Video

Sensor Kereta Buatan Sendiri

July 31, 2013,14 Comments



gelak sorang2 malam2 :p

14 SLE Supporters :):

Lupus

Hari Ini... 31 Julai..

July 31, 2013,13 Comments


hari ni 31 julai 2013..terpahat dalam ingatan


31julai 2001.. Nurse cakap,deno dah pandai buat CAPD! Seminggu belajar buat CAPD, dah pandai.. kak amalina (nurse) senyum, katanya "tak lama lagi dayang dah boleh balik rumah.." boleh amik exam UPSR! gembira hanya allah yang tahu.. hanya 40 hari sempat ke sekolah.. berbulan-bulan di hospital, hospital pun dah macam rumah nombor dua.. Masa tu, macam2 doktor buat, tebuk situ, tebuk sini.. dah rasa macam dinding rumah asyik kena tebuk je badan nii.. hihi^^ tapi, deno tak kisah, asalkan cepat sihat.. dapat cepat balik.. walaupun dalam wad, deno pun ada belajar, ma seorang guru, jadi banyak belajar dgn ma.. thanks ma! 

Tinggal di hospital pun dapat ramai kawan..semuanya baya2 deno, lebih muda daripada deno pun ada! baby pun ada yg sakit.. kesian sangat tengok baby yang tak tahu apa2 sakit.. ada sorang baby tu, lahir2 je dah sakit.. bertahun-tahun baby tu di hospital, deno selalu ke katil dia dia, nama baby tu Chong Ko Hong. Deno selalu main dengan dia, suka gelak walaupun sakit.. Katilnya depan katil deno je.. Masih ingat sampai sekarang, mukanya yg comel dan semangat tu... agak2 mcm mana la Chong Ko Hong sekarang ya.. deno harap dia membesar sihat :') Masa tu ada wayar kat leher deno, kawan2 satu wad selalu ckp deno robot.. hihi^^ Maybe sebab tu Chong Ko Hong gelak2 tengok deno, macam robot deno rupanya... hahaha.. 

Sebelum decide buat CAPD, sebenarnya dr. lim nak pasangkan fistula pada lengan, tapi lengan deno terlalu kecil, berat badan pun 24kg je masa tu.. jadi dr. lim decide pasangkan tenchkhoff untuk buat rawatan CAPD tu.. semuanya sebab SLE.. SLE dah rosakkan dua2 buah pinggang deno.. ingat lagi, masuk operation room, tak berdebar langsung pun sebab rasa excited nak balik.. doc cakap, kalau buat CAPD boleh balik rumah, sbb tu la excited sangat! hihi.. naik katil senyum2 je sampai doc bedah pun tanya nape senyum.. jawapan deno "nanti boleh balik".. rasa kelakar pun ada masuk operation room pun tersengih-sengih dengan wayar berselirat di badan.. haha (。◕‿◕。) 


Tapi tu kejap je rasa excited.. selepas sedar dari operation, sakit dia memang deno tak boleh gambarkan.. deno tak boleh bangun seminggu.. mungkin sebab deno budak lagi, umur masa tu pun 12 tahun, badan lemah.. huhu.. ingat lagi bila boleh bangun, jalan pun perlahan, bongkok2 mcm nenek si bongkok tiga sebab sakit.. haha.. kelakar pun ada, semangat punya pasal, gagahkan diri berjalan, bagi kuat badan .. lagi cepat belajar CAPD, lagi cepat boleh balik.. satu perkataan je dalam kepala "NAK BALIK".. hihi (∩▂∩) 


Mula2 belajar CAPD rasa mcm susah, tapi bila dah faham senang pulak nak buat.. dan perkara paling tak boleh lupa rasa sakit dalam perut masa buat CAPD, sampai genggam tgn kuat2 nak tahan sakit.. tapi rasa bersalah nak merungut sebab tengok ada adik umur 3 tahun buat CAPD dgn mak dia, senyum je budak tu... deno nak kuat mcm dia, dia lagi kesian, umur 3 tahun dah sakit, bayangkan budak sekecil dia melalui semua tu.. deno bertuah lagi... T_T

Genap seminggu, deno makin pandai buat CAPD.. akhirnya lulus juga ujian buat CAPD! gembira sangat2 masa tu.. 2 minggu lepas tu, deno da boleh discaj! dr lim ckp "boleh la dayang ambil exam UPSR di sekolah.." masa tu dah terbayang muka kwn2.. rindu! alhamdulillah deno dapat juga 5A masa tu:')



 kenangan WAD KK1, Institut Pediatrik HKL, yr 2001(✿◠‿◠) 



.........................................................



