLE juga terkawal. Namun begitu, saya  masih perlu mengambil ubat-ubatan pada setiap hari dan menjalani rawatan cyclophosphamide pada setiap bulan. Ubat-ubatan yang diambil oleh saya ialah Prednisolone, Invoril, Mircadis Plus, Felodipine,Prazosin, Apo-pravastatin, Alfacalcicol, Iron, Vitamin B Complex, Folic Acid, Pantoprazole Sodium dan Calcium Carbonate.  Rawatan cyclophosphamide pula adalah untuk pesakit lupus nephritis yang aktif dan agrasif seperti saya dan untuk mengelakkan keradangan buah pinggang bertambah teruk.  Kesan cyclo ini membuatkan rambut saya mengalami keguguran yang sangat banyak dan kepala saya juga hampir botak! Selain itu, saya juga mudah mendapat jangkitan kesan daripada rawatan cyclo ini. Saya sempat melakukan rawatan cyclo sebanyak 12 kali sehingga tahun 2001 . Ketika itu saya berusia 12 tahun dan akan mengambil peperiksaan UPSR. Saya sempat ke sekolah hanya 40 hari pada tahun itu kerana masalah SLE yang semakin kronik dan syukur kepada tuhan saya berjaya mendapat 5A dalam UPSR.  Tidak lama selepas  itu SLE kembali aktif dan sangat agresif. Rawatan cyclo tidak lagi memberi  kesan positif kepada kesihatan saya malah SLE lebih kuat dan telah merosakkan kedua-dua buah pinggang saya. Akhirnya saya terpaksa melakukan peritoneal dialysis (PD) iaitu dialisis menggunakan air yang boleh dilakukan sendiri di rumah. Dialisis ini perlu bagi menggantikan kedua-dua buah pinggang saya yang telah rosak. Saya melakukan dialisis ini pada setiap hari sebanyak 4 kali sehari iaitu pagi, tengahari, petang dan malam sejak tahun 2001 sehingglah sekarang.

Kehidupan saya tidak seindah remaja-remaja sebaya saya. Hampir setiap tahun SLE akan aktif. Saya tidak lagi boleh melakukan aktiviti-aktiviti sukan dan aktiviti kegemaran saya seperti dulu. Saya perlu lupakan semuanya. Saya tidak boleh bermain dengan aktif kerana saya mudah sakit dan mudah terkena jangkitan. Jika saya terdedah kepada cahaya matahari dalam masa 15 minit pun boleh membuatkan saya demam panas dan ruam kemerah-merahan pasti timbul di ruang muka dan bahagian badan yang terdedah. Sendi-sendi saya juga mudah mengalami keradangan. Adakalanya saya berasa sangat tertekan dengan kehidupan saya. Kesan ubat steroid juga menyebabkan muka saya menjadi bulat, kekurangan selera makan, berat susut  dan tumbesaran saya juga terbantut kerana steroid yang diambil oleh saya sejak berumur 10 tahun. Namun begitu, mujurlah saya mempunyai keluarga  yang sentiasa menyokong saya. Mereka sentiasa di sisi saya di saat saya memerlukan.  Emak, ayah dan semua kakak saya tidak pernah berhenti memberi saya sokongan, dorongan dan semangat. Kenangan yang paling tidak saya lupakan ialah ketika saya tidak dapat berjalan dan bergerak kerana keradangan sendi, ayahlah yang mendukung saya ke mana sahaja saya pergi dan emaklah yang menguruskan segala keperluan saya pada setiap hari. Kesemua empat orang kakak saya turut membantu saya. Begitu besar pengorbanan dan jasa mereka kepada saya. Saya tidak tahu akan jadi kepada saya tanpa sokongan daripada mereka.

Walaupun hidup saya bersama LUPUS, saya kuatkan semangat dan syukur saya berjaya juga menjejakkan kaki ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kuala Terengganu dalam jurusan Diploma in Accountancy dan masih mempunyai satu semester pada tahun (2012) ini. Sepatutnya saya telah tamat pengajian saya pada tahun 2010. Namun, disebabkan SLE, saya terpaksa menangguh 4 semester pengajian saya. Saya pernah melalui pengalaman tidak dapat menulis dan jari tidak dapat dibengkokkan kerana radang sendi. Ketika itu, rakan-rakan dan pensyarah banyak membantu saya dan itu memberikan saya lebih semangat untuk meneruskan pengajian. Kemudian, pada tahun 2011 saya diuji lagi oleh tuhan. Jantung saya pula bermasalah  yang juga berpunca dari SLE. Saya ditahan selama dua bulan di hospital dan dimasukkan ke wad ICU selama 3 hari kerana keadaan saya yang sangat tenat. Syukur pada tuhan umur saya masih panjang dan saya makin pulih. Bermula saat itu, saya juga perlu berjumpa dengan doktor cardiology kerana masalah jantung dan ubat saya turut bertambah. Kini, saya masih mengambil 13 jenis ubat iaitu 25 biji setiap hari untuk mengawal SLE dan masalah jantung saya.

