Eksperimen Diri Sendiri - Dayang Deno

29.7.13

Eksperimen Diri Sendiri

Pernah satu ketika zaman mula2 sakit, deno hairan kenapa la doktor tak turunkan dos steroid deno.. Maka, deno pun pandai-pandai buat eksperimen.. 

Al-kisahnya satu hari tu deno pun buat eksperimen tak makan ubat prednisolone (steroid) tu... Ubat lain deno makan cuma steroid deno skip.. hahaaa... nak jadi saintis ni :p.

Haaaa... nak tahu apa akibatnya? deno jadi demam panas, sakit2 sendi dan lemah satu badan.. demam tu satu hal, yang sakit sendi memang seksa.. nak jalan sakit, bila tersentuh bahagian sendi pun sakit.. Rahang mulut dan gusi sakit, pendek kata semua badan deno sakit2 dan badan jadi lemah sangat2..

Padan muka dengan diri sendiri pandai2 buat eksperimen.. ekekek... Masa tu barulah rasa pentingnya ubat tu, sampai macam tu sekali kesannya..


p/s: sampai sekarang, kalau tertinggal steroid tu mesti jadi macam tu... sebab itu la waktu sahur kalau tak sempat makan ubat, satu hari la badan macam "pisang penyek". badan jadi lemah... hihi^^


15 comments:

  1. laaa deno, deno.
    jgn tinggal ubat tau :)

    ReplyDelete
  2. owhhh..hm bhya 2 kalau xikot kata doktor..sbb dia lbih arif..hu3..tu nsb baik xjd truk..

    ReplyDelete
  3. KESIAN DENO.. TAPI REDHA SAJALAH YE DENO..

    ReplyDelete
  4. bahaya tu deno
    doktor lebih arif dlm bidang perubatan :)

    ReplyDelete
  5. Deno jaga kesihatan baik2 ya :D makan ubat selalu

    ReplyDelete
  6. Jangan lupa makan ubat ya dik. Take care ya

    ReplyDelete
  7. nampaknye mmg kne mkn gak ubat tu kan..takleh nk skip.

    ReplyDelete
  8. jgn tinggal mkn ubat ya kak deno.. =)

    ReplyDelete
  9. bahaya tu kak . kena makan ubat selalu tau :)

    ReplyDelete
  10. Bahayanya . . Kecian Deno . . Lepas ni tak boleh dah laa nak buat eksperimen mcm dulu . . Kena laa slalu mkn ubt :)

    ReplyDelete
  11. Deno, jangan skip makan ubat tau. Jangan pandai-pandai buat eksperimen lagi. Nanti jadi lain pulak. Take care! :)

    ReplyDelete
  12. boleh jadi sainstis.kihkihkih...

    ReplyDelete
  13. pandai2 aje deno nie..... bahaya tu skip ubat....

    ReplyDelete