*SLE menyebabkan kidney deno dua2 rosak.. walaupun 12 kali melalui rawatan kimo, SLE lebih kuat.. bila allah mahu ia jadi, maka jadilah ia.. deno redha :') deno terpaksa dialisis. sampai skrg, deno masih buat CAPD.. genap 13 tahun buat CAPD, alhamdulillah walaupun kadang2 rasa penat buat CAPD tu, sekurang-kurangnya dgn CAPD buat deno sihat walaupun SLE selalu je aktif.. buat kawan2 di luar sana, bersyukurlah.. melihat kwn2 di hospital yang sakitnya lebih teruk daripada deno, mengajar deno lebih bersyukur, insaf... diri ini sebenarnya jauh lebih bertuah.. ingatlah, allah takkan menguji kita melebihi kemampuan kita.. :')



p/s: LUPUS.. learn about it




13 SLE Supporters :):

Pengomen Tegar Blog DayangDeno

Pengomen Tegar Julai 2013 Blog DayangDeno

July 31, 2013,19 Comments

Esok berakhirnya bulan julai... Jom kita lihat siapakah "hantu" komen tu... hehe^^




Tahniah kepada semua blogger di atas kerana berjaya masuk ke dalam top komentar blog dayangdeno! Haaaa.... bulan ni special tau, semua blogger di atas akan dapat kad raya dan sticker LUPUS daripada deno.. tahniah2! :)

Tak lupa juga, deno nak ucapkan terima kasih pada anda semua yang sentiasa support dayangdeno...terima kasih! :)



p/s: perhatian kepada semua penama di atas, sila isi nama dan alamat di ruangan komen ya.. jangan bimbang, deno tak publish komen tu.. alamat mesti ada sebelum 3 Ogos ya:)



19 SLE Supporters :):

CAPD dan travel

Checklist

July 30, 2013,27 Comments

"Adik...! Mana checklist???"  Tu dia abah dah bising tanya dah....


Beberapa jam nanti bertolak ke KL..

Tapi sebelum tu kena buat check list.. Ubat,air dialisate CAPD berapa nak bawak, spray, mask, glove, plaster, minicap, file kesihatan dan macam-macam la..

Macam ni la bila nak travel, mesti buat checklist! Kira berapa hari duk sana, then mesti kira betul2 berapa dialisate CAPD nak kena bawa.. Sejak tahun 2001, deno sokmo la macam ni.. hehe .. Sapa kata CAPD patient tak boleh travel? boleh je... (✿◠‿◠)


p/s: walaupun buat 4 kali setiap hari, boleh je jalan2.. hospital, klinik merata tempat.. boleh je tumpang ber"CAPD" tapi mesti ada surat doktor :)


27 SLE Supporters :):

Sticker SLE

Sticker : LUPUS.. Learn About It

July 30, 2013,18 Comments


Deno baru siapkan sticker ..

Deno ada janji dengan blogger2 kan, pengomen tegar blog dayangdeno untuk bulan julai akan dapat kad raya doodle daripada deno.. tapi ada tambahan hadiah...sticker SLE! ^^

Deno nak lebih ramai kenal dengan SLE.. :)


p/s: siapa agaknya dapat kad raya dan sticker daripada deno? jawapannya malam esok ya.. ^_^



18 SLE Supporters :):

Amina Masterchef Australia Season4

Amina El-Shafei Masterchef Australia Live In Malaysia!

July 30, 2013,13 Comments


OMG!

Amina in Malaysia tomorrow! (✿◠‿◠) 



Amina, peserta kacukan arab dan korea adalah peserta Masterchef Australia Season 4 yang sangat berbakat! Deno pun minat  dengan Amina, satu-satunya peserta muslim dalam Masterchef Australia Season 4!

Suka lihat dia memasak, memang gaya seorang chef..! Esok Amina akan berada di Midvalley Megamall, Center Court pada pukul 8malam untuk berkongsi masakannya.. wahhh (∩▂∩)


p/s: olo.. esok baru bertolak ke kl.. tak sempat



13 SLE Supporters :):

Steroid

Eksperimen Diri Sendiri

July 29, 2013,15 Comments

Pernah satu ketika zaman mula2 sakit, deno hairan kenapa la doktor tak turunkan dos steroid deno.. Maka, deno pun pandai-pandai buat eksperimen.. 

Al-kisahnya satu hari tu deno pun buat eksperimen tak makan ubat prednisolone (steroid) tu... Ubat lain deno makan cuma steroid deno skip.. hahaaa... nak jadi saintis ni :p.

Haaaa... nak tahu apa akibatnya? deno jadi demam panas, sakit2 sendi dan lemah satu badan.. demam tu satu hal, yang sakit sendi memang seksa.. nak jalan sakit, bila tersentuh bahagian sendi pun sakit.. Rahang mulut dan gusi sakit, pendek kata semua badan deno sakit2 dan badan jadi lemah sangat2..

