Tips Nak Elak Anak Bercakap Pelat - Dayang Deno

23.5.13

Tips Nak Elak Anak Bercakap Pelat

Tiba-tiba datang idea ni ..

Memang menjadi satu kebiasaan kanak-kanak yang membesar akan manjadi pelat sebelum boleh bercakap dengan betul dan lancar...Sesetengah kanak-kanak kan, ada yang pelat dalam tempoh yang lama.. ada juga pelat dalam temph yang sekejap

Anak buah deno, adam khaleef tu.. dia pandai bercakap jelas ketika umurnya tiga tahun.. Dalam umur 4 tahun adam dah petah bercakap..

Apa yang dilakukan oleh kakak deno ialah bercakap dengan adam dengan bahasa yang betul.. bukannya bercakap pelat dengan anak yang baru belajar nak bercakap

Contoh kesilapan ibu dan bapa apabila bercakap dengan anak yang pelat dan baru belajar bercakap :

"adik nak shushu?"
"adik beyak ye.."
"acamnye bau die..."
"mai mamam ngan mama.."
"usyuknya adik beyak... "
"omeynya anak papa ni.."

Nampak tak apa yang silap? mama dan papa jadi pelat bila bercakap.. bagaimana anak nak belajar bercakap dengan betul bila mama papa cakap pelat kan?

Better praktikkan awal2 dengan bercakap bahasa yang betul.. insyaallah anak-anak akan dapat bercakap dengan lebih jelas dan lancar.. :)



p/s: tips ini daripada kakak deno sendiri^^


4 comments:

  1. betul juga tu kan petua Deno..kita kena guna bahasa yg 'skema' sikit..so budak2 tak ada la ikut..

    ReplyDelete
  2. NICE ENTRY...

    Jom Join!=)
    http://myartcrafting.blogspot.com/2013/05/may-giveaway.html

    ReplyDelete
  3. anak kak lea pulak mmg tak pernah kami ajar pelat.dia pun cakap jelas,terang & petah sampai selalu jadi perhatian kalau pergi mana2.

    mmg cakap perkataan yang penuh.ntah masa nak sebut suku kata K yang ada di tengah perkataan,ketara pelat.sekarang dah improvedlah sikit :)

    ReplyDelete