February 2013 - Dayang Deno

28.2.13

Photo Contest : Aku Dan Dia by Blog Paly
February 28, 2013 9 Comments
Contest from paly!

klik banner^^

sempat lagi nih sebab contest ni tamat 11.59 malam ini ^^

gambar pilihan deno


gambar deno dan abah^^

kenapa deno pilih gambar ni? sebenarnya gambar ni special tau sebab abah deno sangat susah nak bergambar.. tengok tuh, tengah bergambar tapi abah tengok tempat lain.. memang nak kena gigit abah ni... ngap! hehe..



p/s: hari ni last contest^^


Reading Time:
Kulit Wajah
February 28, 2013 14 Comments
Pencuci muka vs pemutih muka


mana lebih penting, pencuci muka atau pemutih muka?

deno mula menggunakan pencuci muka hanya untuk membersih wajah dari segala kotoran dan debu yang melekat pada kulit wajah.. tak pernah terlintas di fikiran nak guna produk cerahkan kulit wajah, lebih-lebih lagi ada sesetengah produk cerahkan wajah ni ada side effect yang tak baik!

bagi yang nak guna produk mencerahkan kulit wajah, perlu berhati-hati dalam pemilihannya kerana :

*kulit wajah boleh jadi menggelupas
*kulit wajah menjadi semakin menipis
*tona kulit wajah jadi tak sekata
*kulit wajah menjadi gatal

jadi, berhati-hati ya... ^^




p/s: suka warna kulit wajah semulajadi :)


Reading Time:
Creative Coffee
Creative Pillow Design
Walaupun Terlewat Buat CAPD
February 28, 2013 6 Comments
Kadang-kadang...

terlewat jugak buat CAPD..
walaupun terlewat buat CAPD macam waktu biasa, mesti buat jugak
tak kira la pukul 1pagi ke.. 2pagi ke.. mesti buat
mesti cukup 4 kali sehari!



p/s: hari ni terlewat pulak... hehehh..


Reading Time:
Dah Rasa Macam Nurse Pula..^^
February 28, 2013 7 Comments
Tangan abah luka..

luka tertekan paku.. habis berdarah-darah.. panjang juga lukanya..

abah basuh luka tu.. deno pulak terus bukak dressing set! prepare apa patut


lap tangan abah dengan gauze.. kemudian sapu luka dengan bebola kapas yang dah ada iodin untuk elakkan ada kuman.. lepas tu, lap balik dengan gauze bagi betul-betul kering.. guna penyepit biru, tak boleh pegang guna tangan sebab nanti kuman!

dah siap.. deno tutup luka dengan gauze dan letak plaster!^^




p/s: deno dressing tiub tenckhoff CAPD selang sehari^^



Reading Time:

27.2.13

Satu Keluarga Belajar Buat CAPD!
February 27, 2013 15 Comments
Ada kawan tanya..

"perents awak pandai jugak buat CAPD? biar betul..."
Yup! Bukan deno je belajar buat CAPD ni tau.. Ma, abah dan kesemua kakak deno 4 orang tu pun belajar dan pandai buat CAPD ni. 

Dulu sewaktu deno masih baru dengan rawatan CAPD (tahun 2001), ma abah dan deno belajar sama-sama dengan nurse. 

Kenapa? Haaa ini penting tau! Kalau deno demam, tak sihat, sakit, sakit yang tak boleh bangun atau sakit di hospital, ma atau abah yang tolong buatkan CAPD deno. Kakak-kakak deno pun tahu buatkan.

Deno ajar sendiri kakak. Cara cuci tangan ikut step yang 5 minit tu, cara buka wayar, pasang wayar, bukak minicap kat tiub deno. Pendek kata semua deno ajarkan. Sebenarnya, setiap patient yang buat CAPD ni memang wajib ada ahli keluarga yang tahu dan boleh buat CAPD. Korang tahu  je la kan, SLE/ Lupus tu boleh datang tiba-tiba, jadi deno sakit pun boleh tiba-tiba.. 

