Persoalan Terjawab! - Dayang Deno

3.3.13

Persoalan Terjawab!

Persoalan apa yang telah terjawab?
CAPD


Sebelum tu jom klik SINI untuk baca mengenai CAPD :)

CAPD tak susah, cuma agak penat sebab ia dilakukan 4 kali setiap hari. Pesakit perlu disiplin, rajin dan betul-betul jaga kebersihan untuk mengelakkan infection. Sebelum deno buat CAPD, rutinnya ialah lap meja, lap kerusi dan lap stand dengan kain bersih (semua ni perlu dilakukan setiap kali nak buat CAPD 4 kali sehari tu). Apabila selesai, barulah pakai mask dan cuci tangan selama 5 minit mengikut  tujuh step tu... *mesti basuh tangan 5 minit sebelum buat CAPD!

Mula-mula buat dulu memang sakit sikit. Lama-lama dah biasa dan tak rasa sakit dah

Dulu setiap kali buat rawatan CAPD ambil masa sejam juga, tapi semakin hari semakin cepat. Sekarang hanya mengambil masa 10-20 minit.


Hehe.. Biasanya deno terlewat buat CAPD ni sebab buat kerja lain, keluar atau travel jauh. Contoh: CAPD ke 3 sepatutnya 6 petang, tapi terlewat sebab deno ke rumah nenek. Jadi deno buat pukul 8 malam, maka CAPD ke 4 untuk hari itu lewat malam la... *ingat ya, CAPD 4 kali setiap hari 


Bekalan Air Dialisate CAPD

Mahal, tak silap dalam 3k setiap bulan.  Sewaktu deno baru menjalani rawatan CAPD, kebetulan ada satu sahaja lagi kuota untuk percuma, syukur deno sempat. Jadi untuk bekalan air CAPD ni deno dapat percuma alhamdulillah.

Stok bekalan air dialisate yang lori hantar hari tu adalah bekalan untuk satu bulan^^

Automated Peritoneal Dialysis (APD)


 Deno pernah dialisis menggunakan mesin APD ni dan pernah berkongsi di SINI

APD ni seperti CAPD juga cuma ianya menggunakan mesin dan tak perlu buat 4 kali sehari. APD hanya dilakukan pada malam hari dan mesin yang "tolong" buatkan dialisis. Sewaktu mesin APD tu "berkerja", deno tidur dengan wayar di perut bersambung ke mesin. Deno dah tak guna mesin sebab harga sewanya yang mahal. Beli? Harga mesin APD mahal tau 40k ++!

Tenckhoff Chaterer


Tenckhoff tu apa ya? Haaa ceritanya semua di SINI ^^


Dressing 

Apakah dressing?
Dressing tu maksudnya kita perlu cuci kawasan tiub tenckhoff di perut. Dressing ni perlu untuk memastikan kawasan tenchkoff kekal bersih dari kuman. Deno cuci dengan menggunakan iodin yang biasanya doktor dan nurse guna semasa merawat luka dan juga semasa operation. Iodin tu yang warna coklat tu, mesti korang tahu kan?

Wajib buat?
Wajib selang sehari

Sakit tak dressing?
Tak sakit ... ^_^

Dressing kat mana?
emmm... emmm... senang cerita kat sini amik contoh kat mr google.

Image result for Tenckhoff tube

OK done! :)

p/s: ada sebarang pertanyaan lagi tak? hihi... terlebih rajin nak jawab soalan^^

10 comments:

  1. seramnye alif tgk gambar yang kene cucuk wayar tuh...

    semoga deno slalu tabah ok.. ^_^

    ReplyDelete
  2. banyaknyer proses..mesti letih kan..bagus deno wat blog cerita pasl SLE, CAPD..banyak informasi dapat..=)

    ReplyDelete
  3. salam kenal deno....semoga deno terus diberi kekuatan untuk menghdapi penyakit ini.

    ReplyDelete
  4. Terjawab segala persoalan..
    Bila tgk pic bwh sekali terus terasa ngilu..
    T.c ye Deno

    ReplyDelete
  5. sesi bersoal jawab bersama cikgu deno. hehehe ^ ^

    ReplyDelete
  6. Seram tengok pic kedua last tu.. Yang kena cucuk dengan wayar tu.. Semoga kak deno sentiasa tabah :)

    ReplyDelete
  7. banyaknya proses Deno..

    sian eka baca..

    tapi kalau dah hari2 buat mesti biasa kan..

    ReplyDelete
  8. sikit2 faham la pe yg deno cerita ni. cuba mata yg memandang takkan sama dgn bahu yg memikul kan. Take care tau Deno

    ReplyDelete
  9. moga deno sentiasa tabah...akak baru je baca cerita deno...

    ReplyDelete