Padan muka dengan diri sendiri pandai2 buat eksperimen.. ekekek... Masa tu barulah rasa pentingnya ubat tu, sampai macam tu sekali kesannya..


p/s: sampai sekarang, kalau tertinggal steroid tu mesti jadi macam tu... sebab itu la waktu sahur kalau tak sempat makan ubat, satu hari la badan macam "pisang penyek". badan jadi lemah... hihi^^


15 SLE Supporters :):

Kad Raya

Kad Raya Daripada Blogger

July 29, 2013,21 Comments


Minggu lepas dan hari ni dapat kat raya daripada 4 orang blogger.. Hari ni baru update! Kakak2 deno pun hairan asyik dapat surat je...Surat2 yang deno dapat tu semuanya daripada blogger.. Hehe^^ 

Deno dapat kad raya daripada 4 orang blogger :



Jom kita terjah blog diaorang! ^^


p/s: terima kasih kepada kak shida, qaleshyaumairah, uzu dan azzah atas pemberian kad ini, selamat hari raya juga daripada dayangdeno :)



21 SLE Supporters :):

CPUV

Baru Sahaja Update Survey

July 29, 2013,16 Comments

Semalam baru je deno update survey dekat mr. Nuffnang.. Tengok2 hari ni dah dapat CPUV yang baru! ^_^


Betul la tips2 tu.. Mesti rajin update survey, ada rezeki mesti mr. Nuffnang bagi iklan guling-guling kat blog kita...^^ Sepatutnya dah boleh cash out, tapi rasa nak kumpul lagi la.. hehe.. inilah rezeki berblog :)




p/s: terima kasih mr. Nuff


16 SLE Supporters :):

Ubat

Stok Ubat Bulan Ogos

July 29, 2013,25 Comments

Setiap bulan ke hospital ambil bekalan ubat...


Alhamdulillah semua bekalan ubat ini percuma sejak dulu sampai la sekarang... :)

Terjumpa pula kakak pegawai farmasi berbangsa cina *dah lupa nama dia.. Dia masih kenal deno, tahun lepas deno masuk wad, dia yang naik wad untuk tukar ubat deno..

Agaknya nama "dayang" memang rare kot sebab biasanya doktor pakar, doktor pelatih, nurse dan pagawai farmasi mudah ingat nama "dayang" dan ingat muka "dayang" ni.. ekekek.. nak buat macam mana, sejak mula sakit sampai la sekarang, badan tak besar2.. muka pun sama je macam dulu.. ish3


p/s: siblings deno semuanya "dayang".. bila orang call nak cakap dengan dayang, mesti deno tanya.. "dayang yang mana satu?" hehe ^^



25 SLE Supporters :):

Semut-Semut Deno

Tiga Budak

July 28, 2013,13 Comments

Amir Amsyar, Sarah Aina dan Adam Khaleef

Anak buah deno 3 orang je..

Kalau dah berjumpa main tak ingat dunia.. Seharian main, malam baru "habis bateri".. Lagi-lagi si adam khaleef, non stop main sampai lembik badan..

Cikcu pun dah tak laku.. kesian cikcu..


p/s: dah besar pun.. sekejap je .. :')


13 SLE Supporters :):

Family

Minat Alien

July 28, 2013,11 Comments


Adam khaleef baru je nak tidur...

Mata pun dah kuyu.. sambil2 dia main game kat handphone mama, biasanya dia akan cepat mengantuk. Lega la deno sebab adam khaleef susah sangat nak tidur..

Tapi tangan cikcu ni "gatal" tersilap tukar channel cerita alien Mars Attack.. Terus tak jadi dia tidur, bulat terus matanya tengok citer alien tu.. CIkcu ni terlupa adam khaleef minat sangat cerita alien, nak tukar nanti nangis pula...



p/s: kalau cerita MIB lagi la.. berkali-kali tengok pun dia belum puas..

11 SLE Supporters :):

Air Batu Jagung

ABJ

July 27, 2013,20 Comments

ABJ : Air Batu Jagung

Ada orang jual ABJ kat bazar ramadhan Kuala Ibai, Chendering.. Dah lama tak minum ABJ ni, jadi terus beli sebelum berbuka tadi.. Makin terliur bila tengok abang tu kisar ais kemudian letak susu cair dan jagung..

Yang bestnya jagungnya banyak dan murah je.. RM1.50 satu gelas plastik.. Biasa orang jual RM2.. Bila jumpa tempat murah dan sedap macam ni, kita pun mula la jadi customer tetap bila mengidam ABJ  untuk berbuka :)


p/s: sedap.. tak terlalu manis ^_^


20 SLE Supporters :):

Cerita hantu di hospital

Hospital Berhantu? #4

July 27, 2013,20 Comments

Sambungan part3


Keesokan paginya, selepas makan ubat dan doktor melawat pesakit.. deno ke katil kawan

Biasa la bila deno rasa sihat sikit, deno cepat bosan rehat je atas katil.. jadi deno ke katil kawan kat depan katil deno, kitaorang je lama kat wad tu. Berbual-bual, then masuk la cerita deno yang semalam tu, cerita yang rasa tak sedap hati, rasa macam diperhatikan je dalam toilet tu ..