Saya juga masih boleh mengekalkan kualiti hidup yang baik dan walaupun mempunyai gejala-gejala SLE dan kesan sampingan ubat-ubatan. Satu cara penting untuk menangani SLE ialah dengan memahami impak dari gangguan fizikal dan emosi. Mempelajari mengenal tanda-tanda awal dapat membantu saya mengambil langkah-langkah tertentu untuk menghalang atau mengurangkan SLE untuk aktif.

Selain itu, saya juga berusaha mengelakkan diri dari terkena sinaran cahaya matahari yang berlebihan. Ini kerana sinaran ultra matahari akan menyebabkan terjadinya ruam pada kulit. Ia juga berkemungkinan akan mencetuskan aktiviti penyakit yang lebih serius lagi. Melindungi diri dengan memakai pakaian berlengan panjang, memakai topi lebar dan payung, serta menyapu krim pelindung cahaya matahari (sun-block) semasa keluar akan dapat melindungi diri daripada komplikasi berkenaan.

Saya turut berusaha menjaga kesihatan. Adalah sangat penting bagi pesakit SLE seperti saya mengatur langkah untuk mencapai matlamat kesihatan yang sebenar. Salah satu matlamat penting kesihatan bagi pengidap SLE ialah mengatasi tekanan akibat mempunyai penyakit yang kronik. Cara menangani tekanan secara berkesan adalah berbeza bagi setiap orang. Membina dan mengekalkan sistem sokongan juga amat penting. Sistem sokongan yang berkesan ialah sokongan dari ahli keluarga, rakan-rakan dan kumpulan sokongan seperti Persatuan SLE Malaysia. Dengan menganggotai kumpulan sokongan, seseorang itu akan mendapat bantuan dalam mempertingkatkan emosi, meningkatkan harga diri, dan dapat menangani masalah.

Saya turut menyertai Persatuan SLE Malaysia. Melalui persatuan ini, saya dapat mengenali lebih ramai pesakit SLE dan melalui persatuan ini juga, barulah saya tahu bahawa terdapat juga pesakit SLE yang telah mengidap SLE lebih daripada 25 tahun. Dengan itu, saya dapat berkongsi pengalaman dengan mereka yang berjaya mengharungi hidup dengan SLE berpuluh tahun lamanya. Selain itu, saya turut bergiat aktif dalam persatuan ini dengan menyertai program Walk-A-Payung. Ia adalah satu program yang diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang SLE. Ia bertujuan menyedarkan masyarakat bahawa pesakit mesti mengelak dari terkena matahari. Ia juga untuk mengutip dana untuk aktiviti-aktiviti kebajikan bagi pesakit SLE. Pesakit dan bukan pesakit berjalan bersama-sama  dengan berpayung. Keluarga saya turut menyertai program ini tanda sokongan mereka pada saya dan juga pesakit SLE yang lain.

Saya tidak pernah menyesali apa yang menimpa saya dan saya sentiasa sematkan dalam hati bahawa Allah sangat sayangkan saya. Saya sangat bersyukur diberi peluang bernafas sehingga ke hari ini. Menjadi seorang pesakit SLE juga mengajar saya menjadi lebih kuat dan positif. Saya tanamkan motivasi dalam diri saya bahawa saya adalah orang yang sihat. Walaupun kajian menunjukkan LUPUS ialah sejenis penyakit kekal dan belum ada ubat yang tertentu boleh menyembuhkannya, masih ada cara untuk mengurangkan kesannya seperti ubat-ubatan yang membantu mengawal simptom.  Selain itu, cara hidup yang positif dan sokongan moral sangat penting untuk pesakit dalam menjalani kehidupan dengan baik.

Keluargaku, kekuatanku :')



p/s: fight LUPUS! :)


22 SLE Supporters :):

Hari Raya 2012

6 Syawal

August 24, 2012,8 Comments


Assalamualaikum semua...

-google-
 \
hari ni dah 6 syawal
hari ni juga da masuk hari ke 3 deno demam
mungkin sebab cuaca yang terlampau panas
bila terlalu panas mesti demam

yup! itu lumrah budak SLE.. 
mula2 deno sakit pun memang selalu demam
jangan pandang ringan tanda awal SLE ya korang..

malam ni kepala berdenyut-denyut
habis satu botol minyak angin
tapi kepala masih sakit
badan pun sakit-sakit
sengal tubuh deno..
harap tak sihat ni tak lama
oh badan cepatlah sihat!



p/s: semua dah balik, rumah kembali sunyi.....



8 SLE Supporters :):

Lupus

DayangDeno dalam "THE STAR"

August 23, 2012,11 Comments

Assalamualaikum semua :)

dah keluar!!!
hari ini cerita deno dan SLE dah keluar dalam "THE STAR" newspaper!

klik link the star :

 

deno harap dengan adanya cerita ini
lebih ramai orang mengenali SLE
lebih ramai SLE patient yang kuat dan semangat!
walaupun sakit tak semestinya kehidupan kita berakhir kan? 

syukur masih bernafas di bumi allah sehingga ke hari ini :)



p/s: interview last month :)


11 SLE Supporters :):

Hari Raya 2012

Salam Aidilfitri

August 19, 2012,12 Comments


Assalamualaikum!!!

Eh2.. dah raya la hari ni.... hihik...

 

selamat menyambut hari raya aidilfitri
serta maaf zahir dan batin....

tadi balik jap buat CAPD ke2 kul 3pm.. hihik
maklum la CAPD 4 kali sehari... puhh.. penat.. hihikk..

jom sambung raya! :)

12 SLE Supporters :):

Family

Budak Main.. Mak Budak Kerja

August 16, 2012,8 Comments

Selamat petang semua :)

Semua dah berkumpul di rumah.. jadi suasana agak riuh! lebih-lebih lagi suara anak buah
mak-mak budak pun riuh mengemas.. hihik.. memang terasa suasana nak raya :)

budak-budak dilarang menggangu mak-mak.. cikcu ni pun kena tolong tengok anak buah.. 
dah rasa macam guard mengawal budak-budak ni.. hihi...





p/s: penat layan budak-budak 

8 SLE Supporters :):

Farmasi

Okey :)

August 16, 2012,4 Comments


Selamat petang semua :)

Baru sejam balik dari hospital.. hari ni tak ramai patient, jadi sekejap je la deno jumpa doc..

result darah okey cuma HB je sangat rendah.. rendah daripada biasa.. HB deno hanya 7! mujur doc just tambahkan ubat, tak tahan wad.. ubat je la bertmabah^^

doc pakar deno cuti raya dah sebab dia on call raya nanti.. jadi doc baru ganti hari ni... ensem betul! nak pengsan rasanya tengok dia senyum.. oh hensemnyaaa... kalau slalu jumpa doc ensem best jugak.. hihik ^_^

pegi farmasi tunggu ubat pun lama

 


sejam jugak menunggu ubatnya



stok ubat untuk sebulan..
sekarang masa untuk refill yang dah habis! :)


p/s: pagi tadi lewat bangun sahur sebab semua tak terjaga.. bangun-bangun dah 5.30am cepat2 makan ubat..   tak sempat makan terus dengar azan... jadi hari ni sahur dengan ubat je.. hadoiii... :p



4 SLE Supporters :):

Personal

Lagi Dua Tiga Hari Nanti

August 15, 2012,7 Comments


Selamat malam semua :)

dah balik kampung?
deno tak perlu sebab kampung dekat je.. hehe

haaaa... dua tiga hari nanti jadi macam ni la...

 \

bayangkan masa ni korang sakit perut nak mem "buang"..
apakah tindakan korang masa ni... hehe


p/s: berhati-hati di jalan raya semasa dalam perjalanan balik kampung ya..... :)

7 SLE Supporters :):

Personal

Tak Nak Pergi Boleh?

August 15, 2012,3 Comments

Selamat malam semua :)

tadi saja2 deno tengok buku appointment dengan doc, tetiba nampak..."
- nefro -  "16/8/2012' - 8am -

 

tak perasan.. rupa-rupanya esok kena jumpa doc!erk...
 kenapa la nak dekat raya baru kena jumpa?
harap semuanya okey.. takut la sebab HB rendah..
takut kena masuk ****!  nak sebut pun tak berani.....

emmmm... kalau taknak pergi boleh? dah la semua baru balik... grrrr!



p/s: tak perasan esok kena jumpa doc.. taknak pegi boleh? hehe



3 SLE Supporters :):

Family

Semua Berkumpul

August 15, 2012,14 Comments

Selamat malam semua :)

nanti semua akan sampai dan akan berkumpul di rumah ni
nampaknya rumah ini akan mula riuh!


can't wait!


p/s: tahun ini giliran kaklong dan kakngah kat sini :)


14 SLE Supporters :):

Doodle With Costume

August 15, 2012,4 Comments


Selamat malam semua :)

tiba-tiba buat doodle

 

p/s: kostum apa? jom teka :p

4 SLE Supporters :):

Personal

Dulu Dan Sekarang

August 15, 2012,6 Comments


Selamat malam semua :)

dulu sebelum bersama SLE

  



kesan steroid muka deno bambam

 



p/s: setiap pesakit SLE mengambil steroid



6 SLE Supporters :):

Segmen

Qaseh: Kad Raya Qaseh

August 13, 2012,15 Comments

Selamat malam semua! :)

Deno join segmen lagi! kali ni ditag oleh ifa :)
pengalaman sambut raya!

"apakah pengalaman manis korang sambut raya zaman kanak-kanak dan
berapa duit raya paling banyak korang kumpul"

credit to mr google


Emmm.. kenangan zaman kanak-kanak.. 

Mungkin kenangan yang deno paling ingat ialah beraya kat hospital masa mula-mula dapat SLE.. kenangan pahit campur manis kot.. hihi.. memang raya kat hospital tak best tapi yang jadi best ialah dapat hamper besar, dapat lawatan dari vip dan dapat duit raya yang sangat banyak.. waktu tu, duit raya yg deno dapat setelah dikumpul ialah RM1000++.. memang seronok sebab dapat banyak dui raya kan.. itu memang deno ingat sebab sepanjang bulan syawal tu.. selalu je ada orang besar2 datang melawat... masa tu je la yang paling banyak dapat duit raya.. hehehe..



p/s: terima kasih ifa sebab tag deno! :)
      zaman kanak-kanak deno  tak best sebab selalu duk spital.. T_T

15 SLE Supporters :):

Mercun

Degil

August 13, 2012,8 Comments

Selamat malam semua :)


degil

kerana degil diri sendiri merana

jangan main mercun!

 


p/s: bahaya!



8 SLE Supporters :):

Ramadhan

Batu Burok

August 12, 2012,4 Comments

Selamat malam semua :)

Hari ni berbuka di luar.. tapi lain daripada biasa..
 di Batu Burok ada kawasan lapang macam padang
di situlah deno sekeluarga berbuka puasa.. makanan? buatan bazar.. hehe
bawa sedikit bekalan dari rumah... :)

padangnya lapang dan bersih.. ramai keluarga berbuka di sini

adam khaleef dah busy makan.. hihik :p
waktu ni dah 7.15pm tunggu waktu berbuka

dah makin gelap

surau kecil disediakan kat sini
memang mudah untuk kita solat selepas berbuka 
korang pernah datang sini tak? ^_^


p/s: seronok juga berbuka di sini bersama keluarga :)


4 SLE Supporters :):

Milo

MILO

August 12, 2012,11 Comments



Selamat malam semua :)

nak sambung study.... 
buat milo panas sebagai ubat taknak ngantuk..
bestnye minum milo panas dalam cuaca dingin... fuuu ~
 

milo memang best diminum panas-panas!



p/s: selamat malam! :)


11 SLE Supporters :):

Segmen deno

Segmen Follow @ Add

August 12, 2012,8 Comments

Selamat malam semua :)

Laju-laju deno join segmen... hihik^^


nak join? klik SINI :)

syaratnya sangat mudah dan simple
dapatlah deno join... .. hehe :p


p/s: laju-laju taip! study untuk quiz esok! banyak nak cerita nieh... tungguuuu... :)

8 SLE Supporters :):

Happy Weekend!

August 11, 2012,15 Comments

Selamat pagi semua :)

 



p/s: hari ni korang buat apa? deno stay umah je ... study esok ada quiz costing.. hihik :)

15 SLE Supporters :):

Ninja name

Your Ninja Name

August 11, 2012,9 Comments

Selamat malam semua :)

Jom cuba!

 

sumber :fB cousin


p/s: cuba convertkan, apa nama korang? hehe :)


9 SLE Supporters :):

Nasi Goreng Cili Api

Nasi Goreng Cili Api

August 11, 2012,3 Comments

Selamat malam semua :)

Pernah makan nasi goreng cili apai tak? nasi goreng yang memang sangat pedas dan boleh terbakar mulut! haaaa... deno tak pernah makan tapi itulah kegemaran abah deno sejak dia zaman budak-budak!

abah deno lain sikit, kalau satu hari tak makan cili.. mesti abah demam dan sakit-sakit badan.. jadi memang kat rumah selalu ada cili api untuk abah

abah boleh ratah cili macam tu je, naik gerun deno nengoknya.. tapi abah makan cili macam makan biskut! kaklong deno pun macam tu... erk.. pedasnya!

nasi goreng versi abah

 

biasanya orang suka makan cili dengan kicap tapi abah suka makan macam tu je.. kalau makan kat kedai pun abah minta cili api 20biji.. 

deno pernah cuba nasi goreng abah ni tapi tak tahan.. semulut je sebab tersangat pedas.. terbakar... fuuuu ~



p/s: tadi berbuka makan nasi goreng, sup tulang dan keropok :)



3 SLE Supporters :):

Tanglung

Tanglung

August 11, 2012,3 Comments


Selamat malam semua :)

Tak lama selepas berbuka, adam nak main sangat mercun poppop tu.. orang panggil mercun bawang sebab bentuknya macam bawang.. betul eh? entah la tapi tak bahaya..

baling je then bunyi la "pop" yang agak kuat.. deno takut sikit.. hihik.. adam yang kecik tu tak takut, dia main baling-baling je.. yang kelakar bila jatuh kat kaki deno  menjerit jugak la... hahaha.. padahal takde apa-apa pun.. takut je lebih.. adam siap ketawa kat cikcu dia ni... grrr

sambil main tu abangngah pasang tanglung.. 

              macam-macam warna

comel juga tanglung ni kecik2 je... 
tak banyak pun.. 

gantung kat pokok palm

sekejap je..  setengah jam then simpan balik.. 
sebabnya lilin kecik dah padam.. hihik...


p/s: pasang suka2 :)




3 SLE Supporters :):

Dialisate CAPD

Air Dialisate CCPD

August 11, 2012,1 Comments

Selamat malam semua :)

Baru dapat blogging.. deno hari ni mengangkut air CCDP.. air dialisate untuk dialisis guna mesin.. sejak deno tak pakai mesin dah ni, air dialisate tu banyak yang lebih.. deno tak guna la, deno guna air dialisate yang CAPD je la, yang dialisis manual tu..

bila bulan puasa memang deno biasanya deno akan terlebih sihat.. hehe.. jadi dengan semangat berkobar-kobar deno pakai mask dan angkut air CCPD tu sorang-sorang! deno susun kat garaj kereta... hehe

 
air CCPD yang dah tak pakai

semua air CCPD tu deno dah tak pakai.. ingat nak bagi balik hospital.. tapi tak tahu bila lagi sebab banyak sangat.. kalau total semua kan ada dekat seratus kotak.. semua berat2 tuh,,

total deno angkut tadi 35 kotak.. setiap kotak beratnya 10kg, jadi total deno angkut tadi 350kg ! pecah rekod! hihik.. sebenarnya abah tak bagi tapi deno buat jugak! masa abah pegi bazar deno angkut tadi.. hehe

abah balik tu deno tengah buat.. nak buat macam mana anak bongsu die ni kadang2 degil jugak walaupun sakit.. hihik.. ma deno dah bebel tadi... deno sengih je la... hahahaha..



p/s: boleh tahan lenguh badan.. hihik :p



                        

1 SLE Supporters :):

Personal

Budak Jual Barang

August 09, 2012,14 Comments

Selamat petang semua :)

Pernah tak korang jumpa.. budak-budak datang kat kita jual barang? tak kira kat mana pun contoh kat stesen minyak, bank atau kedai buku...

deno selalu jugak jumpa budak-budak nieh.. umur dalam lingkungan 12 hingga 15 tahun.. pernah ada sorang budak tu datang kat deno merayu-rayu minta deno beli minyak sapu..

deno macam tak layan.. tapi dia merayu-rayu jugak.. deno pun tanya la awak ni dari mana, tak sekolah ke.. kenapa jual barang.. then budak tu beritahu yang dia sekolah agama.. sekolah suruh jual barang untuk buat amal..

