Checklist Untuk Pesakit CAPD Sebelum Travel

Siapa kata Buat CAPD tak boleh jalan-jalan.. makan angin...
boleh.... cuma sebelum travel, buat perisapan secukupnya supaya tak ada masalah nanti^_^

APA PERLU BUAT?

Perlu ada checklist!

1. Air dialiaste
- pastikan berapa hari nak travel
- kira berapa beg air dialisate nak bawa dan berapa kotak diperlukan
- better bawa lebih takut2 berlaku perkara yang tak dapat dielakkan.. jadi terlebih hari.. sekurang-kurangnya ada lagi air dialisate kan? deno biasa bawa lebih dari yang dirancang

2. Minicap
- jangan lupa!!!
- better bawa lebih.. contoh bawa untuk 4 hari, tapi bawa untuk 5/6 hari travel

3. Mask, Spray/ Hand gel (hand sanitizer) dan alat timbang
- semua alat ni wajib.. tanpa semua ni, tak boleh buat CAPD!

4. BP Set ( untuk periksa BP *blood pressure)
- ini pun mesti bawa.. macam biasa setiap pagi perlu ambil BP, jadi bila travel pun mesti buat juga
- pesakit yang ada BP set elektronik lagi senang! tekan je... ^^

5. File kesihatan dan buku rekod CAPD
- buku rekod CAPD memang dah wajib bawa sebab selepas buat CAPD memang kena rekod dalam buku
- file kesihatan pula sangat penting!bimbang juga kan kita sakit ketika dalam percutian, senang doktor nak refer.. lagi2 pesakit SLE tak boleh sebarangan ubat! sangat-sangat penting!

6. Ubat-ubatan
- kalau lupa ni boleh pengsan dan sakit... jadi jangan lupa bawa ya.. ubat harian yang wajib!


*deno pun baru siap buat checklist ni.. esok nak bertolak ke kl.. phewww... :)



p/s: persiapan perlu lengkap sebelum travel.. ingat tau kawan-kawan CAPD.. ^_^


Previous
Next Post »

3 SLE Supporters :)

Click here for SLE Supporters :)
March 23, 2013 at 10:33 PM ×

wahh deno, banyaknya ubat kena bawak..huhu..
btw, jaga diri n kesihatan deno.. :)

Balas
avatar
admin
March 24, 2013 at 11:36 PM ×

Kotak Baxter tu still ada kat rumah :) arwah mak tok punye. Sian mak tok ble nk jln2 le jenguk cucu kena angkut la brg2 dressing

Balas
avatar
admin
March 25, 2013 at 12:06 PM ×

KASIHAN KAMU.. NAMUN TAK MENGAPALAH, SEBENARNYA KAMU LEBIH RAPAT DARI ALLAH ATAS DUGAAN YANG KAMU TERIMA INI.. BETUL TAK?

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment