SLE.. Sakit Tak? - Dayang Deno

18.6.13

SLE.. Sakit Tak?

Soalan daripada kak diana


Bagi yang belum tahu.. Deno mengidap SLE Lupus Nephritis Class 4 sejak tahun 1999 lagi.

Seperti yang sedia maklum, SLE boleh menyerang organ2 badan manusia.. Dalam kes deno, serangan pernah deno lalui ialah serangan pada otak, kulit, sendi dan paling last ialah jantung. Paling teruk ialah buah pinggang.

Kak diana nak tahu ...

Serangan pada otak 
- Pada tahun 1999, serangan ni deno tak rasa sakit sebabnya deno tak sedar.. ma cakap deno kejang dan sedar2 deno dalam ICU dah.. abah pun cakap jantungd eno berhenti 5 minit tapi alhamdulillah, doktor bertindak cepat dan deno selamat :') Kesan serangan ini juga, deno pakai cermin mata

Serangan pada buah pinggang
- Serangan ni paling teruk pada deno sampai deno buat dialisis. SLE buat kedua-dua buah pinggang deno rosak dan deno terpaksa buat peritoneal dialysis, iaitu CAPD.. Seperti yang kak diana tanya, walaupun deno ada masalah buah pinggang, deno tak pernah rasa sakit di pinggang. Yang terkesan ialah tubuh badan deno.. Sebelum buat CAPD, memang deno kurang makan, berat badan susut dan selalu sakit. Deno buat CAPD sebab kalau tak buat, boleh bawa maut sebab toksik dalam badan tak dapat keluar dan menjadi racun pada badan deno. Masa mula2 buat dialisis memang sakit, lama2 bila dah biasa jadi tak sakit  dah.. Sekarang deno masih berjumpa dengan doktor di Unit Nephro :)

Serangan pada kulit
- Yang ni pun tak rasa sakit .. pernah jadi pada deno beberapa kali. Butterflyrash pula memang selalu dapat, lebih2 lagi berjalan bawah matahari... ^^

Serangan pada sendi
- Serangan ni memang sakit! Kebanyakan pesakit SLE mengalamai keradangan sendi. Memang sakit bila keradangan sendi, semua sendi2 sakit. Deno pernah tak boleh berjalan sebulan lebih disebabkan sakit sendi ni.. Masa tu, ma abah la banyak tolong. Mujurlah deno ni kecik dan ringan, abah dukung je.. Pastu yang tak tahannya, pergerakan jadi sakit. Korang boleh bayangkan tak nak bengkokkan jari sakit.. nak bengkokkan lutut sakit! Pendek cerita semua pergerakan kita sakit la.. sabar je la masa tu... :')

Serangan pada jantung
- Ini yang terbaru pada tahun 2011. Deno dapat masalah jantung .. Sebelum dapat tahu masalah ni, deno jadi sakit dada. sesak nafas dan jantung berdegup kuat sampai bergoyang badan.. Deno admit hampir 2 bulan dan 3 hari di ICU. Paling sakit deno rasa semasa beberapa jam sebelum masuk ICU. Masa deno kena Intubation, sakit yang tak dapat digambarkan dengan kata2.. deno rasa itulah paling sakit deno pernah kena.. Alhamdulillah, setelah 2 tahun berjumpa doktor cardio di MOPD, akhirnya deno discaj dari klinik MOPD dua hari lepas.. :)



p/s: LUPUS.. learn about it


13 comments:

  1. teruskan bertabah hati yer deno... deno ni memang kuat semangat sebenarnya...

    ReplyDelete
  2. Baru sy tahu macm mana penyakit SLE serang. Thanks sharing Kak Deno:)

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing. Lately slalu bac apengalaman deno. Hrp deno bersabar

    ReplyDelete
  4. hee nice sharing sis.. selama ni iha cuma tahu pasal capd je, tu pun sebab akak iha sakit.. pasal sle cuma tau sikit2.. apapun harap akak terus kuat :D

    ReplyDelete
  5. be strong ye.. proud with u ;)

    "Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya"
    ( QS. Al-Baqarah: 286)

    ReplyDelete
  6. Allah sentiasa bersama umatnya yang sabar..

    ReplyDelete
  7. Semoga sntiasa kuat n byk brdoa..mna tau cpt smbuh nnti..

    ReplyDelete
  8. kiranya satu badan la sakit kan.. huhu deno boleh! in shaa allah :)

    ReplyDelete
  9. Deno, Deno sngt tabah. Saya kagum. Saya pun ada sejenis sakit gak, tapi tak pernah lg tulis kat blog. Insya Allah, satu hari nnt, saya nk tulis mcm Deno gak. Supaya dpt beri semangat kpd org lain yg ada sakit juga :)

    ReplyDelete
  10. semoga deno terus kuat menghadapinya......

    ReplyDelete
  11. Hai deno...awak sangat sangat kuat kan... :)

    ReplyDelete