Resipi Cucur Ikan Rangup Dan Pedas - Dayang Deno

11.9.13

Resipi Cucur Ikan Rangup Dan Pedas

Deno ada janji kan nak share resipi cucur ikan baru2 ni. Ok, ini resipi deno.. :) Senang dan simple je cara buat cucur ikan ni ~

Bahan-bahan :
  1. Tepung gandum
  2. Telur
  3. Bawang
  4. Daun kucai
  5. Cili api (atas korang nak kepedasan macam mana)
  6. Ikan yang telah digoreng (ikan selar kuning atau ikan apa2 je la korang nak)
  7. Garam secukup rasa


Cara-cara :
  1. Goreng ikan macam biasa.. Goreng garing sikit. Bila dah masak, isi ikan diasingkan daripada tulang. Racik2 sikit.
  2. Hiris bawang
  3. Potong kecil-kecil 2-3 biji cili api.. (kalau nak lebih pedas letak lebih cili)
  4. Campur semua bahan dalam mangkuk (tepung, telur, hirisan bawang, daun kucai, cili api dan garam secukup rasa) dan kacau semua bahan tu..
  5. Masukkan isi ikan tadi. Kacau2 lagi. Then bolehlah panaskan api. Goreng adunan cucur tadi..... Biar sehingga kuning keemasan, kemudian angkat. 


Sedia untuk dimakan panas-panas! Makan dengan sos cli maggie atau sos life. Memang best!


16 comments:

  1. Salam ziarah..

    terliur tengok cucur ni.. mmg tgh lapar pon sambil ber"blogwalking".. haha..

    ReplyDelete
  2. simple food. tapi tu yang paling best. haha

    ReplyDelete
  3. kalau makan panas2 sedapp nie..selalu buat guna ikan bilis je..boleh try resepi baru nie..hehe

    ReplyDelete
  4. yummy! sangat terliur ni :(

    dah la belum bfast lagi ni :)

    ReplyDelete
  5. wow . sedap la. selalu kalo cucur mcm ni letak ikan bilis ja

    ReplyDelete
  6. nak cucur..sedapnye makan panas2 time hujan ni..

    ReplyDelete
  7. NAMPAK MENARIK JE.. BOLEH CUBA NI.. KALAU BUAT DENGAN UDANG PUN SEDAP JUGAK KAN?

    ReplyDelete
  8. rasa macam da pernah komen....tapi belum ye? hee..

    ReplyDelete
  9. amboi sedapnya!!!!
    memang suka cucur ikan ni =)

    ReplyDelete
  10. simple..tp nmpak sedap =) biasanya sy mkang cucur bilis je..

    ReplyDelete
  11. pedas?aduiii xsesuai utk pinggang sy ehehe :)

    ReplyDelete
  12. X penah buat. Nmpk sedap:) tq share resepi

    ReplyDelete