Deno Dan Hemodialisis - Dayang Deno

22.2.13

Deno Dan Hemodialisis

*pengalaman deno hemodialisis, korang boleh klik SINI untuk info mengenai dialisis

Image result for hemodialysis
contoh mesin dialisis

Untuk pengetahuan semua, hemodialisis atau HD ni lain daripada peritoneal dialisis. Bezanya ialah HD melibatkan darah dan rawatan HD dibuat menggunakan sebuah mesin khas, darah akan keluar dari badan melalui fistula yang dipasang pada pesakit melalui pembedahan dan mesin itulah berfungsi "mencuci" darah pesakit. Pesakit akan melalui satu prosedur pembedahan dan doktor akan pasangkan fistula (wayar untuk dialisis) di lengan atau di kaki pesakit

Okeh, ini cerita deno pula ~

Image result for IJC chaterer
hemodialisis melalui katerer di leher

Deno mula didiagnosis dengan SLE ketika berusia 10 tahun dan admit selama 4 bulan di Institut Pediatrik, HKL. Sepanjang 4 bulan di hospital, banyak rawatan yang deno lalui termasuklah hemodialisis atau HD dan tempoh rawatan ialah 4 jam setiap sesi.

Deno mengidap SLE Lupus Nephritis tahap 4 dan masa tu juga SLE sangat aktif. SLE telah menyebabkan buah pinggang deno rosak sepenuhnya. Apabila buah pinggang gagal berfungsi, segala kotoran di dalam badan tak dapat dikeluarkan melalui urine (air kencing). Jadi deno terpaksa melalui rawatan hemodialisis. Deno pernah melalui rawatan HD pada tahun 2000 dan tahun 2001. HD deno melalui IJC yang dipasang di leher. Doctor buat satu pembedahan kecil dan tebuk di leher untuk memasukkan katerer *macam gambar kat atas di leher. 

Sewaktu HD, kita hanya duduk rehat di sebelah mesin dialisis. Kemudian nurse akan tolong buatkan semua prosedur, sambungkan wayar-wayar mesin ke keterer di leher deno. Tapi kalau pesakit yang buat rawatan HD melalui fistula di lengan sakit sikit sebab kena cucuk dengan jarum. Untuk kes deno, doktor pasang katerer di leher untuk HD sementara.

Macam mana rasa ketika rawatan HD?

HD ni mengikut keadaan pesakit juga. Kadang-kadang deno okey dan kadang-kadang boleh pengsan sewaktu HD,  faktor tekanan darah juga boleh buat pengsan. Bila pengsan nurse akan hentikan serta merta proses rawatan HD. Sebenarnya rawatan HD ni letih, penat dan lesu. Mungkin sebab masa tu deno masih muda, kanak-kanak dan umur pun baru 11 tahun. Memang tak ada tenaga lepas habis proses buat rawatan tu. Deno masih ingat sampai sekarang, selepas habis buat rawatan, abah akan dukung deno ke katil. Deno akan tidur sepanjang hari, memang tak ada tenaga langsung! Tak larat, tak boleh berjalan pun..

Keterer tu ada pada leher dalam tempoh sebulan, bila deno makin sihat dan doktor akan cabut balik. Cara doktor cabut? Haaa senang je, tak perlu pembedahan. Doktor akan gunting benang jahitan pada leher dengan perlahan, pastu tarik macam tu je. Tapi masa nak tarik tu, doktor suruh deno tarik nafas dalam-dalam dan doktor tarik tiub. Kemudian tutup bekas tebukan di leher dengan gauze (kapas berbentuk segi empat). :)

Deno sempat sihat dalam setahun dengan rawatan kimo (cyclophosphamide) tapi SLE lebih kuat. Pada pertengahan tahun 2001, deno terpaksa kembali kepada rawatan dialisis tetapi dialisis CAPD.. dan alhamdulillah tiub tenchoff CAPD masih bersama deno.

Deno masih melakukan dialisis setiap hari sehingga kini :')



11 comments:

  1. 4 bulan yg lepas ecah pon teman atuk ke unit hamodialisis...nampak la mesin2 macam ni..nasib baik atuk tak perlu buat rwtn tersebut..kalau tak kesian atuk...

    Semoga deno semakin sihat =)

    ReplyDelete
  2. nice Deno...cik siti harap, Deno tak sakit2 da macam dulu...thanks for sharing ur experience...

    ReplyDelete
  3. ooo. mcm tu. Tak pernah tgk lagi mesin tu. Nice la entry info mcm ni ;)

    Selamat berbelog.

    ReplyDelete
  4. sem nie ada belajar tentang HD..terima kasih kongsi deno..semoga tabah dan kuat ye..:)

    ReplyDelete
  5. harap2 deno takan melauinya lagi...kuatkan semangat tau.....

    ReplyDelete
  6. dah lama deno kne sle ye..xpe..akk doakan deno sihat smpai bila2.

    ReplyDelete
  7. I do not even know the way I stopped up here,
    however I believed this put up was once good. I don't recognize who you are but certainly you're going to a famous
    blogger should you are not already. Cheers!


    Also visit my web blog GFI Norte

    ReplyDelete
  8. GBU dear.. Be strong ok...
    Do visit me sometimes...

    ReplyDelete
  9. http://health-wellness-nature.blogspot.com/search/label/SLE

    ReplyDelete