Makan-Makan

Rambang Mata

April 30, 2013,11 Comments

Banyak betul makan dinner tadi...

rambang mata nak pilih, terlalu banyak makanan!
tadi pun ada bbq.. alhamdulillah rezeki :)

abang grill control macho deno snap gambar.. haha ~

yang ni memang rambang mata.. :p

memang banyak tapi deno pilih2 la..
deno banyak makan ayam bakar je.. pastu kek coklat.. tu pun dah kenyang :)


p/s: adam khaleef paling seronok^^


11 SLE Supporters :):

Cuti-Cuti

Bersantai Di Sri Indah Resort, Batu Burok

April 30, 2013,9 Comments

Sempena cuti esok...

bersantai di Sri Indah Resort, Batu Burok, KT... :)
adam khaleef pun ikut sama ^^

Sri Indah Resort, Batu Burok

adam khaleef tak sabar nak main lompat atas katil!

deno buat CAPD kat meja ni^^

seronok tengok budak-budak mandi dari dalam bilik^^


p/s: santai-santai.......:)



9 SLE Supporters :):

Family

Cepat Khaleef!

April 30, 2013,7 Comments


sekarang ni deno berusaha kejut adam khaleef bangun dari tidur.. adam  tidur je lepas balik tadika tadi

emmm... mula la cikcu ni membebel...

semalam kata nak ikut... cepat la khaleef!!!!




p/s: nanti cerita^^


7 SLE Supporters :):

Lupus

SLE Dan Kehamilan

April 30, 2013,5 Comments

Sebelum ini, deno pernah berkongsikan pelbagai penerangan mengenai SLE... jika korang tertinggal korang boleh klik SINI
hari ni pula deno nak berkongsi tentang SLE dan kehamilan.. :)

Image result for pregnancy
photo from google.com
Fakta Ringkas
** Bagi pesakit SLE, kesuburan lazimnya tidak terganggu, walaupun aktiviti penyakit dan sesetengah ubat boleh menjejaskan kitaran haid
** Merancang kehamilan adalah penting
** Pesakit itu mestilah tidak mempunyai apa-apa gejala SLE dan penyakit tidak aktif sekurang-- kurangnya enam bulan sebelum hamil
** Oleh kerana SLE boleh menjadi lebih aktif semasa kehamilan, maka amatlah penting bagi pesakit berada di bawah jagaan doktor semasa hamil
Walaupun kehamilan bagi seseorang yang mengidap Sistemik Lupus Erithematosus (SLE) dianggap satu risiko tinggi, kebanyakan wanita dapat mengekalkan kehamilan mereka hingga ke peringkat akhir. Namun demikian, harus ditekankan bahawa merancang kehamilan adalah penting. Sebaik-baiknya, seseorang wanita tidak mempunyai apa-apa gejala SLE dan penyakit tidak aktif sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kehamilan.
Masalah sewaktu Kehamilan
Amat mustahak bagi seseorang pesakit SLE yang hamil berada di bawah jagaan doktor semasa kehamilannya. Ini adalah kerana lebih tinggi kemungkinan penyakit menjadi aktif bagi pesakit SLE yang hamil berbanding yang tidak hamil. Keadaan ini berlaku terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga dan yang paling kerap, selepas kelahiran bayi. Ini berlaku disebabkan oleh perubahan pada tahap hormon semasa kehamilan, iaitu pertambahan pada tahap estrogen. Oleh sebab itu, rawatan segera adalah penting untuk menjaga kesihatan si ibu. Biasanya, keradangan buah pinggang lebih kerap berlaku sementara sakit sendi berkurangan.
Fakta-fakta yang harus diambil kira:
Wanita yang mengidap SLE mempunyai kadar keguguran serta kelahiran tidak cukup bulan yang lebih tinggi berbanding dengan orang ramai

Wanita yang mempunyai antibodi antifosfolipid (Antiphospholipid syndrome) mempunyai risiko keguguran yang lebih semasa trimester kedua disebabkan pembekuan darah yang lebih tinggi di dalam uri