 

deno jadi pelik, kata sekolah.. tapi kenapa tak belajar kat sekolah tu tapi jual barang...

deno tanya la lagi.. "mak ayah awak tahu tak awak buat kerja ni.. bukan ke awak ke sekolah untuk belajar?" budak tu diam, terus dia pergi cepat-cepat macam tu..

hmmm.. deno selalu sangat jumpa budak-budak macam ni.. mak ayah diaorang hantar sekolah suruh belajar tapi kena buat perkara lain.. kesian budak-budak macam ni.. agak-agak mak ayah diaorang tahu tak?


p/s: hairan

14 SLE Supporters :):

Personal

Hati-Hati Di Jalan Raya

August 09, 2012,2 Comments

Selamat petang semua :)

Balik dari kelas ternampak ramai orang di bazar.. kereta penuh sampai jalan pun jam.. macam2 jem ada,. jem nenas, jem strewberry, jem blueberry.. macam2 lah..

yang geram dengan penunggang motor bawah umur ni.. suka hati bekas mak angkat bapak tiri makcik kau je nak bawak motor.. yang muda-muda bawah umur tu sah-sah takde lesen!

suka-suka hati rempit laju-laju celah kereta, nasib baik tak terlanggar.. memang kurang ajar betul.. nasib baik bulan puasa.. sabo sabo..

 

dua hari lepas, deno on the way ke bazar dengan abah.. ternampak budak motor eksiden.. kuih bertaburan atas jalan raya... yang eksiden tu budak perempuan.. 

nasib baik tak parah, luka-luka je la.. kita ni kena beringat, jangan tahu redah je... kan?



p/s: hati-hati di jalan raya :)



2 SLE Supporters :):

Blood Test

Dalam!

August 08, 2012,17 Comments

Selamat petang semuaaj..  :)

Tadi ke hospital lagi... dracula hisap darah.. haha..

tapi hari ni ada patient CAPD baru.. budak lagi, umurnya 7 tahun.. kesian deno tengok dia tahan sakit masa air dialisate masuk perut..

dah la dia kecik lagi.. deno tahu rasa sakit tu macam mana, memang sangat sakit masa air dialisate masuk dalam perut.. mula2 deno buat CAPD semasa umur deno 12 tahun, sampai terketar-ketar tahan sakit.. tapi lama-kelamaan sakit tu akan kurang... dalam bulan pertama memang kita akan rasa sakit.. kesian betul tengok budak kecik sakit.. baru 7 tahun, baru sekolah... deno doakan dia cepat sembuh.

tadi semua patient buat dialisis.. deno je kena amik darah.. tiba-tiba nampak nurse keluarkan banyak botol.. rupa-rupanya darah kena amik 10ml untuk 8 botol! deno mula cuak sebab bimbang kena cucuk banyak kali...

ada 8 botol untuk darah... shrink besar yang 20ml.. 
jarum butterfly warna oren! besarnya jarum.. erk!

deno berdebar dah.. banyak ni.. deno berdoa dalam hati supaya cucuk sekali je.. taknak cucuk banyak kali macam biasa tu.. dah la urat-urat semua halus...

hari ni nurse cucuk lengan kiri.. cucuk sekali tak dapat.. nurse dalamkan sikit jarum dalam lengan deno.. adoi sakit kak! darah tak keluar lagi.. makin dalam nurse cucuk.. terketar deno tahan sakit! ouch!! sakittt kak oiii... alhamdulillah akhirnya dapat juga... :)

sampai lebam bekas cucuk tu.. dalam betul jarum masuk.. teringat pulak masa amik darah untuk tengok kandungan oksigen last year.. rasanya yang tu lagi melampau sakitnya. sangat dalam hokey.. sabar sabar...

8 botol penuh darah.. nak hantar makmal ni..

pheww.. nasib baik la darah tu baik dan smooth je keluar.. kalau tak keluar sampai 10ml, jawabnya kena cucuk lagi... nasib baik betul hari ni.. hihik :)



p/s: nasib baik tak kena macam keluar masuk keluar masuk tu..

