LUPUS fighter

Ramai Yang Tak Sihat.. Mohon Doakan Mereka

June 29, 2013,18 Comments

Sedih pula rasanya..

Tadi ke SLE/Lupus Support Group Malaysia. Ramai rakan SLE yang tak sihat, sakit ..  rasa risau pun ada..








p/s: take care kawan-kawan...

18 SLE Supporters :):

Cuti-Cuti

Buat Checklist

June 28, 2013,5 Comments



Sekarang dah nak kena buat checklist untuk 3 hari ni..

air dialisate, minicap, mask, glove, spray, ubat.. bla bla bla bla...

Esok pagi dah nak bertolak ke kuantan



p/s: adam khaleef ikut sekali ^_^


5 SLE Supporters :):

Nanas Potong

Nanas Sejuk

June 28, 2013,7 Comments

nanas + gula
*letak dalam peti 4-5 jam

Bila gula lama-lama dengan nanas tu, gula bercampur dengan air nanas, gula pun jadi cair..  Dah jadi macam karamel ..

Abah biasa buat letak dalam satu tupperware dan masukkan dalam peti.. Bila nak makan ambil je dalam peti, makan sejuk2 memang best! ^_^


p/s: nanas dari pokok yang abah tanam :)


7 SLE Supporters :):

Bila Kanak-Kanak Buat Eksperimen!

June 28, 2013,8 Comments


Pantang leka sikit ada je eksperimen dia..

Adam khaleef buat eksperimen menggunakan gunting! Baru perasan tadi kat rambut dia, dia gunting rambut! Dah takde rambut kat tengah... Rupanya dia amik gunting dalam bilik cikcu dia nih! Nasib baik tak buat gunting benda lain

.................................

Amir Amsyar pula satu hal

Jumpa kat mana entah pencukur... Dia amik gores2 kat pipi, dagu, hidung.. Buang misai katanya! Habis ada garis2 merah, nasib baik tak cedera!

Alahai bucah 2 butir ni, eksperimen nak jadi dewasa agaknya!


p/s: da moral of the story semua barang tajam kena simpan tempat tersembunyi!



8 SLE Supporters :):

Segmen

Segmen : Menang Wang Tunai RM100

June 28, 2013,2 Comments

klik banner duit


RM100 banyak tu......

Mana tahu kan rezeki nanti.. 
klik banner untuk join!

2 SLE Supporters :):

Family

Kenapa Kanak-Kanak Suka Main Air??

June 28, 2013,6 Comments


Kalau kita perasan.. budak-budak suka sangat main air!

Kalau anak buah deno Amir Amsyar tu, bila balik Terengganu lagi la suka sebab airnya sejuk... Bila kita bising macam-macam tak siap lagi.. Sama juga dengan Adam Khaleef.

ketiak tak basuh lagi la..
telinga tak habis gosok lagi la..
daki tak tanggal la..

Sebenarnya alasan nak main air! Kanak-kanak memang suka main air sebab masa dalam perut mama dulu pun tinggal dalam "air" kan? Siap berpusing-pusing lagi.. sebab tu lah kanak-kanak ni suka sangat main air! kan kan kan? hehe ^^


p/s: senang je deno, kalau degil jugak nak main air lama2, cikcu tutup lampu toilet! mula la menjerit! muahahaha :p


6 SLE Supporters :):

Blog Arni

Segmen : Doodle Free by Arni

June 28, 2013,2 Comments

klik banner

nak doodle? jom join segmen adik arni :)

warna tudung : biru

2 SLE Supporters :):

My Extreme Animal Phobia

My Extreme Animal Phobia!

June 28, 2013,4 Comments

Sekarang deno sedang menonton satu rancangan di CH 556 Animal Planet


Rancangan ni tentang terapi untuk orang yang ada fobia yang terlampau teruk pada sesetengah haiwan dan serangga. Mereka akan jaid gelisah, sesak nafas, jantung berdegup laju, menangis dan ada sampai rasa nak mati bila melihat haiwan atau serangga tu.

