Kad Raya From My Wonderful Bf *AyuCandy :) - Dayang Deno

12.8.13

Kad Raya From My Wonderful Bf *AyuCandy :)

  photo LoveDupDap_zpsd531e3c4.gif


Sebenarnya dari minggu lepas saya nak buatkan entri ni untuk awak.. Tapi macam awak tahu, sehari sebelum raya saya masuk hospital. Raya pun di hospital... Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Apa yang awak risaukan terjadi juga.. Saya redha :')

Sebelum admitted, saya dapat kad raya daripada awak! Gembiranya saya!^^ Cepat2 saya bukak surat tu.. Nampak gambar awak terus saya tersenyum.. Saya tahu awak buat sendiri kad tu dengan seikhlas hati awak, saya boleh rasa. Seperti selalu, awak sahabat saya paling kreatif ^^


Saya suka sangat2 kad tu. Sampaikan kakak saya pun semua kagum, diaorang kenal.. "mesti ayu kan?" Itu soalan pertama yang kakhanna tanya :) Siapa lagi kalau bukan sahabat saya yang kreatif sorang ni kan? hihi..

Tiba-tiba saya teringat waktu kita belajar sama-sama dulu. Awak paling kreatif, saya suka sangat tengok hasil seni awak. Kita buat art sama2, kita lukis sama2. Saya pergi rumah awak, kita buat assignment sama2. Yang tu saya tak boleh lupa, siap gelak2 sambil komen lukisan masing2. Seronok kan masa tu? Kita banyak persamaan.. Kita sama-sama minat art, ayah kita polis, mak kita cikgu, kita anak bongsu dan kita lahir bulan yang sama! Bulan MEI! Hihi ^_^  Tersenyum bila teringat kenangan dulu2.. Bila lihat kad raya awak ni, terus saya teringat kenangan kita :)

Awak, niat saya nak tampal kad tu pada pintu bilik saya sempena raya, tapi saya sakit pula. Memang awak sahabat saya, semua firasat awak tentang saya tu betul sebelum saya warded.. Terima kasih awak kerana sentiasa di sisi saya, hanya awak sahabat yang memahami saya, susah senang kita bersama walaupun kita jauh.. Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya dan menjadi sahabat saya. Kita, sahabat dunia akhirat, insyaallah

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maafkan segala salah dan silap saya.. :')


p/s: terima kasih awak, Ayu Nurhaslina Ayob  (。♥‿♥。) 


12 comments:

  1. wah,seronoknya,lawa kemain kad raya tu,hihi.btw kad raya akak deno dah sampai ^_^

    ReplyDelete
  2. Tersenyum tersengih saya baca terutama part persamaan tu! Kita memang banyak persamaan! Lagi satu, dua2 minat pink hehe

    Thanks atas entry khas ni. Terima kasih sebab sudi rasa keikhlasan saya. Mohon jaga kesihatan utk saya tau Dayang. Seni menyatukan persahabatan kita. I LOVE YOU SO MUCH!!

    ReplyDelete
  3. Syukur Alhamdulillah Deno ada sahabat sebaik Ayu..akak tumpang gembira dik

    ReplyDelete
  4. memang cantik kad tu. sangat kreatif :)
    semoga persahabatan kk deno n kk ayu kekal selamanya ^^

    ReplyDelete
  5. BFF forever...thumbs up...
    Take care Dayang...semoga cepat sembuh...

    ReplyDelete
  6. comel je kad., ade manik2 siap :D

    ReplyDelete
  7. KAD RAYA AWAK TELAH DITERIMA SEBELUM RAYA HARI TU.. TERIMA KASIH..

    ReplyDelete
  8. kreatif kad raya 2 =) rajin je buat

    ReplyDelete