Satu Keluarga Belajar Buat CAPD! - Dayang Deno

27.2.13

Satu Keluarga Belajar Buat CAPD!

Ada kawan tanya..

"perents awak pandai jugak buat CAPD? biar betul..."
Yup! Bukan deno je belajar buat CAPD ni tau.. Ma, abah dan kesemua kakak deno 4 orang tu pun belajar dan pandai buat CAPD ni. 

Dulu sewaktu deno masih baru dengan rawatan CAPD (tahun 2001), ma abah dan deno belajar sama-sama dengan nurse. 

Kenapa? Haaa ini penting tau! Kalau deno demam, tak sihat, sakit, sakit yang tak boleh bangun atau sakit di hospital, ma atau abah yang tolong buatkan CAPD deno. Kakak-kakak deno pun tahu buatkan.

Deno ajar sendiri kakak. Cara cuci tangan ikut step yang 5 minit tu, cara buka wayar, pasang wayar, bukak minicap kat tiub deno. Pendek kata semua deno ajarkan. Sebenarnya, setiap patient yang buat CAPD ni memang wajib ada ahli keluarga yang tahu dan boleh buat CAPD. Korang tahu  je la kan, SLE/ Lupus tu boleh datang tiba-tiba, jadi deno sakit pun boleh tiba-tiba.. 

Masa deno di ICU tahun 2011, maa la yg tolong buatkan CAPD pada deno masa deno koma tu. Tahun lepas pula, sebulan di wad, sebulan jugaklah ma dan abah bergilir-gilir buatkan CAPD untuk deno. Masa tu deno sakit, memang tak boleh tinggal CAPD .*waktu baring pun boleh buat CAPD.. tapi kena ada orang tolong buatkan


p/s: Apakah CAPD? Klik SINI



15 comments:

  1. InsyaAllah besarrr pahala ibu bapa awak Dayang. Termasuk your sisters jugak. Allah bless.

    ReplyDelete
  2. Baru tahu apa CAPD :) Nice sharing ^_^

    ReplyDelete
  3. beratnya dugaan deno, sabar ye..

    akakpn dah lupa prosedur ni, maklum le lebih 17 tahun tak praktik..

    ReplyDelete
  4. owh, baru tau..
    thanks for sharing!

    ReplyDelete
  5. saya tak tahu pun capd tu ape...hehehe

    ReplyDelete
  6. terrbaiklah.. kita takkan tau kemampuan kita melainkan bila2 kt betul2 menghadapi ! kem slm syg slruh ahli keluarga deno ye ! :D

    ReplyDelete
  7. tak terbalas jasa ibu ayah ni Deno..ingat tu tau..:)

    ReplyDelete
  8. tak terbalas jasa ibu ayah ni Deno..ingat tu tau..:)

    ReplyDelete
  9. baru hana faham..Deno seorang yang tabah. mula2 nak hadapai mesti sukar kan

    ReplyDelete
  10. memang penting kan deno. takkan ahli keluarga nak buat tak tau je. apa-apa hal nanti kan kelam kabut.

    ReplyDelete
  11. bila satu family belajar buat capd ni, means that mereka sgt amik berat. ringan sama dijinjing berat sama dipikul.. susah ke nak buat capd ni deno?

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah....semua menyanyangi deno.....tak lah susah deno nanti.....

    ReplyDelete
  13. bagusla semua tau buat..xdela msg2 gelbh nant kan..=)

    ReplyDelete
  14. bagusla semua tau buat..xdela msg2 gelbh nant kan..=)

    ReplyDelete
  15. Besar pengorbanan keluarga Deno dan sygnya mereka buat Deno

    ReplyDelete