Masa deno di ICU tahun 2011, maa la yg tolong buatkan CAPD pada deno masa deno koma tu. Tahun lepas pula, sebulan di wad, sebulan jugaklah ma dan abah bergilir-gilir buatkan CAPD untuk deno. Masa tu deno sakit, memang tak boleh tinggal CAPD .*waktu baring pun boleh buat CAPD.. tapi kena ada orang tolong buatkan


p/s: Apakah CAPD? Klik SINI



Reading Time:

26.2.13

Segmen : Permulaan Perjalanan Blog Saya
February 26, 2013 26 Comments
klik banner untuk join^^

Perjalanan,,...

DayangDeno adalah nama pilihan untuk blog deno sempena nama deno sendiri.. deno mula berblogging pada 8 Febuari 2010.. Tujuan utama blog deno untuk berkongsi dengan semua orang tentang penyakit SLE, penyakit yang sangat-sangat rare.. dulu orang tak pernah dengar pun SLE, tapi sekarang ianya makin dikenali ramai..^^dan ringkasnya, blog ini tentang hidup deno

sebenarnya, banyak kenangan manis dalam dunia blogging ni... terlalu banyak! salah satunya ialah doa daripada semua kawan-kawan dalam dunia blog ini masa deno tenat di ICU pada tahun 2011.. terharu sangat-sangat dengan semua kebaikan korang.. :') alhamdulillah...

idola deno dalam dunia blogging? tentunya sahabat deno zaman sekolah dulu, gulagulaberacun dan cikyuyue.. sahabat susah senang deno sampai la sekarang.. deno bersyukur ada sahabat sebaik mereka.. :')


tag: cci n nieyxzha






p/s:  deno pernah jumpa blogger ammar dan kaklydia :)



Reading Time:
Banjir
February 26, 2013 11 Comments
Hujan tanpa henti di terengganu..

google
banyak kawasan dah banjir
baru tengok berita tv3 tadi....

kawasan yang dinaiki air di Terengganu :
  • Besut
  • Dungun
  • Setiu
  • Hulu Terengganu

kelantan juga dilanda banjir...
jagalah keselamatan diri



p/s: berhati-hati



Reading Time:
Musim Hujan?
February 26, 2013 8 Comments
Hmmm...

4-5  hari ni... setiap hari hujan..

semalam, dari subuh hingga ke malam,, hujan non-stop! sekarang pun still hujan..


ada juga rumah yang air naik sikit..
alhamdulillah rumah deno di aas tanah tinggi.. 

hujan masih lebat di luar...



p/s: musim hujan.. harap2 sini tak banjir



Reading Time:
Baiklah Abahku Sayangggg
February 26, 2013 9 Comments
Abah selalu risau

Risau deno tak makan.. abah tahu deno ni liat sikit nak makan
kadang2 je selera makan banyak tu datang.. hehe...

Bila abah dah risau...




kalau risau abah dah capai tahap memuncak.. 
terpaksa la makan depan abah.. haha.. abah abah... ~



p/s: haish! makan banyak mana pun berat tak naik! geram.. selalu kena dengar ceramah percuma dek dietition.. huhu ~



Reading Time:
Tempat Habuk Rokok Yang Unik
Lazy
Perbezaan Tengok Cerita Hantu Pada Waktu Siang Dan Waktu Malam
February 26, 2013 11 Comments
Deno suka tengok cerita hantu..

bagi deno lagi seram lagi best, lagi-lagi cerita hantu thai dan korea
tapi ada perbezaan tau bila tengok cerita hantu waktu siang dan waktu tengah malam!

