Dialisate CAPD dan Fungsinya

Deno nak terangkan lebih detail tentang air dialisate CAPD

apakah CAPD? klik SINI

inilah beg air dialisate CAPD ~

depan

belakang *beg sekali dengan wayar

*seperti mana yang korang tahu, buah pinggang deno rosak disebabkan SLE.. oleh itu, deno terpaksa melakukan rawatan CAPD 4 kali setiap hari dengan menggunakan air dialisate ini bagi menggantikan fungsi buah pinggang yang telah rosak..

apakah fungsi air dilalisate CAPD?
air dialisate berfungsi untuk "menarik" air di dalam badan termasuk urea dan creatinine (toksik dalam badan).. macam korang yang sihat, air dan segala toksik dalam badan dikeluarkan melalui urine (air kencing), bagi deno pula semua tu keluar melalui air dialisate..

di dalam air dialisate terkandung sejenis bahan seperti glukosa yang berperanan "menarik" air dan toksik dalam badan.. apabila deno melakukan rawatan CAPD, semua itu dapat dikeluarkan.. ini penting kerana, jika deno tak lakukan CAPD, deno akan sakit kerana air berlebihan di dalam badan dan segala toksik tidak dikeluarkan..

berapakah jenis air dialisate?
air dialisate ni mempunyai 3 jenis (lihat gambar pertama) :
- air 1.5% ( tulisan hitam ) : 2000ml
- air 2.5% ( tulisan biru ) : 2000ml
- air 4.25%( tulisan merah ) : 2000ml

air dialisate yang dimasukkan dalam perut deno : 1500ml (perut deno kecil, biasanya orang dewasa 2000ml)

bagaimana air dialisate berfungsi?
setiap 3 jenis di atas berbeza

- air 1.5% 
air ini paling rendah kekuatannya.. macam ni, deno buat CAPD pertama,  air dialisate masuk dalam perut  1500ml.. nanti bila deno buat CAPD kedua, air dialisate tadi yang keluar ialah 1700ml.. nampak tak bezanya? air dialisate telah "menarik" 200ml air dalam badan deno ^_^

- air 2.5%
air ini sederhana kekuatannya.. biasanya air ini boleh menarik air dalam badan deno sehingga 500ml.. lebih kuat daripada air 1.5%

- air 4.25%
air ini paling kuat..! perut akan sakit sikit apabila air dialisate ini digunakan.. air ini boleh menarik 700ml-1000ml air di dalam badan.. biasanya deno guna air ini bila deno terlebih minum air, badan sembab atau tekanan darah tinggi.. air ini jarang deno guna^^


haaaa.... macam mana? faham tak? kalau tak faham boleh tanya di ruang komen ya.. ^_^



p/s: SLE menyebabkab buah pinggang deno rosak.. beware of SLE..



Previous
Next Post »

8 SLE Supporters :)

Click here for SLE Supporters :)
March 23, 2013 at 4:51 PM ×

deno.. kuatkan semangat :)

Balas
avatar
admin
March 23, 2013 at 4:58 PM ×

Takut bila membacanya...kpd dik Deno tabah selalu...

Balas
avatar
admin
March 23, 2013 at 5:05 PM ×

4 kali tu makan masa berapa jam deno..nak pasang nya kena cucuk la ye??

Balas
avatar
admin
March 23, 2013 at 5:17 PM ×

tabah ye sis..4kali sehari tu kalau nk ikutkn letih jugk kn?tp xpe..cik deno mesti kuat!

Balas
avatar
admin
March 23, 2013 at 5:23 PM ×

Baru tau....Tq for this info Deno

Balas
avatar
admin
March 23, 2013 at 7:08 PM ×

jalani hidup dengan sabar ye deno..setiap kejadian ada hikmahnya..I love you (:

Balas
avatar
admin
March 23, 2013 at 10:25 PM ×

@kak diana : kalau total 4 kali buat sehari tu dalam sejam juga.. tak sakit kak masa buat CAPD sbb wayar just pasang di tiub tenckhoff yang dah ada kat perut ^^

Balas
avatar
admin
March 28, 2013 at 2:27 PM ×

siannya deno...takpa deno..ni ujian Allah,...sya doakan deno agar sentiasa semangat & cpt sihat! :'))))

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment