Syukur :') - Dayang Deno

31.12.12

Syukur :')


Air mata gembira mengalir.. Terharu, perasan bercampur-campur rasanya

Image result for flowers tumblr one"

Deno mula didiagnosis SLE ketika berumur 10 tahun. Apalah yang deno faham pada waktu tu, zaman kanak-kanak deno tak seperti kanak-kanak biasa. Masa deno banyak dihabiskan di hospital kerana deno selalu sakit. Deno perlu rawatan, tak boleh bermain dan hanya melihat kawan dari jauh. Keadaan deno semakin teruk bila deno berumur 12 tahun. Hanya 40 hari di sekolah dan selebihnya deno "berkampung" di hospital sehingga deno menduduki UPSR. Alhamdulillah deno berjaya cemerlang.

Di zaman sekolah menengah pun sama. Kehidupan zaman remaja deno tak seindah remaja di luar sana. Sakit makin menjadi-jadi. "Dia" selalu datang walau sebaik mana pun deno jaga kesihatan deno. Sejak dulu hospital menjadi rumah kedua. Deno tak suka "dia" tapi "dia" selalu dekat dengan deno. Kerana "dia" juga, deno ditengking guru kerana gagal dalam ujian dan lama tak hadir ke sekolah, kerana "dia" juga deno tak punya ramai kawan. Keluar masuk hospital setiap bulan adalah perkara biasa sehinggakan deno naik jemu, tapi deno ingat nasihat ma dan abah supaya deno sabar. Sehinggalah deno mengambil SPM. Sesungguhnya Allah Maha Besar, deno mendapat keputusan yang baik, alhamdulillah.

Pada tahun 2007, deno menyambung pengajian di UiTM Terengganu. Gembira deno hanya Allah yang tahu:) Semester pertama, deno bersemangat belajar tapi "dia" datang lagi. Deno sakit dan terpaksa menanggguh pengajian. Pada akhir tahun 2007, deno kerap sakit sehinggalah bulan Oktober baru-baru ini. Setiap semester deno jatuh sakit. Rakan-rakan deno semuanya telah hampir tamat ijazah tapi deno? Semuanya kerana "dia". Sememangnya deno takkan dapat lupa kenangan deno sepanjang belajar. Perit, banyak sungguh rasanya dugaan dan cabaran Tuhan pada deno. Deno cuba untuk tak merungut sebab deno tahu, ada rakan di luar sana yang mempunyai ujian, dugaan yang lebih berat daripada deno.

Syukurnya Allah berikan hamba ini keluarga yang sangat penyayang dan memahami serta kawan-kawan yang banyak memberi sokongan.

Takkan pernah deno lupa jasa ma dan abah yang berusah payah menjaga deno di saat deno sakit di hospital. Ma tak jemu menjaga deno siang dan malam, abah pula tak pernah merungut menjaga, mengangkat deno setiap hari ketika deno tak dapat berjalan dan bangun. Keempat-empat kakak kesayangan deno yang sentiasa memberi semangat, membantu deno di saat deno memerlukan.. merekalah semangat deno.

Kawan-kawan.. Kenangan kawan-kawan memapah deno menaiki tangga untuk ke kelas, kenangan kawan-kawan yang tolong tuliskan nota untuk deno, kenangan kawan-kawan yang tolong ajarkan pelajaran yang deno tertinggal kerana deno sakit di hospital, kenangan kawan-kawan melawat deno di hospital. Banyak sungguh kenangan di situ...



xxxx


10am

"ma abah..... adik lulus semua!" 


xxxxx


**Semester lepas adalah merupakan semester terakhir deno. Deno tak dapat ambil final exam di kampus kerana SLE aktif dan ditahan lama di hospital. Deno hanya sempat 1 paper final exam di hospital kerana keadaan deno yang tak mengizinkan. Selepas sebulan di hospital, deno discaj dan pihak kampus inform deno boleh mengambil baki 2 paper final exam yang deno tak dapat ambil di hospital. Deno baru dapat result dan alhamdulillah lulus semuanya dengan baik. Ya Allah... Deno rasa macam tak percaya setelah menangguh 5 semester pengajian, koma di ICU pada tahun lepas, keluar masuk wad, berkampung di hospital berbulan-bulan lamanya sepanjang pengajian, syukur alhamdulillah terima kasih Allah! Dengan izin Allah, doa abah, ma, kakak, kawan, deno berjaya tamatkan pengajian.. Alhamdulillah akhirnya tamat juga :')



16 comments:

  1. deno..sekarang pun deno mempunyai kawan2 yang sentiasa menyokong deno daripada belakang.. dan saya pun salah seorang daripada kawan2 tu.. deno kena kuat tau untuk melawan penyakit tu. deno kan kuat.. deno pasti boleh lawan penyakit tu :)

    ReplyDelete
  2. tabah dan hebatnya!

    sangat kagum..semoga berjaya dalam bidang2 akan datang juga!

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..tahniah.semoga deno lebih tabah k..setiap yang berlaku ada hikmah.:)

    ReplyDelete
  4. tahniah deno..best baca cite deno..jadi inspirasi untukku

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Deno, terharu pcl membacanya. Sekalung Tahniah pcl ucapkan dgn ketabahan , kecekalan , usaha gigih membuahkan hasil yg mengembirakan semua org terutama mereka yg tersayang di sisi Deno. Moga ini akan memberi semagat lagi untuk meneruskan kehidupan di thn 2013 dgn lebih bermakna.

    ReplyDelete
  6. kak Deno tabah tau . Kuatkan semangat ! Akak mesti kuat :')

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Tahniah adik akak. Syg kamu! Tahniah dik. Tahniah

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah ..walaupun dugaan sakit tp deno ttp cemerlang...

    ReplyDelete
  9. kagum sangat ngun ketabahan kak deno :')

    ReplyDelete
  10. hebatnya deno. Kagum sangat! ^___^ Be strong :D

    ReplyDelete
  11. allah dah hadiahkan kemanisan kepada deno disebalik kesakitan yg ditanggung..tabah lah =)

    ReplyDelete
  12. kesian nya deno..
    takpela..sebab sle jugak deno punya ramai kawan yang sayang deno tau..:)

    ReplyDelete
  13. Allahu Akbar.. kuatnye jiwa deno.. teruskan semangat yg kuat itu.. teruskan besyukur. moga Allah tambah syg pdmu dik.. akak kat cni sntiasa doakan yg terrbaik utk deno :)

    ReplyDelete
  14. besar sungguh dugaan buatmu...... deno..tapi ketabahan mu begitu memberi inspirasi buat semua.....
    tabahkan hati dan remy doakan yg terbaik buat deno....

    ReplyDelete
  15. Deno..tahniah dik..tahniah dengan keputusan..mesti ma dengan abah tersenyum bangga.. walaupun tak ramai kawan diluar sana..tapi kamu punyai family..kawan datang dan pergi dik..family tetap bersama kita masa susah dan senang..;)

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah :) deno utg ada kwn2 yg baik, tlg deno n sokong deno. Finally!! Yeayyyyy

    ReplyDelete