Pesakit SLE yang mempunyai sejarah penyakit buah pinggang mempunyai risiko yang lebih tinggi mengalami pra-eklampsia (tekanan darah tinggi akibat pertambahan cecair berlebihan dalam sel-sel tisu dalam badan)

Wanita hamil yang mengidap SLE, terutamanya mereka yang mengambil kortikosteroid, juga bekemungkinan mendapat tekanan darah tinggi, kencing manis, serta komplikasi buah pinggang. Oleh yang demikian, rawatan susulan dan pemakanan yang baik semasa kehamilan amat perlu
Adalah dinasihatkan untuk melahirkan bayi di institusi kesihatan yang mempunyai kelengkapan rawatan rapi bagi bayi (sekiranya bayi mengalami apa-apa masalah)
Pengawasan sewaktu Kehamilan

Bagi wanita yang mengalami penyakit buah pinggang yang stabil sebelum hamil, kehamilannya tidak akan membahayakan fungsi buah pinggang dalam masa jangka panjang. Namun demikian, gangguan buah pinggang mungkin berlaku buat pertama kalinya semasa kehamilan. Para doktor juga harus berhati-hati kerana SLE yang aktif agak susah untuk didiagnosa semasa kehamilan kerana ciri-cirinya hampir sama dengan ciri-ciri kehamilan biasa.

Adalah lebih baik bagi pesakit yang hamil melakukan pemeriksaan di klinik-klinik gabungan (obstetrik dan perubatan). Riwayat pesakit dan pemeriksaan fizikal merupakan perkara penting dalam pengawasan aktiviti penyakit semasa kehamilan. Kawalan awal terhadap aktiviti penyakit amat perlu. Penilaian awal termasuklah:
** Ujian untuk antibodi anti-Ro dan anti-La
** Ujian bagi antibodi antifosfolipid bagi mereka yang pernah mengalami keguguran
Perawatan Pesakit SLE yang Hamil
Ubat-ubatan yang boleh digunakan semasa kehamilan adalah:
**Aspirin atau ubat anti-radang yang tidak mengandungi steroid (NSAIDs), yang digunakan untuk melegakan sakit sendi atau otot. NSAIDs selain daripada aspirin harus dielakkan semasa trimester ketiga.
** Ubat anti-malaria seperti Plaquenil adalah berguna untuk mereka yang mengalami penyakit kulit dan sendi.
** Prednisolone pada dos yang rendah. Oleh kerana kehamilan hanya dirancang semasa penyakit terkawal, kebanyakan pesakit telah pun mengambil prednisolone pada dos yang rendah apabila mereka hamil. Oleh kerana terdapat risiko seperti kencing manis dan darah tinggi, para doktor mesti cuba memastikan pesakit mengambil prednisolone tidak lebih daripada 10mg sehari.
Jika penyakit SLE menjadi aktif, methylprednisolone boleh digunakan secara intravena(drip). Cyclophosphamide harus dielakkan kerana kaitannya dengan kecacatan kelahiran.
Keputusan Menghentikan Kehamilan

Untuk keputusan menghentikan kehamilan, para doktor akan mengambilkira faktor-faktor berikut:

- Adakah kesihatan ibu berkemungkinan menjadi bertambah buruk jika kehamilan diteruskan?
- Adakah bayi berkemungkinan membesar dengan lebih baik jika dilahirkan berbanding berada di dalam kandungan?
Komplikasi ibu biasanya lebih berkaitan dengan kehamilan dan bukannya penyakit SLE. Samada melahirkan bayi atau menjalani pembedahan adalah satu keputusan obstetrik. Isu-isu yang khusus kepada SLE jarang menentukan cara bayi dilahirkan, walaupun ianya boleh meningkatkan kesegeraan untuk pembedahan.
Waktu Dalam Pantang

Pesakit dinasihatkan mengambil ubat steroid dua atau tiga bulan selepas bersalin jika penyakit SLEnya aktif sepanjang kehamilan. Pesakit harus berjaga-jaga kerana penyakit SLE kerap menjadi aktif sewaktu trimester kedua dan ketiga serta waktu selepas bersalin. Kakitangan neonatal juga perlu diberitahu mengenai status anti-Ro dan anti-La pesakit.

