Takut Dan 3 kali^^ - Dayang Deno

22.5.13

Takut Dan 3 kali^^

Hana  ada bertanya :


Soalan 1
Sewaktu mula-mula nak buat dulu takde rasa takut. Doktor ada cakap kalau dah pandai buat CAPD, boleh balik  rumah. Masa tu deno 12 tahun dan nak ambil UPSR. Deno pula nak balik sangat sebab dah 4 bulan di hospital dan bila dapat tahu boleh balik memang rasa lebih excited. Alhamdulillah sekejap sahaja deno belajar dan training CAPD :)

Soalan 2
Soalan cepu emas ni^^ Shhh pernah juga deno buat 3kali, tapi boleh dikatakan jarang sangat. Deno buat 3 kali tu biasanya bila masa buat CAPD tu dah terlebih had. Macam sewaktu deno ke kl, terperangkap dalam kesesakan. Sepatutnya sampai rumah buat CAPD pukul 2 petang, tapi sampai pukul 6 petang. Jadi  hari tu buat 3 kali je sebab dah lewat.

Tapi esok tu deno buat macam biasa balik, 4 kali dengan air dialisate yang lebih kuat. Air dalam perut pun takkan melimpah keluar. Buat 3 kali bahayanya badan boleh jadi sembab, blood pressure naik tinggi dan boleh sesak nafas.



p/s: nak tahu lebih banyak mengenai CAPD? klik SINI :)


4 comments: