doodle story

My Art : Demam

June 30, 2012,21 Comments

Selamat petang semua :)









p/s : kalau demam, sila jumpa doc ya kawan-kawan.. hikhik  http://www.emocutez.com








21 SLE Supporters :):

Lawak

Lebatkan Rambut?

June 29, 2012,8 Comments

http://www.emocutez.com

Selamat petang semua :)

Hujan pula petang ni... okeh, petang-petang yang sejuk ni kan... deno nak kongsikan tip untuk melebatkan rambut. Bagi korang yang ada masalah rambut  gugur atau tak berpa nak nampak rambut tu kan... jangan risau, deno ada penawarnya!

  

Tips ni sangat mudah! 

Tips 1
Korang pakai je la rambut palsu..

Tips 2
Tumbuk halia, gaul dengan garam kemudian sapu

Tips 3
Sapukan minyak bijan pada rambut.

Tips 4
Korang mandi dalam hujan lebat, nanti rambut pun boleh lebat.

Tips 5
Bertapa di bawah pokok rambutan yang lebat buahnya, rambut pun akan lebat nanti.

Tips 6 
Baja rambut dengan baja organik..

Tips 6
Ambik gambar kepala korang, then edit guna komputer bagi lebat..


senang kan? hikhik



p/s: deno suka rambutan :)


8 SLE Supporters :):

Cerpen Kenangan

Kenangan Itu #11

June 29, 2012,14 Comments

Tahun 2011

Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu

Wad ICU


Tit.. tut.. tit.. tut....... tut tut tut tut tut!!!

Bunyi tersebut membuatku terjaga. Bunyi apakah itu? Aku perlahan-lahan membuka mata.. oh aku masih di sini rupanya... di wad ini.

“eh kenapa mesin ni berbunyi..? dik... dik...” tiba-tiba seorang wanita berpakaian biru datang hampir kepadaku.. siapakah dia..? aku cuba ingat siapa dia.. akhirnya aku ingat, dia ialah salah seorang jururawat yang menjagaku. Dia mengusap kepalaku sambil berbisik perlahan...

“dayang sayang.. kakak alih tangan dayang sikit ya... tertindih wayar ni..” jururawat tersebut membahasakan dirinya sebagai kakak kepadaku. 

Aku hanya mengangguk, tidak berdaya untuk bercakap. Wayar berserabut di seluruh tubuh aku, terdapat juga tiub dan wayar di mulut dan di dalam krongkongku. Aku tidak dapat bercakap langsung.

“maaf ya, kakak alih sikit..” jururawat tersebut mengalih  tanganku yang tertindih wayar dengan lembut dan perlahan. Dialihnya pula wayar tadi ke tepi.. Aku hanya mampu melihat. Bunyi bising mesin tadi sudah tidak kedengaran.

Aku menggerak-gerakkan tangan, badan yang penuh wayar membuatkan aku rasa tidak selesa. Aku ingin bangun tapi keadaan badanku yang lemah tak mengizinkan. 

“eh adik... jangan bergerak dik.. sakit nanti dik....” jururawat yang baik hati tadi melarangku daripada bergerak. Dia mengusap kepalaku sambil meminta aku rehat.. aku akur, aku memang tidak boleh banyak bergerak. Aku sangat lemah, ya, aku akui itu. Memang aku perlu rehat.


xxxxx


Aku terjaga lagi. Macam-macam bunyi di sini yang terdengar. Mata aku masih juga kabur, aku tak nampak seperti biasa. Namun aku masih boleh melihat.

Aku menoleh ke kiri, tiada sesiapa.. aku menoleh ke kanan.. aku nampak seorang berpakaian putih sedang asyik menulis. Aku pasti, dia ialah seorang doktor. Aku memerhatikan doktor tersebut, tekun sungguh dia menulis. Di sebelahnya pula ada seorang jururawat. 

Sunyi sahaja wad ini. Yang aku dengar hanyalah bunyi mesin yang tak henti-henti. Suasana di sini pun sangat sejuk. Aku hanya mampu terkelip-kelip, tertanya-tanya, di manakah ibu dan ayah ku? Adik-beradikku?

Aku cuba bercakap...”aaa.. aaa” semakin kuat pula aku cuba bercakap. Aku tak berdaya nak bercakap. Semakin aku cuba, semakin perit kerongkong aku. Ahhh.. ya allah... hiba sungguh aku dengan keadaan aku ini. Aku hilang upaya untuk bercakap! Aku tak mampu bergerak! 

Aku sayu...... air mata mula gugur.. tak dapat aku luahkan rasa sedih aku.. hanya allah tahu perasaan ku.“ahhh.. ahhh” aku cuba lagi. Tiba-tiba seorang jururawat datang kepadaku.

“dik, jangan dik... sakit nanti dik...” dia menghampiriku sambil menggosok-gosok badanku. Air mataku mengalir lagi... saat ini hanya air mata yang menggambarkan kesedihan aku ini.
“dik.. kenapa menangis ni.... adik sakit...?” aku menggeleng. 

“jangan nangis dik... macam mana nak baik kalau asyik nangis ni.... adik rindu mak dan ayah?” aku mengangguk perlahan. Pertanyaan tersebut membuatkan air mataku makin laju.. aku takut di sini keseorangan,aku mahu ma dan abah.. aku mahu mereka di sisi aku..

“adik.. mak dan ayah ada... sekarang tak boleh masuk lagi.. mak, ayah, adik-beradik adik semua ada kat luar... diaorang ada masuk jenguk adik pagi tadi... jangan sedih ya....” ujar jururawat kepadaku sambil mengesat air mataku.

“jangan sedih ya..... sabar banyak-banyak.. kakak tahu adik kuat... jangan banyak nangis, nanti macam mana nak sembuh.. sekejap lagi kakak nak masukkan ubat, adik rehat ya.. “

Apabila aku tahu ma, abah dan semua kakak aku ada, aku rasa lebih tenang. Tangisku makin perlahan. Aku rindu mereka. Kalau boleh, aku mahu bangun dan peluk mereka semua.


xxxxx


“adik.... masa untuk ubat” jururawat tersebut senyum kepadaku sambil menyuntik ubat ke dalam sebuah botol yang tergantung di sisi aku. Hmmm.. banyak sungguh wayar di lenganku.. Di kaki pula terdapat dua wayar... Di dadaku pula berserabut wayar yang aku pun tak tahu fungsinya. Yang aku tahu, aku dengar bunyi mesin sahaja.

“okeh, jom dik kita mandi! ” mandi? Aku pelik. Macam mana aku nak mandi? Wayar yang banyak di tubuh badanku, aku juga tak dapat bangun dan macam mana pula tiub pernafasan di dalam mulut aku ini? Aku pelik.

“jom..... kakak mandikan ya...” jururawat tersebut perlahan-lahan mengelap badan aku. Dia mengelap dan menggosok badanku dengan lemah lembut. Baru aku tahu mandi yang dimaksudkan dia.

Seluruh badanku dilap.. disabun.. kemudian dilapkan balik... aku kemudian disapukan bedak dan disarungkan baju yang baru.. rambut aku juga disikatnya. Aku rasa seperti seorang bayi, aku sangat lemah.. semuanya diuruskan oleh dia. Allahuakhbar.. lemahnya aku...

Jururawat  ini sangat lembut dan berhati-hati. Walaupun badan aku penuh wayar, aku tidak berasa sakit dimandikan. Aku berasa sedikit segar walaupun badanku lemah. Baik sungguh jururawat yang menjagaku. Terima kaish kakak..

Aku mula rindu ma dan abah.... aku mahu jumpa mereka.... 

ma abah... adik rindu....





14 SLE Supporters :):

Family

Adam Dan Roti

June 28, 2012,7 Comments

http://www.emocutez.com

Selamat petang semua :)

Nak cerita pasal anak buah deno, si adam khaleef.. kesian kat dia.. ahad lepas, dia nak makan sangat roti canai sampai minta deno tepon mama dia belikan.. mama dan papa adam keluar 9malam tapi balik dah pukul 12malam.. adam ni naik merah mata tahan mengantuk sebab nak makan roti canai telur dia tu.. kesian tengok dia... last2 tertidur atas riba deno.. kesian sangat....

then lepas tu mama papa adam outstation.. jadi adam tinggal dengan tok abah, nena dan cikcu dia la... semalam tetiba adam sebut nak makan roti canai telur.. apa lagi.... jommmm!!!!!


adam dan roti canai :)



bosan guna tangan nak pakai sudu pulak!
ciksu jugak kena bawa adam basuh tangan....



 sampai terpejam-pejam mata makan roti canai........ 
nikmat betul la tuuuu... hikhik :p



p/s : adam makan habis licin dengan kari sekali.. memang betul-betul mngidam roti canai adam nih.. ish2.. ciksu pun tak habis... ^_^



7 SLE Supporters :):

Lawak

Problem Is Masalah

June 28, 2012,7 Comments

http://www.emocutez.com

Selamat malam semua :)

Malam ni kita cerita pasal masalah. hmm.. setiap orang daripada kita ni kan, mesti ada masalah.. tak kira masalah apa... 

Haaaaa... kalau korang ada masalah, mesti korang ada problem. Kalau korang ada problem, mesti korang ada masalah... Kalau korang takde problem, mesti korang ada masalah... 


 

ish3... problem betul masalah ni... (mengarut malam2...hikhik)

Orang lain tutup mata.. jerit macam nak tercabut anak tekak bila tengok cerita hantu.. tapi korang boleh tidur pulak.. siap ngigau jadik hantu!

Orang lain sampai kering air mata melalak nangis tengok cerita sedih... korang pulak boleh gelak sampai guling-guling tengok pelakon menangis.

Orang lain punya la menjerit sampai muntah-muntah naik roller-coaster.. tapi korang ni belum turun lagi dah niat nak naik sekai lagi sebab tak puas.

Orang lain marah bila tengok nenek tua kena ragut.. ada yang siap sumpah seranah kat peragut tu.. korang pulak asyik fikir kenapa peragut tak meragut rumput macam kambing selalu buat.

Orang lain ketawa berdekah-dekah tengok cerita lawak.. yang korang tetiba naik angin dengan pelakon lawak tu..

Orang lain sampai nak pengsan bau kentut korang... yang korang selamba je macam takde apa-apa..


p/s: entry mengarut sebelum tengok bola.. portugal vs spain! jom nyanyi... when i get older i will be stronger.. they call me freedom.. just like a waving flag... and then it goes back.. and then it goes back..ooOOooo.. ooOooo... lalalalala..... ^_^





7 SLE Supporters :):

Family

weehhooooo! :)

June 28, 2012,7 Comments


i like to move it move it
i like to move it move it... MOVE IT!!!
(nyanyi cara citer madagascar okeh)

hihihi...
happy and excited!!!
my sisS balik esok...
weeehhhhooooooooooooo! 


kakObi aka kobi aka bombi aka masterchef! hehehh
kakna aka kona aka makdatinlina aka pontianak! hikhik



p/s: suke suke :)






7 SLE Supporters :):

Buku Rawatan

Buku Rawatan 1999-2008 :')

June 27, 2012,18 Comments

http://www.emocutez.com

Selamat malam semua :)

Tadi kan... deno kemas buku-buku last sem.. banyak nak kena guna balik sebab subjek account untuk sem ni semua bercampur dengan sem-sem sebelum ni.. agak struggle jugak sem ni... takot!!!

Then duk asyik kemas tu kan, tetiba deno terjumpa buku yang dah lama deno carik! buku yang sangat deno rindu! buku yang banyak kenangan manis dan kenangan pahit! BUKU RAWATAN deno..... buku ni deno dapat masa mula-mula deno dapat SLE pada tahun 1999.. dah buruk tapi isi masih elok.. sayu je tengok buku ni.... 

rindunya doc2 dan nurse2 kat sana.....http://www.emocutez.com


buku rawatan ketika mula2 deno didignose ada SLE.. dah buruk.. koyak...
ada gambar baby pakai baju doc dan pakai stethoscope... comel kan?

buku ni sebenarnya nipis tapi bila asyik ditambah jadi tebal.. deno ke institut pediatrik sejak tahun 1999 hingga tahun 2008.. setiap bulan jumpa doc.. setiap kali jumpa doc, doc akan catat apa saja berkaitan rawatan, ubat atau plan rawatan untuk deno dalam buku ni... pertengahan tahun 2008 deno dah ditransfer ke terengganu... jadi dah hampir 5 tahun deno tak ke sana... rinduuuu....!!!

deno belek-belek buku ni.. deno tengok kan.. macam-macam jenis tulisan doc ada.. ada besar, kecik, halus, macam ulat pun ada... rindu sangat dengan doc2 kat sana. dr jimmy, dr lim, dr yap, dr selva, dr jazilah... ramai doc sampai deno pun tak ingat.. tapi ramai berjasa pada deno :')

first page.. 10/12/1999.. dignose : SLE Lupus Nepritis class IV

tulisan dr jimmy, ayah angkat deno.. tulisan cacing.. langsung tak boleh baca! hihi

tulisan kecik sangat, tak boleh baca la...

 tulisan dr lim ni.... kenal sangat!

masa ni rawatan chemo (cyclophosphamide) ke 9.... tulisan yg boleh dibaca.. hikhik :p

dalam banyak2 tulisan doc, yang ni paling cantik!!! tahun 2000
nampak jelas dia tulis SLE Lupus Nephritis Class IV
masa ni rawatan chemo  (cyclophosphamide) yang ke enam... boleh baca kan?  :)

masa ni baru stop chemo sebab relapse SLE... T_T
 boleh baca apa doc tulis... sedih betul... SLE lagi kuat dari chemo


macam-macam jenis tulisan dalam buku rawatan ni... tapi tak dapat nak snap semua sebab banyak sangat.. hikhik.. :) hmmm.... rindunyaaaaaa!!!


