Kenangan Yang Sukar Dilupakan

Sebagai seorang pesakit SLE selama 14 tahun..

deno mempunyai pengalaman yang paling sukar dilupakan.. kenangan itu masih jelas dalam ingatan deno dan jika deno pejam mata pun, deno masih terbayang doktor, nurse dan semua mesin itu..

-google-

Sepanjang deno sakit, deno pernah dimasukkan dua kali ke ICU. 

Pada tahun 2000, deno dimasukkan ke ICU kerana SLE menyerang otak dan jantung juga pernah berhenti.. alhamdulillah allah memberi peluang deno bernafas lagi..

Pada tahun 2011, deno dimasukkan ke ICU kerana sesak nafas.. masa tu SLE menyerang jantung .. apa yang deno tak dapat lupa ialah kesakitan tak dapat bernafas.. kesakitan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.. deno pun ingat deno dah nak mati masa tu sebab tak tertanggung sakitnya.. masa itulah doktor melakukan intubation untuk membantu deno bernafas.. semasa deno semakin penat dan mata hampir tertutup, deno masih ingat deno nampak dengan samar-samar lebih 6 orang doktor mengelilingi katil dan deno ada dengar beberapa orang doktor berkata........ " dayang.. buka mata dayang.."......... tapi mata deno tertutup juga.. sedar-sedar deno di dalam wad yang bising dengan bunyi mesin  iaitu di wad ICU.. pengalaman di dalam ICU dengan wayar berselirat pada badan, tiub pernafasan di mulut, bunyi mesin-mesin mash deno ingat sampai sekarang.. dalam keadaan sakit dan tiada upaya, deno rasa seperti bayi.. semua nurse uruskan daripada minum susu (melalui ryle tube) sehinggalah kebersihan diri.. semua nurse uruskan.. bila deno sedar sahaja, deno hanya dapat dengar bunyi mesin dan hanya melihat sambil terkelip-kelip.. tak dapat bercakap, deno dapat beri isyarat hanya dengan menggunakan mata!

pengalaman itu memang sukar untuk dilupakan sehingga ke hari ini...



p/s: deno berharap "dia" tidak menyerang deno lagi :')


Previous
Next Post »

26 SLE Supporters :)

Click here for SLE Supporters :)
March 24, 2013 at 8:26 AM ×

Tabah kan hati....Kuatkan semangat...

Balas
avatar
admin
March 24, 2013 at 9:12 AM ×

semangat deno kuat. macam2 deno dah lalui akibat SLE. Semoga deno lebih kuat untuk melawan penyakit itu.

Balas
avatar
admin
March 24, 2013 at 9:44 AM ×

Apa yg deno rasa...akak jugak dh mengalaminyer dlm icu....cuma isyarat mata je yg akak guna....nk difikirkn semula...mmg pahit....tp itulah. ....Allah sayangkn kita dgn menduga kita dgn cara begini...muhasabahla diri ketika kita sihat.....inshaaAllah...

Balas
avatar
admin
March 24, 2013 at 10:08 AM ×

deno jaga diri ea...moga2 tak menyerang lagi :)

Balas
avatar
admin
March 24, 2013 at 10:47 AM ×

Apa itu SLE? Takutnya dengar kisah akak ni. Alhamdulillah akak masih selamat :')

Balas
avatar
admin
March 24, 2013 at 11:28 AM ×

takut baca entry deno nie.. apa ntah lagi deno yg merasai sendiri pengalaman nie. Moga deno tabah menghadapi dugaan Allah ini.. pasti ada hikmahnya kan deno. :)

Balas
avatar
admin
March 24, 2013 at 1:47 PM ×

sabar ya deno... kena lalui kehidupan ini dengan tabah... moga dijauhkan 'dia' dari menyerang deno lagi.. :) amin..

Balas
avatar
admin
March 24, 2013 at 3:18 PM ×

takutnya, mmg pengalaman yg pasti x boleh dilupakan, moga deno tabah hadapi dugaan ini..dan ianya x menyerang lg hendaknya...amin.

Balas
avatar
admin
March 24, 2013 at 4:12 PM ×

Deno memang seorang yg kuat...Akak respect gan deno...

Balas
avatar
admin
March 24, 2013 at 6:16 PM ×

akak baca entry ni sambil terbayang2 deno ats katil tu...

harap ia xkan berulang lg..

