Konvokesyen Saya #Part3 - Dayang Deno

21.5.13

Konvokesyen Saya #Part3

Bangun pagi tadi bersemangat betul

Kami bertolak awal ke UiTM Dungun. Majlis bermula pukul 2.30petang tapi sengaja deno nak awal sebab tak mahu rushing.. Kami satu kereta : abah, ma, kakngah, kakobi, deno dan adam khaleef.. adam tak jadi ke tadika, nangis2 taknak ke sekolah sebab nak hantar cikcu konvo jugak... :p Dalam pukul satu lebih sampai.. dah ramai orang, kereta pun sesak. Abah pusing-pusing cari tempat letak kereta.. Alhamdulillah, tiba-tiba ada satu kereta keluar dan rezeki kami, kereta abah dapat tempat yang dekat dengan pintu masuk! ^_^

Cuaca panas, keluar kereta sambil berpayung. Deno je berpayung.. semua orang tengok. Tapi tak kisah la, memang deno tak boleh bawah panas lama-lama, nanti tak pasal-pasal pengsan! Jalan pun hati-hati je, deno mana la biasa kasut tinggi ni, nanti tak pasal-pasal jatuh tergolek! haha ~

Sampai je kat dalam, mata melilau cari geng.. takde sorang pun deno kenal. Ok fine. Terus pakai jubah sebab pukul 2 nak masuk dewan. 


Cuaca sangat-sangat panas hokey. Sampai nak bukak mata pun susah.. memang terik. Boleh pengsan dengan cuaca panas ni, dugaan...

Pastu pindah tempat teduh bawah khemah yang dah ramai orang. Nasib baik kakngah tolong, deno dah blur tahap cipan rasanya. Lepas siap semua, barulah nampak kawan deno, budak junior yang sekelas dengan deno. Ok,lega. Terus kami ke Dewan Bakawali untuk taklimat ringkas sebelum masuk ke Dewan Aspirasi untuk majlis konvokesyen



bersambung...

*my convo: part1 . part2



p/s: seharian hari ni, penat sangat2... harap esok tak demam ...



12 comments:

  1. bestnya Kak Deno dah grad, Hana kena tunggu 4 atau 5 tahun lagi (T__T) sob3.. apa2 pun tahniah :)

    ReplyDelete
  2. tahniah
    hari yg gembira bukan utk kita sahaja tp seluruh keluarga.. :)

    ReplyDelete
  3. kat majlis konvo mmg panas bila ramai org dan sesak . angin nak lalu pun sesak gak dik non ... alhamdulillah deno sihat jer ...

    ReplyDelete
  4. kita takut kita pitam ja kalau konvo lagi beberapa tahun akan datang..huhu..sebab tak cukup 'udara'.. tahniah ya Deno.. :)

    ReplyDelete