waktu siang, rasa biasa je walaupun ceritanya seram


tapi

bila tengok cerita hantu tengah malam.. seramnya sampai meremang buu roma.. tambah-tambah lagi  tengok cerita tu sorang-sorang.... dan comfoter la jadi peneman deno



p/s: cerita hantu kaklimah boleh ketawa.. hehehh^^



Reading Time:
Doodle Remy Da Romeo
February 26, 2013 9 Comments
Dah lama deno nak bagi doodle ni pada remy..

hari ni baru sempat buat, busy sikit dengan tempahan..
jom kita lihat remy versi doodle ^^


harap remy suka^^



p/s: remy da romeo..... hehe ~


Reading Time:

25.2.13

Gambar Comel
February 25, 2013 25 Comments

comel kan? terjumpa dalam fb tadi... macam anak patung!

deno pun ada dua ekor kucing... tapi kucing deno tak dibenarkan masuk dalam rumah atas faktor kesihatan deno... doktor dah pesan dulu... 

tapi.. bila ada masa terluang deno main jugak kucing2 deno tu kat laman rumah ^^


p/s: sayangilah haiwan kesayangan rasulullah ini :)



Reading Time:

24.2.13

Sleepwalking
February 24, 2013 13 Comments
Cerita adam
pelik.. first time ..

adam main sorang-sorang di ruang tamu, pastu dia terlena... ok, mama adam biar je la dia tido dulu.. tak lama lepas tu, tiba-tiba adam bangun.. tiba-tiba berjalan ke arah tingkap, kemudian adam selak semua langsir.. satu-satu adam selak langsir.. adam jalan-jalan lagi sekitar ruang tamu.. 

kemudian adam sambung tido... siap berdengkur lagi lepas sambung tido tu.... hairan betul cikcu nih^^




p/s: tido sambil berjalan budak nih.. mengigau agaknya... kan?



Reading Time:
Kad Kahwin
February 24, 2013 17 Comments

alhamdulillah... dah siap
seharian mengadap lappy nak siapkan nih
agak lama nak siapkan plan rumah.....
design yang simple tapi tuan punya kad berkenan.. :)



p/s: deno terima tempahan kad kahwin^^


Reading Time:
Kisah Rambut
February 24, 2013 24 Comments
Satu petang sepoi-sepoi bahasa...

lokasi : ruang menonton tv, di hadapan cermin




last-last....

erk!

baik abahku sayang.... :p




p/s: bila duk depan cermin, macam2 perkara bleh terjadi.. hehe^^



Reading Time:
Hilangkan Senggugut
February 24, 2013 17 Comments
Erk senggugut!

senggugut memang sangat sakit bagi kaum hawa bila datang bulan kan? bila datang senggugut memang seksa rasanya...

mungkin petua ni berkesan dengan menggunakan air rebusan sawi.. rebus sawi segar hijau dan minum air rebusan tersebut sebagai amalam.. insyaallah, berhasil untuk hilangkan senggugut.. ^_^

credit: dara



p/s: selamat mencuba, insyaallah :)
   


Reading Time:

23.2.13

Sila Letak Link
February 23, 2013 21 Comments
Biasanya...

sebelum approve komen, deno akan ke blog blogger yang komen di blog deno dahulu, barulah deno ke bloglist..

tapi yang menjadi masalah, bagi yang dah bertukar ke google+, deno tak dapat nak ke blog tuan empunya blog sebab tiada link

contoh :

link di wall google+ ni takde.. letak link ya teman-teman sayang... ^^\



p/s: deno belum buat google+


Reading Time:
Kenapa Pilih CAPD?
February 23, 2013 7 Comments
Ada teman SLE bertanya pada deno..