Paling teruk, walaupun hanya melihat gambar mereka dah menangis dan terasa seperti nak mati.. Jadi melalui seorang doktor, mereka akan melalui terapi yang membuat mereka berdepan dengan fobia mereka tu!Kadang2 rasa kelakar juga ada orang yang fobia pada serangga macam ulat gonggok dan semut sehingga menjerit dan menangis teruk.. tapi tak boleh nak kata juga kan sebab setiap individu berbeza kan?

Emmm... korang ada fobia dengan haiwan atau serangga?


p/s: deno takut katak! eiii lembik dan berair...! tapi tak la sampai sesak nafas dan menangis.. menjerit je kot, hehe  :p



4 SLE Supporters :):

Epal Hijau Menyegarkan Kulit Wajah

Kebaikan Epal Hijau #Part2

June 28, 2013,7 Comments


Kalau korang terlepas kebaikan epal hijau part1 boleh klik SINI

Kali ini deno nak berkongsi epal hijau juga boleh dijadikan sebagai penyegar wajah!

Cara-caranya :
Potong epal (kulit dibuang), potong nipis dan rendamkan dalam air batu (air berais) selama 4-5minit.. Kemudian ketakkan hirisan epal di muka selama 15 minit.. Insyaallah korang boeh rasakan kesegaran kulit muka. :)


p/s: deno suka makan epal hijau.. anda?

7 SLE Supporters :):

MIB Family

June 28, 2013,11 Comments


Tempahan ala-ala MIB family

Semua pakai cermin mata hitam.. baby je tak pakai sebab kecik lagi. Hihi... Tiba-tiba teringat cerita alien vs pridetor tu... ^^

p/s: sambil lukis sambil tengok CSI :p


11 SLE Supporters :):

Personal

Melukis Lewat Malam.. Tiba-Tiba...

June 28, 2013,9 Comments


Sambung tajuk entri :

Tiba-tiba perut deno buat konsert zapin.. terpaksa makan roti berkrim tengah malam2 ni.. hehe..


p/s: thanks abangngah beli roti yang best! ^_^


9 SLE Supporters :):

Peserta Malaysia Di Dalam The Apprentice Asia

Status Peserta Malaysia Dalam The Apprentice Asia

June 27, 2013,7 Comments

Siapa tengok rancangan raliti The Apprentice Asia?
Dulu2 tengok The Apprentice yang Donald Trump punya, kali ni bos besarnya ialah Tan Sri Dr Tony Fernandes! Seronok rancangan ni sebab ada juga bab-bab yang deno belajar dalam tu iaitu accounting, audit, trade. marketing, partnership, management, bla bla bla... secara tak langsung dapat juga sedikit ilmu^^

Inilah peserta-peserta dari Malaysia :

Status : Tersingkir episod 2
Ng Kian Tat (Hanzo) 
Sales expert! Dikenali sebagai sales ninja.. perghh!

Status : Tersingkir episod 5
 Nik Aisyah Amirah Binti Mansor
Seorang auditor yang berusia 15 tahun dan seorang yang lemah lembut. Kagum dengan beliau kerana sangat berani. Emm, deno belajar audit pun selalu sakit sebab stress.. haha :p

Status : Tersingkir episod 6
Nazril Idrus
Nazril atau lebih dikenali Nash. Mula-mula menonton The Apprentice Asia, terkejut juga sebab Nash ada.. Siapa tak kenal Nash kan, bijak account nih! Trained as a Chartered Accountant from The Institute of Chartered Accountants in Australia or ICAA! OMG! *pengsan


Ketiga-tiga dah tersingkir... tapi syabas diucapkan juga kerana terpilih di dalam The Aprrentice Asia :)



7 SLE Supporters :):

Makan-Makan

Puding Karamel Nyum Nyum

June 27, 2013,8 Comments


5biji telur + susu cair satu tin + esen vanila satu sudu kecil + gula (guna untuk puding sikit dan juga untuk karamel)

Main masak-masak.. tiba-tiba terhasil puding karamel nyum nyum ni.. 

