Esok Ke Hospital Lagi - Dayang Deno

7.8.12

Esok Ke Hospital Lagi

Selamat petang semua.. eh petang dah kan? :)

Deno baru balik dari hospital.. tapi tak jadi buat blood test, kena buat esok sebab deno lupa bawa air dialisate yang dah guna.. jadi ke hospital lagi la esok..

ramai betul orang kat unit CAPD .. nampak ramai juga pakcik2 yang baru buat CAPD ni, diaorang sedang training... deno sampai tadi pun kena tunggu.. ada sorang pakcik tu merungut sebab kena buat CAPD empat kali sehari.. 

pastu nurse cakap kat pakcik tu.."pakcik.. buat CAPD ni macam solat, wajib kena buat setiap hari cuma CAPD buat empat kali.. kalau nak sihat kena buat.. tengok dayang tak merungut pun.. dia dah 11 tahun buat dari budak-budak sampai nak kawen dah.."

erk.. tergelak dayang nurse cakap macam tu.. belajar pun tak habis lagi.. haha

oleh kerana tak jadi buat blood test, jadi hari ni tukar tiub je la.. deno sempat lagi snap beberapa keping gambar masa nak buat tu.. tengah baring pun boleh snap!^_^

preparation

dah siap.. tunggu nurse je ni

masa nak tukar tiub ni, deno baring je la.. plaster deno buka sendiri dan biarkan ia terdedah sebab senang nurse nak "bermain" dengan tiub deno tu.. hihik :)

masa buat ni semua kena pakai mask macam masa buat CAPD jugak.. deno dah biasa..

 
nampak tak anak panah tu? bahagian tu la ditebuk 
masa mula-mula deno buat CAPD

di tiub ada besi sambungan dengan tiub satu lagi..
bila tiub ditukar, dengan besi sekali ditukar.. jangan rsau tak sakit :)

bila dah siap ditutup dengan gauze dan tampal plaster

tukar tiub ni ambil masa juga.. nurse kena buat berhati-hati! ada la dalam setengah jam, bila buat ni penat la sikit sebab kita tak boleh bergerak..

tadi tersentak sekejap deno sebab nurse tertarik kuat.. hihik.. ^^




p/s: deno tukar tiub setiap 6 bulan, maksudnya setahun 2 kali! tahun depan pula... yeah! ^_^

11 comments:

  1. tengok troli dengan bekas jarum tu, lemah je badan... hahaha memang pantang tengok benda tu

    ReplyDelete
  2. teguh dan cekal..the best things to describe for someone like you. :)

    ReplyDelete
  3. Proud to be your bestfriend. You are so brave. I love you.

    ReplyDelete
  4. alahaiii seriau pulak tgk tiub2 tu..

    ReplyDelete
  5. Salam Deno,

    Sy baru baca blog Deno ni..Semoga Deno tabah ye...
    Ternampak yang Deno sewa mesin dialisis...Blh sy tahu Deno/parents sewa mesin dialisis dari mana?Sbb ingat nak sewa utk ayah yg tgh sakit buah pinggang juga...

    ReplyDelete
  6. boleh email saya email encik? nanti sy beritahu melalui email :)

    ReplyDelete
  7. salam,

    Ok..ini email saya..burhanuddinmohd@gmail.com
    Thanks

    ReplyDelete