Tanda Awal SLE *Deno - Dayang Deno

16.1.13

Tanda Awal SLE *Deno


Untuk pengetahuan semua, SLE mempunyai banyak tanda atau gejala. Setiap pesakit mempunyai gejala-gejala yang berbeza dan korang boleh klik SINI untuk tahu lebih lanjut ya :) Sebenarnya ia bergantung juga kepada keadaan pesakit.

Image result for lupus butterfly

Deno mengidap SLE Lupus Nephritis Class IV dan tanda-tanda yang deno alami ialah :
*Keletihan yang melampau, selalu sahaja letih dan tiada tenaga walaupun tidak aktif. Badan juga  selalu sahaja lemah. 
*Berat badan turun mendadak. Badan deno sangat kurus dan tiada selera makan.
*Demam. Sebenarnya sejak deno kecil, deno selalu demam. Demam tanpa sebab pada setiap hari. Demam berpanjangan sehinggalah deno didiagnosis dengan SLE/ Lupus.
*Kaki dan wajah membengkak secara tiba-tiba.

*Fact

Wanita 10 kali berisiko mengidap penyakit Lupus berbanding lelaki... 90% yang mendapat SLE ialah wanita dan selebihnya 10 % merupakan kaum lelaki dan kanak-kanak.. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur lingkungan 15-45 tahun dan jarang sekali semasa kanak-kanak.. tetapi deno mengidap SLE ketika berumur 10 tahun.. pelik kan?

Soalan biasa deno terima : 
"Macam mana deno tahu deno mengidap penyakit SLE?"

Jawapan:
Deno melalui satu prosedur iaitu "biopsi". Biopsi ialah satu prosedur pembedahan kecil untuk mengambil sedikit tisu buah pinggang. Selepas deno buat prosedur ni, barulah deno tahu deno mengidap Systemic Lupus Erythematosus Class IV.


p/s: jangan pandang ringan gejala-gejala SLE


10 comments:

  1. suatu hari nanti Deno bakal jd specialist SLE..bole bg talk selain menulis di blog...all the best deno, pcl suka baca.

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing sis. Bahaya kan penyakit nih.

    ReplyDelete
  3. betul2 xleh pandang ringan.. huhu sbb die menyerang org muda kan ? huu

    ReplyDelete
  4. Bismillahirrahmaa nirraheem

    Setiap sakit dayang tanggung ni ALLAH tak pernah lupa.. Malah ada KASIH SAYANG ALLAH didalamNYA

    ALLAH mengasihi dayang .SubhanaALLAH.. Ujian buat dayang begini menghapus dosa-dosa.. Hidup kat dunia ni bukan lama..Entah entah kaknor yang sihat ni yang menemui Illahi dulu. :'(

    Moga ALLAH berkati, rahmati Dayang
    Amin

    KakNor
    Jeddah.
    10.57 pm
    Wednesday lagi hari ni :)

    ReplyDelete
  5. semoga deno tabah dan kuat menghadapi SLE.

    ReplyDelete
  6. Bismillah. Allahu Akbar

    Amalkan pemakanan sunnah. seperti, habbatus sauda'. antara cara lain, bila perut tengah kosong, ambil segelas air atau lebih dan bacakan Surah Al-Fatihah, kemudian minum. Insha Allah, boleh sembuh. Paling kurang pun, dapat melegakan sakit. yang paling penting, harus selalu ye! don't skip :)

    ReplyDelete
  7. deno cakap kena biopsi kan ? tak ada kesan sampingan ke ble buat biopsi tu ?

    ReplyDelete
  8. Mmm deno.. tabah lah ye. Sy pun mcm deno. Ada pnyakit yg sama. Kekadang kena panas skit dh merah2 muka. Lembik x tentu pasal, kekadang demam smpai sbulan baru kebah. Hee.. sy slalu bca post deno. ^^ hrp dpt jd kuat mcm deno

    ReplyDelete