Penyusuan Bayi

Pesakit SLE boleh menyusukan bayi mereka. Pada umumnya, hanya sedikit sahaja steroid yang mengalir ke dalam susu ibu, terutama sekali apabila pesakit mengambilprednisolone pada dos yang rendah. Kesan agak kecil jika ibu mengambil 20mg prednisolone atau kurang setiap hari. Pendedahan bayi kepada steroid boleh diminimakan lagi dengan menyusukan bayi sebelum mengambil ubat prednisolone. Anti-koagulan seperti heparin juga selamat, sementara cyclophosphamide tidak selamat.

Lupus Neonatal

Lupus neonatal adalah gangguan yang berlaku pada bayi yang baru lahir di mana auto-antibodi di dalam darah ibu (yang dipanggil anti-Ro dan anti-La) berkemungkinan menyebabkan ruam kulit dan merosakkan tisu konduksi jantung janin. Biasanya terdapat ruam kulit di antara bulan pertama hingga ketiga selepas kelahiran. Namun demikian, ruam-ruam ini akan hilang selepas lebih kurang enam bulan tanpa rawatan. Walaubagaimanapun kes-kes ini jarang berlaku (kurang daripada 2%), jika terdapat sekatan jantung pada bayi, keadaannya tidak boleh pulih dan bayi memerlukan “pacemaker”.

Sindrom Antifosfolipid

Pada tahun 1983, Dr. Graham Hughes telah memperkenalkan satu sindrom yang digelar “darah melekit”. Sindrom ini dikaitkan dengan kehadiran antibodi kepada fosfolipid. Biasanya dua ujian diperlukan – antibodi kardiolipin dan lupus anti-koagulan. Ciri-ciri utama sindrom antifosfolipid adalah:

- Berlaku darah beku
- Keguguran kandungan yang berulang
Ciri-ciri lain termasuklah kiraan platelet yang rendah, ruam kulit yang bertompok, migrain, dan ujian darah antibodi antifosfolipid yang positif.
Bagi mereka yang mengalami Sindrom Antifosfofolipid, keguguran kandungan biasanya berlaku pada timester kedua. Rawatannya ialah dengan mengambil aspirin dan heparin. Pengambilan heparin akan diberhentikan sebaik proses bersalin bermula dan disambung kembali selepas bayi dilahirkan. Risiko darah beku yang paling utama kepada ibu ialah waktu selepas bersalin.
Zaman Kanak-Kanak

Walaupun tidak banyak terdapat kajian susulan mengenai anak-anak yang dilahirkan oleh ibu yang mengidap SLE, risiko kanak-kanak berkenaan mendapat SLE adalah sangat rendah. Didapati juga bahawa kanak-kanak lelaki mempunyai ketidakupayaan pelajaran yang lebih berbanding kanak-kanak perempuan.




p/s: nisbah pesakit SLE antara lelaki dan wanita ialah 1 : 9 dan lebih kurang 90% pengidap adalah wanita


5 SLE Supporters :):

Gi Ngaji!

April 30, 2013,9 Comments

Sekarang fenomena gwiyomi

semua comel-comel!
salah satunya gwiyomi gi ngaji.. penuh nasihat :)

layannn..... gi ngaji ^^



p/s: comel! :)

9 SLE Supporters :):

Movies

Gelak Sakan!

April 29, 2013,6 Comments

Malam-malam gelak sakan


satu family tengok citer pahlawan do re mi...
zam zam ala kazaaaam.....

p. ramlee memang lagenda.. tengok citer dia banyak kali pun tak jemu! <3 p="">


p/s: deno paling minat citer masam masam manis:) anda pula bagaimana?

