14th Anniversary.. Deno And SLE - Dayang Deno

17.12.12

14th Anniversary.. Deno And SLE



Hari ini 17 Disember 2012


Genap 14 tahun deno dan SLE.. banyak kenangan deno dan "dia"..  "dia" selalu datang dan membuatkan deno sakit.. "dia" membuat deno menangis... "dia" membuat deno terpaksa mengambil pelbagai ubat.. "dia" membuat deno berkampung di hospital berbulan-bulan lamanya.. "dia" juga menyebabkan deno terpaksa buat CAPD.. "dia" juga merampas keseronokan zaman kanak-kanak deno..

"dia" memang jahat kan?

 walaupun begitu deno tetap bersyukur.. deno mempunyai keluarga yang penyayang dan memahami deno.. rakan-rakan, jururawat dan doktor semuanya baik dengan deno..

deno cuba untuk tidak merungut apabila mendapat kawan seperti "dia" kerana deno tahu.. di luar sana ada ramai lagi rakan-rakan yang sakitnya lebih teruk dan menderita daripada deno...

deno juga percaya.. allah swt tak akan menguji deno lebih daripada kemampuan deno.. sebab itu apabila "dia" datang, deno cuba untuk kuat dan semangat.. deno tak mahu menangis di depan ma abah sebab deno taknak risaukan mereka.. deno tahu ma abah sedih bila deno sakit..

sekarang sudah genap 14 tahun deno bersama "dia" dan "dia" masih lagi datang pada bulan oktober yang lalu... walaupun "dia" masih datang, deno akan terus senyum dan gembira.. terima kasih allah kerana memberi hambaMu ini peluang untuk bernafas sehingga ke hari ini...


LUPUS.. learn about it.



p/s: "dia" yang deno maksudkan ialah SLE..
      

17 comments:

  1. Kuatkan semangat ye deno..akak ade tag deno ^^

    ReplyDelete
  2. tak pa Kak Deno , Allah tahu apa yang terbaik utk kita , wlupun kdg2x kita rasa xsuka atau ssah dgn ssuatu prkara/kejadian tu , tp ad hkmah dsbalik smua tu . hhe ! pnjg laa pula sya bckp .

    ReplyDelete
  3. assalam syg.
    akak harap deno tabah ya. dan akak doakan deno sentiasa sihat walafiat :)

    ReplyDelete
  4. 14 tahun..Lamanyaaaaa

    :-/

    X pe, Kak Deno. Geng blogger pun ada did siniiii!! Hehe ;-)

    ReplyDelete
  5. sedih lak akak baca cerita ni. huhuhu. Deno memang kuat dan tabah. Bertahan la selagi mampu :)

    ReplyDelete
  6. dah 14 tahun..lama deno dgn 'dia'... jgn sedih sbb itu bermakna ALLAH lagi syg deno .... ALLAH akan uji umatnyer yg kuat...deno jaga diri bebaik yerk....

    ReplyDelete
  7. Allah menguji hambanya supaya kite lebih mendekatinya :'D
    http://nazurah-offical.blogspot.com/2012/12/perkembangan-kini-kayap-1.html

    ReplyDelete
  8. tempoh yang sgt panjang. kita bangga dengan awk deno. kuat semangat ^^b.

    ReplyDelete
  9. Allah bagi 'dia' mungkin untuk uji deno.. nampaknya deno memang seorang wanita yang gagah.. sebab mampu menghadapi 'dia' moga2 deno semakin kuat dan tabah :)

    ReplyDelete
  10. kesian kak deno . ape-2 pun akak kene kuatkan semangat kay :D

    ReplyDelete
  11. salam..deno, boleh dptkan fb deno tak? ataupun num fon? deno org terengganu kan? sy pun terengganu and i'm also SLE fighter.. nak sangat berjumpa dengan deno face to face dan sama2 memberi semnagat :)

    ReplyDelete
  12. @ Nieyxzha Hassan :smgt2!! thanks akak, deno join dah :)

    @ Tyka Syazawanie : betul.. semua kejadian ada hikmah di sebaliknya :)

    @ Puan Gojes : Amin! :)

    @ Choki : choki!!! yup. 14 years.. tapi ada lagi rakan SLE yang 25 tahun bersama sle.. dia sgt tabah :)

    @ Azzah : insyaallah :)

    @ Nurul Faiz : insyaallah dengan
    izin dariNYA :)

    @ BoNDa.... : terima kasih bonda.. :)

    @ Nazurah ♥ : ya.. betul tu.. nazurah pun bersabar ya dgn ujian nazurah skrg.. akak doakan nazurah cpt sembuh :)

    @ BiskOt : semangat2! terima kasih :)

    @ Aida Omar : insyallah.. terima kasih aida :)

    @ Nanie : insyallah smgt2!! terima kasih:)

    @ Dae Hyun : smgt2! thanks dik :)

    @ ANONYMOUS : hi :) boleh.. ini fB deno: Dayang Deno -lepas awak add tinggalkan mesej ya supaya saya tahu siapa.. :)

    ReplyDelete
  13. Allah... semoga deno terus tabah. saya tak boleh bayangkan macam mana tapi deno memang tabah. tak sperti saya, tak kuat. wlaupun sy hanya ada asthma dn hnya kdg2 menyerang tp tiap kali kena attack memng sy lupa untk senyum. hanya tangisan menemani sy. semoga kita sama2 tabah

    ReplyDelete