Hospital

Biru, Merah Jambu dan Hijau

January 31, 2013,19 Comments


Branula biru, merah jambu dan hijau!

branula? apa tu?


Branula ni jarum yang biasa doktor cucuk untuk masukkan ubat.. Kalau di hospital kita tengok ramai pesakit ada mende alah ni kat tangan masing-masing.. 

Biasanya bila sakit dan warded.. Mesti deno nak branula warna biru atau merah jambu! Haaa specoal tak? Hihi siap boleh pilih-pilih tau.. haha..^^ Bila doctor datang nak set line, deno dah bagitau awal-awal taknak warna hijau.. Jarum hijau besar dan urat deno akan mudah bengkak,sekejap je.. tak sampai 24 jam kena set line baru! 

Pesakit SLE urat-uratnya sangat halus! Kadang-kadang 5-6 kali cucuk baru dapat.. Rekod deno kali ke 7 cucuk baru dapat masuk dengan baik branula tu, masa tu umur deno  11 tahun.. Dah macam-macam kaler biru hijau kat lengan dengan bengkak semua... Nangis la jugak masa tu... heeee :p


**Haaaa ni deno kena set line warna biru sebab semua urat-urat dah lebam sebab cucuk tak dapat.. Biasanya warna biru ni doktor guna untuk kanak-kanak.. Tapi disebabkan urat deno terlalu halus, terpaksa guna yang ni jugak.. Dah la kena cucuk kat lipatan, lurus je tangan tak bleh bengkok! Memang tak suka!


**Line ni pulak warna merah jambu a.k.a pink! Yang pink memang sangat femes, deno biasa yang warna pink ni.. Tapi kalau tak jumpa urat sesuai doktor guna warna biru jugak..Branula pink ni boleh tahan jugak sakitnya... Kalau kena cucuk banyak kali tak dapat2 jugak  memang nak kena flying kick doktor tu.. hihiiiii *gurau jeee


**Warna hijau ni sangat jarang-jarang dan jarang .. Gambar kat atas ni, doktor tu degil nak set line warna hijau jugak.. Pastu tak pasal-pasal bengkak pastu kena cabut.. tak sapai sehari pun! Bengkak warna lebam dah macam-macma kat lengan deno.. Sakittttt! Cuba bayangkan urat halus macam benang dicucuk dengan jarum yang lebih besar dari saiz urat.. Hwaaaa sakit gila nasib baik tak gila deno... :p

Biasanya doktor selalu kena set line di lengan deno.. kenapa? Sebab urat-urat di tangan bahagian atas, dah banyak rosak sebab selalu kena cucuk.. doktor pesan kena jaga lengan baik2



p/s: kalau set line di kaki paling sakit.. sakitnya mmg tak dapat nak cakap, sakit yanggg.. ok im'm speechless.. korang kena rasa sendiri.. hahaha ^^


19 SLE Supporters :):

Segmen

Segmen : Lagu Favourite Saya by Leeyana Amzar

January 31, 2013,22 Comments


deno ditag oleh emoguy

piciy banner untuk join :)

segmen ni best sebab boleh share lagu-lagu dengan kawan-kawan

ok, ini lagu favourite deno sejak dulu sampai sekarang ~
artis : ENYA
lagu : wild child

ever close your eyes..
ever stop and listen..
ever feel alive.. and you've nothing missing..
you dont need a reason..
let the day go on and on...



p/s: nak buat CAPD.. k bye!


22 SLE Supporters :):

Deno

Petang Sepoi-Sepoi Bahasa...

January 31, 2013,11 Comments


Petang ni cuaca molek benor

sambil duduk rehat-rehat.. dengan angin yang sepoi-sepoi tu kan..
makan buah lagi.... makan buah je keje deno minggu ni...




beli? eh tak la..
amik belakang rumah... abah amik tadi
musim buah kan sekarang ni.. manggis, rambutan, durian, duku..
banyak makan buah deno ni...

nanti kalau potassium tinggi..
jawab je dengan doctor..
"buah tu goda saya la doctor.. buah tu memanggil-manggil dayang... hehe"



p/s: baru lepas melantak buah rambutan dan durian.. sori doctor.. hihi^^

11 SLE Supporters :):

Jom! Berkenalan Dengan Mr. SLE

January 31, 2013,10 Comments


Beberapa hari ni...

deno selalu dapat soalan macam ni..

