Personal

Seketika

September 28, 2012,7 Comments


Selamat malam semua :)



Sambil-sambil study
tetiba terbukak blog!
eh2, bolah pula main ter terbukak blog ni kan.. hehe..
final exam deno bermula 10oct -17oct
jadi deno mem"busy"kan diri dan blog akan diabaikan seketika
semoga diriku sihat sejahtera untuk final exam ini... amin!




p/s: penatnya....

7 SLE Supporters :):

Kek Coklat

Antara Dua

September 26, 2012,5 Comments


Selamat malam semua :)

suka yang mana?

kek gula hangus

atau

 
kek coklat?


deno suka kek coklat sebab ada topping yang manis dan pekat..
bila buat sendiri kek, deno mesti letak banyak coklat cair tu... 
sedap buat sendiri kan? :)


p/s: kek gula hangus atau kek coklat?

5 SLE Supporters :):

Segmen

Segmen Tangkap Follower Sebanyak Mungkin

September 26, 2012,25 Comments


Selamat malam semua :)

lama deno tak join segmen...
teiba rasa nak join,, lagipun syarat2 tak banyak..
mudah sangat... jom join!


klik SINI


bilangan follower blog deno



deno nak tag :





25 SLE Supporters :):

Creative

Street Art

September 26, 2012,5 Comments


Selamat malam semua :)

deno kagum dengan street art ni
sangat kreatif dan belum pernah jumpa di malaysia..

street art yang kreatif! :)

 

 

 

 

 

  



  

kreatif kan?






p/s: i love arts!! 


5 SLE Supporters :):

Cartoon

Pada Suatu Ketika...

September 26, 2012,4 Comments


Selamat malam semua :)

Pada suatu ketika dahulu..
ketika zaman deno kanak-kanak..
suka sangat tengok.....

 
sailormoon

usop sontorian

power rangers

 
sesame strret


p/s: korang pula? :)

4 SLE Supporters :):

Lupus

Butterfly Rash

September 26, 2012,7 Comments


Selamat malam semua :)

Emm... dah lama deno tak bercerita tentang "besfriend not forever" deno tu. iapa lagi kalau bukan en. SLE tu. Korang pun dah kenal kan? Kalau belum kenal, boleh ke tab menu blog dayangdeno^^

Okeh, deno nak kongsikan tentang butterfly rash atau ruam kupu-kupu.

Ada ruam kupu-kupu kat wajah korang? Berwaspadalah.. Mungkin ianya adalah penyakit Systemic Lupus Erythematosus iaitu SLE! biasanya ruam tu akan terbentuk macam ni...

contoh butterfly rash

Image result for butterfly rashes

Related image
photo from google.com

Ruam ini dipanggil ruam kupu-kupu kerana bentuknya seakan-akan kupu-kupu... biasanya pesakit SLE akan ada butterfly rash ni. Deno mula-mula dapat SLE pun jadi macam ni, ruam merah di muka yang berbentuk kupu-kupu...
Butterfly rash sebenarnya ialah salah satu tanda seseorang itu mengidap SLE... biasanya orang yang tak tahu anggap itu ruam biasa sahaja, sedangkan itu tanda penyakit SLE.. Deno pun kadang-kadang ada ruam ni. Biasanya kalau deno berada bawah matahari dalam masa 2-5 minit sahaja pun butterfly rash ini mesti muncul. Pantang kena cahaya matahari sikit.

**Nak tahu lebih lanjut gejala-gelaja SLE? 
Jom klik SINI! Jangan pandang ringan gejala SLE kerana SLE penyakit berbahaya dan lebih bahaya dari cancer kerana sekali ia menyerang boleh membawa maut.. deno dah melalui pengalaman ngeri itu tahun lepas... deno harap deno tak melalunya lagi.. amin!


p/s: deno dapat SLE ketika berumur 10 tahun

7 SLE Supporters :):

Makan-Makan

Ringkas Dan Kenyang

September 25, 2012,3 Comments


Selamat petang semua :)

deno nak share resipi yang ringkas tapi mengenyangkan
deno suka makan roti macam ni.. mudah nak sediakan :)


roti egg and cheese

Bahan :

Roti
Butter
Telur 1biji
Tomato
Timun
Capsicum ( lada benggala )
Cheese ( yang nipis2 keping tu....)

Cara-cara :

1. Sapu sikit butter pada roti...then bakar roti.. deno letak roti atas kuali leper je.. tekan2 sikit, dalan masa seminit je... api jangan kuat sangat nanti hangus roti

2. Lepas siap roti, ambil telur dan buat omellete.. deno tak letak garam.. deno buat macam tu je omelette... bila siap lipat omelette tu...

3. Potong tomato, timun dan capsicum... letak sikit butter atas kuali leper tadi... then grilled tomato, timun dan capsicum tadi... deno grilled dalam 2 minit then angkat..

4. Dah siap semua.. susun cepat2 supaya kepanasan bahan2 tadi tak cepat hilang.... ok susun macam ni... mula2 letak omelette atas roti, letak cheese sekeping atas omelette.. then letak timun, tomato dan capsicum yang panas tadi.. then letak cheesesekali lagi.. haaa... tahu tak kenapa letak cheese atas bahan2 yang panas tadi? sebabnya cheese akan perlahan-lahan cair... masa tu cepat2 tutup dengan roti satu lagi... atas korang  nak letak banyak mana cheese.. macam deno letak dalam 2 slice...

kuantiti omellete, tomato, timun, capsicum dan cheese bergantung pada korang banyak mana korang nak  una.. okey, selamat mencuba :)


p/s: deno jarang makan nasi untuk tengahari... biasanya deno akan makan roti.. walaupun ianya hanya roti, apabila diubah dengan bahan yang sesuai.. ia jadi sangat mengenyangkan :)

3 SLE Supporters :):

Milo

Ingat Tak?

September 25, 2012,2 Comments


Selamat petang semua :)

 

ingat tak lagi?
zaman sekolah dulu mesti ada van milo datang...
milo yang sejuk.... kalau tak mabil 2-3 kali tak sah... hihi :)



p/s: rindu zaman sekolah

2 SLE Supporters :):

Nestum

Penyelamat

September 25, 2012,8 Comments


Selamat malam semua :)

sejak deno tak berapa sihat baru2 ni selera  makan pun kurang.. nasi makan jarang2.. tekak rasa tak best je... kalau makan nasi pun sikit ..

jadi, setiap hari makan nestum... nestum nestle...

 
-google-

nestum ni memang kenyang dimakan satu mangkuk penuh.. kadang-kadang deno makan bersama susu nespray.. kadang-kadang makan bersama milo...

tiba-tiba teringat deno warded 2 bulan tahun lepas tu.. yang semua pasal SLE jugak la.. suka-suka je "dia" attack jantung deno.. tak pasal-pasal warded lama... geram! sepanjang 2 bulan di wad, setiap pagi dan malam deno mesti makan nestum... baru keluar ICU pun mintak nestum dengan ma.. tapi tak boleh sebab tekak still luka kesan intubation tu...

tapi kan.. nestum ni memang banyak berjasa kat deno.. kalau deno warded, biasanya nestum la jadi penyelamat deno... deno suka makan nestum sampai sekarang :)



p/s: bukan baby je boleh makan nestum,.. hihi :p

8 SLE Supporters :):

Semangat

Semangat

September 25, 2012,3 Comments


Selamat malam semua :)


hai korang :)

malam ni deno nak share dengan korang..
apa deno buat bila deno down, rasa stress atau rasa sangat sedih.. cara ni deno buat dari dulu.. sejak deno mula sakit lagi, sampai sekarang deno buat....

sebagai seorang pesakit SLE.. deno adakalanya emosi tak stabil...
kadang2 ada masalah melibatkan kesihatan deno... 
ada perkara yang buat deno rasa down sangat, rasa sedih sangat..
rasa yang deno pun tak dapat nak ucap pun...
masa dapat tahu SLE attack jantung last year macam tu juga
rasa sedih.. terkejut.. macam-macam..

biasanya bila dah stress ditambah pula rasa sedih...
deno akan nangis puas-puas dan lepaskan semua rasa sedih...
bila dah puas........
deno cakap depan cermin....
"dayang norhidayah... semangat! semangat!"
lepas tu deno akan peluk tubuh deno.... deno peluk dengan kuat
dengan air mata mengalir.. deno peluk dengan kemas tubuh deno
tak lama lepas tu.. rasa semangat datang balik.. rasa tenang....
deno sapu air mata... deno akan cuba lupakan kesedihan tu
deno sebut lagi.. "semangat semangat!" sambil genggam2 tangan...
lepas tu deno boleh senyum dah....

alhamdulillah...bila selalu buat macam ni.. deno rasa lebih positive.. rasa lebih semangat......



p/s: bulan depan jumpa doc lagi.. harap result makin baik.. :)

3 SLE Supporters :):

Pesakit SLE Sensitif Terhadap Cahaya Matahari

Cuaca Sekarang

September 23, 2012,4 Comments


Selamat tengahari semua :)

 

Cuaca sekarang lain betul
kalau hujan, sampai ribut petir berjam-jam
kalau panas pula, panas yang sangat panas.. 
sekarang cuaca di terengganu sekejap hujan sekejap panas
cuaca yang tak menentu.....

masa hujan tu tak kisah sangat
tapi bila cuaca panas, nak keluar pun takut
kena fikir banyak kali..
macam yang korang tahu...
patient SLE tak boleh kena panas matahari..
nak keluar mesti selalu pakai losyen SPF tinggi
kena jaga sangat2... kalau tak bernasib baik
SLE boleh aktif!

boleh nampak sangat bezanya..
waktu deno ada kelas, butterfly rash mesti ada di muka
muka habis merah-merah.... tapi kan
bila deno mula cuti baru ni.. deno tak keluar rumah..
rash tu dah kurang dan muka pun kurang merah..
baru-baru ni masa ke hospital
dari parkir kereta deno jalan ke unit nefro
deno just jalan bawah matahari dalam 2 minit
balik rumah terus demam...

panas sekarang memang pelik
panasnya boleh buat sakit kepala dan migrain
boleh buat demam.....
nampaknya payung jadi kawan baik lagi..



p/s: pesakit SLE sensitif dengan cahaya matahari


4 SLE Supporters :):

Personal

Terima Kasih :)

September 23, 2012,2 Comments


Selamat tengahari semua :)



first af all, deno nak ucap terima kasih buat semua sahabat deno yang mendoakan deno
rakan-rakan blogger yang putus2 beri semangat dan mendoakan deno.. terima kasih korang! :)

alhamdulillah... bangun pagi tadi badan terasa segar sedikit
tak seperti minggu-minggu yang lalu.. bangun terasa lemah dan lesu..

syukur... harapnya kesihatan ini terus baik
terus berkekalan.... insyaallah amin!



p/s: alhamdulillah... :)

2 SLE Supporters :):

Personal

Better

September 22, 2012,6 Comments


Selamat petang semua :)

http://www.emocutez.com

Sejak tak berapa sihat ni..
update blog pun jarang
deno still tak sihat
tapi tak seteruk minggu2 lepas
alhamdulillah... :)




p/s: study week dah bermula.. final exam semakin hampir.. 

       


6 SLE Supporters :):

Hospital

Hari Ini Di Hospital

September 17, 2012,12 Comments

Selamat malam semua :)


perkembangan hari ini
deno ke hospital tadi..
ramai betul orang sakit..
petang baru dapat jumpa doc

jumpa doc....
kena buat xray.. test tu.. test ni..
alhamdulillah.... result okey :)
cuma keadaan paru-paru tak berapa bagus
mungkin sebab tu deno batuk tak baik baik
lebih2 lagi deno patient SLE
mudah sangat kena jangkitan
dan lambat sembuh kalau sakit..
sebenarnya............

deno hepi!http://www.emocutez.com
tak admit wad! :)

doc kat emergency call doc pakar
dia tak berani nak bagi ubat sebab deno ada SLE
ada la dalam 5 minit dia berbual kat phone tu
barulah dia decide beri deno ubat...
4 jenis ubat......
lega sangat tak perlu warded macam tahun lepas...
sangat sangat lega....

tapi.. kalau tak sihat juga
perlu ke hospital dan admit juga,,
minta dijauhkan.. shooooo!
deno harap dengan ubat ni deno lebih sihat
aminnnn!


p/s:  tak sempat blogwalking... bila tak sihat macam ni nak blogging pun tak larat... sori.. :(

12 SLE Supporters :):

Personal

Esok Ke Hospital Juga

September 16, 2012,5 Comments


Selamat malam semua :)


Hari ni deno still tak sihat
batuk tak sembuh-sembuh
selesema pun macam tu

risau......

jadi esok terpaksa ke hospital juga
apa2 berita nanti deno update kat sini
doakan deno..



p/s: taknak pergi terpaksa jugak... tak suka!