"kenapa pilih CAPD berbanding HD?"


sebenarnya dulu doctor ada plan juga nak buat HD pada deno, tapi deno pilih CAPD.. sebabnya CAPD ni senang dan boleh buat kat rumah.. compared tu HD tu, setiap kali nak buat perlu ke hospital

nak travel pun senang, bawak je air dialisate tu.. berapa kotak, kira awal-awal.. apa yang penting kalau nak buat CAPD, kena berdisiplin dan rajin... jaga betul-betul supaya tiub tenckhoff tu tak kena infection.. CAPD ni kena buat 4 kali sehari dan setiap hari.. mesti buat, tak boleh miss.. lewat sikit takpe.... ^^

memang penat sikit buat CAPD tapi bila dah biasa okeh la.. macam deno dah 13 tahun buat CAPD, okey je... :)



p/s: klik - deno dan CAPD
             - deno dan hemodialisis ( HD )


Reading Time:
Brave Or.....
Ada Berani?
February 23, 2013 6 Comments
Terjumpa gambar nih


kalau korang berani tak? deno awal2 dah kecut perut




p/s: SF Beauty Skin Care sale for 2 days : KLIK



Reading Time:
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
February 23, 2013 16 Comments
Semakan daftar pemilih!

deno dah daftar dan dah semak pun tempatnya.. ^^


korang dah daftar? bagus2... boleh cek sekarang! excited pulak sebab ni first time deno jadi pemilih ni ^^




p/s: tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat ye.... :)


Reading Time:
Cantik Di Holland

22.2.13

(Blog) Mari Masuk Henfon PCL
February 22, 2013 6 Comments
Segmen dari pakciklie! pakciklie ajak masuk dalam henfon! ^^

klik sini

seronok kan ada henfon yang siap boleh blogging lagi...
mana-mana pun bleh update blog :)




p/s: segmen ini untuk hari ini sahaja, cepat2!^^
Reading Time:
Deno Dan Hemodialisis
February 22, 2013 11 Comments
*pengalaman deno hemodialisis, korang boleh klik SINI untuk info mengenai dialisis

Image result for hemodialysis
contoh mesin dialisis

Untuk pengetahuan semua, hemodialisis atau HD ni lain daripada peritoneal dialisis. Bezanya ialah HD melibatkan darah dan rawatan HD dibuat menggunakan sebuah mesin khas, darah akan keluar dari badan melalui fistula yang dipasang pada pesakit melalui pembedahan dan mesin itulah berfungsi "mencuci" darah pesakit. Pesakit akan melalui satu prosedur pembedahan dan doktor akan pasangkan fistula (wayar untuk dialisis) di lengan atau di kaki pesakit

Okeh, ini cerita deno pula ~

Image result for IJC chaterer
hemodialisis melalui katerer di leher

Deno mula didiagnosis dengan SLE ketika berusia 10 tahun dan admit selama 4 bulan di Institut Pediatrik, HKL. Sepanjang 4 bulan di hospital, banyak rawatan yang deno lalui termasuklah hemodialisis atau HD dan tempoh rawatan ialah 4 jam setiap sesi.

Deno mengidap SLE Lupus Nephritis tahap 4 dan masa tu juga SLE sangat aktif. SLE telah menyebabkan buah pinggang deno rosak sepenuhnya. Apabila buah pinggang gagal berfungsi, segala kotoran di dalam badan tak dapat dikeluarkan melalui urine (air kencing). Jadi deno terpaksa melalui rawatan hemodialisis. Deno pernah melalui rawatan HD pada tahun 2000 dan tahun 2001. HD deno melalui IJC yang dipasang di leher. Doctor buat satu pembedahan kecil dan tebuk di leher untuk memasukkan katerer *macam gambar kat atas di leher. 

Sewaktu HD, kita hanya duduk rehat di sebelah mesin dialisis. Kemudian nurse akan tolong buatkan semua prosedur, sambungkan wayar-wayar mesin ke keterer di leher deno. Tapi kalau pesakit yang buat rawatan HD melalui fistula di lengan sakit sikit sebab kena cucuk dengan jarum. Untuk kes deno, doktor pasang katerer di leher untuk HD sementara.

Macam mana rasa ketika rawatan HD?