Sedangkan, banyak kali masuk wad tu pun, tak pernah rasa takut macam tu.. Takde pula tiba2 bulu roma meremang semacam.. Deno cerita pada kawan deno tu.. *dah lupa nama dia

Rupanya dia tahu... Katanya ada seorang patient makcik, dia masuk wad dah beberapa hari tak dapat tidur.. Pastu makcik tu cerita, dia nampak ada seekor lembaga hitam berbulu dan bertaring bertenggek di tingkap toilet! Memang deno terkejut! Patut pun rasa semacam je malam tu, agaknya "benda" tu duk tersengih tengok deno masuk toilet sorang2..

Makcik tu sorang je nampak, tapi dia tak beritahu orang lain, dia beritahu kawan deno je.. Kawan deno tak bagi beritahu orang lain, bimbang orang takut pulak.. Sejak deno tahu "benda" tu ada, deno tak berani dah ke toilet sorang2 lewat malam.. Kalau nak mandi pun, deno ke toilet sebelum maghrib! Eiiii... memang seram sejuk tau duk hospital bila tahu ada "benda" juga yang berkongsi tempat dengan kita.. Tapi deno buat tak tahu je la, nanti kalau kita asyik takut je, "benda" tu suka kacau


*cerita ni cerita tahun lepas semasa deno masuk wad sebulan sebab SLE aktif.. ingat tak kepala deno hampir dibedah tu? mujurlah tak jadi :)



p/s: sentiasalah membaca ayat kursi agar kita sentiasa terhindar dan terlindung daripada gangguan syaitan dan iblis.. 


20 SLE Supporters :):

Murtabak Daging

Menu Wajib Berbuka

July 27, 2013,16 Comments


Apa lagi.. murtabak daging la..

Lagi-lagi dengan kuah merah masam-masam tu.. nyum2...



p/s: kalau lambat deno habiskan sorang.. ekekek ^^

16 SLE Supporters :):

Lupus

Sakit Di Usia Muda

July 26, 2013,21 Comments

Terbaca di post di wall group SLE...

Ada sorang kakak bertanya pada group kami perihal anaknya.. SLE berumur 11 tahun...


Teringat kisah deno dulu.. hidung pernah berdarah non stop, darah keluar seperti air paip sampai basah lenjun baju.. Pergi hospital terus masuk wad.. Masuk wad pun darah tak henti2 keluar.. Badan jadi lemah.. Sendi jangan cakaplah, selalu sakit.. makan pula, boleh dikatakan dalam sehari, dua tiga mulut nasi sahaja. Keluar masuk wad  pula perkara biasa sampai la sekarang..

Deno mendapat SLE pada usia muda iaitu semasa deno berumur 10tahun.. Masa tu SLE pun orang tak pernah dengar.. Tapi yang deno ingat doktor hari2 ambil darah tapi penyakit pun tak dapat kesan.. Sehinggalah deno melalui prosedur BIOPSY di Institut Pediatrik, HKL barulah tahu deno SLE Lupus Nephritis Class IV..

Tak pernah terlintas di fikiran deno akan sakit pada usia muda.. 

Sakit di usia muda.. pada usia muda itulah dugaannya lebih besar deno rasakan.. pada usia muda itu juga diri ini selalu "ditebuk", melalui rawatan kimo, rawatan HD dan pelbagai rawatan lagi.. akhirnya deno terpaksa membuat rawatan CAPD sehinggalah sekarang. Melalui rawatan yang menyakitkan setiap hari mengajar diri ini lebih kuat menghadapi hari-hari yang mendatang, semoga diriku diberikan lebih kekuatan dalam menjalani hidup ini... :)


p/s: semasa didignos mengidap SLE, doktor menganggarkan deno hanya dapat hidup selama 5 tahun sahaja, tapi kuasa allah.. deno masih bernafas sehingga hari ni... alhamdulillah... :')



21 SLE Supporters :):

Cerita hantu di hospital

Hospital Berhantu? #3

July 26, 2013,17 Comments

Cerita hantu hospital lagi...

Deno dah selalu sangat tinggal di hospital.. dah biasa kalau terasa perkara-perkara pelik..

Deno suka sangat pergi toilet pukul 2-3 pagi.. entah kenapa  perut waktu tu la nak meragam.. kadang2 terkejut pagi2 buta.. semua dah tido.. kadang2 kakak nurse pun dah terlena kat kaunter tu.. kesian semua kakak2, penat....

Kisah ni baru lagi, tahun lepas semasa deno masuk wad sebulan tu..deno tak dapat tidur satu malam tu... last2 deno mengantuk juga pukul 1 pagi, tapi memang habit sebelum tido mesti nak gosok gigi walaupun pukul 8malam tu dah gosok gigi.. Dengan mata ngantuk tahap cipan, deno jalan sorang-sorang masuk toilet, tak kejut pun ma.. deno tak takut sebab dah biasa duk hospital, mana2 deno pergi pun dah biasa..

