Family

CIkCu (saya la tu.. hehe)

May 30, 2012,11 Comments



erk...

adam khaleef : cikcu! nak air!! cikcu.. nak makan!!
                       
kakak aina : ciksu... kakak nak main the sims!!! 

amca : cikcu.. khaleef tak nak main!!

         

phewww... rumah sangat penuh hari ini
bila cuti memang macam ni
anak buah semua ada
macam-macam kerenah
nak itu nak ini
kadang2 siap gaduh sebab nakkan cikcu ini


rumah yang biasa senyap lain pula hari ni
riuh dan bising dengan suara kanak-kanak
hero dua orang asyik berlari
heroin pulak suka berlakon dengan macam-macam karektor
bila si kakak berlakon jadi bawang merah
tiba-tiba cikcu ini kena jadi bawang putih
mula la kena dera... adoiii... penat-penat
sampai tertidur cikcu petang tadi kepenatan
takpe la... sayang punya pasal kan... :)

deno sebenarnya tak biasa tidur petang
tapi sebab penat tertidur jugak
tu pun tak berapa lena sebab bising.. huhu
ni baru 3 orang.....
macam ni la bila ada anak buah
macam-macam ragam
tapi penat-penat pun
deno seronok melayan kerenah budak2 ni... :)


kakak aina (9tahun)

amca (5tahun)



 adam (4tahun)


 p/s: anak buah korang berapa orang eh? mesti seronok kan? ^_^


11 SLE Supporters :):

Personal

Debaran

May 30, 2012,7 Comments


debaran lagi
adalah ia akan terbit esok?
jika betul nanti deno akan kongsikan :)



p/s: berdebar-debar :p


7 SLE Supporters :):

Walk-A-Payung

Walk-A-Payung 2012!

May 29, 2012,7 Comments



Tahun ini deno join lagi Walk-A-Payung!! Kalau nak tahu cerita tahun lepas boleh tekan SINI. Walk-A-Payung untuk tahun ini diadakan pada 20May baru-baru ini di Tropicana Medical Centre, Damansara.

Korang tahu tak apa itu Walk-A-Payung?

Walk-A-Payung adalah satu program yang diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang Systemic Lupus Erythematosus(SLE), sejenis penyakit yang terjadi akibat gangguan oleh sistem imuniti badan yang menyerang tisunya sendiri. Selain itu, ia bertujuan menyedarkan masyarakat bahawa pesakit mesti mengelak dari terkena matahari. Ia juga untuk mengutip dana untuk aktiviti-aktiviti kebajikan bagi pesakit SLE. Pesakit dan bukan pesakit berjalan sejauh 3 kilometer dengan berpayung!

Tahun lepas deno berjalan... tapi tahun ni deno demam... jadi tak berjalan la dengan kawan-kawan, just pergi program dan jumpa kawan-kawan SLE kat sana.. demam pun join jugak WAP! huhu... memang seronok program ni! best3!!!

 Walk-A-Payung 2012

nak mula jalan

berjalan dengan payung!

jalan jalan jalan...

 abang polis pun ada.. hehe

seronok!

jaga-jaga...

 merahnyaaaa....

persembahan daripada student sunway college

lucky draw!! adik kecil yang sungguh bertuah!


yeay!!! with my family! :)

deno bersama cecilia, executive secretary persatuan SLE malaysia :)

deno bersama rakan-rakan SLE...
we are the warrior princess!!! yeah!!


Walk-A-Payung memang sangat best!!! Insyaallah tahun depan nak join lagi... korang pun joinlah ya... support denodan kawan-kawan!:)



p/s : support lah SLE patient ya! ^_^


7 SLE Supporters :):

Personal

Syukur...

May 28, 2012,11 Comments




Alhamdulillah
hari ini genap aku 23 tahun di atas muka bumi allah ini
aku bersyukur padaMu Allah...
aku masih bernyawa.. masih bernafas hari ini...
aku bersyukur kesihatan aku bertambah baik...
aku bersyukur kerana diberi peluang lagi menatap wajah orang-orang yang aku sayang
aku bersyukur..... alhamdulillah...
harapan aku cuma satu.. agar aku diberi peluang membalas jasa kedua orang tuaku yang telah banyak berkorban untuk aku... insyaallah.. amin...



p/s : selamat hari lahir deno..
        tabahkan dirimu..
        kuatkan semangatmu..
      

11 SLE Supporters :):

Personal

busy

May 26, 2012,5 Comments


cerita lama nak kena imbas balik
cerita deno dan SLE.....
memang agak susah sebab time tu kecik lagi
then kenangan tak berapa nak manis pun kena ingat balik
nervous sebab semua must in english...
nanti deno cerita eh... sangat busy.. bye! :)



p/s : banyak cerita nak share ngan korang... nanti tau..
        sori lama tak ke blog korang.. ngeeee.. ^_^



5 SLE Supporters :):

Walk-A-Payung

Wordless Wednesday

May 23, 2012,9 Comments



love walk-a-payung :)













p/s : nanti deno cerita eh... :) 



9 SLE Supporters :):

Peros

Biarlah Gambar Bercerita # 2

May 23, 2012,2 Comments


klik 




p/s : dah kurag demam.. 


2 SLE Supporters :):

Walk-A-Payung

WAP :)

May 20, 2012,15 Comments



deno baru balik dari program WAP
deno still demam
tapi nak join juga WAP.. hehehh :p
awal pagi dah telan penadol..
terima kasih ma, abah, kak ana, kak obi support deno!
nanti deno cerita eh... deno tak berapa sihat... 



p/s : seronok :)

15 SLE Supporters :):

Personal

=_=

May 20, 2012,5 Comments



deno tak sihat..
harap esok okey... sebab nak ke WAP..
nape la time ni.. hadoiii...





   




5 SLE Supporters :):

Personal

huh

May 18, 2012,7 Comments





sabar je la...
harap2 esok okeh dah..







   


   

7 SLE Supporters :):

Hari Guru

DENDA^^

May 16, 2012,11 Comments



   

selamat hari guru buat semua guru di dunia!!!!!


hari ini hari guru, ramai orang bercakap tentang hari guru... rindu betul deno zaman sekolah-sekolah dulu.. ^^

kenangan zaman sekolah rendah deno tak berapa best sebab time tu deno baru je sakit.. deno pun jarang sangat pergi sekolah time tu.. 

masuk sekolah menengah deno still tak sihat tapi okeh sikit berbanding sebelumnya.. deno sekolah di smk sultan sulaiman. kenangan paling tak boleh lupa semasa deno form5, kenangan denda. bila deno teringat mesti tergelak sendirian sebab memang lucu betul denda yang cikgu bagi.. still ingat cikgu bahasa melayu yang sangat popular di SS, still ingat misai dia.. kulit dia yang putih dan rotan yang panjang sentiasa dikepit di celah ketiak.. haha.. itulah cikgu syed anuar!

cikgu syed ni memang sangat garang dan tegas. sebelum exam, dia dah beri warning.. siapa dapat B dalam bahasa melayu akan didenda!!! jadi kalau sape-sape yang dapat B, memang sukarela kena denda.. haha.. yang tak boleh tahan tu denda dia tu.. tak pernah cikgu-cikgu lain buat denda macam tu...

denda yang popular dia buat ialah jalan itik depan kelas lain.. sooo.. kalau kelas untuk form5 ada enam kelas, enam kelas la kena jalan itik!! ramai-ramai.. tak kira lelaki atau perempuan memang kena buat! denda lain dalam kelas ialah buat taichi atas kerusi dan berdiri bawah meja (ada ke? memang kena terpkasa duduk je la bawah meja tu..).. lucu betul..!! ada juga satu lagi denda yang pelik! budak form6 yang kena.. nasib baik deno dan kawan-kawan tak kena macam tu.. kena denda minum susu dalam botol susu budak!!!! hahaha.. memang kelakar sangat!!

memang lucu bila ingat-ingat kembali.. tapi cikgu syed sebenarnya sangat baik.. dia cuma garang kat sekolah je.. kalau jumpa kat luar friendly sangat.... oh rindunya zaman sekolah!!



p/s : pernah kena denda tak? hehe






11 SLE Supporters :):

Segmen

Komen Belum Di"approve"

May 16, 2012,2 Comments

uji minda semalam dah 8 orang dah beri jawapan
belum cukup sebab semua yang beri jawapan tu perempuan
lelaki belum ada... jadi belum boleh beritahu jawapan sebenar
sebabnya nak buat kajian tak bolehlah kalau semua perempuan yang beri jawapan..
tunggu lagi la... kita tengok... kaum lelaki ramai tak beri jawapan
sementara tu deno nak share cerita zaman sekolah dengan korang sempena hari guru ni ya.. :)




p/s : deno tunggu lagi la.... sabo ye, komen belum diapprove.. :p



2 SLE Supporters :):

Santai

Otak Lelaki atau Otak Perempuan?

