Cerita Ct Scan Deno Di Hospital - Dayang Deno

30.11.12

Cerita Ct Scan Deno Di Hospital


Selamat tengahari semua :)

Baru-baru ni kan... deno ada cerita nak kena ct scan kepala sebab jangkitan kuman..
semuanya sebab SLE...

macam ni la tempat ct scan tu.. deno panggil terowong 

-google-

dulu deno pernah buat ct scan ni... senang-senang panggil terowong ya... deno masuk terowong ni pada tahun 2000 sebab masa tu SLE serang otak.. deno terus jadi tak sedar dan jantung berhenti.. abah cakap sebelum masuk ICU tu deno masuk dalam terowong ni la... tak pasal-pasal deno terpaksa pakai cermin mata sampai sekarang.. kesan serangan SLE tu buat otak deno ada "little damage". kesannya kat saraf mata..

21/11 baru-baru ni deno ke hospital untuk masuk terowong ni macam yang doc SOPD minta buat.. mula-mula deno kena buat ultrasound... then barulah ke bilik untuk ct scan tu.. tapi bila doc check kat kepala deno bengkak tu macam dah kurang... jadi doc kat situ tak jadi nak buat...

dia kata buat ct scan ni tak bagus sebenarnya.. lebih-lebih lagi deno ada banyak sgt penyakit.. cardio, nephro, sle.. dia cakap lagi, jumpa dulu doc deno di klinik SOPD sekali lagi.. kalau doc SOPD nak minta buat juga baru buat balik...

jadi kena tunggu lagi la.. perlu jumpa doc dulu.. deno harap tak perlu la nak buat ct scan ni, deno pun rasa makin sihat... sebenarnya selepas keluar hospital baru2 ni, deno buat rawatan tradisional di kuala lumpur.. hasil rawatan tu sakit kat kepala deno dah berkurang dan bengkaknya pun makin kurang... alhamdulillah.. deno harap semuanya akan pulih dengan sendirinya.. tak perlu la nak melalui pembedahan macam yang doc beritahu tu.. insyaallah.. :)




p/s: alhamdulillah rawatan tradisional di kuala lumpur tu menunjukkan kesan positif walaupun perlahan-lahan.. kepala deno dah kurang sakit dan deno makin sihat.. alhamdulillah.. terima kasih juga korang yang sentiasa mendoakan kesihatan deno.. :)


10 comments:

  1. Insha Allah.. Deno da usaha.. moga rawatan tradisional tu makin memberi kesan positif. :) Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum deno...alhamdullilah semoga cepat sembuh yer...;)

    ReplyDelete
  3. Setiap kali singgah sini akak selalu nampak komen yang mendoakan sUpaya deno sembuh.jadi doa kami semua ni tak pernah berhenti untuk tengok deno sembuh..ok.?

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...berita baik tuh...semoga berterusan sihat yer Deno...amin...

    ReplyDelete
  5. Ya Allah. sampai mcm tu sekali effect dia. cepat sembuh ye kak.

    ReplyDelete
  6. kdg2 rawatan tradisional kena buat jugak kan?

    ReplyDelete
  7. jangan putus asa.. Iktiar.. ^_^. semoga deno cepat sembuh.

    ReplyDelete
  8. Rawatan tradisional tu maksudnya perubatan Islam dgn ustaz kan (bukan rawatan dgn dukun). Baguslah Deno, ikhtiar perlu ada sebab semua sakit ada penawarnya....

    ReplyDelete
  9. Semoga cepat sembuh. Sy pn prnh ada pngalmn yang sma. Pernah buat ct scan. Bezanya sy d kaki. Semoga sentiasa tabah dan sbr.
    Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  10. Sya juga pesakit sle tpi alhamdulillah la sle sya x bnyk meragam sangat.dpt detect masa akhir bulan 5.nasib baik cepat pergi hospital doktor kta lgi sikit nak serang buah pinggang.ubat saya x la bnyk mcm ubat deno.30/11/12 haritu pergi hospital nak ambil darah then result keluar tngok darah turun dari paras normal jadi 9.8 je.doktor kata kalau turun lagi nak kena stay di wad untuk masuk ubat.minta 28/12 nie nak pi jumpa doktor darah x down.x sanggup x duduk hospital.

    ReplyDelete