6 SLE Supporters :):

Family

Happy Birthday Adam Khaleef

April 29, 2013,14 Comments

Hari ini

29 April 2013

genap 5 tahun umur anak buah deno, adam khaleef :)


khaleef... walaupun khaleef kadang2 nakal, suka kacau cikcu buat CAPD, suka main ubat cikcu, suka sorokkan handphone cikcu, suka conteng buku cikcu, suka main pencilbox cikcu dan usik cikcu... cikcu sayaaaanggggg sangat kahleef! semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang soleh.. amin!


p/s: esok ada majlis birthday adam khaleef di tadika.. deno dah tolong susunkan goodiebag tadi^^



14 SLE Supporters :):

Lupus Fighte

Semoga Kami Diberi Kekuatan..

April 28, 2013,20 Comments

Salah seorang Lupus fighter telah 'pergi'...

Printscreen dari group SLE :



Seorang demi seorang rakan seperjuangan kami 'pergi' mengadap Ilahi..
semoga kami .. pesakit SLE diberi kekuatan dalam menempuh hari-hari yang mendatang.. amin.


p/s: al-fatihah

20 SLE Supporters :):

Cara Mewarna Doodle Menggunakan SAI

Tutorial: Mewarna Doodle Dengan Menggunakan SAI

April 28, 2013,9 Comments

Sebelum ini tutorial cara melukis menggunakan SAI.. kalau korang terlepas boleh klik SINI :) Kali ini kita nak warnakan doodle!

Okeh, mula-mula korang buat macam biasa.. File > New.. lukis macam biasa.. then, jom kita mewarna! *jangan lupa klik gambar untuk lebih jelas! ^^






Inilah hasilnya ~




doodle simple je... :)



9 SLE Supporters :):

Deno

Bulat Bulat Bulat

April 28, 2013,9 Comments

Semalam...

abah : abah nampak muka adik bulat hari ni...

deno : haaaa?

*dalam hati : abah ni baru perasan ke muka anak abah ni moon face sejak ambil steroid.. 14 tahun dah.. haish abah ni... :p


p/s: salah satu kesan steroid ( prednisolone ) ialah "moon face" ^^

9 SLE Supporters :):

Tempahan : Doodle Couple

April 27, 2013,22 Comments

Baru menyiapkan tempahan farah

farah nak doodle couple :

doodle perempuan :
- pakaian peplum purple, bertudung
- berkasut tinggi
- duduk sambil memegang laptop DELL

doodle lelaki
- pakaian kemeja, berseluar jeans
- memakai safety helmet, safety boots
- berdiri

hasilnya.....

do not grab/copy/edit/crop my artwork.. thanks! :)


COPYRIGHT© DayangDeno
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di
Email : pinky_deeno@yahoo.com



22 SLE Supporters :):

3 Days To Go..

April 27, 2013,9 Comments



p/s: nantikan segmen dari deno sempena Lupus Awareness Month pada bulan mei nanti :)

9 SLE Supporters :):

Segmen

Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My

April 26, 2013,12 Comments



syarat-syaratnya sangatlah mudah... insyaallah, jika ada rezeki boleh masuk bloglist fuh.my untuk bulan Mei nanti.. 

tarihk tutupnya adalah pada 30 april 2013 iaitu pada jam 12.00tengahari :)



p/s: jom terjah fuh.my ^_^

12 SLE Supporters :):

Off To Farmasi

April 26, 2013,6 Comments

Tengok-tengok mask dah nak habis!


macam mana nak buat CAPD kalau takde mask!

ajak ma kuar. nak pegi farmasi... mask tinggal 2 keping je lagi....


p/s: dah rasa macam ninja pula asyik pakai mask! haha ~ 

6 SLE Supporters :):

Deno

Harap "dia" Tak Datang

April 26, 2013,8 Comments


Bila tak sihat macam ni...

mula la datang fikiran yang bukan-bukan..

bimbang pula mr SLE tu datang...

shooo... harap2 dia tak datang!




p/s: mr. SLE, jangan datang!

8 SLE Supporters :):

Deno

Apabila Batuk Berpanjangan ..