May 16, 2012,13 Comments


Malam ni nak ajak korang uji minda sekejap ya... line pula lambat malam ni jadi deno nak ajak otak korang menari sikit malam ni ya... :)

ujian ni sebenarnya nak lihat keunikan otak manusia tau... adakah otak korang otak lelaki atau otak perempuan.. okeh baca betul-betul ya^^



Finished files are the
result of years of scientific 
study combined with the
experience of years


sudah selesai?

berapa banyak F yang anda kira?



p/s : beri jawapan di ruangan komen ya.. selamat malam.. ( geram tak dapat bw malam ni.. hadoii..) 
  

13 SLE Supporters :):

Blood Test

Keluar Masuk

May 15, 2012,24 Comments



erk..
tadi kena cucuk tempat yang paling taksuka
urat semua dah kecik...
last-last kena cucuk kat lengan.. 

tak sanggup rasanya tengok jarum tu masuk lengan
keluar masuk keluar masuk
macam biasa nurse guna butterfly needle
mula-mula cucuk tak dapat
nurse cucuk dalam sikit pun tak dapat
dia tarik sikit jarum then cucuk senget ke kiri
still tak dapat... 
then tarik jarum sikit cucuk senget ke kanan 
still tak dapat.. darah tak keluar jugak

nurse: dayang, kita cucuk dalam sikit, urat kat dalam ni.. susah dapat
deno : hah? emmm.. cucuk je la dalam pun.. taknak cucuk dua kali..

then, nurse masukkan jarum lebih dalam..
owch! sakittttt!!!
akhirnya.....
darah pun keluar jugak... 
phewww.. lega sangat sebab dah dapat
kalau tak dapat jugak
nampaknya kena cucuk lagi la..
biru wehhh lengan deno..
sabar je la.. dah biasa... hehe :p



p/s : tarik jarum masuk jarum.. rasa macam kain dah.. 


24 SLE Supporters :):

Personal

Awal Pagi

May 15, 2012,9 Comments



awal pagi esok deno ke hospital lagi
seperti biasa perlu buat blood test setiap bulan
memang wajib buat sebelum jumpa doc
harap semua okey dan sle still tido...harap sangat..

oh en. SLE!! sila pergi dan jangan datang!

 

"our symbol may be beautiful...
but the disease is not....."



p/s : harap sekali je kena cucuk.. huhu..

9 SLE Supporters :):

Personal

Hwaaa...

May 15, 2012,2 Comments



hwaaaaaaa.....
tenet memang dah tahap nazak


huh!

2 SLE Supporters :):

INFO

Ibu-Ibu Aneh Di Dunia

May 14, 2012,11 Comments



Ibu Berusia Lima Tahun


Siapa sangka kanak-kanak yang berusia lima tahun mampu melahirkan anak. Percaya atau tidak itulah yang terjadi kepada Lina Medina. Kepelikan iru menjadikan dia ibu paling muda di dunia. Mengikut rekod rekod sejarah perubatan dunia, kanak-kanak berusia lima tahun tidak boleh melahirkan anak.

Namun kes Medina membuktikan sebaliknya. Pada awalnya, ibu bapa kanak-kanak itu menyangka anak mereka mengidap kanser selepas perutnya membesar secara tiba-tiba. Oleh kerana bimbang, mereka membawanya ke sebuah hospital di Ticrapo, Peru. Selepas membuat pemeriksaan, Dr. Gerardo Lozada, mengesahkan kanak-kanak itu sedang hamil tujuh bulan. Kemudian pada 14 Mei 1939, dia melahirkan anak lelaki melalui pembedahan.Walaupun perkara ini sudah lebih 70 tahun berlaku, saintis belum ada jawapan macam mana kanak-kanak berusia lima tahun mampu melahirkan anak.


Ibu Lahirkan Kembar Lapan

 

Wanita ini digelar 'octoman' kerana dia berjaya melahirkan anak kembar lapan dengan semuanya hidup. Setakat ini wanita yang bernama Nadya Denise Doud-Suleman seorang saja yang berjaya melakukannya. Kembar lapan dengan semuanya hidup bukanlah satu kehamilah yang mudah. 

Ini kerana sejarah perubatan tidak pernah merekodkan mengenai kejayaan kelahiran sebegini sebelum ini.Meskipun Nadya seorang ibu tunggal dan tidak bekerja, tetapi dia tetap berusaha membesarkan semua anaknya. Sebelum kelahiran kembar lapan ini, nadya telah pun mempunyai anak dan dia adalah seorang ibu tunggal. Berita kelahiran kembar lapan pada tahun 2009 melonjakkan populariti Nadya.