"SLE tu apa?"
"SLE.. apa tu?
"tak pernah dengar pun SLE.. SLE tu apa?"

yang paling femes soalan deno dapat ... SLE tu apa?


cerita sle ada di tab ni

haaaa... meh nak beritahu..

deno dah banyak bercerita tentang mr SLE tu kat blog ni..
korang yang belum tahu boleh klik tab menu kat blog deno ni... bawah header tuuu^^

kotak merah : what is sle *cerita tentang sle.. apa itu sle
kotak ungu : deno & sle *kenangan2 deno dan sle

haaa... apa lagi.. jangan segan2 berkenalan dengan mr SLE tu ya.. :)



p/s: Lupus... learn about it

10 SLE Supporters :):

Family

Clumsy

January 31, 2013,12 Comments


Minggu lepas...

ada seekor anak kucing tiba-tiba ada di rumah
tak tahu datang dari mana..

kesian sangat-sangat.. anak kucing tu asyik mengiau..
deno bagi makan, main dengan dia..
last-last dia jadi manja...


dia suka ikut deno jalan.. pantang dia nampak deno kuar rumah.. mesti dia gesel2 kat kaki.. kadang2 sampai terpijak ekor dia.. deno panggil dia "clumsy" sebab dia ni nakal.. 

dia suka lompat-lompat.. kadang-kadang dia pura-pura jatuh, dia suka main dengan kucing2 deno yang lain.. micheal dan comel.. yang paling geram dia suka ikut bila kita berjalan! kadang-kadang risau takut terpijak!

bila clumsy manja macam ni kan... dah rasa sayang.. tapi ma gtau nanti nak hantar clumsy kat taman... bye2 clumsy



p/s: nampak anak kucing kelaparan pun dah rasa kesian.. apa jenis manusia yang suka dera dan aniaya kucing kan...

12 SLE Supporters :):

Makan-Makan

Di Atas Daun Pisang

January 31, 2013,10 Comments


Selamat tengahari!

hari ni lain pula makan tengahari.. ^^


nasi atas daun pisang!



p/s: deno suka keropok dia tu entah apa nama la.. korang dah makan belum?


10 SLE Supporters :):

Family

Buah Manggis Fresh

January 31, 2013,17 Comments


Dah berbuah!

petang tadi abah tiba-tiba mintak bakul sebab nak petik buah manggis!
tiga-tiga pokok manggis depan rumah dah lebat buahnya! hoyeah!!


pokok manggis depan rumah... tak besar mana pun pokoknya.. tak perlu pakai galah tinggi-tinggi, abah panjat je.. deno still ingat abah tanam pokok ni masa deno umur 7 tahun.. selalu berbuah.. kalau musim manggis macam sekarang ni, dua bakul besar juga dapat!


haaaa... ni la pokok manggis kalau tengok dekat.. tak besar kan? tapi buahnya lebat! ada menyorok kat celah-celah daun tu. segan agaknya.. haha :p


tadaaaa.... fresh ni... best! 
tapi deno tak boleh makan banyak sebab manggis high potassium! sabo je la..^^




p/s: untung tinggal di kampung, tanam sendiri, petik sendiri.. tak payah beli, jimat! hehe :)


17 SLE Supporters :):

Blog Domain [dot] My Telah Pulih

January 31, 2013,11 Comments


Dah pulih!



domain [dot] my telah pulih :)
mesti kawan-kawan yang ber[dot] my hepi masalah dah selesai! 
ramai betul yang senyum deno nampak tuuu... hihi^^

hoyeay! tahniah korang!

deno? deno kembali ke blogspot
deno dah decide nak macam dulu
jangan lupa ya.. link deno : www.dayangdeno.blogspot.com 



p/s: da merajuk dengan AsiaHost.. hihik^^

11 SLE Supporters :):

Segmen

PCL, Tolong Review Blog Saya (www.dayangdeno.blogspot.com)

January 30, 2013,10 Comments


sila tekan tekan banner untuk join

syarat senang sangat.. pejam mata pun boleh join ..
pakciklie tolong review blog deno yang pakai baju baru ni ye.. hihik

terima kasih pakciklie^^



p/s : jom join ramai-ramai^^

10 SLE Supporters :):

Personal

Problem

January 30, 2013,4 Comments


Sekarang P1 problem..

problem tak tahu kenapa.. asyik tak dapat connect je..

ni yang rasa nak pakai unifi jugak nih!





p/s: pakai broadband balik .. huhu

4 SLE Supporters :):

Deno

Kembali Ber [dot] Blogspot

January 29, 2013,30 Comments


Selamat pagi semua..

hari ni deno deno buat keputusan
kembali ke dot blogspot ..