17 SLE Supporters :):

Biskut jacobs

Biskut

August 08, 2012,19 Comments

Selamat pagi semua :)

Biasanya kan, bila deno tidur agak lewat.. tentu perut rasa lapar... dan bila lapar deno akan cari biskut untuk isi perut! dan biskut kegemaran deno ialah biskut jacobs!

sangat sedap bila makan biskut jacobs yang dicicah dengan milo panas atau teh o panas! agak kenyang bila makan biskut sampai 5 keping.. hihik :)

 

kadang2 deno makan biskut cicah milo pekat, jadi macam cicah chocolate panas la.. milo pekat tu sangat sedap bila dimakan bersama biskut..

banyak cara nak makan biskut, buat sandwich biskut pun boleh.. pernah buat tak? bahan senang je.. cheese slice, tomato dan salad.. 

potong kecil dan nipis, susun cheese, tomato dan salad atas biskut kemudian letak sedikit sos cili dan mayonis.. lastly tutup semua bahan tadi dengan sekeping biskut lagi.. macam sandwich roti tapi guna biskut! krup2 bila kita makan.... cubalah! :)


p/s: biskut chipsmore pun sedap! ^^

19 SLE Supporters :):

Segmen

Jom Join Bloglist Cci

August 08, 2012,1 Comments

Selamat pagi semua :)

 

nak join? boleh tekan SINI :)

deno bukanlah blogger doodle tapi deno minat doodle... 
baru sahaja merangkak-rangkak dalam mengenali doodle :)




p/s: deno minat melukis :)


1 SLE Supporters :):

Personal

Masa Nak Tu La Takde

August 07, 2012,11 Comments

Selamat petang semua :)

Pernah tak terjadi... contohnya macam barang-barang kita yang biasa kita guna.. kita simpan kemudian lupa letak kat mana.. deno geram sungguh kalau penyakit lupa tu datang..

yang geramnya.. masa kita taknak guna dia.. dia boleh "tersengeh-sengeh tesenyum-senyum" depan kita.. bila kita nak guna tu, satu rumah cari tak jumpa.. selalu macam ni...


bila dah terlalu simpan sampai cari pun tak jumpa kan..


p/s: suka simpan barang


11 SLE Supporters :):

Esok Ke Hospital Lagi

August 07, 2012,11 Comments

Selamat petang semua.. eh petang dah kan? :)

Deno baru balik dari hospital.. tapi tak jadi buat blood test, kena buat esok sebab deno lupa bawa air dialisate yang dah guna.. jadi ke hospital lagi la esok..

ramai betul orang kat unit CAPD .. nampak ramai juga pakcik2 yang baru buat CAPD ni, diaorang sedang training... deno sampai tadi pun kena tunggu.. ada sorang pakcik tu merungut sebab kena buat CAPD empat kali sehari.. 

pastu nurse cakap kat pakcik tu.."pakcik.. buat CAPD ni macam solat, wajib kena buat setiap hari cuma CAPD buat empat kali.. kalau nak sihat kena buat.. tengok dayang tak merungut pun.. dia dah 11 tahun buat dari budak-budak sampai nak kawen dah.."

erk.. tergelak dayang nurse cakap macam tu.. belajar pun tak habis lagi.. haha

oleh kerana tak jadi buat blood test, jadi hari ni tukar tiub je la.. deno sempat lagi snap beberapa keping gambar masa nak buat tu.. tengah baring pun boleh snap!^_^

preparation

dah siap.. tunggu nurse je ni

masa nak tukar tiub ni, deno baring je la.. plaster deno buka sendiri dan biarkan ia terdedah sebab senang nurse nak "bermain" dengan tiub deno tu.. hihik :)

masa buat ni semua kena pakai mask macam masa buat CAPD jugak.. deno dah biasa..

 
nampak tak anak panah tu? bahagian tu la ditebuk 
masa mula-mula deno buat CAPD

di tiub ada besi sambungan dengan tiub satu lagi..
bila tiub ditukar, dengan besi sekali ditukar.. jangan rsau tak sakit :)

bila dah siap ditutup dengan gauze dan tampal plaster

tukar tiub ni ambil masa juga.. nurse kena buat berhati-hati! ada la dalam setengah jam, bila buat ni penat la sikit sebab kita tak boleh bergerak..

tadi tersentak sekejap deno sebab nurse tertarik kuat.. hihik.. ^^




p/s: deno tukar tiub setiap 6 bulan, maksudnya setahun 2 kali! tahun depan pula... yeah! ^_^

11 SLE Supporters :):

Hospital

Hospital Lagi

August 07, 2012,9 Comments

Selamat pagi semua :)

Taip laju2 sebelum ke hospital!


deno ke hospital untuk buat blood test dan tukar tiub CAPD di perut... setiap 6 bulan memang kena tukar.. harap semuanya berjalan lancar... bye!



p/s: terpaksa skip kelas sebab hospital.. tu yang tak suka.