Ibu Di Usia 70 Tahun

  
Keinginan untuk mendapatkan anak bagi menyambung warisan keluarga menyebabkan Rajo Devi Lohan terus berusaha mendapatkan anak. Sealam lebih seratus tahun lalu, kajian sains membuktikan wanita mempunyai had dalam proses kesuburan. Poses monopous dijangka saintis berlaku pada wanita yang mencecah usia 50-an dan tak boleh mengandung lagi. Bagaimanapun, Rajo Devi, wanita di usia warga emas masih boleh melahirkan anak kemabra tiga. Pada bulan November 2008, Rajo Devi melahirkan seorang bayi perempuan bernama Naveen.


Lelaki Pertama Lahirkan Anak

 

Perkara ini berlaku apabila Thomas Beatie, suami kepada seorang isteri yang mengidap Histerektomi. Penyakit itu menyebabkan isteri Thomas bernama Nancy tidak boleh mengandung sepanjang hayatnya. Justeru, untuk membolehkan mereka mendapat anak, Thomas Beatie memutuskan untuk mengandungkan sendiri anaknya. Pada peringkat awal, perkara ini nampak macam sesuatu yang mustahil kerana belum pernah ada lelaki yang mengandung. Namun, setelah doktor mengkaji latar belakang Thomas, mereka dapati Thomas mempunyai rahim dan mampu mengandung. Melalui Kaedah inseminasi, Thomas berjaya mengandung dan melahirkan anak dengan selamat.


Ibu Terkecil Di Dunia

  

Stacey Herald hanya setinggi dua kaki empat inci, keinginannya untuk menjadi ibu membuatkan dia sanggup berdepan sebarang komplikasi asalkan mempunyai anak. Sewaktu mengandung, doktor mengandaikan Stacey akan berdepan masalah. Ini kerana Stacey mempunyai penyakit tulang rapuh sejak kecil. Jadi, keadaan itu menyebabkan dia tidak membesarkan seperti orang lain.. Walaubagaimanapun, Stacey berjaya melahirkan anak pertamanya  dan anak yang seterusnya.


sumber : infiniti



p/s : kalau rajin tolong deno klik sini ye... hehe


11 SLE Supporters :):

Personal

Second :p

May 14, 2012,3 Comments

MU naib johan je

but MU is the best!

3 SLE Supporters :):

Maher Zain

Number One For Me

May 13, 2012,13 Comments

untuk semua ibu di dunia

jasamu tiada tandingan..

deno sayang ma :')




I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me
Now I finally understand
That famous line
About the day I’d face in time
Coz now I have a child of mine
Even though I was so bad
I’ve learnt so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kids the way you do
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me
There is no one in this world
That can take your place
Oooh I’m sorry for ever taken you for granted
I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I’m around you
Now I will to try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday
The number one for me
The number one for me
The number one for me
Oh oh
Number one for me





13 SLE Supporters :):

Personal

Maafkan Deno..

May 13, 2012,12 Comments


deno dah decide
memang dari last year deno plan dah
semua ni untuk ma abah
deno sanggup buat
tak perlu dah mesin tu
dah banyak ma abah susah untuk deno

deno dah decide taknak pakai mesin
nak buat dialisis manual macam dulu balik
sewa mesin dah makin mahal..
biarlah deno buat dialisis manual
penat pun tak apa
dulu pun deno pernah buat maual
deno akan buat dialisis manual(capd) 4 kali sehari
pagi, tengahari, petang, malam
deno tak kisah.. deno kesian ma abah

bila dah kerja nanti
boleh la pakai mesin balik
ada rezeki, nak beli terus mesin tu
tak payah sewa lagi..
 kadang-kadang terfikir
deno ni memang susahkan ma abah
bebankan ma abah
maafkan deno... ma.. abah..




p/s : maaf ya kawan-kawan, deno emosi sikit pagi ni.. entah kenapa...

12 SLE Supporters :):

DenoART

Mak Ayah

May 13, 2012,7 Comments

Zaman sekarang... banyak deno dengar kisah anak-anak yang buang mak ayah macam tu je.. tinggal tepi jalan, tinggal kat umah orang tua, di stesen bas... macam takde perasaan makhluk yang bergelar "anak" itu.. sedangkan mak dan ayah itulah yang banyak berkorban untuk anak-anak..


cuba kita imbas kembali...

mak ayah adalah manusia yang paling gembira di dunia apabila kita lahir...





kita dijaga dengan penuh kasih sayang...






kita adalah segala-galanya bagi mereka..






 dibekalkan ilmu kepada kita sejak kecil..



melindungi kita setiap masa























sentiasa mendoakan kita...





sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada kita

 
sentiasa berbangga dengan kita..



ingatlah jasa dan penorbanan mak ayah kita.. tanpa mereka, kita tiada di dunia ini...



 
 p/s : hargai jasa orang tua kita :)


7 SLE Supporters :):

Gangguan Ketika Belajar

Gangguan Ketika Study

May 12, 2012,31 Comments

Sebagai seorang pelajar. study itu memang sangat penting! selepas kelas, kita tak boleh terus tinggal atau lupa sahaja apa yang kita belajar kan... mesti study balik apa ilmu yang kita baru sahaja dapat supaya kita tak lupa kan..

tetapi.. ada juga beberapa sebab mengapa waktu study terganggu..


1. facebook, blog, twitter dan yang sewaktu dengannya..

ini sebab yang paling top waktu study boleh terganggu.. ramai student macam ni.. plan nak study tapi buka fB.. niat sekejap je tapi terlanjur pula dua tiga jam.. siap update "study time" tapi last-last tak jadi study... muahahaha!!



2.  televisyen (TV)

kalau dah tengok tv.. mulalah melekat dan asyik dengan tv tu.. plan nak study semua tak jadi.. lebih-lebih lagi kalau hantu drama, mesti tak miss nak tengok.. apa yang popular tu.. lepat? karipap? kebab? eh.. k-pop! deno lupa sebab tak minat... hehe...


3. sms

time nak study ni lah kawan duk sms... ajak keluar la.. ajak makan la.. ajak sembang la.. siap merayu-rayu lagi.. huh! pastu, siap ada sms nak ajak bergosip pasal pakguard ensem kat kampus... ada ke? ish3...


4. katil dan bantal

hehe.. maybe ramai yang jadi macam ni.. niat nak study duduk atas katil, pegang bantal yang empuk boleh la study dengan selesa kan.. sambil membaca tu boleh rehatkan badan... tapi lain pula jadinya.. bila duduk rehat atas katil, ternampak macam bantal tu bercakap.. memanggil kita.. " marilah.. mari sayang.. baring.. tidurlah.. pejamlah mata..." then, kita pun kalah dan zzzZZZ.... bukan study tapi studo!! haha.. :p

semua ini memang selalu berlaku pada setiap pelajar sekarang..betul tak?  haha.. tetapi ianya atas diri kita sendiri.. kita boleh nak elak semua ni tapi dengan syarat mesti berdisiplin. kan?



p/s : pernah tak korang macam ni?  hihi^^



31 SLE Supporters :):

Manchaster United

MU

May 12, 2012,16 Comments

Ohhh deno tersangat jeles dengan Choki sekarang ni... hehe..best betul Choki!

sebenarnya ramai orang tak tahu deno tersangatlah minat pemain MU (Manchester united). biasanya orang akan cakap budak perempuan mesti tak minat bola, suka tengok rancangan masak-masak.. sori okeh.. siapa kata budak perempuan tak minat bola?

my sis (kak obiey) pun minat MU, baju pun banyak jersey MU.. setiap kali ada jersey baru mesti dibelinya.. huhu.. deno pun nak tapi mahel la.. my sis takpe dah kerja.. jeles ok :p

deno pun join kelab ni :)


paling seronok kalau tengok bola dengan my sis, abah dan abangngah.. ada jugak perang sebab abgngah penyokong arsenal.. tapi macam biasa, MU menang.. muahahaha...

jangan salah anggap deno tak sokong pasukan malaysia.. malaysia main pun boleh tahan la.. QPR pun best..! baru-baru ni tengok diaorang main baguslah! under malaysia jugakkan... hehe..


ON THIS DAY | Magnificent 7 Final Day
11 Mei 1997 - Eric Cantona membuat penampilan terakhirnya bersama Manchester United menghadapi West Ham United. United menang 2-0 (Solskjaer 12', Cruyff 84').

11 Mei 2003 - David Beckham membuat penampilan terakhirnya bersama Manchester United menghadapi Everton. United menang 2-1 (Beckham 45', Van Nistelrooy 79')


Manchester United Kit 2012-13!!


 jersey memang terbaekkk!

berminat? nak tahu lebih lanjut?
nak order? tekan SINI :)



p/s : siapa minat MU? hehe....



16 SLE Supporters :):