kesian kawan-kawan yang tak dapat ke blog deno..  terima kasih pada kak nieyzxha yang banyak bantu deno.. terima kasih juga kak MV yang bantu deno untuk dapatkan blogspot kembali.. :)


p/s: kembali ke link lama.. www.dayangdeno.blogspot.com


30 SLE Supporters :):

Deno

Menguji Kesabaran

January 29, 2013,8 Comments


Tadi ada kelas..

macam biasa malam sabtu dan isnin deno mengajar..
tak susah pun sebab mengajar budak darjah satu dan tadika


tapi satu je...
menguji kesabaran betul bila dengan budak-budak..
ada yang degil, ada yang nakal.. ada yang nak main je..
buat garang sikit baru dengar kata..
alahai budak-budak... memang menguji kesabaran..



p/s: memang kena sabar... hihil^^


8 SLE Supporters :):

DenoART

Fesyen Tudung Yang Macam-Macam

January 28, 2013,10 Comments


Macam-macam..

fesyen tudung pun dah macam-macam ada...



deno tudung simple-simple je..
jarang pakai tudung lilit-lilit sebab tak pandai.. huhu

korang..

deno pernah jumpa satu selendang ni.. femes la.. 
tapi bila tengok harga.. melampau mahalnya
nak meninggal deno nengoknya.. 
shhh.. tak boleh sebut kat sini^^




p/s:  pakailah tudung ikhlas kerana allah.. :)
..

10 SLE Supporters :):

Deno

Deno Tertipu!

January 28, 2013,5 Comments


Pagi tadi goreng karipap..

karipap sejuk beku je pun.. teringin sangat mintak ma belikan semalam

-google-

excited nak makan karipap..

tapi sangat kecewa.. kecewa tahap cipan rasanya.. cipan pun tak pernah rasa kecewa macam ni tau.. T_T

punya la comel chubby kiut miut karipap tu menggoda deno untuk makan die kan.. first bite karipap.. erk! takde apa! tengok isi dalam.. ceh! baik tak payah letak isi pun... isinya bak secubit garam! boleh caye tak? 

first time jumpa macam ni.. geram betul! 


p/s: ini la orang melayu.. macam mana nak maju kalau kerjanya asyik menipu orang... jujur la kak oiii...


5 SLE Supporters :):

Rasa Rindu Nak Buat APD

January 28, 2013,4 Comments


Bila tengok mesin APD..

rasa rindu nak buat dialisis guna mesin...
guna mesin pun senang...kurang sikit penatnya..
buat sekali je sehari tak macam CAPD

oh mesin... saya rindu awak la...


rasa rindu pula..
dah setahun lebih berpisah dengan awak..
insyaallah ada rezeki saya ambil awak balik :)



p/s: saya terpaksa lepaskan awak tahun lepas.. rindunya sweetheart deno ni.. 


4 SLE Supporters :):

Air Dialisate APD Untuk Kak Siti

January 28, 2013,0 Comments


Petang tadi..

ada seorang akak call deno.. kak siti namanya.. kak siti ialah patient yang baru buat APD.. kak siti ni ada masalah dengan bekalan air dialisate APD tu dan kak siti minta bekalan air yang still ada kat rumah deno..

deno pernah buat APD macam deno story kat korang di SINI dulu... tapi atas sebab INI, deno tukar kepada CAPD.. walaupun deno dah tak guna mesin APD untuk buat dialisis, air dialisate APD tu still ada kat rumah.. kak siti dapat nombor phone deno dari nurse

jadi petang tadi kak siti dan husband datang umah amik air dialisate tu..

husband kak siti angkut air dialisate ..

lega juga ada orang ambil air dialisate yang berkotak-kotak tu.. deno pun tak guna.. nasib baik expired lambat lagi^^



p/s: kak siti baru sebulan guna mesin APD untuk dialisis


0 SLE Supporters :):

Family

Hangout With Kona

January 28, 2013,0 Comments


Hari ni best

deno hangout with my pontianak sister, dayanghanna a.k.a kona..
muahaha... *jangan mara ye kona.. hehe

sebelum tu.. ke hospital dulu buat CAPD


pagi tadi  satu kawasan rumah takde air.. jadi deno buat CAPD di hospital, senang hokey^^ sempat lagi snap gambar dengan kona ni haaa... dua-dua pakai mask! *mask penting untuk elak jangkitan kuman

pastu makan-makan n minum-minum dulu...


kemudian kita enjoy!!! hihik, seronok berdua keluar jejalan dengan kona.. tapi kena balik awal sebab ada seorang kakak nak amik air APD kat umah.... nanti deno story^^



p/s: kona balik kl lusa... alaaa... tak bestnya....


0 SLE Supporters :):

Quotes

Enjoy The Little Thing In Life

January 27, 2013,1 Comments


Life.....





p/s: life is a one time offer, use it well :)



1 SLE Supporters :):

Deno

Blog Domain [ Dot My ] Bermasalah?