Rasa manis sedang-sedang saja, tak terlalu manis.. Semut pun tak sempat nak buat perang dunia ketiga nak rampas puding karamel ni, deno dah makan habis! hehe ^^


p/s: awak, nanti nak cuba macaroni bakar awak pula .. kena cari bahan dulu ^_^


8 SLE Supporters :):

Banner

Vector : Kisah Si Diary

June 27, 2013,6 Comments


lepas tu..
dijadikan banner  Blog Kisah Si Diary



p/s: nak buat CAPD dulu... bye :)



6 SLE Supporters :):

Blog Paly

Segmen Bloglist Julai Blog Paly

June 27, 2013,4 Comments



1. Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Julai Blog Paly"
2. Letak banner atas, backlink ke sini dan publish!
3. Entri segmen tu korang letak kat komen bawah. Setel.


p/s: due pada 24 Jun - 27 Jun @ 11:59 malam


4 SLE Supporters :):

Blood Pressure

Cara Menggunakan BP Set Mercury

June 27, 2013,2 Comments

Apakah BP Set Mercury?

BP Set Mercury ialah alat untuk memeriksa tekanan darah.. Sejak deno buat CAPD, BP deno agak tinggi, jadi abah beli BP Set Mercury ni pada tahun 2001 :) Sebenarnya better guna yang ni sebab kita boleh dengar sendiri dan ianya lebih tepat! 

Cara nak guna?

1. Letak stetoskop pada telinga

2. Pasangkan kain pendakap pada lengan *bahagian atas

3. Rasa nadi di tempat lipatan lengan dengan mengunnakan jari telunjuk dan jari hantu .. bila dah rasa nadi, letak hujung stetoskop pada tempat yang kita dah rasa nadi tu..

4. Lihat pada mercury sambil pam bebola angin.. pam sehingga merkuri tu sampai ke 160 atau ke 180

5. Longggarkan skru pemutar yang keluarkan angin dengan perlahan-lahan sambil lihat pada mercury dan dengar bunyi "dup" *dengar melalui stetoskop di terlinga

6. Semasa mercury turun perlahan-lahan tu....
    *perhatian - bunyi "dup" yang pertama ialah tekanan darah yang atas
                     - bunyi "dup" yang terkahir ialah tekanan darah yang bawah..

contoh :~ kalau korang dengar bunyi "dup" pertama pada nombor 120.. kemudian bunyi dup dup dup dan "dup" yang terakhir berbunyi pada nombor 80.. maksudnya blood pressure korang 120/80.. normal la tu :)


p/s: deno guna yang manual sebab ianya lebih tepat :)


2 SLE Supporters :):

Doodle Wearing Mask

Lemas Pakai Mask?

June 27, 2013,4 Comments


Ada seorang CAPD patient terkena jangkitan kuman sebab tak pakai mask semasa buat CAPD..

Alasan yang diberikan :
1-lemas pakai mask
2-tak selesa
3-tak dapat nak bernafas

Helo adik.. sanggup ya kena kuman daripada nak pakai mask tu.. Dah la sakit bila kena jangkitan, kalau nasib tak baik tenckhoff kat perut tu kena cabut, pastu kena operate pasang balik! Sanggup ke? Erk! Sakit tuuu ..

Kebanyakan macam ni la, alasan yang sama je.. Sebenarnya  takde lemasnya pakai mask tu.. Pakai macam biasa, then bernafas macam biasa. Takde lagi kes orang mati lemas pakai mask dik oiii....


p/s: buat CAPD wajib pakai mask!