April 26, 2013,5 Comments

Batuk oh batuk...


semalam batuk dah kurang...

hari ni makin menjadi pula... bila batuk berpanjangan macam ni kan, bila nak batuk tu, dada rasa sakit sangat2... sampai deno kena tahan-tahan nak batuk...

sekarang ni deno just telan cecair WOOS'.. 


p/s: bila tak berapa sihat ni kan, selera makan pun kurang.. hari ni deno hanya makan 2 keping roti dan secawan teh ... nasib baik la badan tak lesu macam sebelum ni... thanks buat semua yang doakan deno :)


5 SLE Supporters :):

Family

Kebakaran!

April 26, 2013,8 Comments

Deno santai-santai sambil online..

tiba-tiba terdengar adam khaleef menjerit!

"kebakaran! kebakaran! tolong kebakaran!"

rupa-rupanya... adam makan roti sardin pedas..... dia sebut kebakaran sebab mulutnya terasa pedas... terus adam berlari ke dapur ambil air untuk diminum...

lepas dia minum air terus adam cakap... "nasib baik tak hangus mulut khaleef"



p/s: ingat apa la terbakar... haish adam khaleef ni!




8 SLE Supporters :):

Beautiful Love Story :')

April 26, 2013,3 Comments

Beautiful.. sad... love story......




p/s: amazing :')

3 SLE Supporters :):

She Is LN Class III

April 26, 2013,3 Comments

Deno nak kenalkan korang dengan geng Lupus deno..

geng deno ni namanya Siti Hazirah :)

and she is SLE LN Class III


sekarang siti buat rawatan HD dan deno pula rawatan CAPD
semuanya sebab SLE...

jom kita terjah blog siti! klik Blue Sky's Dream :)


p/s: deno SLE LN Class IV.. ^^



3 SLE Supporters :):

Family

Dah Sampai....

April 26, 2013,2 Comments

Tepat 5pagi

deno, ma dan abah sampai rumah :)



p/s: adam khaleef asyik berkepit dengan cikcu.. :p


2 SLE Supporters :):

Deno

Bertolak Pulang ..

April 25, 2013,6 Comments

Malam ini..

bertolak pulang ke kuala terengganu...


esok bolehlah jumpa adam khaleef :)


p/s: haacchhhoooom! bersin lagi.. tapi tak seteruk semalam dan pagi tadi.. ^^


6 SLE Supporters :):

Air Mata Mengalir

April 25, 2013,17 Comments

Srooot srooot...

bila selesema teruk..

mata berair je... macam menangis pula...

mata nak bukak pun tak larat.... huhu




p/s: batuk dah takde.. cuma demam dan selesema... sroooot2

17 SLE Supporters :):

Deno

Fuu ~

April 24, 2013,18 Comments

Akhirnya......

demam juga.. pagi tadi dah mula pening2
rasa macam nak pitam...


mula-mula batuk.... then selesema.. then demam...

yang paling teruk selesema.. syik bersin je.. sakit hidung, pedih... tadi bersin 8 kali non stop! bergulung-gulung tisu habis.. dengan batuk lagi...

sekarang batuk macam dah kurang lepas telan cecair WOODS' .. plan jalan-jalan pun terpkasa dibatalkan.. esok dah nak balik... hwaaa :p


p/s: demam lagi.. baru lepas makan penadol... haaachooom!!! korang.... ada petua tak nak hilangkan selesema nih.. hadoiiii... teruk benar selesema nih, tak pernah macam nih ..




18 SLE Supporters :):

Deno

Dapat Satu Pakej

April 23, 2013,17 Comments

Siang tadi dah mula batuk..

malam ni duk bersin2...
dah dapat satu pakej.. batuk dan selesema..
emmm... harap2 tak demam la...





p/s: uhuk uhuk..... sroooot srooot.... uhuk uhuk



17 SLE Supporters :):

Deno

Gatalnyaaaa......! Huh!