January 27, 2013,1 Comments


Satu hari tak update blog..

semua blog yang menggunakan domain doy my tak dapat buka.. sehinggalah deno ke page kak nieyzxha sebentar tadi...



ini video penyelesaiannya...


berjaya juga deno buat  hasil pertolongan kak nieyzxha tadi..
alhamdulillah :)



p/s: harap post ini dapat membantu kawan-kawan di luar sana yang ada masalah ni ^^ good luck!


1 SLE Supporters :):

DenoART

Merahnya Makngah

January 26, 2013,3 Comments


Datang je idea nak lukis..

buat doodle tema "merah"




merahnya makngahhh... kenapa ya kalau pakai baju merah..
mesti orang akan cakap.. "merahnya makngah..."
sampai hari ni tak dapat2 jawapanu persoalan tu.. hihi^^



p/s: warna merah warna untuk Walk-A-Payung.. nak tahu apa Walk-A-Payung? tekan SINI




3 SLE Supporters :):

Cerita Seram Hospital

Hospital Berhantu? #1

January 26, 2013,7 Comments


Cerita tentang hantu..

hantu di hospital.. betul ke di hospital ada hantu?


*pengalaman

deno memang selalu di hospital..

sekali admit mesti lama.. paling lama deno admit masa mula-mula dapat SLE.. 4 bulan menginap di hospital..

dulu deno dapat rawatan di Institut Pediatrik, HKL.. memang semua kanak-kanak dapat rawatan.. dan di hospital tu juga deno pernah tengok kawan-kawan yang meninggal.. boleh dikatakan ada sahaja budak-budak yang meninggal..

ada satu yang deno pelik sampai sekarang.. dalam wad deno, WAD KK1.. ada tapak kaki kanak-kanak di dinding di bahagian atas dekat dengan siling.. deno pun pelik macam mana tapak kaki tu boleh ada kat situ... 

eiii... berdiri bulu roma pulak malam ni!



p/s: nantikan cerita dari deno yang akan datang di hospital... pengalaman deno..


7 SLE Supporters :):

DenoART

Kembar Tapi Tak Serupa.. Painted!

January 26, 2013,1 Comments


Ingat tak lagi kembar INI?

malam ni deno tukar dah kembar tu...
dah siapkan diaorang! hehe..

tadaaaa...





p/s: lukis-lukis lagi.. :)


1 SLE Supporters :):

Dressing Time!

January 25, 2013,9 Comments


Semalam tak dressing..

penat punya pasal.. haha.. kalau nurse tahu mesti kena marah..shhhhh :p

so hari ni deno buat dressing! dressing cepat-cepat!

bahan-bahan nak buat dressing ni.. hehe.. macam nak masak pulak.. :p

ok siap dah!

ini deno punya tiub tenckhoff.. haha... dressing cepat tapi kebersihan diutamakan! ^^

ok.. nak buat CAPD ke3 pulak ni... tata! :)



p/s: apa CAPD? tekan SINI ^_^



9 SLE Supporters :):

INFO

Crocosaurus Cove

January 25, 2013,8 Comments


Crocosaurus Cove!

Sebuah taman buaya yang terletak di Darwin, Australia menawarkan satu perkhidmatan istimewa buat pengunjungnya.. Ia memberi peluang kepada pengunjung untuk menyelam bersama buaya air masin. serta merasai pengalaman diserang oleh sang bedal!



perkhidmatan ini adalah "Cage Of Death" atau dikenali sebagai krurungan maut.. Untuk memastikan keselamatan pengunjung terjamin, pengujung dikehendaki masuk ke dalam ruang khas kaca berbentuk silinder yang lut sinar.. Ia adalah kaca yang berkualiti tinggi  dan mampu menahan hentakan kuat dan tahan calar..







p/s: erk.. ngeri la dekat-dekat dengan buaya tu! ^^


8 SLE Supporters :):

INFO

Labah-Labah Merak

January 25, 2013,5 Comments


Labah-labah memang banyak jenis..

deno nak share gambar labah-labah unik yang mirip burung merak! labah-labah ini boleh ditemui di beberapa tempat di kawasan di timur negara Australia seperti Queensland dan New South Wales.

sesetengah orang menggelar haiwan unik ini sebagai "Peacock Spider"

peacock-spider-8[6]


peacock-spider-0[6]

peacock-spider-12[5]


Info ringkas mengenai Peacock Spider :
  • Nama saintifik adalah Maratus Harrisi
  • Spesies ini tergolong dalam kumpulan labah-labah yang dikenali sebagai Sacitidae
  • Suka hidup secara berkumpulan dan sejenis haiwan yang bersosial
  • Memiliki ekor pada hujung abdomen yang merupai burung merak



p/s: deno takut labah-labah


5 SLE Supporters :):

Makan-Makan

Pedas Itu Sedap!