Balas
avatar
admin
March 24, 2013 at 9:29 PM ×

ya Allah... semoga deno diberi kesihatan yg baik2 n tabah menghadapi dugaan Allah

Balas
avatar
admin
March 24, 2013 at 10:22 PM ×

semoga deno terus sihat dan cergas ...

Balas
avatar
admin
March 24, 2013 at 10:28 PM ×

hana yang baca ni pun jadi takut. huhu.. kalau boleh hana nak dipengsankan sebelum masuk bilik mesin2 ni.huhu

Balas
avatar
admin
March 24, 2013 at 11:33 PM ×

Aamiin.. Moga 'die' tak serang deno lagi. Thanks deno share pasal ni.. Moga kesihatan deno dipelihara Allah..

Balas
avatar
admin
March 25, 2013 at 12:01 AM ×

salam...akak ada sorg rakan karib yg ada SLE, mmg tau sgt betapa seksa nya. Baby dia pernah meninggal masa dlm kandungan d sebabkan SLE juga.

Balas
avatar
admin
March 25, 2013 at 1:51 AM ×

jantung pernah terhenti? uish,alhamdulilah panjang umur kak deno.

Balas
avatar
admin
March 25, 2013 at 6:44 AM ×

macam2 dugaan Deno dah lalui yer,semoga Deno terus tabah yer..

Deno dah dapat FM kan..??

Balas
avatar
admin
March 25, 2013 at 10:31 AM ×

assalam.follow sini
semoga deno cepat sembuh..rasa sedih sbb sepupu sy pun ada SLE juga

Balas
avatar
admin
March 25, 2013 at 10:37 AM ×

YA Allah DENO.... moga Allah panjangkan usia deno. kuatkan deno dan moga deno jugak tabah hadapi ujian Allah ni. semoga semua tu menghapus dosa-dosa lampau deno dan sesungguhnya Allah uji Deno sebab dia tahu Deno lebih kuat dari orang lain!!! ;(

Balas
avatar
admin
March 25, 2013 at 10:38 AM ×

YA Allah DENO.... moga Allah panjangkan usia deno. kuatkan deno dan moga deno jugak tabah hadapi ujian Allah ni. semoga semua tu menghapus dosa-dosa lampau deno dan sesungguhnya Allah uji Deno sebab dia tahu Deno lebih kuat dari orang lain!!! ;(

Balas
avatar
admin
March 25, 2013 at 12:04 PM ×

SEMOGA TABAH MENGHADAPI DUGAAN DARI ALLAH SWT.. SESUNGGUHNYA ALLAH MENGASIHIMU.. JANGAN BERPUTUS HARAP, TERUS DOA DAN BERDOA AGAR KESIHATAN KAMU MENJADI SESIHAT SEPERTI ORANG LAIN..

Balas
avatar
admin
Anonymous
March 25, 2013 at 3:13 PM ×

Salam perkenln deno.. saya br diagnosis SLE..slps 3thn menghidap evan's syndromme. Hrp tabahkn hati dan moga Allah beri sy kekuatan yg sama spt deno.

Balas
avatar
admin
Anonymous
March 26, 2013 at 2:37 PM ×

Semoga deno terus tabah.org sakit ni sentiasa dlm perhatian dan kasih sayang Allah. Disamping ubat dr, deno cubalah selalu amalkan ayat2 n selawat syifa,mkn mkanan sunnah eg kurma, minyak zaitun, habbatussauda. Insya allah x memudaratkan kesihatan. Minyak zaitun bagus utk turunkan kolesterol (as u're on long term steroid) jadi kuranglah bergantung pada ubat dr eg statin..Allah janjikan setiap penyakit ada penawarnya, cuba manusia belum menemui penawar utk sle..Take care ye. Tough time dont last, tough people do

Balas
avatar
admin
March 27, 2013 at 3:19 PM ×

kita doakan yang terbaik utk Deno ya..itu semua dugaan Allah.. :)

Balas
avatar
admin
March 27, 2013 at 3:30 PM ×

semoga SLE pergi jauh2 daripada hidup kak Deno. semoga kak Deno sihat tanpa SLE sampai bila-bila. Insya-Allah. amin.

Balas
avatar
admin
March 28, 2013 at 10:50 AM ×

sabar ye kak deno..kak deno kuat!ALLAH bagi ujian sebb kak deno kuat

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment