Berita Best Dan Berita Tak Best - Dayang Deno

22.8.13

Berita Best Dan Berita Tak Best

sila abaikan "pau"tersembunyi di pipiku.. kesan steroid yang tak pernah hilang :p

Pergi awal hospital tadi.. Masuk nak daftar, boleh tahan ramai pesakit yang appoitment hari ni..

Macam biasa la, lepas daftar buat "dressing" depan nurse, nak tengok bersih ke tak tenchkhof deno, cara buat betul ke tak... Alhamdulillah, macam biasa clear! Selepas tu barulah tunggu doktor. Mujur la datang awal, tak perlu tunggu lama-lama... Haaaa, memang berdebar sangat2, dah la jumpa boss aka Dr. Salmi, dengann HB low yang macam tu, kemungkinan admit hospital sangat tinggi! Tapi deno buat muka biasa je, senyum je..  Hehe.. Masa doktor amik BP, dia senyum je..

"Alahai dayang, macam lidi lengan awak, muka je bulat. Ya la kan, kesan steroid" deno senyum je la.. Doktor pun complain pasal berat badan, sekarang berat deno 35kg.. Tak pernah naik.. Dr. Salmi tanya macam-macam lagi, deno jawab tanpa was2! :p

Berita bestnya deno tak perlu admit! hoyeay!  Senyum dah sampai ke telinga.. Tekanan darah pun dah stabil dan rendah tak macam sebelum ni^^ Tapi, tapi kan... Yang tak bestnya follow up deno dengan doktor daripada 3 bulan sekali jadi sebulan sekali.. Blood test pun kena buat dua kali lagi untuk tengok tahap HB deno.. Pastu kena cucuk ubat lebih lagi setiap minggu. Emm, takpe la asalkan tak ditahan di hospital.. hihi^^



p/s: syukur.. terima kasih atas semua doa korang^^ terima kasih juga awak, peluk2 :)



13 comments:

  1. Alhamdulillah deno tak perlu admit... take care ek sayang...

    ReplyDelete
  2. Lega dapat msg Dayang. Syukur tak perlu masuk hospital. Jaga diri sayangku. Semoga kesihatan Dayang semakin baik. Amin.

    Peluk peluk!

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah... ini berkat deno pandai jaga dri la kan. semoga deno sentiasa sihat ^_^

    ReplyDelete
  4. jg diri ye..semoga dipermudahkan segalanya

    ReplyDelete
  5. 35 kg? makan banyak2 sikit kak deno:)
    hehe

    ReplyDelete
  6. Erks, sorry akak tanya sikit.. Maklumla, baru lagi jadi reader blog Deno ni.. Deno sakit apa sebenarnya ye? Anyway, get well soon ye dear..
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  7. Semoga kak deno semakin sihat sentiasa :D

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. 35kg Dik? Aduh..kenapa la ringan sangat ni..jeles akak

    ReplyDelete