p/s : cuti sem nanti nak ajak abah ke inst pediatrik! rindu! ^_^




18 SLE Supporters :):

Seminar Patient CAPD

June 26, 2012,6 Comments

http://www.emocutez.com

Selamat malam semua :)

Entry ni sebenarnya dah lama dalam draft.. sekarang baru deno sambung balik :) baru-baru ni pada 15 jun, ada satu program untuk patient CAPD.. nurse kesayangan deno tepon beritahu tentang program ni.. program ni diadakan di Terengganu Equestrion Resort. deno apa lagi, pantang ada program mesti join punya!! bila deno sihat boleh la... hihi


Program ni memang diadakan setiap tahun untuk memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan dan juga kepentingan protection untuk tiub PD di perut tu... jadi ada juga la beberapa orang doc dan kakitangan hospital bahagian nefro yang hadir.. then kakitangan Baxter Healthcare pun datang.. Company Baxter Healthcare adalah pembekal air dialisate untuk dialisis tu... 

Patient CAPD bahagian Kuala Terengganu je yang datang.. tak la ramai sangat.. tapi seronok juga boleh berjumpa dengan semua patient CAPD..ada jugak petient yang paling tua, dah berumur 65 tahun tapi buat CAPD jugak... budak2 tak ramai..

semua patient datang bersama famili masing2.. deno datang dengan abah je.. hikhik :) program ni sangat best! selain ceramah, ada juga kuiz, cabutan bertuah dan game! yang seronoknya deno dapat tiga hadiah! dua hadiah sebab beri jawapan yang tepat dalam kuiz dan satu hadiah dapat masa cabutan bertuah! dalam program Walk-A-Payung tak dapat hadiah.. bertuah pulak di terengganu.. hehe

deno sempat snap gambar sikit je..deno sibuk nak main.. hihihi.. ^_^

 muka excited ni.. hahaha..

kakitangan Baxter Healthcare.. kak azi dan abang apa entah nama.. lupa

game tiup belon sampai pecah! deno tak join sebab takut! ngeee..

game bawak bola dalam sudu guna mulut!
semua sporting main... semua mak2 dan bapak2.. hihi

game rebut kerusi.
yang ni sangat lawak sebab mak dan ayah budak rebut sampai jatuh! 

deno dan nurse kesayangan deno, kaklah :)

deno dan kakAzi, kakitangan Baxter Helathcare yang banyak bantu deno :)



p/s: deno patient paling lama buat CAPD di terengganu.. dah 12 tahun buat CAPD! sekejapnya masa berlalu kan.......


6 SLE Supporters :):

Buku-Buku

Buku Lebih Baik!

June 26, 2012,9 Comments

 http://www.emocutez.com

Selamat malam semua :)

Malam ni deno nak cerita antara buku dan bopren (boyfriend atau kekasih atau kapel atau ehem ehem.. macam-macam gelaran dah deno jumpa). Deno tengok kan zaman sekarang ni, budak sekolah rendah pun dah ada bopren.. kadang2 siap update dalam mukabuku.. " oh dotdotdot.. daku rindu padamu..." "sunyinya tanpa si dia..." " engkaulah cintaku.." okey, tak salah nak bercinta tapi janganlah sampai terabai dan menggangu pelajaran ya...

kadang-kadang.. ada juga yang susah hati sebab takde bopren.. rasa macam tak laku lah, rasa macam tak guna, rasa tak cantik... buangkan semua perasaan tu! jangan risau.. janganlah susah hati.. cuba bandingkan dengan buku, rasanya buku ada lebih banyak kebaikan daripada berbopren..

  

Korang boleh berkongsi buku dengan kawan-kawan tanpa segan silu dan perasaan ragu-ragu atau cemburu over limit.

Nak berposing macam mana pun sambil baca buku.. takde hal la... takde langsung kemungkinan posing korang tu disebarkan di internet.

Korang boleh bertukar-tukar buku dengan kawan-kawan tanpa perlu bimbang dihinggapi penyakit k*****n yang kronik.

Bila dah habis baca buku tu, dah rasa boring.. bolehlah jual buku tu.. dapat jugak duit kan?

Takde sape pun heran sekiranya korang seronok bercanda dengan buku korang tu kat tempat awam... kan kan?




p/s: saya suka buku account :p


9 SLE Supporters :):