April 23, 2013,19 Comments

Adehhh....

gatalnyaaaaa!!! benci!

dalam krongkong dah mula gatal... dah mula batuk...

alahai batuk nak datang!!!



p/s: nak cari WOODS'



19 SLE Supporters :):

Art

Creative Word Animals

April 23, 2013,13 Comments


word animals best typography design amazing creative Dan Fleming

word animals best typography design amazing creative Dan Fleming

word animals best typography design amazing creative Dan Fleming

word animals best typography design amazing creative Dan Fleming

word animals best typography design amazing creative Dan Fleming

word animals best typography design amazing creative Dan Fleming

p/s: wanna see more creative word? click HERE :)



13 SLE Supporters :):

Photo

Self Confidence

April 23, 2013,5 Comments




^_^

5 SLE Supporters :):

Mendoodle Lagi

April 23, 2013,11 Comments

Dalam proses...



sambung esok..
sekarang nak buat CAPD.. hehe... terlewat!



p/s: berminat boleh klik SINI :) ok, nite^^




11 SLE Supporters :):

Teh Beng

April 22, 2013,14 Comments


Cuaca panas betul malam ni...

tiba-tiba tekak rasa nak minum teh ais a.k.a tehbeng!
kakna! tolong beli tehbenggg!!!!!


p/s: curi masa upadate.. rasa nak minum tehbeng sambil siapkan tempahan... banyak belum siap.. haish! alahai.. belum sempat bw.. sori....



14 SLE Supporters :):

Photo

Beza Budak-Budak Dahulu Dan Sekarang

April 22, 2013,18 Comments




p/s: kan kan kan?

18 SLE Supporters :):

Family

Thanks Miss DH :)

April 22, 2013,5 Comments


Memang betul-betul shopping buku hari ni.. tak pernah beli banyak macam hari ni.... dan paling best miss DH belikan deno buku Nick Vujicic! i aodre him so much! akhirnya dapat juga buku manusia yang hebat tu... thanks miss DH! ^_^


p/s: Nick Vujicic, amazing man of integrity, grace and inspiration! :')



5 SLE Supporters :):

Family

Cepat-Cepat

April 22, 2013,15 Comments

Cepat-cepat update!


ok, hari ni nak shopping di MPH^^



p/s: ber"dating" bersama my kakak, miss dayang hanna aka miss DH :)

15 SLE Supporters :):

Ingatan Untuk Diri Sendiri Dan Rakan-Rakan

April 21, 2013,19 Comments



p/s: senyum sokmo.. piece! ^_^


19 SLE Supporters :):

Makan-Makan

Ber"Tako Tao"

April 21, 2013,13 Comments

Alhamdulillah..

selamat tiba awal di rumah kakak.. :)

setibanya kat sini... terus cari tako tao!




p/s: dah lama mengidam nak makan tako tao.. hehe ^_^


13 SLE Supporters :):

Cuti-Cuti

Siap! Siap!

April 21, 2013,5 Comments

Bersiap...


barang-barang CAPD.. checklist semua dah buat...

emmm..... nak prepare breakfast pulak!





p/s: nak bertolak awal pagi :)


5 SLE Supporters :):

Beautiful World

Pokok Pun Sedih...

April 21, 2013,5 Comments

Apabila banyak pokok ditebang...

pokok pun sedih....






p/s: sayangi hutan....


5 SLE Supporters :):

Segmen

Segmen : Blogwalking Aisyah Humaira

April 21, 2013,30 Comments



due date : 
24/4/2013

30 SLE Supporters :):

Family

Tak sangka

April 21, 2013,4 Comments

Perkataan baru adam khaleef ..


first time deno dengar..

deno : cikcu nak ke kl esok.. khaleef main dengan mama papa eh?

adam khaleef : eh...? tak sangka khaleef...! tapi cikcu tak boleh lama!


p/s: awal-awal dah kena warning.... tak boleh berpisah lama sikit! tapi sekarang dah matang, kalau dulu mesti menangis.. haha ~



4 SLE Supporters :):

Creative

Sofa Yang Kreatif!

April 20, 2013,15 Comments

Hide-A-Bunk Bed
Sofa Bunk Bed




p/s: best nih kalau ada satu sofa macam nih dalam bilik!  :)


15 SLE Supporters :):