Dialisis - Dayang Deno

22.2.13

Dialisis


Apakah dialisis?

Dialisis ialah sejenis rawatan yang berfungsi untuk menjalankan kerja yang dilakukan oleh buah pinggang kita, iaitu menyingkirkan segala kotoran dalam darah seperti creatinine dan urea.. macam korang yang buah pinggang berfungsi dengan baik, segala kotoran yang ditapis dengan buah pinggang... dikeluarkan melalui urine (air kencing).. bagi sesiapa yang mengalami kegagalan buah pinggang, rawatan dialisis inilah untuk ganti fungsi buah pinggang.

Image result for dialysis wording

Biasanya pesakit memerlukan rawatan dialisis apabila kegagalan buah pinggang dah mencapai tahap akhir dan buah pinggang tak dapat berfungsi.

Fungsi rawatan dialisis :
  • hilangkan sisa terbuang,garam dan lebihan air daripada berkumpul di dalam badan
  • menjaga tahap selamat untuk bahan kimia tertentu di dalam darah.. contohnya seperti kalium,natrium dan bikarbonat.
  • kawal tekanan darah

Jenis rawatan dialisis :

1. Hemodialisis

Dalam hemodialisis,buah pinggang buatan digunakan untuk membuang sisa terpakai,bahan kimia berlebihan dan juga cecair dari darah pesakit... untuk dapatkan darah ke buah pinggang buatan tadi, doktor perlu membuat satu laluan masuk ke dalam pembuluh darah pesakit dan ini dapat dilakukan dengan menjalani satu pembedahan kecil di lengan atau pun di kaki dan ada juga dibuat di leher pesakit

2. Peritoneal Dialysis

Peritoneal dialysis juga ialah salah satu kaedah dialisis... kaedah ini memerlukan cecair dialisis dimasukkan ke dalam rongga peritoneal di ruang abdomen melalu tiub khas (tiub tenckhoff)  yang dimasukkan secara kekal melalui satu prosedur pembedahan kecil. Selaput atau mambran yang menyelaputi abdomen (peritoneum) membolehkan bahan umuh dan cecair yang berlebihan menyerap daripada darah ke dalam cecair dialisis. Cecair ini kemudiannya dibuang dari badan mengikut waktu.


7 comments:

  1. akk baca pun akk dpt feel mcm mn bnde tu dimasukkn..deno kuat..deno mmg kuat..=)

    ReplyDelete
  2. yang no 1 tu tinggalkan parut tak deno??dengar macam ngeri je..

    ReplyDelete
  3. Wahhh..ini rupanya dialisis tu..

    ReplyDelete
  4. erk,, mesti sakit kan?huhu
    kami dlu diperkenalkan dgn mesin dialisis ni, u projek jabatan, sembang dgn tech, seram la plak ase,,huhu

    ReplyDelete
  5. banyak info perubatan yg deno ceritakan.... ilmu utk remy dan semua.....

    ReplyDelete
  6. Entry awak mengembalikan ingatan sy terhadap arwah ayah saya. Pada 25. Mac. 2012 ayah saya meninggal setelah lebih 3 bulan(masuk wad 15.12.2011) dimasukkan ke HUSM kerana kegagalan buah pinggang.Sepanjang menunggu ayah kat HUSM, mesin dialisis menjadi begitu sebati dgn saya

    ReplyDelete