Resipi : Puding Karamel Nyum-Nyum! - Dayang Deno

2.7.13

Resipi : Puding Karamel Nyum-Nyum!

tinggal sepotong baru teringat nak snap gambar.. hehe :p

Puding karamel atau puding gula hangus ialah salah satu puding kegemaran deno! Lebih-lebih lagi bulan puasa, kalau boleh hari2 nak makan puding ni waktu berbuka! hehe ^^ Baru-baru ini deno ada buat entri tentang puding karamel ni kan, tapi tak secara detail tentang cara pembuatannya.

Sahabat deno, ayucandy nak cuba resipi deno ni. Jadi, jom kita buat!:)

Bahan-Bahan
- 1 tin susu cair
- 5 biji telur
- 150mlm air biasa 
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu kecil gula

Karamel
- 5 sudu besar gula
- 2 sudu besar air 


Cara-cara?
  1. KARAMEL  : Masukkan 5 sudu besar gula dan satu sudu air ke dalam kuali dan api sederhana kecil..  kacau guna sudu. Bila warnanya dah perang sikit, tambah satu sudu lagi air  dan kacau sehingga warna perang sepenuhnya.. *hati-hati! jangan bagi hangus! ok, terus masukkan dalam loyang dan ketepikan^^
  2. Masukkan semua bahan puding dalam satu mangkuk.. Kacau perlahan-lahan cukup sehingga sebati.
  3. Tapis adunan sebelum masuk ke dalam bekas loyang karamel
  4. Panaskan kukusan lebih awal.. Kukus selama 30 minit @ sehingga masak..
  5. Bila dan masak, masukkan dalam peti... * lebih sedap dimakan sejuk2! ^_^

Senang kan? Nyum nyum!^^ 



p/s: bulan ramadhan tak lama dah... :')




16 comments:

  1. Thank you bestie! Memang rasa nak terus buat ni :D

    ReplyDelete
  2. eh sikitnya bahan2... nnt leh la try buat

    ReplyDelete
  3. sodap nye, hooho.. paly pn minat gak

    ReplyDelete
  4. deno ni... saja nak bikin kak mia terliur....

    ReplyDelete
  5. kak ika tak boleh makan puding nie, asal makan je sakit kepala, makan je sakit sakit kepala..

    tapi kak ika suka buat. hehehe sebab family suka makan.

    akak punya resepi, senang jugak.

    bila makan, macam taufufa.Licin je

    guna 7 biji telur
    1 tin susu pekat
    1 tin air ikut ukuran susu
    dan esen vanilla.

    Buat karamel macam biasa.

    kacau semua bahan, jangan sampai berbuih. Kalau berbuih, nanti puding tu berlubang2.. Tak licin.

    lepastu kukus. Tadaaaaaaaa

    siap. Hehehehe

    ReplyDelete
  6. o senang je la nak buat puding karamel ni..ingt susah >.<

    ReplyDelete
  7. PM nak suruh wife cuba buatlah lepas nih...hehe

    ReplyDelete
  8. sedap makan time berbuka ni =)

    salam ramadhan!

    ReplyDelete
  9. bulan puasa paling malas nak masak..beli je la puding ni..tu pun kalau ada orang jual..hehe

    ReplyDelete
  10. pandai bt :) sdap ni, tp xbleh mkn byak2 sgt..sbb mnis

    ReplyDelete
  11. lama tak mkn cream caremal... nak cari lah nanti.....

    ReplyDelete