January 24, 2013,5 Comments


Malam ni..

tak rasa nak nasi..
selera pada kueh teow
kueh teow tomyam!

pedassss!! tapi pedas tu yg membuatkannya sedap!




p/s: pedas tu yang buat kita syok makan! kan...? hihi


5 SLE Supporters :):

Family

Adam Suka Kek!

January 24, 2013,2 Comments


Adam suka kek..

adam paling suka kek coklat!

kek kegemaran adam : Chocolate Indulgence



setiap kali ke situ.. mesti nak kek tu jugak!




habis dia sorang! hihik ^^



p/s: 3 bulan lagi birthday adam khaleef :)



2 SLE Supporters :):

Deno

Mungkin Rindu

January 24, 2013,3 Comments




Semalam..

deno mimpi jumpa atuk
dalam mimpi tu.. atuk duduk di kerusi kegemaran atuk..
dalam mimpi tu juga.. deno peluk erat atuk
munkin deno rindukan atuk..



p/s: hari ni hari ke 6 atuk pergi.. rasa pelik ke rumah arwah atuk pagi tadi.. kerusi itu kosong


3 SLE Supporters :):

Deno

Kenduri Kendara

January 24, 2013,2 Comments


Hari ni cuti..

tapi tak lekat rumah pun sebab memenuhi undangan perkahwinana... ramai juga orang yang buat kenduri hari ni... penattt...


cuaca hari ni pun panas.. bukan sikit-sikit tapi sangat panas.. deno rasa kan peluh dah main lompat-lompat atas deno.. haha..

selesai berkenduri kendara.. terus ke bus station amik kakak deno, DayangHanna.. hoyeay! kona balik! *lompat lompat hepi :)

kona dan adam khaleef ~





p/s : kona  gelaran untuk kakna.. hihik ^^


2 SLE Supporters :):

Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul 2013 / 1434H

January 24, 2013,20 Comments


Salam...


Syukur kepada Allah.. kita masih diizinNya besama-sama menyambut hari yang mulia dan hari yang amat bersejarah ini dalam islam...marilah bersama-sama kita berselawat ke atas Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W.. 



p/s: Selamat Menyambut Maulidur Rasul :')

20 SLE Supporters :):

Hemoglobin

My Recormon

January 23, 2013,19 Comments


Petang tadi deno ke hospital.. *hospital lagi?

ke hospital sebab nak ambil ubat recormon ni...



ubat ni ambil di hospital.. sampai rumah simpan dalam peti sebab recormon perlu tempat yang sejuk^^

sebenarnya deno perlu cucuk ubat recormon ni untuk hormon meningkatkan sel darah merah.. HB (hemoglobin) iaitu sel darah merah deno sangat rendah.. sekarang pun HB deno masih rendah.. baru-baru ni ke hospital HB deno hanya 9..  

sejak tahun 2001 sampai sekarang still amik ubat ni sebab HB selalu rendah.. pernah HB deno tinggal 5 terus kena masuk darah ikut line.. kalau HB terlalu rendah biasanya deno akan semput, badan jadi lemah, muka pun pucat.. sebab tu perlu cucuk ubat ni..


setiap minggu kena cucuk recormon ^_^



p/s: sakit? tak la.. sakit sikit je.. hihi ^^


19 SLE Supporters :):

Deno

New Look Dayang Deno :)

January 22, 2013,21 Comments


Eh eh..

Blog dayangdeno bertukar wajah!



okey tak? 

sebenarnya deno dah lama simpan impian nak edit satu blog ni tapi baru jumpa akak budak kurus a.k.a kaknur... hihi.. deno suka sangat blog kaknur sebab ianya simple tapi cantik! deno berminat dan terus deno contact kaknur untuk edit blog deno.

ada package tau untuk edit blog ni.. harganya pun sangat berpatutan! deno just guna doodle sendiri.. yang lain semua kaknur uruskan!^^



haaaa... kali ni blog deno ada banner tau... banner ni sekali dengan package apabila kita tempah edit blog dengan kaknur.. cantik tak banner deno? hihi.. services edit blog dengan kaknur pun sangat tiptop! memang terbaik kaknur! jom kita pakat terjah blog kaknur a.k.a Si Budak Kurus :)



p/s: terima kasih kaknur! ^^


21 SLE Supporters :):