Lupus

Kenapa Saya Tak Boleh Ambil Sebarangan Ubat

May 05, 2013,10 Comments


Ada sahaja tawaran produk kesihatan yang mengatakan boleh menyembuhkan SLE. Deno berterima kasih kerana ingin menolong, tapi sebenarnya ramai tak faham. Pesakit SLE tak boleh sebarangan ubat, tak boleh sesuka hati cuba ubat tanpa pengawasan doktor.


SLE ialah  penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. *cth serangan SLE pada deno ialah serangan pada otak, buah pinggang, kulit, sendi dan jantung.. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Antibodi badan pesakit bercelaru. Sepatutnya antibodi yang melindungi badan telah  mengkhianati badan sendiri dengan menyerang tisu-tisu dalam badan pesakit!

Contoh yang mudah, deno ibaratkan antibodi tu askar, badan pesakit ialah ketua askar. Askar-askar dah tak kenal mana satu ketua, mana satu musuh. Askar-askar yang sepatutnya menyerang musuh, sebaliknya bertindak meyerang ketua. Seperti pesakit SLE, antibodi dah bercelaru,. Antibodi sepatutnya melindungi badan, tetapi menyerang tisu-tisu badan. Kalau korang kan, antibodi badan yang normal berfungsi melindungi badan daripada terkena penyakit. Tapi antibodi badan pesakit SLE ini lain, ia tak melindungi malah meyerang pula tisu-tisu badan pesakit... Sebab itulah ianya dipanggil auto-imun / kecelaruan sistem imun!

Sebab itu juga pesakit akan diberi steroid(prednisolone) untuk "slowdown" kan SLE. Semua pesakit yang ambil steroid, sistem imun memang lemah dan mudah terkena jangkitan dan mudah sakit.

Apa yang deno nak beritahu kat sini...

Kebanyakan orang tak faham tentang SLE, yang orang tahu hanyalah pesakit SLE antibodi badannya lemah. Jadi bila tahu macam tu, pelbagai produk ditawarkan untuk menguatkan antibodi / sistem pertahanan yang lemah tu. Sedangkan, antibodi pesakit SLE bercelaru. Apabila antibodi semakin kuat dan agresif, potensi SLE akan aktif itu tinggi.

Dan bila SLE aktif, hmm bersedialah "serangannya". Sebab itulah deno tak ambil sebarangan ubat atau supplement tanpa kebenaran daripada doktor deno. Satu lagi, setiap pesakit SLE keadaannya semua berbeza. Kesan pada pesakit pun berbeza. Deno ada rakan SLE yang mengidap SLE Lupus Nephritis Class IV tapi tak perlu dialisis. Deno pula, SLE Lupus Nephritis Class IV juga tapi SLE lebih kuat dan deno terpaksa buat rawatan dialisis. Setiap pesakit sangat berbeza dan ubat-ubatan juga berbeza. Cuma satu yang pasti sama ialah ubat prednisolone (steroid). Setiap pesakit memang akan diberi steroid untuk mengawal SLE.

Biasanya, bila SLE aktif,doktor akan naikkan dos steroid ni. Pada tahun lepas juga dos steroid deno naik disebabkan SLE aktif. Nampak tak apa tujuan doktor? Supaya antibodi badan tu lebih perlahan, pada masa yang sama, SLE pun akan lebih terkawal.

Deno hanya mengambil ubat-ubatan dari hospital dengan kawalan doktor. Deno sangat berterima kasih dan menghargai niat teman sekalian yang ingin membantu deno dengan menawarkan produk-produk kesihatan tetapi, seperti yang deno beritahu.. pesakit SLE tidak boleh sebarangan ubat/ supplement kesihatan. Deno minta maaf jika ada berkecil hati.

Ya, mungkin belum ada ubat yang boleh menyembuhkan SLE namun deno percaya, ada ubat dengan sentiaz ber"doa" padaNya.

Inshaa Allah.




You Might Also Like

10 comments:

  1. hmm tu la pasal kak Deno.. orang tak faham kita.. memang niat diorang baik nak bantu kita, tapi susah nak jelaskan kat diorang.. iha pun sampai skrg takde ubat dan tak boleh makan sebarang ubat.. takut effect kat buah pinggang.. kalau iha dah geram sgt kan, mintak suruh kawan2 bagi ubat 'doa' je.. :)

    ReplyDelete
  2. Patuh pada nasihat current dokto je... don wory, you in good hands, ya babe...!

    stay rock!

    ReplyDelete
  3. owhh.. macam tu ye..
    saba ye deno.

    ubat saye untuk deno, moge deno cepat sembuh dan terus kuat. moga satu hari nanti akan ada ubat utk sembuhkan penyakit ni.

    ReplyDelete
  4. Betul tu.... walaupun diiktiraf kementerian kesihatan, belum tentu keseauaiannya dgn kita. Yg akan menanggung akibatnya adalah diri kita sendiri.

    Niat mereka baik, cuma mereka tidak tahu. Dengarkan sahaja...

    ReplyDelete
  5. bahaya juga ya kalau tersalah makan..sle aktif..baru faham sikit2.. hehe..

    ReplyDelete
  6. yg paling penting,kuat pergantungan dengan Allah.. sentiasa berdoa.. :)

    ReplyDelete
  7. Betul tu kak Deno, kadang2 kita kena hati2.. Kagum dengan ketabahan kak Deno... ;))

    ReplyDelete
  8. abg remy baru faham dgn sle nie...tanya dengan nutrisionist kat opis remy...... dulu dia kerja hospital..... si dia bagi penerangan yg terpeinci.....

    ReplyDelete
  9. Saya setuju..sebaiknya ikutlah nasihat dan saranan doktor. Biasalah Deno, pengeluar ubatan ni mesti nak promote dan cakap produk dorg hebat walaupun kadang tu kesan jangka panjang adalah tidak baik untuk badan manusia

    ReplyDelete