Sakit Di Usia Muda - Dayang Deno

26.7.13

Sakit Di Usia Muda

Terbaca di post di wall group SLE.

Ada sorang kakak bertanya pada group kami perihal anaknya, anaknya berumur 11 tahun.

Image result for kids in hospital bed tumblr"

Deno mendapat SLE pada usia muda iaitu ketika deno berumur 10 tahun. Masa tu SLE sangat rare, orang tak pernah tahu dan tak dengar tentang SLE. Masa tu setiap hari darah diambil tapi penyakit deno tak dapat dikesan. Sehinggalah deno melalui prosedur BIOPSY di Institut Pediatrik, HKL barulah penyakit deno dapat dikesan. Deno didiagnosis dengan penyakit SLE Lupus Nephritis Class IV.

Tak pernah terlintas di fikiran deno akan sakit.
.
Sakit di usia muda.. Pada usia muda itulah deno rasa dugaannya lebih besar. Pada usia muda banyak yang kita nak buat kan? Di usia muda iaitu usia kanak-kanak, banyak yang deno terpaksa lupakan sebab sakit ini. Diri ini dicucuk, "ditebuk", rawatan kimo, rawatan HD dan pelbagai rawatan lagi.. Akhirnya deno terpaksa melakukan rawatan CAPD sehinggalah sekarang. Jika diingat kembali sejak dulu sehingga kini, syukur alhamdulillah deno masih di sini.. Sekejap sahaja masa berlalu, dah 13 tahun deno bersama SLE.

p/s: semasa didiagnos mengidap SLE, doktor menganggarkan deno hanya dapat hidup selama 5 tahun sahaja, tapi kuasa Allah, deno masih di sini.. Alhamdulillah :')



21 comments:

  1. muda jugak deno masa dapat penyakit tu ye...akak sejak lahir lagi..tapi alhamdulillah sekarang dah baik..tapi deno kuatkan semangat tau...insyallah...

    ReplyDelete
  2. bila kita sakit, Allah menguji bukan saje pada pesakit tapi pada hati kita juga. yakinlah dan redha dengan ujian Allah. Sesungguhnya perancangan manusia hanya sikit jika dibandingkan hikmah dan ketentuan Allah!...

    Alhamdulillah, moga Deno terus panjang umur dan diberi kesihatan yang baik!

    ReplyDelete
  3. mngkin sbb berfikiran positif , semangat yg kuat, dan aura2 positif org sekeliling yg bg kekuatan melawan kesakitan tu. Juga doa dr orng2 yg mendoakan deno.

    ReplyDelete
  4. akak dapat SLE masa umur akak , 10 tahun . akak dapat teruskan kehidupan , 14 tahun . maknanya , umur akak dah 24 tahun la kan ? laa...saya ingatkan akak baru 18 tahun . sebab muka akak nampak macam budak belasan tahun . hahaha . :) tapi kak , akak kena patut bersyukur sgt2 sebab Allah dah bagi akak bernafas sampai skrg . insyallah suatu hari nanti , dengan izin Allah , akak pasti akan sembuh ^_^

    ReplyDelete
  5. mak cik saya pun pengidap lupus ni..kasihan,bergantung pada ubat je :') semoga Allah bagi kshatan pada dayang deno ye :)

    ReplyDelete
  6. SEMOGA KAMU LEBIH TABAH MENGHADAPI UJIAN ALLAH INI DENO..

    ReplyDelete
  7. SEMOGA KAMU LEBIH TABAH MENGHADAPI UJIAN ALLAH INI DENO..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah ... kamu seorg yg tabah . setip hari yg kamu sakit itu , malaikat berdoa pada allah agar mengampunkan dosa - dosa kamu . sangat berutung kamu sebenarnya berbanding ngan akak yg susah nak demam even dlm tempoh 5 thn sekali pun lum tentu ...

    ReplyDelete
  9. Deno sangat kuat. Nad bole jadikan deno as my idol sbb kadang2 Nad lupa ada lagi yg susah dari Nad..

    Nad support and selalu doakan Deno. :)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, kuasa Allah =) be strong Deno..doa kt Allah byak2..smoga cpat smbuh

    ReplyDelete
  11. Semoga kak Deno terus tabah ya .:D Kak Deno comelll ..

    ReplyDelete
  12. Sakit tu sebab Allah SWT sayangkan kita. So, sabar dan redha ye. :)

    ReplyDelete
  13. semoga cpt sembuh kak deno !
    be strong ye :)

    ReplyDelete
  14. chuu kagum dgn deno. deno mmg seorang yg kuat :)

    ReplyDelete
  15. Aduhai Dayangku..

    Allah sentiasa bersama mu..
    Sahabat ku dunia akhirat..
    Semoga sentiasa diberkati dan dikasihi Allah..

    Alhamdulillah atas umur yang pnjang hingga kini..
    Semoga terus diberikan umur yang panjang. Amin.♥

    ReplyDelete
  16. Adikku Deno, akak sentiasa berdoa supaya adik diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi hari2 mendatang.. sangat akak kagum dengan adik kerana mampu bertahan dengan ujian yang tersangat mencabar ini.

    ReplyDelete
  17. SLE mmg suatu penyakit yang mengganggu banyak organ..saya kagum dgn kekuatan yg ada pada adik..doktor tak punyai kuasa dalam menentukan how long you will live. yang tahu hanyalah Allah...dan org yg diuji adalah org yang dekat dgn Allah selagi mana dia sanggup meneruskan perjuangannya itu..tahniah!

    ReplyDelete