Konvokesyen Saya #Part1 - Dayang Deno

19.5.13

Konvokesyen Saya #Part1

Pertama sekali, alhamdulillah syukur pada allah swt kerana deno berjaya juga tamat diploma setelah banyak dugaan deno tempuhi kerana sakit. 

Deno tangguh belajar sebanyak 4 semester bersamaan 2tahun belajar kerana masalah kesihatan deno *SLE. Walaupun deno ketinggalan dan dah ramai rakan satu batch yang telah tamat degree, deno tetap bersyukur sebab diberi peluang menimba ilmu sehingga tamat.. syukur sangat  *sepatutnya boleh tangguh 2 kali je, tapi canselor uitm beri kebenaran selepas dapat surat dari abah :')

Alhamdulillah, tepat pukul 1.30petang tadi, deno dan abah sampai di UiTM Dungun iaitu kampus utama UiTM di Terengganu untuk pengambilan jubah konvokesyen pada 20mei. Perjalanan kami ambil masa satu jam dari rumah ke sana.. Deno dan abah je, jadi kami berdating dua orang la tadi :p


Sampai je kat sana,  deno dan abah terus jalan pusing-pusing cari blok7 sebab kat situ tempat amik jubah. Student dah ramai sampai, hingar bingar dengan suara gelak tawa. Ada yang jadi model pun ada dengan jubah masing-masing.. pastu siap buat photoshoot dnegan kawan-kawan.. Nampak tak ke"excited"tan student yang bakal berkonvo esok? Deno senyum je tengok gelagat diaorang.. *teringat kawan baik la pulak... sebak kejap T_T

Semua student kat situ dengan kawan-kawan, deno sorang je jalan beriringan dengan abah. Deno rasa dah macam budak darjah satu yang nak daftar masuk kelas dah.. deno je dengan abah :) Jalan-jalan cari tempat tak jumpa, last-last deno tanya sorang student perempuan yang dah ada beg konvo.. thanks for her sebab deno terus jumpa bilik tempat amik jubah tu... ^_^


Orang tak ramai kat situ.. tak perlu beratur pun. Sampai kat kakak tu, kakak tu dengan dahi berkerut dia cakap "dik, maaf ya dik.. saiz XS dah habis, tinggal saiz S je.." sambil tu dia bagi beg konvo kat deno. deno cakap okey, takpe. Sebenarnya rasa cuak jugak, ye la kan deno kecik, tak tahu saiz S tu 'besar mana' kan? 

Then, sebelum keluar nak amik kad dan pelekat dengan sorang abang ni. Lepas dia bagi kad dan pelekat tu, tiba-tiba dia cakap pula kat deno.. "saya rasa saya ada simpan satu baju yang saiz XS, jom ikut saya"

Okey, deno jawab sepatah sambil tersenyum. Dalam hati ni dah berbunga sebab sebenarnya deno nak baju  saiz XS sebab badan deno ni memang dah macam budak darjah6! deno masuk dalam bilik sebelah dengan abang tu, sekejap je dia terus bagi kat deno baju saiz XS tu! Terus deno ucapkan terima kasih pada dia! Masa tu hairan sikit sebab ada je budak yang kecik macam deno kat situ, tapi dia bagi kat deno pula baju tu.. Alhamdulillah rezeki deno :)

Sekejap je, tak sampai setengah jam dah boleh balik. deno tak jadi pergi raptai pukul 3petang tadi sebab masa tu, deno perlu buat CAPD. Jadi, selepas urusan jubah selesai, terus ke Hospital Dungun untuk buat CAPD.. macam biasa la, CAPD kan 4 kali setiap hari.. jadi tadi ke hospital buat CAPD untuk kali ke2 la.. :)


p/s: terima kasih abah hantar dan temankan deno amik jubah.. itulah my abah... ke mana anak bongsunya pergi mesti dia ada... bimbang betul dengan deno ni.. hihi 



25 comments:

  1. yea..mesti la gembira dah nak konvo..hehe..bebas dari semuanya..tapi yg ada pinjam mana2 tu belum bebas lagi la.ahaha..

    ReplyDelete
  2. Tahniah ye deno! Mesti lega yang amat dah lepas semua beban waktu diploma dulu :)

    ReplyDelete
  3. congratz! jauhnyer ke dungun...kte konvo kt shah alam je

    ReplyDelete
  4. tahniah Kak Deno :) alhamdulillah, dapat juga akak grad ^^

    ReplyDelete
  5. Selamat berkonvo..

    Tahniah deno, Berjaya juga tamatkan pelajaran walaupun dengan kesihatan yang ada masalah. akak tumpang gembira dan bangga..

    lambat sikit je tu, tak pe, yang penting deno dapat buat seperti yg diharapkan, tentu abah dan mak bangga dengan anak bongsunya yang gigih ni...

    ReplyDelete
  6. wah deno nk konvo. tahniah deno! :D

    ReplyDelete
  7. tahniahh . alhamdulillah ... ishh , kite bila laa . hahah . baru darjah lima nak berangan :p

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah rezeki deno an. slmt bkonvo. ara bru lepas konvo 15mei :)

    ReplyDelete
  9. congrats deno! i really proud of you...!!

    ReplyDelete
  10. Tahniah deno.. nanti tangkap gambar banyak2. buat kenangan :)

    ReplyDelete
  11. terbaik..teman berteman dgn abah tersayang...mesti deno buat dia bangga. TAHNIAH deno.

    ReplyDelete
  12. tahniah deno, owh gi dungun erk.. kG akak paka hihihi

    ReplyDelete
  13. Tahniah ye deno.. Akhirnya berjaya jugak tamatkan belajar.

    ReplyDelete
  14. rezeki deno dpt xs.

    tahniah!!!

    ReplyDelete
  15. wah all the best deno...tak sbr tgu deno update next entri pakai jubah tu ^^

    ReplyDelete
  16. tak sabar kak ita nak tengok pic deno pakai jubah tu...

    ReplyDelete
  17. wah mmg rezeki kak Deno.. :)
    Alhamdulillah, nasib abah akak sporting.. iha tak sabar nak tengok gambar akak pakai jubah ;)

    ReplyDelete
  18. congratulation dear utk hadiah manis ni. I salute u punya ketabahan ni at last grad jugak deno =)

    ReplyDelete
  19. tahniah deno :) ramai gak yang buat entri pasal konvo

    ReplyDelete
  20. Dayang dipermudahkan oleh Allah.. nampak kan rezeki Allah tu indah. Tersusun je. Moga hidupmu sentiasa diberkati sayang :)

    ReplyDelete