5 SLE Supporters :):

Personal

Dua Minggu Lagi

September 14, 2012,3 Comments

Selamat tengahari semua :)


Korang apa khabar?
deno.......
em macam ni la..
still tak sihat..
batuk macam tu la...
tak sembuh lagi...
semalam ke hospital bahagian nefro
deno jumpa nurse
nurse cakap kalau tak sembuh juga mesti jumpa doc juga
untuk buat x-ray dan test.. emmm

kaklong pun ada minta deno pegi hospital
sebab dulu dr daud, pakar jantung deno tu pernah beritahu
kalau batuk tanpa kahak.. batuk lama...
dan bila baring batuk makin menjadi-jadi tu salah satu tanda masalah jantung
kaklong tu risau sakit jantung deno datang balik

tapi... tapi... tapi kann...
deno rasa tak la... batuk bisa je kot.. kan kan?
lagi pun.. deno dah nak dekat final exam ni..
DUA MINGGU lagi....
dekat sangat dah...
apa-apa pun
jumpa doc lepas exam!
hehehehe....



p/s: encik SLE sila jangan datang! saya nak exam ni tau... shoooo shooo...


3 SLE Supporters :):

Ada Tips Tak?

September 10, 2012,13 Comments


Selamat petang semua :)


emm.. hari ni batuk makin teruk
dalam kelas hanya suara deno batuk kedengaran
dengan cecema lagi...
semalam pun tak berapa boleh tidur
asyik batuk...
arghh! rimas betul dengan batuk ni..
sambil taip entry sambil batuk..
dengan srooottt srooot lagi.. huhu..
demam dah kurang..

deno nak tanya...
ada tips tak kalau korang batuk
korang makan apa ..?
maksud deno selain ubat..
please.....



p/s: uhuk uhuk uhuk... sampai sakit kepala dan dada ni.... hadoiiii....


13 SLE Supporters :):

Personal

Tak Nak Pergi Hospital

September 09, 2012,9 Comments


Selamat petang semua :)



Hari ke 3 deno demam, batuk dan selesema..
batuk makin teruk.. 
selesema makin menjadi-jadi
bimbang jugak ni..
bila nak exam je mesti tak sihat

mak ajak ke hospital
tapi deno tanak la...
nanti tak pasal2 pulak warded
deno rasa sekejap je ni kot...
deno ada test lusa...  test two untuk subjek costing
nest week pun ada lagi
dengan report final project lagi...
tadi bukak student portal
jadual final exam pun dah keluar
lagi la taknak ke hospital...
harap sejarah tahun lepas tak berulang...




p/s: hachoooommmmmm!!! :p

9 SLE Supporters :):

Bila Kita Redha...

September 05, 2012,11 Comments


Selamat malam semua :)

Apa khabar? rindu deno nak datang sini.. nak jenguk korang kat blog.. tapi banyak kekangan masa sebab deno banyak assignment T_T

huhu ~



semalam.... deno menonton channel 708, ada kisah tentang LUPUS.. iaitu SLE...

deno bercakap lagi tentang penyakit deno.. ya.. sekali lagi disahkan LUPUS tiada ubat dan tiada penawar.. "pesakit hanya bertahan dengan ubat".. yup! masih terngiang-ngiang kata-kata dr lim kat telinga deno.. itu deno tahu, sejak deno mula-mula sakit lagi... but

ma always told me that there is a HOPE! deno percaya... satu hari mesti ada kan?

deno redha.. tahu tak apa ajaibnya bila kita redha sesuatu ujian yang allah bagi kat kita? hati kita rasa sangat tenang... tenang sangat, percayalah.... :')


p/s: kadang2 hati rasa sebak.. tapi normal kan rasa sedih tu kan.. tarik nafas dalam2, lepas tu dah okey :)

11 SLE Supporters :):