Love You Mr. Arrogant Full Episode - Dayang Deno

26.9.13

Love You Mr. Arrogant Full Episode


Sinopsis Love You Mr. Arrogant TV3
Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...

Pelakon Love You Mr. Arrogant: Azlee Khairi sebagai Zafriel Irham dan Zara Zya sebagai Zaara Amirah, Hanez Suraya, Keith Foo dan ramai lagi. 

Love You Mr. Arrogant Full Episode Online :
Episod 1    Episod 6    Episod 11    Episod 16   Episod 21 Episod 26

Selamat menonton :)

13 comments:

  1. trend drama sekarang kan... kawin paksa... bercinta lepas kahwin...

    ReplyDelete
  2. sekarang da jarang sangt tngok tv . nak download pon x sempat . sedeh betol hidup dprantauan ni . huhu

    ReplyDelete
  3. kdg2 sy kompius antara azlee khairi dgn afiq muiz ni ;-)

    ReplyDelete
  4. cerita dia mcm sinopsis cita cinta jannah pulak hihii

    ReplyDelete
  5. dah penah baca novel dy,, huh tp dah xingt sgt plak jalan citer dy tp best laaa

    ReplyDelete
  6. akak pun duk tgk cite ni deno hurm dah jadi nak ikut je hari2 he2 best jg ...

    ReplyDelete
  7. hmm..jalan cerita mcm menarik..tp semlm x tgk betul2 pun utk 1st episode >_<

    ReplyDelete
  8. ramai nmpaknya post pasal citer ni =) minat juga Deno rupanya..

    ReplyDelete
  9. tgk kejap2 je deno huhu..ssh nk kekal kat depan TV ni huhuu..

    ReplyDelete
  10. suka tengok cerita ni... ^_^

    ReplyDelete
  11. hee.. xsmpt nak tgk tv..hoho..knpalah kul 7..ngeee

    ReplyDelete