Kami Semua Berbeza... Redha :') - Dayang Deno

15.6.13

Kami Semua Berbeza... Redha :')

SLE Lupus Nephritis Class 1, 2, 3, 4, 5 dan 6

Deno mengidap SLE LN Class 4 dan deno terpaksa dialisis sejak tahun 2001.

Image result for support lupus"

Deno didiagnosis dengan SLE pada Disember 1999, sempat melakukan kimo sebanyak 12 kali tetapi akhirnya pada Julai 2001 doktor mengesahkah buah pinggang deno telah gagal berfungsi sepenuhnya kerana SLE lebih kuat dan ubat kimo iaitu cyclo tak dapat bertahan.


Selepas 1 tahun 7 bulan deno bersama SLE, akhirnya deno terpaksa melakukan dialisis. Sepanjang tempoh 1 tahun 7 bulan tu, semua deno dah jaga. Walaupun masa tu deno berumur 12 tahun, deno sangat menjaga pemakanan, ubat tak pernah tinggal, selalu jumpa doktor. Setiap perkara juga ma abah control sebab bimbang menjadi lebih teruk. Lebih-lebih lagi deno SLE LN class 4.

Tapi takdir Allah, kedua-dua buah pinggang deno rosak. Deno masih ingat deno mula buat dialisis pada 21 Julai 2001 dan sekarang deno masih melakukan dialisis iaitu CAPD.

Ada sahaja rakan SLE yang SLE LN class 4, 5 tapi tak perlu buat dialisis. Kami semua berbeza, setiap pesakit lain tahanan badannya. Jaga sebaik mana pun jika itu kehendak Allah, maka jadilah ia... Deno redha :')


p/s: deno mula dialisis ketika berumur 12 tahun



20 comments:

  1. and Kak Deno still kuat dan tabah.Jarang saya dapat bersabar mcm akak sabar:)

    ReplyDelete
  2. Sabar deno.. Allah mengurniakan kepada deno kedua ibubapa yang sangat prihatin dan menyayangi deno

    ReplyDelete
  3. Sabar ya dik,kuatkan semangat..:)

    ReplyDelete
  4. sabar dik, allah maha mengetahui segalanya. akak hrp deno sentiasa heppy^

    ReplyDelete
  5. kak deno tabah ^^ kuatkan semangat yea kak ^^

    ReplyDelete
  6. penyakit ni rasa sakit nya tu kat mana?.kat perut ke??ke kat pinggang..kalau rasa sakit tu deno buat apa??bila deno rasa yang paling sakit sekali?

    ReplyDelete
  7. setiap orang berbeza ujian yg Allah berikan..tabah ya Deno..hehe..

    p.s/yeay..alhamdulillah dah sihat lappy..hehe

    ReplyDelete
  8. hebat nya duggan Dia utk org yg hebat!! keep tabah yaaa

    ReplyDelete
  9. kuat deno! Hidup kene diteruskan !

    ReplyDelete
  10. cmna lah hana nak hadapi semua ni masa umur 12 tahun.huhu

    ReplyDelete
  11. kesian deno. besar dugaan tuhan bg

    ReplyDelete
  12. INI SEMUA UJIAN DARI ALLAH DENO.. BERSABAR DAN REDHA.. BANYAKKAN MEMHON DOA KEPADANYA, MOGA-MOGA SATU HARI NANTI DENO SEMPUH SEPENUHNYA..

    ReplyDelete
  13. kita sama hikhhik, saya pun ln class 4, tp now tgh chemo hikhik. stay strong sistaah :)

    ReplyDelete
  14. Orang boleh derma pinggang kat akak tak kalau pinggang akak rosak ? Akak sakit class 4 tapi sebab ketabahan akak , akak masih boleh tahan . teruskan bertahan ye kak ^__^

    ReplyDelete
  15. subhanallah..smoga Allah beri kekuatan bt Deno..hm tkjut bla bca..bykknlh bersabar..ykin pada Allah k..sy pcya Deno bleh hdpi semua ni =)

    ReplyDelete
  16. iha sayang akak. sebab iha boleh faham apa yang akak nak sampaikan.. yup penyakit kita berbeza.. even penyakit iha ni ada 8 jenis (type/class yg berbeza) tapi tak semua sakit macam mana yg kita sakit kan? ada yang boleh berjalan, ada yang terbaring.. apapun yang penting tu semua bukan halangan utk kita senyum dan happy macam orang lain.. ai lebiu! :D

    ReplyDelete
  17. deno kena redha dgn apa yg terjadi.......insyaAllah... bertahan dan bersabarlah.....

    ReplyDelete