4 SLE Supporters :):

Blog Pink Pastel Doodle

Komentar Bertuah Blog Pink Pastel Doodle

June 27, 2013,8 Comments


Rezeki hari ini.. deno terpilih jadi komentar bertuah daripada Blog Pink Pastel Doodle! Siapa tak kenal kaknur, memang comel2 dan awesome doodle kak nur!

Jom kita ramai-ramai ke Blog Pink Pastel Doodle :)



p/s: terkejut sekejap ^_^



8 SLE Supporters :):

Cuaca

Cuaca Yang Redup

June 27, 2013,8 Comments


Cuaca sekarang nampak redup.. 

Mungkin jerebu dah berkurang selepas hujan yang sangat lebat semalam.. Sekarang pun berangin je, takde lagi kabus-kabus .. Semoga jerebu akan terus hilang :)



p/s: tempat korang macam mana?


8 SLE Supporters :):

Personal

Stressed??

June 27, 2013,6 Comments

stressed
.
.
.

bila huruf diterbalikkan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


desserts



p/s: patut la orang stress suka makan aiskrim, biskut, kek, coklat... hihi... tapi deno stress tak lalu nak makan la.. macam mana tu? ^^




6 SLE Supporters :):

Ayu Candy

Dia Cantik

June 26, 2013,6 Comments



my bestfriend : ayucandy

cantik kan dia? sahabat deno sejak sekolah..
sentiasa di sisi deno saat deno memerlukan.. sentiasa memahami deno
 dia, sahabat dunia akhirat deno :')


p/s: 7tahun tak jumpa.. rindu!! 


6 SLE Supporters :):

Masterchef Selebriti 2

Kau Mampu??!

June 26, 2013,5 Comments

Tergedik jari nak type pasal ni.

Nak tahu cerita lanjut klik SINI

Apa2 pun TAHNIAH Syura di atas usaha & bakat sepanjang berada di dapur Masterchef. The reason why jari deno rasa gatal nak type jgk entri ni sebab naik menyampah la dengan certain Malaysian yang  suka mengeji, mengumpat & benci tanpa sebab. 

Eh haters..korang dah kenapa benci & kutuk sgt si Syura ni? Korang mampu ke nak masak macam dia?? Goreng telur pun tak lulus lagi agaknya


p/s: rezeki dia.. tak perlu la nak mengata


5 SLE Supporters :):

LUPUS fighter

Al-Fatihah Buat An Mohd Nor

June 26, 2013,8 Comments


Kebelakangan ini.. ramai Lupus fighter telah "pergi"..

Itulah "dia".. bila "dia" datang, tiada siapa yang boleh menghalang... sama-sama kita sedekahkan AL-FATIHAH untuk allahyarham...


p/s: "dia" ialah SLE!

8 SLE Supporters :):

Cuaca

Lebatnya..!!

June 26, 2013,12 Comments

Dua-tiga hari jerebu..

Alhamdulillah, hari ini hujan dan hujan datang dengan lebat sekali! Angin pun kuat...! Harap lepas ni hilanglah jerebu.....

video hujan lebat di rumah
video


p/s: alhamdulillah hujan selepas berminggu-minggu kemarau :)



12 SLE Supporters :):

Tutorial

Tutorial : Scroll Box For Bloglist

June 26, 2013,5 Comments

Nak berkongsi dengan korang cara buat scroll box cara deno

Deno tahu ramai dah tahu buat kan tapi bila dengan new blogger template HTML ni, dah tak sama macam dulu.. deno ada buat kajian! hehe.. ^^ Kenapa? Bila cari kod tak jumpa!

Jadi jom buat tutor cara deno.. *klik gambar untuk lihat lebih jelas!

1. Login > dashborad > template > edit HTML

2. Ctrl + F dan cari tajuk apa yang korang nak buat scroll box tu. Macam deno letak Bloglist dan search Bloglist.

3. Tekan Enter 2 kali

4. Dah jumpa? sekarang klik expand tick yang kecik warna hitam tu... *lihat kotak merah

5. Sekarang, klik sekali lagi expand tick yang keluar satu lagi kat bawah .. *lihat kotak merah

6. Dah siap? Okey... deno cari kod ni <div class='widget-content'> dalam kotak search tapi tak detect kan.. betul tak? cuba korang buat. Jadi deno cari secara manual.. ada! Kat bawah tu je... *lihat kotak merah

7. Dah jumpa? Bagus! Korang ganti kod <div class='widget-content'> dengan kod yang ni pula.. 
<div class='widget-content' style='overflow:auto; width:ancho; height:200px;'> 

Jadi macam kat bawah ni..



8. Warna merah tu korang boleh pilih height yang korang nak. Kemudian, preview template... Kalau ok dan menjadi, terus save template! :)


p/s: tutorial ni korang boleh buat scroll box untuk semua.. cthnya blog achieve, scroll box, bloglist, HTML*cthnya url gambar dll.. :)


5 SLE Supporters :):

Masterchef Selebriti 2

Syura Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2

June 25, 2013,10 Comments

Tahniah buat juara Masterchef Malaysia 2.. Syura!

Juara hari ini akan menerima 2 tiket penerbangan pergi balik ke PARIS menaiki A380 Kelas Perniagaan dan hidangan pemenang akan dihidangkan di pesawat A380 Kelas Pertama! Waaahhh.... bestnya!


Jom kita lihat sajian daripada Syura dan Celina :)

HIDANGAN SYURA
Hidangan pembuka selera 
Photo: #MasterChefMY - Hidangan pembuka selera daripada Syura

Hidangan utama
Photo: #MasterChefMY - Hidangan utama Syura

Pemanis Mulut
Photo: #MasterChefMY - Pemanis Mulut daripada Syura

HIDANGAN CELINA
Hidangan pembukan selera
Photo: #MasterChefMY - Pembuka selera daripada Celina

Hidangan utama
Photo: #MasterChefMY - Hidangan utama oleh Celina

Pemanis mulut
Photo: #MasterChefMY - Pemanis Mulut daripada Celina


p/s: terliur pulak deno tengok sajian2 ni! nyum2! :)


10 SLE Supporters :):

Quotes

Mendalam Maksudnya

June 25, 2013,7 Comments



its true... right?
^_^

7 SLE Supporters :):

Jerebu

Kesan Jerebu Kepada Manusia

June 25, 2013,5 Comments


Kalau terdapat tanda-tanda seperti di atas ni.. cepat-cepatlah berjumpa doktor ya sebelum ianya menjadi lebih teruk...

Take care eveyone!


p/s: jangan lupa pakai mask bila keluar rumah! deno smurfly sayang korang :)


5 SLE Supporters :):

Family

24Jam Pakai Mask?

June 24, 2013,5 Comments

amir amsyar

Berbual-bual dengan kaklong yang tinggal di JB

Bertanya juga pada anak buah 2 orang kat sana.. maklum la musim jerebu, si amir amsyar pulak ada lelah, risau juga kan selepas tengok berita ramai pesakit asma masuk hospital

deno : amca macam mana? okey tak musim jerebu ni?

kaklong : jangan risau.. amca 24jam pakai mask, dalam rumah pun pakai mask... suka sangat pakai mask dia.. haha

deno : ???  


p/s: baru tambah bekalan mask kat rumah ^^


5 SLE Supporters :):

Jerebu

Terengganu Highlands

June 24, 2013,13 Comments

Jerebu dah hampir seminggu...

Tapi jerebu baru sampai kat kawasan rumah deno ni sehari dua ni.. Tapi hari ni lagi teruk, berkabus je kat luar tu, tingkap tak boleh bukak sebab habuk.. uhuk2!

Bila tengok kabus macam ni, nampak macam kat Genting Highlands pulak! Eh dah jadi Terengganu Higlands la! waaahhhh.... hehe :p


p/s: bila jerebu macam ni, nak keluar pun fikir patlimanamtujuh kali


13 SLE Supporters :):