Hari Ini... 31 Julai.. - Dayang Deno

31.7.13

Hari Ini... 31 Julai..


hari ni 31 julai 2013..terpahat dalam ingatan


31julai 2001.. Nurse cakap,deno dah pandai buat CAPD! Seminggu belajar buat CAPD, dah pandai.. kak amalina (nurse) senyum, katanya "tak lama lagi dayang dah boleh balik rumah.." boleh amik exam UPSR! gembira hanya allah yang tahu.. hanya 40 hari sempat ke sekolah.. berbulan-bulan di hospital, hospital pun dah macam rumah nombor dua.. Masa tu, macam2 doktor buat, tebuk situ, tebuk sini.. dah rasa macam dinding rumah asyik kena tebuk je badan nii.. hihi^^ tapi, deno tak kisah, asalkan cepat sihat.. dapat cepat balik.. walaupun dalam wad, deno pun ada belajar, ma seorang guru, jadi banyak belajar dgn ma.. thanks ma! 

Tinggal di hospital pun dapat ramai kawan..semuanya baya2 deno, lebih muda daripada deno pun ada! baby pun ada yg sakit.. kesian sangat tengok baby yang tak tahu apa2 sakit.. ada sorang baby tu, lahir2 je dah sakit.. bertahun-tahun baby tu di hospital, deno selalu ke katil dia dia, nama baby tu Chong Ko Hong. Deno selalu main dengan dia, suka gelak walaupun sakit.. Katilnya depan katil deno je.. Masih ingat sampai sekarang, mukanya yg comel dan semangat tu... agak2 mcm mana la Chong Ko Hong sekarang ya.. deno harap dia membesar sihat :') Masa tu ada wayar kat leher deno, kawan2 satu wad selalu ckp deno robot.. hihi^^ Maybe sebab tu Chong Ko Hong gelak2 tengok deno, macam robot deno rupanya... hahaha.. 

Sebelum decide buat CAPD, sebenarnya dr. lim nak pasangkan fistula pada lengan, tapi lengan deno terlalu kecil, berat badan pun 24kg je masa tu.. jadi dr. lim decide pasangkan tenchkhoff untuk buat rawatan CAPD tu.. semuanya sebab SLE.. SLE dah rosakkan dua2 buah pinggang deno.. ingat lagi, masuk operation room, tak berdebar langsung pun sebab rasa excited nak balik.. doc cakap, kalau buat CAPD boleh balik rumah, sbb tu la excited sangat! hihi.. naik katil senyum2 je sampai doc bedah pun tanya nape senyum.. jawapan deno "nanti boleh balik".. rasa kelakar pun ada masuk operation room pun tersengih-sengih dengan wayar berselirat di badan.. haha (。◕‿◕。) 


Tapi tu kejap je rasa excited.. selepas sedar dari operation, sakit dia memang deno tak boleh gambarkan.. deno tak boleh bangun seminggu.. mungkin sebab deno budak lagi, umur masa tu pun 12 tahun, badan lemah.. huhu.. ingat lagi bila boleh bangun, jalan pun perlahan, bongkok2 mcm nenek si bongkok tiga sebab sakit.. haha.. kelakar pun ada, semangat punya pasal, gagahkan diri berjalan, bagi kuat badan .. lagi cepat belajar CAPD, lagi cepat boleh balik.. satu perkataan je dalam kepala "NAK BALIK".. hihi (∩▂∩) 


Mula2 belajar CAPD rasa mcm susah, tapi bila dah faham senang pulak nak buat.. dan perkara paling tak boleh lupa rasa sakit dalam perut masa buat CAPD, sampai genggam tgn kuat2 nak tahan sakit.. tapi rasa bersalah nak merungut sebab tengok ada adik umur 3 tahun buat CAPD dgn mak dia, senyum je budak tu... deno nak kuat mcm dia, dia lagi kesian, umur 3 tahun dah sakit, bayangkan budak sekecil dia melalui semua tu.. deno bertuah lagi... T_T

Genap seminggu, deno makin pandai buat CAPD.. akhirnya lulus juga ujian buat CAPD! gembira sangat2 masa tu.. 2 minggu lepas tu, deno da boleh discaj! dr lim ckp "boleh la dayang ambil exam UPSR di sekolah.." masa tu dah terbayang muka kwn2.. rindu! alhamdulillah deno dapat juga 5A masa tu:')



 kenangan WAD KK1, Institut Pediatrik HKL, yr 2001(✿◠‿◠) 



.........................................................



*SLE menyebabkan kidney deno dua2 rosak.. walaupun 12 kali melalui rawatan kimo, SLE lebih kuat.. bila allah mahu ia jadi, maka jadilah ia.. deno redha :') deno terpaksa dialisis. sampai skrg, deno masih buat CAPD.. genap 13 tahun buat CAPD, alhamdulillah walaupun kadang2 rasa penat buat CAPD tu, sekurang-kurangnya dgn CAPD buat deno sihat walaupun SLE selalu je aktif.. buat kawan2 di luar sana, bersyukurlah.. melihat kwn2 di hospital yang sakitnya lebih teruk daripada deno, mengajar deno lebih bersyukur, insaf... diri ini sebenarnya jauh lebih bertuah.. ingatlah, allah takkan menguji kita melebihi kemampuan kita.. :')



p/s: LUPUS.. learn about it




13 comments:

  1. Assalamualaikum deno. semoga tabah menghadapi dugaan ini. sheila doakan deno sentiasa sihat2 ye :)

    ReplyDelete
  2. deno, semoga Allah menambah ketabahan dan semangat untuk deno. Nad selalu doakan deno. Actually kak deno hehe sorry tak tau umo :)

    ReplyDelete
  3. wah ! pandainya akak !! dapat 5A dlm UPSR . hebat ! saya cuma dpt 1A 4B je time UPSR . sebab malas nak baca buku . hahaha XD

    ReplyDelete
  4. tabik spring kat deno! saya kagum dengan semangat deno daripada dulu lagi.. :)

    ReplyDelete
  5. tiada dugaan dalam hidup tiada kehidupan.

    ReplyDelete
  6. Terharu akak baca entri ni. Akak kagum sangat dengan Deno. Tabah dan kuat hadapi dugaan hidup ini. Kalau akak, mungkin tak sekuat adik kot. Semoga adik akan sentiasa sihat ya. Jangan lupa buat CAPD ye dik

    ReplyDelete
  7. semoga deno sentiasa tabah menghadapi semuanya..

    ReplyDelete
  8. Deno kuat ! :) Semoga Deno terus kuat dan tabah ye? :)

    ReplyDelete
  9. Ya ALLAH, mmg kuat semangat Deno.... moga Deno tabah menghadapi penyakit ini..akak doakan sentiada berada dalam keadaan sihat

    ReplyDelete
  10. yepp Allah takan uji hambanya melainkan kita tak mampu kan....kat gaza palestine lg beganda ujian nya drpd kita kan...harap Deno sihat selalu

    ReplyDelete
  11. betapa peritnya pengalaman yg deno rasai....semoga deno terus kuat tau.....

    ReplyDelete
  12. Dina yang sihat wal-afiat lagi tembam ni pon dapat 4a 1b je UPSR . Akak pon boleh dapat 5A . Tetibe rase .... rendahh ... hehhee .

    #Allah tau akak boleh hadapi penyakit ni . Sebab tu Allah bagi . Pahala akak mesti banyak :')

    ReplyDelete