Tapi kenapa la malam tu rasa seram sejukkkkk je.. Mata deno dah melilau kiri kanan, takde orang dalam toilet.. Tiba2 jantung dupdapdupdap laju semacam je, tiba2 je ada angin kuat... deno gosok gigi cepat2! Rasa macam ada orang tapi takde.. Makin cepat gosok gigi kumur2 berlari pegi kat katil, kejut ma sebab rasa takut sangat2! Tak pernah rasa takut macam tu.. Last2 tertidur juga.....


bersambung...


p/s: nanti deno sambung eh?  scary kalau ingat balik... err


17 SLE Supporters :):

Minions

Tak Perlu Nak Berebut Sangat...

July 25, 2013,16 Comments

Fenomena the minions!!

Ini minions versi deno.. hehe

Lihat video ni ..... nak sangat minions

Ramainya orang nak dapatkan patung minion ni ya...



boleh lihat lebih banyak da minons crazy dengan klik SINI


p/s: deno pun suka minions ni sebab ianya comel dan kelakar! tapi tak perlu nak berebut sangat sebab tak lama nanti.. tengok la.. banyak barang minions keluar.. baju, patung, keychain, botol air, bekas makanan, beg dan sebagainya... tunggu je... ekekek :p

16 SLE Supporters :):

Family

Dia Buat Lagi!

July 25, 2013,6 Comments

katanya menulis tulisan jawi huruf "ha"

Kali ni adam khaleef menconteng tangannya menggunakan marker..

Patut la senyap je main belakang kerusi.. dia buat salah rupanya! Nasib baik mama papa balik lewat hari sebab ada talk.. Siap la dia mama papa dia balik nanti.....



p/s : mama adam kena beli white board nampaknya.. suka sangat guna marker.. nak kena geletek hero sorang nih! 



6 SLE Supporters :):

Testing

July 24, 2013,12 Comments

Selamat berbuka :)

12 SLE Supporters :):

Segmen

Segmen : Blogwalking Di Bulan Ramadhan

July 24, 2013,6 Comments


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan , Semua ! Hehe . Kali ni Fie nak buat segmen simple yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan " . Tujuan Fie buat segmen ni untuk berkenalan antara satu sama lain n untuk menambahkan follower n trafik blog korang . Segmen ni bermula pada 13 July 2013 sampai 8 Ogos 2013 11.59 malam Fie hope sangat2 segmen ini mendapat sambutan meriah .

CARA - CARA NAK JOIN

  1. Follow blog CIK FIE
  2. Like fanpage CIK FIE  
  3. Buat satu entri yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan "
  4. Copy coding entri  yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri 
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini


6 SLE Supporters :):

Google Plus

Tak Ada Link

July 24, 2013,11 Comments


Ramai yang dah pakai google plus kan...

Ada certain blogger yang tak ada link pada wall "About" dan "Post".. jadi sukar untuk deno balas jejak.. pastikan ada link ya kawan2 :)



p/s: deno belum tukar google plus.. ^^

11 SLE Supporters :):

Sarah Aina

Sopan Dan Aktif

July 24, 2013,7 Comments


Sarah Aina..

Sekarang dia sangat aktif bersukan.. Yang deno tahu, petang2 mesti ada latihan berlari dengan papa dia kat taman..

Walaupun bertudung, tak halang dia daripada bersukan :) Ada satu peristiwa... pertandingan berlari di sekolah iaitu acara lari ganti-berganti. Tapi Sarah dapat tempat kedua disebabkan rakannnya yang lambat.. Yang kelakarnya, dalam kereta dia tak henti-henti membebel kat kawan dia tu.. sampai rumah pun marah lagi.. Katanya sepatutnya dah dapat nombor satu..

Alahai Sarah, nombor dua pun cikcu bangga tau :)



p/s: Sarah Aina anak buat pertama deno ^_^



7 SLE Supporters :):

Family

Antara Surat dan Kami

July 24, 2013,9 Comments



Anak buah pertama dan kedua jauh.. tinggal di JB.. balik pun waktu cuti sekolah je..

Tapi hubungan cikcu ni dan diaorang sangat rapat! Macam semut dan gula.. *perumpamaan buatan sendiri.. hehehe :p 

Kitaorang selalu berutus surat... eceh, macam orang lama pulak.. kekeke.. biasanya memang deno akan tulis surat pada Sarah (10tahun), anak buah pertama.. dan dia akan balas.. kami memang rapat sejak sarah kecik2.. Amsyar (6tahun), anak buah kedua.. sejak dia pandai membaca ni, dia selalu complain dia tak dapat surat dari cikcu.. boleh bayang je dia cakap sambil mulut muncung.. "habis tu surat adik takdeee"

Deno tak tulis panjang2 pun, hanya 3-4 baris je.. sekadar nasihat dan perbualan ringkas dalam surat tu.. Kaklong cakap, kalau sarah dapat surat, senyumnya sampai ke telinga.. Privacy tau surat kami.. ekekek :p



p/s: Amsyar dan pandai puasa penuh.. baru 2 hari tinggal puasa sebab penat latihan taekwando kat tadika :)


9 SLE Supporters :):

Family

Adam Khaleef Yang Suka Menulis DI Semua Tempat

July 23, 2013,14 Comments


Dia buat lagi!!!

Dulu pada almari, sofa, dinding dapur.. pelbagai "art" yang ada... sekarang bila dah pandai menulis, mengeja.. dah jadi kertas dah dinding rumah tok abah ni...

Siap eja nama lagi tu.. sabo je la budak kecik sorang nih..



p/s: habis la rumah tok abah....


14 SLE Supporters :):

INFO

Puasa 21 Jam

July 23, 2013,16 Comments




p/s: panjang betul waktu dia berpuasa...

16 SLE Supporters :):

Tempahan

Tempahan : Simple Blog Edit Untuk Si Obsessed With Beauty

July 22, 2013,18 Comments


Personal Blog
Package B - simple blog edit
Link : http://obsessedofbeauty.blogspot.com

COPYRIGHT© DayangDeno
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di
Email : pinky_deeno@yahoo.com


18 SLE Supporters :):

Sudip

Sudu Atau Sudip?

July 21, 2013,17 Comments

Kalau cepat disebut.. "sududik"

bunyi apa? macam sudip kan? al-kisah semalam kakak nak sudu, tapi dia sebut dengan laju, sebenarnya dia sebut sudu adik tapi bila disebut cepat jadi "sududik".. ingatkan sudip! sabo je la...


p/s: da moral of the story sebut betul2 :p


17 SLE Supporters :):

CAPD

13th Anniversary.. Deno Dan CAPD

July 21, 2013,19 Comments

 21 Julai 2013

Genap 13 tahun deno dan CAPD!

Deno mula melakukan rawatan CAPD pada 21 Julai 2001 sampai la sekarang.. Hari ini genap 13 tahun deno buat rawatan CAPD.. semuanya sebab SLE, deno redha dengan ketentuanNYA :)

Dulu2 masa mula2 ber"CAPD' ni, malas juga.. ekeke^^ mujurlah ada family yang supportive :) kadang2 abah tolong buatkan, kadang2 ma tolong buatkan, kadang2 kakak pun tolong! Semua pandai buat, bukan patient je sebab family semua perlu tahu. mana tahu kan waktu deno sakit memang perlu ada orang yang tolong buatkan untuk deno.. Pernah deno tak boleh bangun, family gilir2 tolong deno.. :')

Jom berkenalan dengan CAPD ^_^

1. Apakah CAPD? :  Sila klik SINI
2. Apakah fungsi air dialisate CAPD? : Sila klik SINI
3. Apakah tenckhoff chaterer? : Sila klik SINI
4. Persoalan dan jawapan daripada deno : Sila klik SINI
4. Apakah Automated Peritoneal Dialysis?Deno pernah guna mesin tu, tapi dah stop dua tahun lepas : Sila klik SINI



p/s: kadang2 bosan juga.. ekeke :p


19 SLE Supporters :):

Kad Raya Doodle

Kad Raya Dah Siap

July 20, 2013,36 Comments


Ada 10 kad raya  untuk pengomen tegar blog dayangdeno untuk bulan julai .. Deno buat simple sangat2.. tapi disebabkan tak malu nak bagi jugak! ^^



p/s: pejam celik pejam celik, dah 12 Ramadhan :)

36 SLE Supporters :):

Ansal Ternak

Tempahan : Logo Ansal Ternak

July 20, 2013,21 Comments

Yeay! En. Firdhaus dah approve logo Ansal Ternak! *lompatsampaikebintang! Deno jarang lukis haiwan, biasanya doodle je.. tapi deno cuba juga lukis, nasib baik tak jadi bentuk alien.. ekekek :p^




COPYRIGHT© DayangDeno
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di
Email : pinky_deeno@yahoo.com




21 SLE Supporters :):

Lauk Sahur

Simple Sahaja

July 20, 2013,18 Comments


Awal pagi waktu bersahur tak perlu lauk yang berat2..

Lauk kegemaran deno waktu bersahur ialah sayur campur dan daging goreng.. makan bersama nasi kosong, tak perlu kuah.. air sayur tu pun dah boleh jadi kuah... sayur tu siap boleh ratah2 lagi, memang sedaaaaap :)



p/s: korang sahur apa tadi? deno simple je... ^_^

18 SLE Supporters :):

Funny Photo

Semua Berkungfu Di Menara Pisa

July 20, 2013,11 Comments


macam-macam style diaorang berkungfu kan?
hiyah situ hiyah sini... sebenarnya nak bergambar... hihi^^


p/s: kat malaysia pun ada.. Menara Condong, Teluk Intan, Perak :)

11 SLE Supporters :):

Childhood Memories

Childhood Memories : Pelita Buluh

July 19, 2013,24 Comments


Dulu-dulu...