9 SLE Supporters :):

Segmen

Segmen : Kenali Pelukis Doodle/Kartun Malaysia

August 07, 2012,10 Comments


Selamat pagi semua! :)

Deno join segman lagi... hihik... kali ni dari MIJ :) bolehlah kenal-kenal dengan pelukis doodle atau kartun kan... memang diaorang punya kartun comel dan cantik! 

blogger bertangan seni pilihan deno ialah :


 

ini salah satu doodle azzah untuk deno.. comel kan? sebenarnya banyak lagi kartun dan
doodle yang comel2 dan cantik! yang membuatkan deno suka ke blog azzah ialah entrynya
selalu disertakan dengan doodle... azzah juga sangat peramah dan suka berkongsi ilmu dengan kawan2!




 

doodle kat blog CCI ni semua comel!! geram deno tengok doodle2 yang sangat awesome!
warna pun sedap je mata memandang... boleh senyum tengok doodle2 CCI.. CCi juga terima tempahan untuk doodle dan macam macam lagi... memang best blog CCI :)



 

haaaa.... ini satu lagi blogger bertangan seni yang peramah dan suka berkongsi.. banyak juga doodle comel2 yang apit lukis.. macam2 jenis... boleh tekan SINI kalau nak tengok.! comel! :)



p/s: deno suka art! :)

10 SLE Supporters :):

Segmen

Blog Review: 1 Hari 1 Blog

August 07, 2012,7 Comments

Selamat pagi semua :)

Blog Review 

dah lama tak join blog review ni
tetiba rasa nak join hari ni.. hihik
syaratnya tersangat mudah!

kalau nak join sekali..
sila tekan SINI ^_^


p/s: jom join ramai-ramai :)


7 SLE Supporters :):

Ben Bradshaw

Orang Putih Cakap Melayu

August 07, 2012,2 Comments

Selamat pagi semua :)

Kenal tak orang putih cakap melayu? ben bradshaw aka ben gigi putih.. deno kenal awal tahun lepas, kenal dalam youtube je... hihik.. tadi deno jenguk dia lagi.. seronok sebab dengar dia cakap bahasa melayu dengan baik.. pandai betul! dia pun banyak ajar kita cara sebutan atau ayat2 bahasa inggeris dengan betul.

cikgu ben.. boleh folow dia kat twitter dan facebook.. dia pun ada blog.. blog ben di SINI! kita boleh tanya pada tentang apa2 berkaitan bahasa inggeris kat cikgu ben ni.. dia sangat peramah dan banyak kongsi ilmu.. sebab tu deno suka :)

yang deno suka satu lagi ialah paku dan belacan.. mereka ni kelakar.. konon2 orang mat salih yang tak tahu cakap melayu... cukup suka dengan paku dan belacan ni.. hihik ^^

ben gigi putih



paku dan belacan




p/s: pukul 8am nanti deno ke hospital untuk blood test dan tukar tiub CAPD (tenchoff).. harap kena cucuk sekali je..


2 SLE Supporters :):

Iftar

Berbuka Di Rumah Bestfriend

August 07, 2012,0 Comments

Selamat pagi semua :)

Mujurlah lesu denu tu tak melarat.. dapatlah deno join ma abah berbuka di rumah bestfriend abah! deno, kakngah dan adam khaleef pun join sekali.

kali ini ialah kali ketiga deno berbuka kat rumah diaorang.. tapi kali ini anak-anak diaorang ada balik so agak meriah sebab ramai budak kecik.. hihik.. adam khaleef apa lagi, sukalah ramai kawan...

seronok juga berbuka ramai2 kan..

macam-macam ada...

menu utama : sup ekor

deno tak makan banyak.. deno makan kuih je lebih..

lepas solat maghrib, tetiba deno bunyi bising kat luar.. suara adam khaleef pun ada sama.. deno pun terus la keluar tengok rupa-rupanya tengah seronok main bunga api!

lama betul tak tengok bunga api.. dulu2 yang deno ingat deno main bunga api yang besi tu.. lagi cantik daripada bunga api sekarang... siapa pernah main bunga api besi tu? sekarang susah nak jumpa walaupun still ada jual...

deno ada snap sikit gambar budak2 main

 

  

 

ingatkan si budak kecik yg pakai pampers tengok je abang2 main
rupa-rupanya dia join sekali jugak! kite yang nengok ni risau pulak....


bukan main hepi adam sebab papa dia tak beli bunga api... jadi memang main sakan la adam tadi... deno tengok dan jaga2 je la.. bukan apa dia belum pandai main.. takut kena tangan...


p/s: rindu zaman kanak-kanak :)

0 SLE Supporters :):