Blood Test

Blood Test *Nadi

August 13, 2013,17 Comments

Blood test pada nadi, blood test yang paling sakit! T_T

Doktor ambil darah pada bahagian nadi, fungsinya untuk melihat kandungan oksigen dalam darah.. Biasanya doktor buat blood test ni pada deno bila deno sesak nafas dan tak dapat bernafas normal.

Bahagian nadi yang femes


Dua2 deno dah rasa, pergelangan dan lipatan.. Pada deno, pergelangan lebih sakit! Blood test ni, jarumnya masuk lebih dalam, kadang2 lebih separuh jarum masuk untuk dapatkan darah. Paling tak tahan bila doktor main tarik masuk tarik masuk jarum, sampai keluar air mata tahan sakit.. Sabar je la

kedudukan jarum pada lengan

Jarang sekali cucuk dapat terus. Biasanya 3-4 kali cucuk baru dapat. Macam last week tu, doktor cucuk 3 kali baru dapat, itu pun selepas tukar jarum biru.. jarum yang lebih kecil. Bila jarum masuk lebih dalam, kaki deno dah tak boleh duk diam sebab terlampau sakit.. Haaa... kalau result darah menunjukkan oksigen kurang dalam darah, deno akan diberi oksigen melalui wayar oksigen kat hidung tu.. Barulah kita dapat bernafas dengan baik dan selesa :)

Kalau korang nak tahu, warna darah pada nadi ni tak sama tau macam darah biasa. Warna merahnya merah yang cair, macam dicampur air..^^



p/s: bila dengar je nak buat blood test ni, tidak!!! rasa macam nak lari je


You Might Also Like

17 comments:

  1. 2,3 KALI CUCUK BARU KENA.. PERGH.. SAKIT TU..

    DENO MEMANG MENULIS BLOG AWAL PAGI KE? SELALU PERASAN.. ADAKAH DENO SUKAR UNTUK TIDUR MALAM?

    ReplyDelete
  2. Ya Allah sakitnya >______<

    Miza dapat bayangkan macam mana akak kena. Kakak miza dulu masa excident pun pernah doktor pelatih ambil darah main cucuk. banyak kali la dia cucuk habis tempat tu lebam biru. ya Allah. Sabar ye kak deno :)

    ReplyDelete
  3. ouh yeke kkdeno? Nad baru tau warna darah tu. hehe semoga akk sihat hari nie :)

    ReplyDelete
  4. pelik betul..kalau dh tgok keadaan kita mcm xcukup nfas..knapa xtrus bg oksigen?? rasanya xprlu dh ambil darah ni..rasa mcm mnyiksa je =( dh la 3-4 pulak 2..

    ReplyDelete
  5. asek kne cucuk je., kan..seb bek x kena sepak hehe

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya deno..baru ni member aku de citer kakak dia pon kene sle..tu yang datang sini cari info..take care ye..biase la tu kene cucuk kat spital..aku pon baru je positif kanser bulan lepas..boring kene cucuk manjang...

    ReplyDelete
  7. eee ciannya smpi byk x buat, kan sakit tu, msti berbekas, anyway jaga kesihatan ye deno :) selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  8. Adoiii sakit nya dik...huhuhu
    salam aidilfitri, Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
  9. say no to jarum....jarum gi main jejauh saya benci kamu...

    ReplyDelete
  10. aduhh..baca pun dah terasa sakit..

    slamat hari raya deno..hehe baru hari ni buka blog =)

    ReplyDelete
  11. akak pun xsuka cucuk nih, mmg skt. diprg cari urat yg plg halus. sabar je la.

    ReplyDelete
  12. aduh dik..dengar cucuk kat nadi je dah rasa sakit..kalau betul2 kena xtau la berair mata ni

    ReplyDelete