HD ni mengikut keadaan pesakit juga. Kadang-kadang deno okey dan kadang-kadang boleh pengsan sewaktu HD,  faktor tekanan darah juga boleh buat pengsan. Bila pengsan nurse akan hentikan serta merta proses rawatan HD. Sebenarnya rawatan HD ni letih, penat dan lesu. Mungkin sebab masa tu deno masih muda, kanak-kanak dan umur pun baru 11 tahun. Memang tak ada tenaga lepas habis proses buat rawatan tu. Deno masih ingat sampai sekarang, selepas habis buat rawatan, abah akan dukung deno ke katil. Deno akan tidur sepanjang hari, memang tak ada tenaga langsung! Tak larat, tak boleh berjalan pun..

Keterer tu ada pada leher dalam tempoh sebulan, bila deno makin sihat dan doktor akan cabut balik. Cara doktor cabut? Haaa senang je, tak perlu pembedahan. Doktor akan gunting benang jahitan pada leher dengan perlahan, pastu tarik macam tu je. Tapi masa nak tarik tu, doktor suruh deno tarik nafas dalam-dalam dan doktor tarik tiub. Kemudian tutup bekas tebukan di leher dengan gauze (kapas berbentuk segi empat). :)

Deno sempat sihat dalam setahun dengan rawatan kimo (cyclophosphamide) tapi SLE lebih kuat. Pada pertengahan tahun 2001, deno terpaksa kembali kepada rawatan dialisis tetapi dialisis CAPD.. dan alhamdulillah tiub tenchoff CAPD masih bersama deno.

Deno masih melakukan dialisis setiap hari sehingga kini :')



Reading Time:
Dialisis
February 22, 2013 7 Comments

Apakah dialisis?

Dialisis ialah sejenis rawatan yang berfungsi untuk menjalankan kerja yang dilakukan oleh buah pinggang kita, iaitu menyingkirkan segala kotoran dalam darah seperti creatinine dan urea.. macam korang yang buah pinggang berfungsi dengan baik, segala kotoran yang ditapis dengan buah pinggang... dikeluarkan melalui urine (air kencing).. bagi sesiapa yang mengalami kegagalan buah pinggang, rawatan dialisis inilah untuk ganti fungsi buah pinggang.

Image result for dialysis wording

Biasanya pesakit memerlukan rawatan dialisis apabila kegagalan buah pinggang dah mencapai tahap akhir dan buah pinggang tak dapat berfungsi.

Fungsi rawatan dialisis :
  • hilangkan sisa terbuang,garam dan lebihan air daripada berkumpul di dalam badan
  • menjaga tahap selamat untuk bahan kimia tertentu di dalam darah.. contohnya seperti kalium,natrium dan bikarbonat.
  • kawal tekanan darah

Jenis rawatan dialisis :

1. Hemodialisis

Dalam hemodialisis,buah pinggang buatan digunakan untuk membuang sisa terpakai,bahan kimia berlebihan dan juga cecair dari darah pesakit... untuk dapatkan darah ke buah pinggang buatan tadi, doktor perlu membuat satu laluan masuk ke dalam pembuluh darah pesakit dan ini dapat dilakukan dengan menjalani satu pembedahan kecil di lengan atau pun di kaki dan ada juga dibuat di leher pesakit

2. Peritoneal Dialysis

Peritoneal dialysis juga ialah salah satu kaedah dialisis... kaedah ini memerlukan cecair dialisis dimasukkan ke dalam rongga peritoneal di ruang abdomen melalu tiub khas (tiub tenckhoff)  yang dimasukkan secara kekal melalui satu prosedur pembedahan kecil. Selaput atau mambran yang menyelaputi abdomen (peritoneum) membolehkan bahan umuh dan cecair yang berlebihan menyerap daripada darah ke dalam cecair dialisis. Cecair ini kemudiannya dibuang dari badan mengikut waktu.


Reading Time: