Hospital Berhantu? #4 - Dayang Deno

27.7.13

Hospital Berhantu? #4

Sambungan part3


Keesokan paginya, selepas makan ubat dan doktor melawat pesakit.. deno ke katil kawan

Biasa la bila deno rasa sihat sikit, deno cepat bosan rehat je atas katil.. jadi deno ke katil kawan kat depan katil deno, kitaorang je lama kat wad tu. Berbual-bual, then masuk la cerita deno yang semalam tu, cerita yang rasa tak sedap hati, rasa macam diperhatikan je dalam toilet tu ..

Sedangkan, banyak kali masuk wad tu pun, tak pernah rasa takut macam tu.. Takde pula tiba2 bulu roma meremang semacam.. Deno cerita pada kawan deno tu.. *dah lupa nama dia

Rupanya dia tahu... Katanya ada seorang patient makcik, dia masuk wad dah beberapa hari tak dapat tidur.. Pastu makcik tu cerita, dia nampak ada seekor lembaga hitam berbulu dan bertaring bertenggek di tingkap toilet! Memang deno terkejut! Patut pun rasa semacam je malam tu, agaknya "benda" tu duk tersengih tengok deno masuk toilet sorang2..

Makcik tu sorang je nampak, tapi dia tak beritahu orang lain, dia beritahu kawan deno je.. Kawan deno tak bagi beritahu orang lain, bimbang orang takut pulak.. Sejak deno tahu "benda" tu ada, deno tak berani dah ke toilet sorang2 lewat malam.. Kalau nak mandi pun, deno ke toilet sebelum maghrib! Eiiii... memang seram sejuk tau duk hospital bila tahu ada "benda" juga yang berkongsi tempat dengan kita.. Tapi deno buat tak tahu je la, nanti kalau kita asyik takut je, "benda" tu suka kacau


*cerita ni cerita tahun lepas semasa deno masuk wad sebulan sebab SLE aktif.. ingat tak kepala deno hampir dibedah tu? mujurlah tak jadi :)



p/s: sentiasalah membaca ayat kursi agar kita sentiasa terhindar dan terlindung daripada gangguan syaitan dan iblis.. 


20 comments:

  1. Adik Deno ni cerita sblm puasa ke? huhuhu serammm

    ReplyDelete
  2. yup ayat kursi memang membantu.
    deno sama dengan Nad. selalu seram sejuk tapi x nampak 'bende' tu..

    ReplyDelete
  3. Kiranya kak Deno ni berani la ye .Klau Asma' ,eeee .Serammm

    ReplyDelete
  4. Eeeee seramnya . .
    Nasib baik deno tak nmpk . .
    Kte sma laa ngan deno . .
    bleh rse tp xbleh nmpk . .

    ReplyDelete
  5. OhTakutlah nak baca kisah niy . Huhu, dah fobia nak pergi tandas ..

    ReplyDelete
  6. kat mana2 pon ada tp kat wad tu mmg port dia kot huhu seram!!!

    ReplyDelete
  7. apapun yang berlaku sentiasa ingat Allah swt...

    ReplyDelete
  8. serammnye..
    tapi org memg slalu kaitkan hospital dgn hantu kan?

    ReplyDelete
  9. Rasa diperhatikan? Mungkin dalam tandas tu ada CCTV sebenarnya. Haha

    ReplyDelete
  10. kat hospital mmg selalu ada mende2 ni..mmg seram

    ReplyDelete
  11. Seramnyaa. Bahaya jugak masuk toilet sesorang.

    ReplyDelete
  12. Akak tumpang Rasa takut bila baca entry ni... Apa apa pun lain kali kena sentiasa baca ayat suci al Quran ye.. Insha Allah akan selamat drp gangguan makhluk lain..

    ReplyDelete
  13. eyy kalo fae konpom pengsan kalo nampak tutt huhuhu

    ReplyDelete
  14. Kalau akak confirm takkan gi toilet malam2 sebab takut

    ReplyDelete
  15. Serius scary.. penah gak duk hospital seminggu. itu pon tak tenteram nk duduk. sbb cubic bhgian org, just org sorang je time tu. :/

    ReplyDelete
  16. Seram jugakkan? Itu lah. Kita kena amalkan selalu amalkan ayat Kursi. Semoga kita sentiasa dilindungi. :)

    ReplyDelete
  17. Terbayang-bayang cerita ni waktu masuk tandas . Serammmmm !

    ReplyDelete
  18. nasib tak jadi mcm kakak sally..semua benda dia nampak... =,="

    ReplyDelete