Jika Allah Nak Ia Berlaku, Maka Jadilah Ia.. - Dayang Deno

23.6.13

Jika Allah Nak Ia Berlaku, Maka Jadilah Ia..


Dulu...Semasa mula-mula sakit, deno di WAD KK1, Institut Pediatrik HKL, deno 4 bulan di hospital.. 

Bulan pertama di sana, macam-macam rawatan yang deno lihat pada kanak-kanak kat situ.. Bayi semuda 2 bulan pun ada.. *masih ingat pada baby Chong Ko Hong yang comel, sebelah katil deno.. macam mana keadaan dia agaknya ya... Macam-macam rawatan deno tengok.. ada yang perut bersama wayar, ada yang buat HD, ada yang buat CAPD.. macam2!

Masih segar dalam ingatan deno, deno terdengar doa ma ... " ya allah jauhilah anakku daripada melalui semua rawatan yang menyakitkan itu..."Tetapi jika itu yang allah nak, maka jadilah ia.. Sudah tertulis itu ujianNNya yang perlu deno lalui.. Tebuk situ, tebuk sini, buat kimo, buat HD dan last sekali CAPD.. semua deno rasa...

Redha.. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya :)



p/s: jika kita sakit, ada orang yang lebih teruk sakitnya daripada kita di luar sana :')



6 comments:

  1. betul tu dik, semua kerana ALLAH. kita sebagai hambanya perlu bersyukur dan berdoa kerana masih lgi ramai yg lebih teruk. Aamiin semoga adk cepat2 sihat.. jga kesihatan tau!

    ReplyDelete
  2. Sabarlah .. Deno insan terpilih tau... Smile always

    ReplyDelete
  3. moga deno sentiasa tabah...dan akak doakan deno sihat dan hepi k...

    ReplyDelete
  4. bersyukur dgn setiap yg kita terima :)

    ReplyDelete
  5. deno kena selalu redha...nescaya itu penawar buat dugaan deno......

    ReplyDelete
  6. Allah turunkan kesakitan adalah untuk menguji hambanya.
    Apa yg Deno lalui adalah ujian, sebab Allah nak uji iman Deno.. Dan Allah tahu Deno mampu hadapinya walau kekadang ia sukar.

    ReplyDelete