Pertengahan ramadhan, keliling kampung orang pasang pelita menggunakan buluh... Seronok tengok pelita buluh mengelilingi rumah.. Arwah atuk pun menggunakan buluh buat pelita.. Cantik!

Sekarang macam-macam jenis pelita.. yang buluh pun ada tapi dah moden. Macam mana pun, pelita buluh memang terbaik!



p/s: jiran deno masih menggunakan pelita buluh yang macam ni... hand made! :)



24 SLE Supporters :):

Personal

Ubat Pun Tak Sempat

July 19, 2013,17 Comments



Bila terlewat bangun sahur..

Mesti tak sempat makan ubat... baru ambil ubat dan air suam dah kedengaran azan.. ubat pun tak sempat! Kejadian tahun lepas.. ekekek :p

*harap tahun ni tak jadi macam tu lagi^^



p/s: deno akan makan ubat semasa berbuka jika tak sempat waktu sahur^^


17 SLE Supporters :):

Futurma

Futurama? What Da....

July 19, 2013,23 Comments


Deno nak lukis karipap tadi...

Tiba-tiba kak hanna.. "lukis futurama ke?" dan deno blur, futurama? apakah? kak hanna suruh google, rupa-rupanya cerita tu.... cerita kartun futurama. Seingat deno la, deno tengok sekali je kot sepanjang hidup deno 24 y.o nih.. :p




p/s: saya minat kartun sailormoon dan dragon ball zaman kanak-kanak ribena.. anda?



23 SLE Supporters :):

Karipap

Berkaripap

July 19, 2013,14 Comments


Akhirnya siap tempahan blog Obsessed Of Beauty.. seharian, naik juling mata deno, ekekek.. :p sekarang tunggu approval je, nanti deno kongsikan dengan korang eh?  Biasa-biasa je ..^^

Btw, bila dah terlajak sampai lewat malam ni perut deno malam ni dah buat konsert kilauan emas! nasib baik ada baki berbuka tadi.. beberapa bijik karipap

Besar karipapanya, makan satu pun dah konyang^_^


p/s: saya suka karipap inti ikan dan inti daging.. anda?

14 SLE Supporters :):

Bunga Api Batang Besi

Childhood Memories : Bunga Api Batang Besi

July 17, 2013,34 Comments

Cantiknyaaa.....

Kami lima beradik sangat sukakan bunga api.. mesti berebut bila abah belikan bunga api. Paling deno suka ialah bunga api batang besi..

Selepas solat mesti keluar rumah nak main bunga api^^


Percikan bunga api batang besi lebih cantik berbanding bunga api kertas... Sekarang dah susah nak jumpa orang jual bunga api batang besi


p/s: main bunga api mesti nak nyanyi lagu selamat hari raya.. :')



34 SLE Supporters :):

Playground

Tempahan : Playground

July 17, 2013,14 Comments

Kali ini deno mendapat tempahan melukis playground daripada kaklina untuk buku kanak-kanak :)

Sambil lukis teringat kenangan zaman kanak-kanak yang suka sangat ke taman permainan.. apa yang direbut ialah buaian! 



COPYRIGHT© DayangDeno
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di
Email : pinky_deeno@yahoo.com



14 SLE Supporters :):

Childhood Memories : Meriam Tanah

July 16, 2013,28 Comments

Kaboooommmm!

Lepas tu bunyi lagi kampung seberang... seminit lepas tu, kampung seberang sana pulak.. kabooom! kaboom! kami perang meriam buluh!


Zaman kanak-kanak dulu, begitu la suasananya bila berbuka puasa di rumah nenek

Deno ada abang sepupu kembar, abangman dan abangri. Diaorang la yang selalu main, deno dan sepupu2 yang lain tengok dari tangga rumah nenek.. Diaorang main meriam tanah, memang kuat betul bunyinya! Rasa macam bergegar kot satu kampung, kekeke^^ Then, banyak pula shot lawan kampung seberang.. kaboom kaboom! 

Tapi kan, walaupun bermain meriam, belum pernah cedera sebab meriam tu.... ^^  


p/s: tak lama lagi, mesti kedengaran letupan meriam buluh .. perang meriam buluh masih ada :)


28 SLE Supporters :):

Minions

Melukis Dalam Wad

July 15, 2013,22 Comments

Dulu2 lukis guna pensil je..

Penuh satu buku dengan lukisan.. macam-macam watak..

Dulu kan, deno selalu masuk wad.. tinggal di wad pula lama, jadi deno isi masa dengan melukis^^ Habis je sketch book, beli baru.. Gambar yang deno lukis siap ada tergantung di dinding Wad KK1 Institut Pediatrik lagi... hihi.. masih ingat gambar kartun katak hijau yang berkahwin! ekekek :p

Bila dalam wad, macam-macam imaginasi datang.. walaupun tangan ada branula, melukis mesti jadi satu kemestian.. seronok! Dapat lupakan kesedihan :')

Sekarang dah ada teknologi... belajar slow2 akhirnya jadilah hasil macam sekarang..


p/s: ehem awak, teringat waktu kita buat art sama2 dulu kan.. rindu nak melukis dengan awak..:') btw, cepat2 tau sambung update cerita awak kat london! amigosh!   


22 SLE Supporters :):

Kenapa Pesakit SLE Tak Boleh Sebarangan Ubat

Maafkan Saya...

July 15, 2013,17 Comments


Terima kasih..

Bukan saya tidak mahu mencuba tetapi saya tidak boleh..
Maafkan saya..

kenapa saya tak boleh?

klik link di bawah ini :




p/s: awak.. thanks for caring :')


17 SLE Supporters :):

Family

Bermain Sebelum Berbuka Puasa

July 14, 2013,14 Comments

Peraturan di rumah tok abah... Selepas pukul 5petang, no more kartun.. Adam Khaleef kebosanan menunggu waktu berbuka.. *dia puasa 2 jam je.. ekekek :p

Sementara menunggu .. dia main pop pop





p/s: cikcu ni pun join sekali... muahaha :p


14 SLE Supporters :):

SLE

SLE Boleh Bangun, Boleh Tidur

July 14, 2013,13 Comments

Lupus sukar dikesan.. tiada penawar...

SLE.. macam deno selalu beritahu "dia" macam biskut chopsmore.. sekejap ada, sekejap tak ada... "dia" boleh datang suka2 hati, maksud deno SLE boleh aktif bila-bila masa sahaja..

SLE ... *my bestfriend not forever*

Bila deno sihat dan tak sakit.. maksudnya SLE tidak aktif dan sedang "tidur", tetapi apabila SLE "bangun" a.k.a aktif, deno boleh jatuh sakit sehingga masuk hospital, masuk ICU.. sebab tu la kalau boleh deno taknak "SLE bangun lagi....

Ada rakan SLE yang SLEnya telah 4 tahun tak aktif... selepas 5 tahun, SLE aktif kembali, bacaan ESR pun tinggi. Itu menunjukkan SLE dah "bangun" ! Ikut rekod perubatan deno pula, my SLE aktif setiap tahun, kali terakhir ialah pada tahun lepas.. Harap2 my SLE dah tak "bangun" ^^

SLE... learn about it :)


p/s: beware of SLE.. silent killer *boleh berkenalan dengan mr. SLE di tab menu blog dayangdeno^_^

13 SLE Supporters :):

Segmen. Blog Paly

Segmen : Blog Paly Ajak Tengok Blog Aku!

July 14, 2013,9 Comments

klik banner

segmen paly again! rajin adik paly ni buat segmen ya... 
jom kita merahkan segmen ni.. jom!

kalau rajin, jom la baca tentang SLE dengan klik tab menu kat atas nuu.. ^^

due date : 16 Julai / 11malam

9 SLE Supporters :):

Branula

Cara Nak Hilangkan Lebam Bekas Cucuk

July 14, 2013,15 Comments

Deno dah biasa kena cucuk untuk blood test dan pasang branula..

Waktu pasang branula tu memang sakit, lebih sakit daripada blood test.. lebih2 lagi branula hijau.. mesti 2-3 kali cucuk baru dapat.. huhu.. Kalau cucuk untuk blood test pula, dah biasa kena cucuk duatigapat kali sebab urat deno halus.. 

Bila dah kena cucuk banyak kali ni, mesti lebam kan? biasanya macam-macam warna ada.. biru, hijau, ungu.. nasib baik tak lebam pink je.. hehe

branula biru

Biasanya deno buat macam ni bila lebam :

1- Letak air panas dalam botol (campur air sejuk sikit), kemudian letak botol tu pada bahagian lebam.. biasanya deno golek2 botol tu kat lengan tempat lebam, buat dalam 10 minit.. buat hari2 sampai hilang lebam

2- Letak ais.. Letak beberapa ketul ais atas sehelai kain, bungkus kain tu buat macam bunjut adabi tu.. tuam sekejap sekejap atas lebam.. 

3- Ambil tuala bersih.. buat macam bunjut, letak pada mulut dan hembuskan ikut mulut pada bunjut tuala tu, kemudian guna bunjut tu tuam pada lebam



p/s: rekod paling banyak kena cucuk 7 kali masa nak pasang branula.. nangis! :p



15 SLE Supporters :):

Tempahan

Tempahan : FB Timeline Cover & Profile Picture *Firdhaus

July 14, 2013,14 Comments

Akhirnya siap juga... :) 

Alhamdulillah  En. Firdhaus faham dengan keadaan deno yang buat CAPD 4 kali setiap hari.. ambil masa sedikit nak siap..  tapi siap juga, hoyeah!^^

Jom kita melawat page En. Firdhaus dan Kak Iffah! :)





COPYRIGHT© DayangDeno
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di
Email : pinky_deeno@yahoo.com



14 SLE Supporters :):