Air Tebu Agen Penyakit Leptospirosis - Dayang Deno

6.1.13

Air Tebu Agen Penyakit Leptospirosis


Siapa suka air tebu?


Tahukah korang bahawa air tebu ialah 'agen' kepada penyakit Leptospirosis? Penyakit ini dikenali sebagai penyakit 'kencing tikus' yang disebabkan oleh bakteria leptospira. Penyakit ini dikenali sebagai 'kencing tikus' kerana tikus merupakan pembawa utama penyakit ini dan berupaya menyebarkan bakteria leptospira ke serata tempat melalui rembesan air kencing.

Penyakit ini berbahaya kerana boleh menjangkiti  manusia dan boleh menyebabkan kematian dalam tempoh yang singkat.

Okeh.. berbalik kepada isu air tebu yang dicemari dengan kencing tikus ini.. ia boleh terjadi melalui sentuhan langsung air tebu dengan peralatan atau bahan yang digunakan untuk memproses air tebu. Contohnya, seekor tikus yang membawa bakteria leptospira kencing pada peralatan atau bahan yang memproses tebu terdedah. Sekiranya si pembuat air tebu tak membersihkan dahulu peralatan tersebut sebelum memproses air tebu.. maka air tebu yang dihasilkan akan dicemari dengan bakteria leptospira yang kemudian akan menjangkiti pengguna yang meminum air tersebut.. hasilnya mangsa akan mengalami penyakit leptospirosis!

Jadi.... kebersihan amatlah penting kerana tikus sukakan tempat yang kotor! Seeloknya panaskan air tebu yang dibeli  kira-kira lima minit sebelum dihidangkan :)



sumber : iSIHAT



p/s: bahaya juga kan...


12 comments:

  1. ohh..baru tahu,,bahaya kencing tikus ni.

    ReplyDelete
  2. ramai yg dah sedar tp lbh ramai lg yg tak kesah dgn semua tu...bila ada kes masuk berita umum, baru lah nak waspada...pcl pn kekadang 'ter' beli jugak...syukur takda apa2.

    ReplyDelete
  3. owh,dah la azzah suka minum air tebu..

    ReplyDelete
  4. Info yang menarik untuk kekal sihat ! Nice job , sis ! ^^

    ReplyDelete
  5. jrg2 minum air tebu..tp suka gak...

    ReplyDelete
  6. laaa...boleh kena juga air tebu yer. thanks for this info (:

    ReplyDelete
  7. JR tak suka air tebu...selamatlah nampaknya. Tapi kat rumah selalu jumpa tahi tikus. Kdg2 heran juga mengapa air kencing tikus bahaya, tapi tahinya tak begitu bahaya???

    ReplyDelete
  8. dah lama tak minum air tebu yang sedap tu. Takut pulak nak minum bila dapat tahu ada penyakit dari air tebu ni. Huhu.

    ReplyDelete
  9. mmg takut ngan perkara tu.. -_-"

    ReplyDelete
  10. sem ni sy buat kempen leptospirosis utk advertising. hihihi

    ReplyDelete
  11. In such a case, H Flu is ѕhort for H. Influenza which happens tο be a bacteгial sickness that reѕponԁs tο antibiotics.
    The title is baffling but I fаiled to choose
    іt.

    My wеb-sitе http://www.strepthroatdoctor.org/

    ReplyDelete